Anda di halaman 1dari 32

Penghargaan

Asalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Satu Malaysia. Di sini
ingin saya merakamkan setinggi-tinggi syukus saya kehadrat ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya saya beryaya menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.
Tidak dilupakan kepada ayahanda dan bonda saya yang senantiasa member
dorongan dan semangat walaupun anakanda berada berjauhan dari ayahanda dan
bonda.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada para pensyarah yang telah memberi
tunjuk ajar dan panduan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya
menikut masa yang telah di tetapkan.
Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan sekalian yang telah memberi
bantuan dan panduan kepada saya untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
Tanpa dorongan dan panduan anda semua mungkin tidak akan saya berjaya
untuk menyiapkan tugasan ini. Sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih
kepada Allah S.W.T, ayahanda, bonda, pensyarah dan rakan-rakan sekalian.

Sekian,
Terima kasih.

Objektif Kajian
Untuk mengkaji tafsir tayammum
Untuk menyelidik tentang kebaikan dan kelebihan tayammum
Untuk mengetahui bagaimana cara-cara tayammum yang betul

Definisi Tayammum
Tayammum dari segi bahasa ialah ( sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560)
Pengertian
ini
diambil
dari
firman
Allah
S.W.T:
(Al-Baqarah:
267)
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau
kamu jadikan pemberian zakat. "
Dengan

pengertian

ini

juga,

penyair

berkata:

Maksudnya:
" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal
fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."
Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau
menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang
mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus
Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke
wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi
sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka
yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah,
Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)
Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para
Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi
mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah
yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah
atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat.
Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau
menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau
mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut
pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan
tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561)
Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan
dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang
tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada
peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan
kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat
datang sedangkan air tidak ada, maka turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman
Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari,
(b)
332:
200)
Maksudnya:
" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang.

Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung


tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat
(tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan
ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah
melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu
padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan
bagimu dan bagimu kaum muslimin."

Dalil pensyariatan tayammum


Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman
Allah S.W.T: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air
atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan
tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."
Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat
Ahmad, (b) 22133: 313)
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka
di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat
alat untuk bersuci."
Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162)
Maksudnya:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak
bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya:
'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan
kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'.
Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah
(bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau."
Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh
umat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562)

Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum


Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang
berikut:
Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.
Kedua
:
Solat-solat
sunat
dan
tawaf
sunat
serta
solat
jenazah.
Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membaca
al-Quran bagi orang berjunub.
Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama, harus baginya
mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat
dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang berniat salah satu ibadat
daripada martabat yang kedua, harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan
semua ibadat martabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan
daripada martabat yang pertama. Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu
ibadat martabat ketiga, harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat
ketiga tetapi tidak harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan
ketiga. (Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229)

Hadas yang dibolehkan bertayammum


Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil,
mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah, haid
dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu menggunakan air dengan apa jua
sebab sekalipun. Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi
S.A.W sepertimana berikut:

i. Bertayammum Daripada Hadas Kecil:


Firman
Allah
S.W.T:
(Al-Maidah:
6)
Maksudnya:
" Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh
perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan
tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu."
Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338: 241)
Maksudnya:
" Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu
sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan
tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian kedua-duanya mendapati air,
sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi
sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa
Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yang demikian. Setelah itu Rasul
bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai
dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu dan
mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'."
ii. Bertayammum Daripada Hadas Besar:
Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika
kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan
dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu), kecuali melalui
jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu sakit atau
dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau
kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah
kamu
bertayammum"
Kemudian, dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari, (b) 344: 210)
Maksudnya:

" Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat
seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat
bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi
kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi
menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.' Baginda lalu
bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup
bagimu. "

Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum


Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang
boleh bertayammum sebagai berikut:
1) Ketiadaan air:
Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan
bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)".
Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air
yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam
pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau
mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya.
Termasuk juga, adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk
mencarinya mengalami kesulitan.
Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi
wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan tayammum
pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. Abu Hurairah r.a
berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 )
Maksudnya:
" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku
memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu
sanggupi".
Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran.
Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang
atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang
dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila
ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam
perjalanan lupa bahawa dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat
setelah lewat waktu solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah,
Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut
Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang
tersebut dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat,
lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan
mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999:
80-81)
Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang
bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada,

kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga orang
yang melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk orang mendapat
rukhsah. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan
mubah, sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan
Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung.
1999: 81)
2) Keuzuran untuk menggunakan air:
Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang
terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk
wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani
keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam
jiwanya. Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh
musuh di tempat yang terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.
Muhammad. 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya
dalam suatu perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang
berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya.
3) Dalam keadaan sakit atau luka:
Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk
mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu:
i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan
nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota
tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakit
yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh
membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum
menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W:
(Riwayat
al-Daruqutni,
(b)
666
:
413)
Maksudnya:
" Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka
bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".
ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya.
Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir
sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya
kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi
hitam,
seperti
anggota
bahagian
wajah
dan
lain-lain.
Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang
rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat
membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur
hidup.
iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada

sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota
yang kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri
tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika
menggunakan air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau
kedinginan atau kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti
ini tanpa ada khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 113-114)
Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang
pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan
Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan
seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82)
4) Memerlukan air:
Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau
mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan
menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan
bertayammum, meskipun dia memiliki air. Keperluan tersebut adalah keperluan yang
tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan, seperti
kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh binatang ternak dan
keperluan lainnya. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk minuman anjing
pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing
yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak
menghalangi untuk memakai air).
Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal
dunia. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan.
Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu
sebagai ganti memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar
harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini,
Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118)
Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan
untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan
yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika
najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam
keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut
tidak perlu diulangi.
5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air:
Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan
diperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian
dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam
perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri

atau milik orang lain yang berada di tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran
terhadap musuh, pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa
mencari air. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau
kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang
berkuasa.

6) Keadaan sangat dingin:


Dari

'Amru

bin

'Ash

r.a

berkata:

(Riwayat

Abu

Daud,

(b)

334:

238)

Maksudnya:
" Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika
peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu
aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku
(sebagai imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada
nabi S.A.W, maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat
bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau,
alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui Allah
berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu
". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun."
Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah
(suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi,
'Abdul Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan
air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan, dibolehkan
tayammum. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir
membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh
dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi
orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan
alasan sangat dingin.
Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan
tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan
dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan
dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat
(pengaruh). Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti
mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza
dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti
diqadha'.
7) Tiada alat untuk mengambil air:
Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh
mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan

alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti ketiadaan timba
pengambil air dari sumur yang dalam, jika terus diusahakan waktu akan habis. Orang
yang solat dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha'
solatnya menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.
Muhammad. 1414H/1993: 113)
Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, dia
diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu
yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini mencari alat
adalah wajib.
8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat:
Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu
solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaan
dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti mencari air
terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia
dibolehkan tayammum.
Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis
waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Seperti
golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang
mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air
itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan
dengan tayammum tersebut tidak diulang.
Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan
bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat
kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat
'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul
Qadir. 1994: 139) Kedua, kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan
khusuf) dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum
apabila takut habis waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir.
Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis
waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada
waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr. A. Rahman
Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84)

Rukun-Rukun Tayammum
1. Niat:
Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui
hadis
yang
sahih:
(Riwayat
al-Bukhari,
(b)
1:
1)
Maksudnya:
" Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".
Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga,
iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun
mengikut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan Hanafiyyah
dan sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 :
582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak
waktu yang sedikit, sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan
tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini
bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan
solat, dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang
tersebut tidak terangkat kerana tayammum.
Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub,
kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi
S.A.W.
bertanya:
(Riwayat
Abu
Daud,
(b)
334:
238
)
Maksudnya:
" Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal
engkau sedang berjunub?"
Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah:
(Riwayat
Abu
Daud,
(b)
314:
206-207)
Maksudnya:
"Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air,
sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air
itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".
Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi fahaman yang
jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk
melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum
berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal
(kelakuan):
i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka
boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat
sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di

dalam
waktu
dan
di
luarnya.
ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar.
Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat
dengan niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka
menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang
sunat
mengikut
perkara
yang
fardhu.
iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan
solat fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut
digunakan untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu.
Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub
berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh
mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu
Bakar
b.
Muhammad.
1414H/1993:
123)
iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau
sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk
membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum
itu untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.
(Abu Muhammad. t.th: 187)
2. Menyapu ke muka dan dua tangan:
Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun
tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan
tanganmu dengan tanah itu".
Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu
seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka
dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu'
wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu
Muhammad. t.th: 188)
3. Tertib (berurutan):
Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan
Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan
Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak
diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan
berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka
demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah
menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A.
Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)

