Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Lipis


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Telefon : 09-3121455
27200 Kuala Lipis Faks : 09-3121595
Pahang Darul Makmur Laman Web: jpnpahang.moe.gov.my
Emel: ppd.lipis@moe.gov.my

Ruj. Kami : PPD.L.UPS.MEN.100-8 Jld.3(45)


Tarikh : 13 Disember 2023

SEMUA
IBU BAPA / PENJAGA YANG BERKENAAN

Tuan,

PROGRAM BERKHATAN ANAK PAHANG

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama


Pejabat Pendidikan Daerah Lipis akan mengadakan Program Berkhatan Anak Pahang
yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Disember 2023 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dataran Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Felda Sg Koyan

3. Sehubungan dengan itu, ibu bapa/ penjaga diminta untuk menyediakan baju
tambahan dan tuala bagi kegunaan peserta semasa program ini. Makan pagi dan
tengahari juga disediakan untuk para peserta yang terlibat. Tentatif program adalah seperti
di Lampiran A.

4. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila berhubung dengan
Encik Anuar bin Ismail, Penolong Pegawai Pendidikan (Pendidikan Islam) di talian
09-3121455 atau 013-8306344.

Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

AMIN NOLLAH BIN LATEH, SMP., KMN.


Pegawai Pendidikan Daerah Lipis
s.k : Fail
Ruj. Kami : PPD.L.UPS.MEN.100-8 Jld.3(45)

PROGRAM BERKHATAN ANAK PAHANG

LAMPIRAN A

ATUR CARA

07:30 Pagi : Pendaftaran Peserta Berkhatan / Sarapan Pagi


08:30 Pagi : Pelaksanaan Program Berkhatan Anak Pahang
10:15 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
10:30 Pagi : Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
: Semburan air kepada peserta Berkhatan Anak Pahang
: Lawatan YAB Menteri Besar Ke Tempat Pelaksanaan Berkhatan
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami
: Bacaan Doa oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis
: Persembahan Video Montaj
: Ucapan Alu- Aluan Oleh YB EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan
Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
: Ucapan Perasmian Dan Pelancaran Program Berkhatan Anak Pahang
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang
: Gimik Pelancaran 3
: Penyampaian Cek Cura Sumbangan Masjid dan Surau Negeri Pahang
kepada Tabung Palestin Negeri Pahang
: Jamuan Tengah hari
: Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Meninggalkan Majlis
: Majlis Bersurai

Nota : Diminta peserta yang hadir untuk membawa bersama Kad Rawatan Untuk
Orang Sakit (Luar) yang telah dilengkapkan.

SITI/SPS/AM/59

Anda mungkin juga menyukai