Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN ELEKTIF 1: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH III

Berdasarkan pengalaman berasaskan sekolah kali ketiga ini, saya telah


melaksanakan tugasan ini di Sekolah Seri Mahkota, Kuantan, Pahang. Pada kali ini,
tugasan berkaitan kepentingan menjaga keselamatan sistem-sistem tubuh badan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Semasa pemerhatian di sekolah
tersebut, jawapan mengenai soalan tugasan ini dapat diselesaikan. Saya juga telah
membuat pemerhatian terhadap subjek Pendidikan Jasmani bagi semua tahun iaitu
bermula Tahun Satu hingga Tahun Dua. Pada peringkat pertengahan kanak-kanak ini,
pertumbuhan tulang dan otot telah sedia untuk seseorang individu mempelajari
kemahiran menangkap, menendang, berguling dan juga berenang.
Pendidikan Jasmani merupakan salah satu bidang yang amat penting kepada
masyarakat. Kita hendaklah melakukan aktiviti atau latihan kecergasan agar
memperolehi kesihatan yang baik. Kita juga digalakkan melakukan amali-amali ini agar
diri seseorang dapat dihindari daripada pelbagai penyakit atau kecederaan serta serta
kelukaan otot. Bak kata pepatah otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.
Oleh itu, kecergasan fizikal amat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan.
Manakala Falls (1980) dalam Johnson dan Nelson (1980) mendefinisikan kecergasan
fizikal sebagai kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan
fungsi fsiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari
ancaman penyakit hipokinetik iaitu kekurangan pergerakan seperti penyakit jantung,
kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.
Selain itu, unsur jasmani amatlah penting kepada para pelajar bagi kecergasan
fizikal dan kesihatan diri serta dapat menggunakan anggota dan juga tenaga fizikal
sendiri untuk berdikari. Ia memerlukan akhlak, sikap dan nilai yang baik untuk
memberikan sumbangan yang berfaedah. Umpamanya, pendekatan belajar melalui
bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu
pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna serta dapat meningkatkan
aspek jasmani para pelajar.

SOALAN 1:
a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?
Berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan beberapa guru Pendidikan
Jasmani, aktiviti memanaskan badan dijalankan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan
sesuatu aktviti. Hal ini demikian, aktiviti memanaskan badan merupakan asas atau
pemangkin sebelum melakukan senaman atau aktiviti sukan. Memanaskan badan
adalah bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental sebelum melakukan
aktiviti bersukan yang mengelakkan daripada kecederaan yang serius. Memanaskan
badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan.
Guru Pendidikan Jasmani di sekolah ini melaksanakan aktiviti memanaskan
badan mengikut prosedur yang betul iaitu bermula dari kepala hingga aras kaki.
Pergerakan atau organ yang terlibat adalah seluruh badan yang mana regangan
kepala, lengan, pinggang, bahu, lutut dan kaki. Guru merupakan fasilitator atau
pembimbing dalam menjalankan aktiviti memanaskan badan ini. Hal ini demikian,
para pelajar dapat melihat dan mengaplikasikan aktiviti memanaskan badan dengan
cara yang betul agar tidak berlaku sebarang kecederaan atau tersalah cara. Oleh
sebab itu, guru hendaklah memerhati dan memberikan tunjuk acar yang betul agar
tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Aktiviti memanaskan badan dilaksanakan
dalam bentuk barisan sebagaimana pada gambar di bawah:

Rajah 1: Aktiviti memanaskan badan


Di samping itu, aktiviti memanaskan badan juga dilaksanakan mengikut
kesesuaian aktiviti. Contohnya, aktiviti larian baton yang memerlukan kecergasan dan
kecekapan, maka aktiviti memanaskan badan dilaksanakan dengan meminta pelajar
berlari setempat, melompat, menarik tangan antara kawan dan sebagainya. Apabila

badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti
jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja
yang lebih mencabar nanti. Oleh sebab itu, guru melaksanakan aktiviti memanaskan
badan mengikut kesesuaian sukan yang ingin dijalankan. Gambar rajah di bawah
menunjukkan aktiviti memanaskan badan mengikut kesesuaian aktiviti:

