Anda di halaman 1dari 11

Dunia pendidikan hari ini tidaklah seperti dunia pendidikan 20 tahun dahulu,

Ledakan globalisasi pada hari ini menuntut guru era ini mempersiapkan diri sepenuhnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi?





Globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita
dengar kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan
memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi,
politik, budaya dan pendidikan.

Baiklah, berbalik kepada cabaran guru masa kini.
Guru masa kini bukan sahaja memikul tugas sebagai seorang pengajar di dalam bilik darjah, malah
guru zaman kini juga terlibat dengan pelbagai tugas lain seperti :

Tugas- Tugas pengkeranian

Pengkeranian di sini bermaksud guru terlibat dengan penyediaan fail dan surat menyurat untuk
tujuan dokumentasi. Penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan
tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah.
Ini adalah realiti dunia pendidikan pada hari ini. Sebagai seorang pelaksana dasar, guru dituntut
untuk memikul tugas ini sebaiknya dalam memastikan misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berjaya digapai.



Guru Dalam Bilik Darjah

Buat masa ini guru perlu sentiasa peka kepada perkembangan semasa. Hal ini termasuk dalam
menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang
diperkenalkan di aplikasikan dalam bilik darjah.

Cara chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi
yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan
bantuan mengajar yang sistematik.

Bahan bantuan mengajar digunakan guru perlu menggunakan teknologi terkini dengan sumber
kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang
guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan.

Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi
pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem
penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi
berbentuk proaktif.


Tugas Guru

Pelbagai jawatan yang disandang oleh seseorang guru dalam satu masa. Seorang guru terpaksa
memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak
berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai
Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid
seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan
Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini.

Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta
menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem
pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan
baik. Guru perlu melaksanakan tugas ini bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah


Pelaksana Dasar

Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimulai pada tahun
2002. Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun
dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk
memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan
subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar
dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan
namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula
tiga dalam satu.

Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian
Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses
dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam
pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses soft landing.

Sebenarnya, dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan
Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan
murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi
Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi
cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering
berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan
melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab
kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur
tersebut.







Justeru, melihat cabaran- cabaran pendidikan masa kini, guru perlu sentiasa bersedia dari segi
mental, fizikal, dalam memastikan diri guru guru berada dalam arus permodenan pendidikan. Guru
merupakan agen perubah sumber tenaga manusia. Walau bagaimanapun, jika guru tidak berjaya
menghadapai cabaran masa kini, maka wujudlah gejala stress dalam kalangan guru. Oleh itu, untuk
isu berikutnya, akan dibincangkan mengenai langkah- langlah yang boleh diambil dalam menangani
stress.
S: http://senseisakura87.blogspot.com/2012/08/isu-cabaran-guru-semasa.html


Cek disini,

http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kerja-kursus-edu-3109-guru-dan-cabaran.html




Isu Tekanan Dalam Profesion Perguruan
(Berdasarkan artikel Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi yang ditulis oleh
Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia, DR. SAPORA
SIPON dalam Utusan Malaysia Online bertarikh 23 Julai 2007)

Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju, seiring
dengan maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut kesempurnaan dan
komitmen yang tinggi daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak dapat lari
daripada mengalami tekanan. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan
dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan
manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekomplekasian
kehidupan ini menyebabkan munculnya Sindrom Baru yang menyerang manusia iaitu
tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta Sidi dan
Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan
manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh
mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber,
dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Seiring dengan
itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan
dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.
Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk Guru Lebih Stres yang
ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian menunjukkan bahawa
guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan
selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Kedudukan ini berada di atas daripada
profesion tentera yang menduduki tempat kelima. Malah Pengarah Urusan Great Life
Physio dan Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata pula menyatakan bahawa,
Seseorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas serta melakukan aktiviti
sukan dan sebagainya. Jadi, tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan
anggota badan.
Di Malaysia, fenomena tekanan dalam kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan
dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga
mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi
tekanan kerja yang tinggi (Cooper, 1995 dan Mokhtar,1998). Kita sering mendengar
dan terbaca di dada-dada akhbar tentang masalah-masalah dan tekanan-tekanan yang
dialami oleh guru-guru masa kini contohnya seperti tekanan daripada pihak ibubapa
mahupun pihak pentadbir. Tekanan-tekanan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru-guru tersebut pastinya akan menyumbang kepada stres dan kadang-kala ke tahap
yang lebih kritikal, iaitu penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan
melampau dan kemurungan. Ini pastinya akan menyebabkan mutu dan kualiti
perkhidmatan guru-guru terjejas selain turut memudaratkan kesihatan fizikal dan mental
guru. Banyak kajian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa kerjaya sebagai
seorang guru adalah antara salah satu kerjaya yang menyumbang kepada masalah stres
tertinggi. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?
Berdasarkan analisis yang dilakukan pada artikel penulisan Dr. Sapora Sipon berjudul
Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia
Online pada 23/7/2007, didapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang
menyebabkan berlakunya tekanan kerja dalam profesion perguruan. Antaranya ialah
beban tugas, persekitaran tempat kerja,masalah disiplin murid, keperluan penghargaan,
kekangan masa dan sumber, masalah peribadi serta faktor geografi.
Bebanan kerja yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menjadi penyebab
utama bagi berlakunya tekanan yang lebih dikenali sebagai stres, dalam kalangan guru.
Isu ini telah dibincangkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2012 yang
ditulis oleh Abdul Muin Sapidin, di mana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) mendakwa bahawa, Tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin
menjadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat. Kerjaya seorang
guru pada 20 tahun yang lampau mungkin tidak sama dengan kerjaya seorang guru
pada masa kini. Secara amnya, mungkin kerjaya seorang guru itu kelihatan hanyalah
sekadar menyampaikan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas namun sebenarnya tanggungjawab dan beban tugas seorang guru itu
melebihi dan merangkumi segala-galanya bermula daripada mengajar dan mendidik
murid-murid, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, tugas-tugas pengkeranian sehinggalah
kepada kerja-kerja sampingan seperti mengecat, membuat garisan padang dan pelbagai
jenis pekerjaan lagi. Bolehlah dikatakan bahawa seseorang guru itu sentiasa bertugas
dan dilimpahi dengan pelbagai tanggungjawab bermula dari awal pagi sehinggalah
kepada waktu petang. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa bebanan kerja yang
semakin meningkat adalah antara salah satu punca berlakunya tekanan di kalangan
guru-guru.
Selain itu, persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tempat guru-guru mengajar juga
telah dikenalpasti antara punca-punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru.
Persekitaran yang dimaksudkan ialah hubungan guru-guru dengan pihak pentadbir,
ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid seperti yang telah diklasifikasikan oleh
Dr. Sapora Sipon dalam rencana beliau. Ini menjelaskan bahawa hubungan baik guru-
guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid pastinya
akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan baik untuk guru. Namun begitu,
seringkali kita mendengar guru-guru sering menghadapi masalah dan tekanan
khususnya daripada pihak pentadbir dan ibubapa. Pihak pentadbir, khususnya Guru
Besar seringkali dilaporkan menekan para guru supaya berusaha keras siang dan malam
bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik mahupun ko-
kurikulum tanpa mengira kekangan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru
tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan pelbagai karenah ibubapa yang bulat-bulat
menyerahkan tanggungjawab sebagai penjaga, pengasuh dan pendidik kepada anak-
anak mereka tanpa menghulurkan bantuan kepada guru-guru khususnya dalam
menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan anak-anak mereka. Tambahan pula,
terdapat segelintir guru yang mempunyai masalah dengan rakan-rakan sejawat
khususnya di kalangan guru perempuan yang suka berpuak-puak dan ini pastinya
menyumbang kepada masalah stres di kalangan para guru.
Selain itu, kadar masalah disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid, serta kegagalan
guru-guru mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung juga menjadi salah satu punca berlakunya stres di kalangan guru-guru. Di
dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana
faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menghadapi
tekanan. Guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka
membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas,
misalnya pelajar hiperaktif yang suka berlari-lari di dalam kelas serta mengganggu
rakan-rakan lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan juga merupakan satu lagi
faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini
merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin,
berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat guru-guru
yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran,
namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-
guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih tidak diiktiraf
senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan
suara seseorang guru demi kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat
perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan
perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang
proaktif lagi seiring dengan tekanan perasaan yang dialami. Selain itu, terdapat
segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya
sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang
ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau
tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja
yang banyak.
Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi
penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada
kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik
guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula
ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran
yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri
oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan
kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu
menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan
menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut.
Di samping itu, masalah peribadi turut menjadi punca atau sebab berlakunya tekanan di
kalangan guru-guru. Masalah peribadi yang dimaksudkan di sini adalah seperti masalah
rumahtangga ataupun masalah kesihatan yang berlaku di kalangan guru. Pastinya
masalah-masalah yang berlaku dalam rumahtangga seperti penceraian mahupun
masalah kesihatan seperti ditimpa penyakit-penyakit kronik menjadi salah satu sebab
guru mengalami stres. Masalah-masalah ini kadangkala boleh membawa kepada sindrom
kemurungan di kalangan guru dan mereka juga akan berasa kurang bersemangat
semasa berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kenaikan pangkat yang
terhad serta kadar gaji yang rendah turut menyumbang kepada tekanan perasaan yang
seterusnya menjadi pencetus berlakunya masalah stres kepada seseorang guru.
Kekangan kewangan disebabkan oleh gaji yang rendah pastinya menghalang guru-guru
untuk mencapai status sosial yang baik dalam sesebuah masyarakat dan ini pastinya
mengundang tekanan juga kepada para guru. Hal ini sememangnya berlaku di kalangan
para guru khususnya guru-guru yang baru memasuki alam pekerjaan yang dilaporkan
sukar untuk memberikan taraf hidup yang lebih baik kepada keluarga mereka khususnya
untuk memiliki rumah dan kenderaan mewah yang sendiri.
Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan tekanan
kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan
adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang agak unik
dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini dapat
kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah berasal dari
Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada pelajar Melayu dan
mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang dengan menaiki
sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di Malaysia kerana
sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau
Panjang. Selain daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan dengan tempat-tempat
lain ialah kegiatan penyeludupan yang menjadi sumber pendapatan penduduk di sini.
Sebahagian besar penduduk di sini tidak menganggap kegiatan ini sebagai satu
kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata pencarian. Guru baru yang
ditempatkan di sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan
persekitaran sebegini dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti ini sebagai
satu kenyataan. Maka, tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di sini
mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain.
Berdasarkan punca-punca yang telah dihuraikan, didapati bahawa tekanan guru boleh
mengakibatkan perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan,
tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang
guru. Dr. Sapora Sapian turut menerangkan dalam rencana beliau bahawa guru yang
menghadapi tekanan tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya
pendidikan yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu
mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja
pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja,
sikap suka mengelak serta pengabaian kerja.
Malah, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang
melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi
undang-undang dan etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang
dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Tindak balas penyesuaian tekanan oleh
guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal
(sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok,
gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan juga boleh
melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas
kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya.
Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru
sehingga kadangkala bertindak di luar jangkaan. Misalnya seperti berita yang diulaskan
oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau, di mana seorang warden asrama
mengarahkan ramai pelajar perempuan SMK Bawang Assan berendam di dalam kolam
ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang membuang tuala wanita di dalam
mangkuk tandas asrama perempuan.
Ini jelas menyatakan bahawa tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya
hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.
Perkara ini telah turut dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita
Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di
Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke
tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut laporan akhbar (Berita Harian,
2012) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama
lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut,
pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap
guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan
tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Dr. Sapora Sapian
dalam rencana beliau.
Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di
sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara
yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus
pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu,
rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah
tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun
semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila
mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya
peperiksaan besar seperti UPSR, kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran
yang tidak lancar.
Oleh hal yang demikian, kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan
seseorang individu itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan
sentiasa berfikiran positif dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk
mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan
kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan beberapa
cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di sekolah. Cadangan-
cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja
warga pendidik secara amnya.
Salah satu langkahnya ialah berasaskan usaha seseorang guru itu sendiri, iaitu dengan
melaksanakan dan menguruskan segala kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan
dengan lebih sistematik dan tersusun. Guru yang bijak pastinya mampu merangka
strategi yang tersusun agar segala tanggungjawab atau kerja yang diamanahkan dapat
dilakukan atau disiapkan dengan sempurna mengikut tarikh yang ditetapkan selaras
dengan etika pengurusan masa yang patut dimiliki oleh setiap guru. Budaya
menangguhkan kerja dan bersikap sambil lewa ketika menjalankan tugas haruslah
dielakkan bagi mengelakkan bebanan kerja yang berlambak pada satu-satu masa. Guru-
guru juga boleh menolak tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir mahupun rakan
sejawat dengan cara yang baik dan berhemah sekiranya merasakan beban tugas yang
ditanggung adalah amat berat dan membebankan.
Selain itu, para guru juga boleh menggunakan teknologi internet yang berkembang
pesat pada masa kini untuk meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang
dihadapi di dalam blog-blog atau forum-forum berkaitan guru bagi mendapatkan nasihat
daripada guru-guru yang lebih berpengalaman berkaitan masalah yang dihadapi.
Pastinya perbincangan yang bermutu di antara guru-guru baru dengan guru-guru
berpengalaman akan menghasilkan impak atau keputusan yang positif bagi menangani
masalah stres yang berlaku di kalangan guru-guru di sekolah.
Seterusnya, seseorang guru yang mengalami tekanan juga bolehlah mengambil
pendekatan mengelakkan diri daripada individu-individu yang mengundang stres kepada
mereka contohnya seperti mengelakkan diri daripada bercampur dengan rakan-rakan
sejawat yang tidak sistematik dalam menjalankan tugas. Namun begitu, haruslah
diingatkan bahawa guru-guru perlulah bertindak dengan bijak dalam apa jua tindakan
yang dilakukan bagi mengelakkan diri daripada dituduh atau dianggap lari daripada
menjalankan tugas.
Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang
berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan
yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.. Aktiviti bersukan
selain membantu mengeluarkan peluh serta menjadikan badan kita sihat dan cergas
juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan para guru dengan
masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau bermain bola pada waktu petang atau
hujung minggu bersama rakan sejawat lain sekolah pastinya akan menghasilkan
perbincangan-perbincangan serta pertukaran idea yang sihat di antara guru-guru dan
masyarakat di mana perkara ini pastinya akan membantu para guru untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih baik seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami. Ini adalah
selaras dengan amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya
bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek
tersebut.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan juga terdiri daripada
komuniti berbeza kaum di mana setiap individu menganuti agama serta kepercayaan
mengikut kaum masing-masing. Maka, seseorang guru juga bolehlah berusaha
mendekatkan diri dengan penciptaNya bagi mengurangkan masalah tekanan yang
dihadapi. Sebagai contoh para guru yang beragama Islam bolehlah memperbanyakkan
membaca ayat-ayat suci al-Quran serta memperbanyakkan amalan zikir kerana kajian
menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya
dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih baik seterusnya mencapai kejayaan
dalam setiap aspek kehidupan. Bagi guru-guru yang beragama lain pula, mereka juga
boleh berdoa mengikut kepercayaan kaum masing-masing untuk mendapatkan
ketenangan diri yang secara secara langsung dapat mengelakkan tekanan dalam diri
seseorang guru.
Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan
peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan
pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu
memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program.
Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik
antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah
yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai,
pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan
kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama
yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan
penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya
supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai
tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran
matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan kerjasama
semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru
mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga,
pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya
pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu
adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan
mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah
yang menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang.
Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang
remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan
pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka
bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan
mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini
seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan
yang diceburinya.
Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa
mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada
mengikut perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani
dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan dengan
bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada
masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti
ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami
oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan
pengorbanan. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan
membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.