Syarat-syarat Tayammum
1) Keuzuran menggunakan air:
Di antara syarat-syarat tayammum yang pertama ialah uzur menggunakan air di
sebabkan sakit atau musafir. (Abu Muhammad. t.th: 191) Allah S.W.T berfirman: (AlMaidah: 6)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air
atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)."
Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan
salah
satu
dari
hal-hal
yang
berikut:
i.
Takut
kehilangan
nyawa.
ii.
Takut
cedera
pada
anggota
yang
sakit.
iii.
Takut
terkena
penyakit.
iv. Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah, cacat atau parut yang
buruk pada anggota yang biasa nampak.
2) Masuk waktu solat:
Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan yakinnya
samada solat fardhu atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang yang syak masuk
waktu solat. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58) Ini berdasarkan firman Allah S.W.T: (AlMaidah:
6)
Maksudnya:
" Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu"
Dalam ayat ini, berdiri untuk solat itu tentunya setelah masuk waktu solat. Wudu'
dikecualikan dari masalah ini kerana terdapat dalil yang lain. Sedangkan tayammum
masih tetap kerana memandang zahirnya ayat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu
Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115) Dan Nabi telah bersabda: (Riwayat al-Bukhari
(b),
335:
58)
Maksudnya:
" Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum). Maka
sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka
hendaklah ia solat."
Hadis Baginda Rasul S.A.W. tersebut merupakan dalil wajib tayammum dan solat itu
ialah apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat. (Abu Muhammad. t.th: 191)
Selain daripada alasan tersebut, tayammum juga merupakan bersuci yang dharurat.
Sebelum masuk waktu solat tidak terdapat dharurat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu

Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 116) Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi


adalah terkecuali daripada hal ini yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk
waktu solat. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan
tidak sah tayammum kecuali setelah masuk waktu solat fardhu mahupun solat sunat
yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 :
565)
3) Mencari air:
Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk waktu solat.
Allah S.W.T. berfirman: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka hendaklah
kamu bertayammum."
Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk berwudu' dan
mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan dicari. (Abu Muhammad. t.th:
191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak tayammum tersebut mencari air terlebih
dahulu, samada dengan usahanya sendiri atau bantuan orang lain, atau bertanya-tanya
dari teman-temannya. Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari
bekal perjalanan, pergi melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara
membelinya apabila air itu lebih dari keperluannya dan dengan harga pasaran. Jika
diyakini bahawa air tidak ada atau tempatnya jauh, maka tidak wajib mencarinya. (Hj.
Osman b. Jantan. 1983: 59)
Mengenai batas jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu terdapat perbezaan
pendapat di kalangan imam mazhab. Ukuran jauh menurut golongan Hanafiyyah adalah
bila mencapai satu mil, sekitar 1848 meter atau 4000 hasta atau lebih. Menurut
golongan Malikiyyah mencapai dua mil.
Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan ketiadaan air
seperti
berikut:
i. Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia boleh bertayammum
tanpa
dituntut
untuk
mencarinya.
ii. Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap adanya air, maka dia
mesti memeriksa rumahnya dan rumah temannya terlebih dahulu secara berulangulang yang jarak minima 400 hasta atau 184.8 meter. Sebab tayammum itu bersuci
yang dharurat, sedangkan dharurat tidak mungkin terjadi bila kemungkinan untuk
bersuci dengan air masih ada. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 112) Kalau memang ternyata tidak ditemukan adanya ada air barulah dia
boleh
bertayammum.
iii. Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air, maka dia mesti mencarinya sampai
menempuh jarak 6000 langkah. Mencari air tidak dituntut jika diyakini pada jalan yang
ditempuh itu tidak ada keamanan atau ada halangan. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 :
571-572)

4) Terhalang menggunakan air:


