Anda di halaman 1dari 4

SMK Kampong Kastam

Kejohanan Merentas Desa 2016

Pengenalan
Kejohanan Merentas Desa SMK Kampong Kastam adalah acara yang
berlangsung setiap tahun. Kejohanan ini juga adalah acara yang dilaksanakan
untuk memenuhi aktiviti kokurikulum sekolah.

Objektif
i. Untuk mencungkil bakat larian pelajar untuk diketengahkan ke
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah
ii. Untuk pengumpulan markah Rumah-rumah Sukan semasa Kejohanan
Olahraga Tahunan Sekolah
iii. Untuk mendedahkan pelajar dengan tempat dan persekitaran yang
berhampiran dengan sekolah.
iv. Untuk memilih dan melatih pelajar yang layak mewakili sekolah ke
pertandingan peringkat daerah dan negeri.
v. Memupuk semangat kesukanan iaitu ‘Satu Murid Satu Sukan’
vi. Memupuk semangat perpaduan antara semua kaum yang ada di SMK
Kampong Kastam.

Peserta
 Semua pelajar SMK Kampong Kastam

Pelaksanaan
 18/04/2016 - Mesyuarat pertama dan perlantikan jawatankuasa
 (Rujuk lampiran) - Latihan kecergasan pelajar mengikut Rumah Sukan
masing - masing
 29/04/2016 - Kejohanan Merentas Desa 2016 berlangsung

1
Tentatif Program
7.30 a.m. : - Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
- Guru tingkatan dan guru rumah sukan mengambil
kehadiran pelajar
: - Nyanyian lagu Negaraku,Pulau Pinang dan lagu
sekolah
7.45 a.m. : - Senaman memanaskan badan
: - Taklimat oleh penyelaras kejohanan
8.00 a.m. : - Pelepasan Larian
: - Rehat
: - Ucapan oleh Pengetua
- Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang
11.30 a.m. : - Bersurai

Jawatankuasa
(Rujuk Lampiran)
 Unit Kokurikulum SMK Kampong Kastam mencadangkan Tuan Pengetua
merasmikan Kejohanan Merentas Desa 2016.
 Surat kebenaran waris akan diedarkan melalui guru tingkatan pada
21/04/2016
 Surat-surat berikut akan turut dikeluarkan pada 21/04/2016 :
i. Surat polis
ii. Surat ambulans dari St.John/JPAM

Implikasi Kos
Sumber Kewangan :

i. Baki peruntukan semasa BBTPSS : RM 2883.84


ii. Sumbangan PIBG : RM 1000.00

Perbelanjaan :

i. Peruntukan BBTPSS : RM 1200.00


ii. Sumbangan PIBG : RM 1000.00

JUMLAH : RM 2200.00

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1 Hadiah (medal dan trofi) 60 unit x RM 10 RM 600.00

2
2 Banner 1 RM 100.00

3 Ubat-ubatan & saguhati kepada St. RM 250.00


John Ambulans dan Polis

4 Makanan dan minuman (pelajar) 600 orang x RM 900.00


RM 1.50
5 Pelbagai RM 350.00
(Penanda kelas,penanda
checkpoint, tali,plastik, kertas A4
warna dan lain-lain)

JUMLAH RM 2200.00

Penutup
Dengan terlaksananya Kejohanan Merentas Desa ini, diharapkan guru-guru dan
pelajar-pelajar dapat memupuk minat yang tinggi untuk mencungkil bakat larian
yang ada dikalangan pelar SMK Kampong Kastam yang seterusnya akan
melonjakkan nama SMK Kampong Kastam di negeri Pulau Pinang.Selain itu,
program ini juga akan memupuk semangat kerjasama dan silaturahim yang erat
dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat untuk sama-sama
menjayakan apa jua program yang melonjakkan SMKKK sebagai institusi
pendidikan yang berjaya pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. …………………………..
(PN. UMAMAH MUHD AR FUAD) (PN. HAJAH ROHIMAH BAHARUDIN)
Pen. Setiausaha Sukan PK Kokurikulum,
SMK Kg. Kastam. SMK Kg. Kastam.

Disahkan oleh,

……………………………
(EN. LOW LIM WAH)
Pengetua
SMK Kg. Kastam.

3
(LAMPIRAN)

Anda mungkin juga menyukai