Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS ILMU PULAU PINANG

www.majlisilmupulaupinang.com
www.facebook.com/majlisilmupulaupinang

Ruj. : MIPP/111115 Tarikh : 8 SEPTEMBER 2017

Kepada,

Ibu Pejabat Polis Daerah


Seberang Perai Utara,
Polis Diraja Malaysia,
Jln. Bertam 1,
13200, Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Pulau Pinang.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Dato'/Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM USRAH DI VISION PARK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ilmu Pulau Pinang akan mengadakan


Usrah Majlis Ilmu Pulau Pinang(MiPP) 3.0 dalam usaha untuk mengeratkan ukhwah silaturrahim antara
ahli MiPP dan mendengar nasihat dari para ustaz dalam bentuk tazkirah santai. Berikut adalah butir-butir
maklumat program tersebut.

TARIKH : 10 September 2017 (Ahad)


MASA : 5.15 Petang – 7.00 Petang
TEMPAT : Vision Park, Kepala Batas, Pulau Pinang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya Y.Bhg. Tan Sri/Dato'
Sri/Dato'/Tuan/Puan, dapat memberikan kebenaran kepada pihak kami untuk menggunakan lokasi ini
bagi tujuan usrah. Sasaran usrah ini adalah untuk ahli-ahli kami seramai 20 orang. Kami juga membuka
usrah ini kepada pengunjung yang datang ke Vision Park untuk sama-sama mendengar usrah ini.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, aspek kebersihan akan dititikberatkan oleh pihak kami dalam
memastikan keadaan tempat sentiasa bersih. Pihak kami akan menyediakan plastik sampah untuk
membersihkan lokasi yang terlibat selepas tamat usrah ini. Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah
dihargai. Bersama ini disertakan poster untuk program usrah.

Sekian, terima kasih.

"SEBARKAN MANFAAT UNTUK SEMUA"


Salam Hormat,

MOHAMAD NAZIH BIN ISMAIL


Pengarah Program Usrah MiPP,
Majlis Ilmu Pulau Pinang
s/k : -Bendahari

-Fail

Anda mungkin juga menyukai