Syarat yang keempat tayammum iaitu terhalang menggunakan air, seperti seseorang
yang mendapat air, dan ia tidak boleh menggunakan air itu kerana sakit atau takut
berpisah dengan rakannya yang bersama dalam perjalanan yang akan membahayakan
dirinya, (Abu Muhammad. t.th: 191-192) atau ia memerlukan air itu kerana dahaganya,
manusia atau haiwan yang muhtaram (yang dihormati nyawanya), samada keperluan
itu pada ketika itu ataupun pada masa akan datang. Wujudnya penghalang yang
membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan juga khawatir akan
keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan binatang buas atau musuh, dan
seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang atau perompak. (Hj. Osman b. Jantan.
1983: 59).
5) Tanah yang suci:
Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah) yang suci,
murni, belum pernah digunakan, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.
Muhammad. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. Ini berpandukan firman
Allah
S.W.T:
(Al-Maidah:
6)
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)."
Menurut golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan rukun, sedangkan
bagi Ulama' yang lainnya merupakan syarat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin
Tanjung. 1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa 'sha'id' dalam ayat tersebut ialah
permukaan bumi, baik yang berupa tanah berdebu atau bukan, (Ar-Rahbawi, 'Abdul
Qadir. 1994: 141) berdasarkan hadis Abu 'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah
S.A.W:
(Riwayat
Ahmad,
(b)
22133:
313)
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci."
Maka pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah yang bersependapat juga
oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau yang muncul ke permukaan
yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke dalamnya tanah, pasir, batu kerikil dan
kapur (untuk mengapur rumah) yang belum dibakar dengan api. Semua yang termasuk
pengertian ini boleh digunakan untuk bertayammum menurut Malikiyyah dan
Hanafiyyah. Selain itu, boleh juga bertayammum dengan barang-barang galian, selain
emas, perak dan permata atau mutiara, selama belum dipindahkan dari tempatnya.
Begitu juga dengan salji yang membeku, baik yang berada di laut mahupun di bumi.
Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti di lakukan dengan
tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan. (Dr. A. Rahman Ritonga,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan hadis dari Huzaifah, bahawa
Nabi
S.A.W
bersabda:
(Riwayat
Muslim,
(b)
121:
210-211)

Maksudnya:
" Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan tanah yang boleh
mensucikan jika kami tidak menemukan air."
Di sini Rasulullah S.A.W. mengalihkan pembicaraan dari bumi lalu menyebutkan tanah
yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap tanah. (Al-Husaini, Imam
Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120)
Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu hendaklah
memenuhi ciri-ciri berikut:
i. Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan semulajadinya kepada keadaan lain
yang dapat mencegah dari dikatakannya sebagai "tanah". Seandainya tanah itu dibakar
sampai menjadi abu, atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus, maka tidak
boleh
digunakan
untuk
tayammum.
ii. Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar yang apabila
dilemparkan tidak mengeluarkan debu, maka tidak boleh digunakan untuk
bertayammum. Jika pasir itu halus maka boleh menggunakannya untuk bertayammum.
Justeru, sekiranya tanah yang dicampur dengan pasir yang halus, tidak sah
tayammumnya. Akan tetapi jika seseorang memukulkan tangannya ke kain, kantung
atau permaidani, lalu melekat di tangannya debu, maka dia boleh bertayammum
dengan debu tersebut. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88)
iii. Tanah yang digunakan untuk bertayammum itu harus suci berdasarkan firman Allah
S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W mengenai tanah yang suci. Ini adalah kerana air
yang bernajis tidak boleh digunakan untuk bersuci, maka demikian juga tanah yang
menggantikan air wudu' atau janabah tidak boleh digunakan untuk bertayammum.
iv. Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus tanah yang murni
iaitu tanah yang tidak dicampur dengan tepung atau lain sebagainya walaupun sedikit
tanpa
ada
khilaf
di
kalangan
Fuqaha'.
v. Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang musta'mal (yang telah
digunakan) sebagaimana air yang musta'mal. Yang dimaksudkan dengan musta'mal
pada tanah ialah yang menempel pada anggota badan atau yang sudah menyentuh
badan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120-121)