Rajah 2: Aktiviti memanaskan badan mengikut kesesuaian aktiviti


Selain itu, sekiranya aktiviti memanaskan badan ini tidak dilaksanakan kepada
para pelajar, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sistem anatomi dan
fisiolgi seperti mengakibatkan kecederaan yang teruk iaitu terseliuh pada kaki, tangan
serta kekejangan otot. Fungsi aktiviti memanaskan badan untuk pengaliran darah ke
otot iaitu membawa nutrien dan oksigen serta elektrolit yang diperlukan oleh tubuh
badan kita. Sekiranya aktiviti memanaskan badan tidak dijalankan, maka berlaku
kekurangan oksigen dan elektrolit yang mengakibatkan kekejangan otot. Di samping
itu, pelajar akan berasa cepat letih dan penat. Memanaskan badan dapat
mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat
bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam. Sekiranya tidak dijalankan
aktiviti memanaskan badan, pelajar akan tidak bermaya dan cepat berasa letih.
B) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan
diberikan kepada murid-murid?
Ya, penerangan diberikan kepada murid-murid mengenai kepentingan aktiviti
memanaskan badan. Berdasarkan temubual dan pemerhatian terhadap tugasan ini,
biasanya penerangan diberikan kepada para pelajar semasa awal pengajaran iaitu
sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan. Hal ini demikian, setiap pergerakan
dilakukan oleh guru dan murid dikehendaki mengikut cara guru agar dapat

mempelajari kaedah melakukan pemanasan yang betul. Antara penerangan


kepentingan

yang

diberikan

mengenai

aktiviti

memanaskan

badan

dapat

mengurangkan kesakitan selepas bersukan. Seterusnya, penerangan diberikan


secara sederhana iaitu memberitahu bahawa aktiviti memanaskan badan merupakan
persediaan badan sebelum bersukan, kita tidak akan mengalami kekejangan otot
atau kecederaan lain kerana otot kita sudah bersedia untuk bersukan.

Rajah 3: Penerangan diberikan sebelum aktiviti memanaskan badan dijalankan

C) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi perhatian?Jika


Ya, nyatakan otot-otot tersebut.
Ya, otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang turut diberi perhatian. Antaranya,
larian baton yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi Tahun Lima.
Aspek yang dititikberatkan adalah dari segi kardiovaskular, pengecupan otot, asotonik
dan asotomi. Sebelum larian baton dilaksanakan, guru telah meminta pelajar
melakukan regangan iaitu menarik tangan rakan secara perlahan agar penguncupan
otot berlaku.

Rajah 4 : Penekanan otot yang diberikan tumpuan


d) Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran
membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan.
Pada pemerhatian saya, aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan
pembelajaran tidak membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan. Hal
ini demikian, guru akan melaksanakan aktiviti ansur maju terlebih dahulu sebelum
melaksanakan aktiviti sebenar. Contohnya, permainan bola jaring iaitu guru meminta
pelajar membaling bola dan rakannya menyambut. Bola yang digunakan juga turut
dititikberatkan iaitu menggunakan bola yang kecil dahulu sebelum menggunakan bola
sebenar iaitu bola jaring. Guru juga telah melakukan pemantauan dan mengawasi
setiap gerakan dan aktiviti yang dilakukan agar tidak berlaku sebarang kecederaan.
SOALAN 2:
Adakah aktiviti cooling down dijalankan dan diberi penjelasan kepada muridmurid?
Ya, aktiviti cooling down dilaksanakan selepas sesi sukan dan turut diberikan
penjelasan kepada murid-murid. Aktiviti menyejukkan badan ini dilaksanakan kerana
sesuatu aktiviti sukan tidak boleh dihentikan dengan serta merta. Hal ini demikian,
ianya akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan
keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk
menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot
kepada keadaan rehat. Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik
dan regangan badan. Aktiviti ini juga akan membantu menurunkan kadar degupan

jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan


otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.
Selain itu, penerangan turut diberikan kepada pelajar mengenai aktiviti cooling
down supaya mereka mengetahui kepentingan pelaksanaan menyejukkan badan ini.
Oleh sebab itu, melalui pemerhatian saya, guru-guru Pendidikan Jasmani telah
memberikan penerangan secara ringkas mengenai kepentingan melakukakn cooling
down ini. Guru akan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar sekiranya
terdapat murid-murid yang tidak melakukan secara betul. Aktiviti cooling down
dilaksanakan berdasarkan kesesuaian pelajar iaitu Tahap Satu, guru melakukan pada
peringkat rendah iaitu bermula pada aras kaki, tangan serta regangan tertentu.
Manakala bagi Tahap Dua, guru melaksanakan dengan lebih peringkat sederhana
iaitu melaksanakan regangan seperti melompat setempat, berlari-lari anak, menarik
nafas dan sebagainya. Rajah di bawah mengenai aktiviti cooling down yang telah
dilaksanakan oleh guru:

SOALAN 3:
Adakah peralatan pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti
yang Rajah
dijalankan?
Nyatakan
kesesuaian peralatan
yangpenerangan
digunakan
dengan
tahap
5 : Aktiviti
cooling down
Rajah 6 : Sesi
cooling
down
umur murid dan kesannya pada sistem anatomi dan fisiologi murid.
Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat beberapa peralatan yang sesuai
digunakan mengikut tahap umur tetapi terdapat juga guru menggunakan peralatan yang
tidak bersesuaian iaitu dari aspek saiz, jenis dan bahan. Contohnya, bagi Tahun Dua,
terdapat guru yang menggalakkan pelajar menggunakan bola bersaiz besar semasa
bermain bola sepak dan ini menyukarkan pelajar untuk menendang. Hal ini demikian,
terdapat kekangan dari segi peralatan kerana biasanya aktiviti Pendidikan Jasmani
dilaksanakan empat kelas secara serentak pada masa yang sama dan ini
menyebabkan terdapat ramai pelajar yang ingin menggunakannya. Namun begitu,

terdapat juga guru yang menggunakan peralatan yang sesuai mengikut tahap seperti
Tahun Lima, guru menggunakan baton yang sebenar supaya para pelajar lebih
mengenali bahan yang dimainkan. Guru juga menggunakan saiz bola jaring yang
sebenar dalam melaksanakan permainan bola jaring ini.
Namun demikian, terdapat juga guru yang mengambil beberapa inisiatif tertentu
seperti melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani secara ansur maju. Sebagai contoh,
berdasarkan pemerhatian saya, guru Pendidikan Jasmani iaitu Puan Gan telah
melaksanakan langkah-langkah atau mengikut fasa tertentu dalam matapelajaran
tersebut supaya pelajar dapat mempelajari kemahiran fizikal mengikut keupayaan.
Misalnya, permainan bola tampar, guru mengarahkan pelajar menggunakan daya
imaginasi terlebih dahulu iaitu membayangkan kita memegang sebiji bola dan memukul
dengan kuat. Langkah yang seterusnya adalah menggunakan kertas atau suratkhabar
yang dibentuk bulat sebelum menggunakan bola yang sebenar. Gambaran ini
menunjukkan

guru

tersebut

menggunakan

langkah

demi

langkah

sebelum

melaksanakan aktiviti atau permainan. Dengan mengetahui tahap kemampuan


kemahiran fizikal seseorang pelajar, guru dapat merancang proses pengajaran yang
lebih efektif agar pelajar lebih mahir dalam sesuatu aktiviti yang melibatkan fizikal.

