Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RENGIT Telefon : 0078264901

81620 PENGERANG Fax : 0078264901


JOHOR DARUL TAKZIM. Kod Sekolah : JBA 3018

Kepada,

Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 1 2020 25 Oktober 2019

Tuan / Puan

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT DAN SUAI KENAL MURID TAHUN SATU 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Taklimat akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 November 2019


Hari : Ahad
Masa : 8.30 Pagi – 10.00 Pagi
Tempat : SK Sungai Rengit

2. Butir perkara yang dibangkitkan dalam taklimat adalah seperti berikut:

1. Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga Murid


2. Ujian Diagnostik Tahun 1
3. Taklimat Program Transisi Tahun Satu oleh Guru Besar
4. Taklimat Peraturan Sekolah oleh PK HEM

3. Murid hendaklah menyediakan alat tulis untuk digunakan semasa ujian diagnostik yang akan dilaksanakan nanti.

4. Semoga dengan kehadiran tuan / puan dapat melancarkan lagi perjalanan taklimat ini.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................
( Sharifah Mastura binti Syed Idris )
Guru Besar,
SK Sungai Rengit.

Anda mungkin juga menyukai