Sunat-Sunat Tayammum
Para Ulama' Fiqh berbeza-beza pandangan dalam menetapkan sunat-sunat
tayammum. Ada yang dipandang sunat bagi satu mazhab, tetapi dipandang wajib oleh
yang lain atau sebaliknya. Tayammum mempunyai beberapa perkara sunat
sebagaimana berikut:
i. Membaca Basmalah. Tetapi menurut Ulama' Hanabilah, membaca Basmalah itu
hukumnya wajib, jika ditinggalkan dengan sengaja batallah tayammum, dan kewajipan
ini menjadi gugur jika lupa atau memang kerana tidak tahu sedangkan tayammum itu
seperti wudu'. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah: (Riwayat at-Tirmizi, (b) 25: 114)
Maksudnya:
" Tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebutkan nama Allah atasnya".
ii. Bersiwak atau menggosok gigi, iaitu di antara membaca Basmalah dengan
memindahkan tanah ke anggota tayammum, (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 206)
berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi S.A.W.
bersabda:
(Riwayat
Muslim,
(b)
23:
138)
Maksudnya:
" Jikalau tidak khawatir akan memberatkan umatku, nescaya kuperintahkan mereka
menggosok gigi setiap kali hendak berwudu'."
iii. Mendahulukan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah dagu.
iv. Memukulkan bahagian dalam telapak tangan ke tanah yang akan dipakai
tayammum. Hanya saja Ulama' Maliki menyatakan bahawa pukulan pertama adalah
rukun manakala pukulan kedua untuk disapu ke tangan hingga siku adalah sunat (Dr. A.
Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90). Hal itu berdasarkan hadis 'Ammar
di
dalamnya
disebutkan:
(Riwayat
ad-Daruqutni,
(b)
671:
416)
Maksudnya:
" Nabi memukulkan kedua telapak tangannya ke tanah".
Dan Menurut riwayat ad-Daruqutni, nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat ad-Daruqutni, (b)
690:
191-192)
Maksudnya:
" Sesungguhnya cukuplah bagimu memukulkan kedua telapak tanganmu ke tanah ".
v. Merenggangkan jari-jemari di saat ditepukkan ke tanah, agar debu dapat masuk ke
celah-celah
jari.
vi. Meneguhkan tangan atau meniupnya agar tanah yang melekat di tangan menjadi
tipis. Hal ini berdasarkan pada hadis 'Ammar yang lalu. Dalam hadis itu disebutkan:
(Riwayat
Ahmad,
(b)
18294:
362)

Maksudnya:
" Dan Nabi meniup kedua tangannya..".
vii. Menanggalkan cincin dalam pukulan pertama, sedang dalam pukulan kedua
hukumnya fardhu. Tetapi menurut Ulama' Hanafiyyah, cukup menggerakkannya atau
menggeser-geserkannya. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 143) Ini berbeza dengan
berwudu' kerana tanah tidak boleh sampai ke bawah jari yang bercincin itu. (Al-Husaini,
Imam
Taqiyuddin
Abu
Bakar
b.
Muhammad.
1414H/1993:
127)
viii. Tertib, yakni memulai dengan menyapu muka lebih dulu sebelum menyapu tangan
adalah sunat menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Sedangkan menurut
golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tertib ini adalah fardhu. Hal itu berdasarkan sabda
Rasulullah
S.A.W.:
(Riwayat
Muslim,
(b)
2950:
513-514)
.
Maksudnya:
" Mulailah dengan apa yang dimulai Allah".
ix. Tayamun, yakni mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum tangan kiri,
berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2185: 378)
Maksudnya:
" Mereka memulakan dengan tangan kanan".
Dan demikian Sabda Baginda Rasul S.A.W. riwayat Aishah r.a: (Riwayat al-Bukhari, (b)
168:
502)
Maksudnya:
" Baginda Rasul S.A.W. suka pada perkara-perkara yang sebelah kanan ketika
memakai kasut, bersikat, bersuci dan semua pekerjaannya."
x. Mencelah-celahi anak jari sesudah menyapu dua tangan. (Abu Muhammad. t.th: 193)
Demikian juga menyela-nyelai janggut menurut Ulama' Hanafiyyah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul
Qadir.
1994:
145)
xi. Menggosokkan-gosokkan (al-dulk) tangan kepada anggota tayammum seperti dalam
wudu', dan tidak mengangkat tangan dari anggota tayammum sebelum sempurna
menyapu anggota tayammum tersebut. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602)
xii. Muwalat, yakni berturut-turut sehingga antara menyapu muka dengan kedua tangan
tidak terpisah lama atau tidak terpisah oleh sesuatu apa pun di antara fardhu-fardhu
tayammum. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) Malikiyyah dan Hanabilah
memandang bahawa berturut-turut itu merupakan rukun atau wajib tayammum. Namun,
Hanabilah lebih mengkhaskan pada hadas kecil seperti halnya dengan hukum tertib.
Selain kewajipan berkesinambungan dalam menyapu anggota tayammum, Malikiyyah
mewajibkan adanya kesinambungan antara tayammum dengan pelaksanaan solat dan
ibadah lain dimana tayammum itu diuntukkan padanya. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr.
Zainuddin
Tanjung.
1999:
87)
xiii. Membaca doa yang dianjurkan di saat membasuh muka dan tangan dalam
berwudu'. Doa itu dibacanya pula ketika menyapu muka dan tangannya dalam