SOALAN 4:
Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan
jasmani sesuai seperti yang dirancang?
Berdasarkan pengalaman saya di sekolah ini, pembahagian masa dari mula
hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani sesuai seperti yang dirancang iaitu bermula
dengan memanaskan badan, kemudian melakukan regangan dan seterusnya aktiviti
permainan dijalankan. Dalam masa lima minit sebelum berakhir waktu kelas pendidikan
jasmani ini, guru akan meminta murid-murid melakukan aktiviti cooling down. Aktiviti
pendidikan yang dilaksanakan ini biasanya selama sejam iaitu bermula pada pukul 8
pagi hingga 9 pagi. Kebanyakan pada waktu ini, terdapat lima kelas sekaligus
menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Hal ini demikian, di sekolah ini terdapat

kemudahan yang lengkap seperti padang yang luas, kawasan permainan, peralatan
dan sebagainya.
Selain itu, melalui temubual dengan beberapa guru Pendidikan Jasmani,
kebanyakan mereka menyatakan aktiviti ini dirancang terlebih dahulu iaitu membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian, dalam rancangan
pengajaran harian ini, guru telah mengaplikasikan beberapa teknik dan strategi serta
kaedah tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk pelbagai
sumber rujukan terutama melaksanakan aktiviti permainan yang memerlukan
pelaksanaan ansur maju terlebih dahulu. Berdasarkan rancangan pengajaran harian
yang dibuat, para guru dapat menganalisis aspek kekuatan dan kelemahan tertentu
dalam pengajaran. Dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan ini, guru akan
membuat perancangan tertentu supaya para pelajar berupaya dan mahir dalam satusatu permainan.
Di samping itu, aktiviti Pendidikan Jasmani ini dilaksanakan secara terancang
iaitu mengikut prosedur tertentu seperti penerangan terlebih dahulu, kemudian
ditunjukkan cara-cara bermain. Contohnya, bagi permainan bola jaring, guru telah
memberikan penerangan dan tunjuk ajar dari aspek bagaimana kaki diangkat dan
membaling bola masuk ke jaring. Setelah itu, murid melaksanakan aktiviti bola jaring
dengan kaedah dan teknik yang betul.
SOALAN 5:
Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran
tersebut:
Pada pendapat saya, terdapat beberapa aspek tertentu yang perlu diberi
penambahbaikan seperti kaedah pengajaran, peralatan dan pemantauan terhadap
murid-murid. Hal ini demikian, penambahbaikan ini perlu dilaksanakan agar sesuatu
pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dan matlamat yang hendak
dilaksanakan. Melalui pemerhatian, saya dapati terdapat sesetengah guru Pendidikan
Jasmani tidak melaksanakan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu iaitu muridmurid terus melakukan aktiviti sukan. Contohnya, murid Tahun Enam, kebanyakan
mereka bermain bola sepak tanpa memanaskan badan terlebih dahulu.

Selain itu, masalah kekangan peralatan yang disediakan menyebabkan


beberapa kelas digabungkan agar murid-murid dapat bermain. Melalui gabungan ini,
saya dapat simpulkan bahawa guru telah mengambil inisiatif tertentu agar dapat
mengatasi masalah ini. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru, kita hendaklah berfikir
secara kristis dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Di samping itu, guru juga telah
melaksanakan beberapa permainan yang menarik minat murid dengan hanya
menggunakan beberapa peralatan sahaja seperti pemainan anak ayam, bola
beracun, belalang dan sebagainya.
Seterusnya, pada pendapat saya dalam penambahbaikan pengajaran ini adalah
kepada pelajar yang tidak berminat dalam melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani
kerana bosan, tidak pandai, berasa malu dan tidak mempunyai keyakinan kendiri.
Justeru, guru hendaklah mengambil inisiatif melaksanakan aktiviti dalam bentuk
pertandingan agar mereka berminat dan menarik perhatian murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

AKTIVITI- AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

AKTIVITI MENYEJUKKAN BADAN

PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA

PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI

Anda mungkin juga menyukai