(Sumber artikel : Utusan Malaysia Online, 23/7/2007, Artikel Pendidik Mesti Bijak Kawal
Emosi)
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=R
encana&pg=re_07.htm



s: http://kamiprofesional.blogspot.com/2012/09/isu-tekanan-dalam-profesion-perguruan.html

Keratan akhbar.
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F-
fd5LoEYcNts%2FUkEAlYB0XOI%2FAAAAAAAADEg%2Fomi2sEYuHLs%2Fs1600%2FBeban%252Btugas
%252Bguru%252B2.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Ftebumanis78.blogspot.com%2F2013%2F09%2Fr
ealiti-guru-yang-orang-tak-
tahu.html&h=1228&w=1337&tbnid=nQB8UJLcQi0woM%3A&zoom=1&docid=k6rtu0KtzEXx-
M&ei=MBcEVIS8J4m78gWiqYCgDA&tbm=isch&ved=0CDEQMygRMBE&iact=rc&uact=3&dur=591&p
age=2&start=17&ndsp=23




7610248593


http://www.astroawani.com/news/show/cabaran-guru-dalam-transformasi-pendidikan-14298

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Bentanghasilkajiankurangbebanguru/Article/index_h
tml

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ringanbebanguru/Article/index_html
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120717/dn_03/Bawa-telefon-iPad-ke-
sekolah--

Anda mungkin juga menyukai