bertayammum. Demikian pula disunatkan membaca doa sesudah selesai tayammum


dengan doa sesudah berwudu', seperti membaca dua kalimah Syahadah dan
sebagainya.
xiv.
Menghadap
kiblat
ketika
bertayammum.
xv. Disunatkan melebihi menyapu dari batas siku. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr.
Zainuddin
Tanjung.
1999:
90)
xvi. Mengiringi tayammum dengan solat dua rakaat dikiaskan pada wudu'. (Dr. Wahbah
al-Zuhaili. 1984 : 602)
Perkara-perkara sunat tersebut di antaranya ada yang sunnah dan ada pula yang
mandub atau anjuran. Barang siapa melakukannya mendapat pahala atas
perbuatannya itu tetapi yang tidak mengerjakannya pun tidaklah berdosa dan
tayammumnya tetap dipandang sah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144-146)

Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum


1) Perkara yang membatalkan wudu':
Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana
tayammum adalah gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) Jika
bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi syaratsyaratnya, lalu dia berhadas, maka batallah tayammumnya. Ini adalah kerana
tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan solat, jadi tayammum
itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'. Batalnya
ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum
ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar
b. Muhammad al-Husaini.1993: 128)
Sungguhpun begitu, jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian
terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar, akan tetapi
dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. Maka harus baginya membaca alQuran, masuk ke masjid dan diam di dalamnya. (Al-Juzairi, Abdul Rahman.
1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila sudah ada air atau bila telah
hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum. Dalam pada itu, golongan
Malikiyyah mengatakan, jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil,
maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Disebabkan
itu, haramlah bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang
yang junub sehingga ia mengulangi tayammumnya lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir.
1994: 148)
2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum:
Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang
menjadi penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas,
hilangnya kesakitan dan kesejukan, adanya alat yang boleh menyampaikan pada air
dan terlepas dari tahanan atau penjara yang tidak terdapat air padanya. Ini kerana apa
yang mengharuskan tayammum kerana uzur akan membatalkan tayammum itu kerana
hilangnya keuzuran. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604)
3) Melihat air dan sanggup memakai air:
Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air, kemudian mereka melihat air
seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. (Abu
Muhammad. t.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 313:
205-206)
Maksudnya:
" Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam, sekalipun tidak engkau perolehi air
sepuluh tahun lamanya. Maka jika engkau telah mendapat air, hendaklah engkau
sentuhkan air itu ke kulit engkau, kerana yang demikian itu lebih baik bagi engkau. "

Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 561)
" Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira-kira satu
atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. Kemudian tibalah beliau ke Madinah
sedangkan hari masih terang, beliau tidak mengulangi lagi solat Asarnya itu."
Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut
golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal
melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah
membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91)
Maka, apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air sesudah bertayammum
tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk bersolat menurut pendapat
para Fuqaha'. (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 560) Jika seseorang
bertayammum kerana sakit atau seumpamanya, bukan kerana ketiadaan air lalu
melihat air tidaklah batal tayammumnya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63)
4) Habis waktu solat:
Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu
habis waktu solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat. (Dr. A. Rahman Ritonga,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara mutlak samada
disebabkan hadas besar, atau terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang
tidak membatalkan tayammum apabila habis waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman.
1411H/1990: 165-166)
5) Murtad (riddah):
Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut
golongan Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat, dan
keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. Masalah ini
berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub, kerana wudu' dan mandi junub itu
melenyapkan hadas, bukan untuk membolehkan solat sahaja. Perlu ditegaskan juga
bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia
belaka, dan tidak diterima Allah S.W.T. demikian pula hilang pahalanya, sedangkan
tayammum itu termasuk di bawah amal ibadat. (Abu Muhammad. t.th: 198) Akan tetapi
bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain tidak membatalkan tayammum disebabkan
murtad seperti halnya pada persoalan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin
Tanjung. 1999: 91)
6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat:
Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan
solat menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini adalah kerana menurut
mereka muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun
tayammum. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606)

Kaifiat Tayammum
1. Kaifiat tayammum dalam keadaan biasa
Kaifiat tayammum haruslah dilakukan mengikut fardhu yang telah digariskan oleh para
Fuqaha'. Dengan ini haruslah diketahui cara-cara dan kaedah yang betul sebelum
seseorang itu melakukan amalan tayammum di samping mengenalpasti kebolehan
untuknya bertayammum itu memenuhi segala syarat atau sebaliknya. Harus diketahui
juga bahawa cara bertayammum untuk hadas besar adalah sama caranya dengan
tayammum untuk hadas kecil manakala kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali
tayammum itu ialah satu perkara wajib (fardhu) dan beberapa perkara sunat. Berikut ini
adalah kaifiat-kaifiat untuk bertayammum:
i. Membaca Basmalah sambil meniatkan untuk mengharuskan solat, tawaf, menyentuh
al-Quran
atau
sebagainya
yang
dimaksudnya
dengan
tayammum.
ii. Kemudian menepuk dua tapak tangan ke debu dengan jari terbuka. Setelah ditiup
atau dilaga-lagakan kedua-dua tangan untuk menipiskan debu-debu yang melekat
padanya, lalu disapukan ke muka sekali saja. Niat mestilah dilakukan pada permulaan
memindahkan tanah ke tapak tangan dan hendaklah berkekalan hingga menyapu
sebahagian daripada muka sebagaimana pendapat Syafi'iyyah. Lafaz niat iaitu:
Maksudnya:
" Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala".
Cara menyapu muka adalah dengan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan
ke bawah manakala kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari
telinga kanan ke telinga kiri sebagaimana dalam wudu'. Bezanya ialah, jika dalam wudu'
wajib menyampaikan air ke celah-celah janggut atau misai yang tebal, maka dalam
tayammum hal itu tidak diwajibkan menurut mazhab yang kuat kerana sukar. (AlHusaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 124) Kemudian
tapak tangan itu ditepuk-tepukkan terlebih dahulu untuk membuang debu musta'mal
(yang
telah
digunakan)
yang
masih
melekat
ditangan.
iii. Selepas itu ditekap sekali lagi pada debu tadi untuk kali kedua lalu ditipiskan dengan
meniup atau meneguh kedua-dua tangan. Kemudian tapak tangan kanan menyapu
tangan kiri hingga ke siku, sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan hingga
ke siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 62) Cara menyapu tangan adalah dengan
menyapu tangan kanan dengan meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari ke bawah jari
tangan kanan. Kemudian dilurutkan jari-jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan
kanan dan digenggam sedikit dan dilurutkannya pula hingga ke siku. Seterusnya
dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan lurutkan ke hadapan sehingga
ke pergelangan tangan dan kedudukan ibujari dalam keadaan terangkat. Seterusnya
melurut ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan dan begitulah sebaliknya dengan
menyapu tangan kiri. Seandainya ditengah-tengah mengusap anggota tayammum dia
terangkat tangannya kemudian dikembalikan semula, hukumnya boleh menurut qaul
yang rajih dan tidak perlu mengambil tanah lagi. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu
Bakar
b.
Muhammad.
1414H/1993:
126)

iv. Tertib, iaitu mendahulukan menyapu muka, kemudian baru menyapu kedua tangan
hingga dua siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59-60) Manakala menurut golongan
Hanafiyyah dan Malikiyyah bahawa tertib itu hukumnya sekadar sunat, bukan rukun.
(Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144)
2. Kaifiat tayammum bagi pesakit berbalut
Bagi orang yang berhadas besar atau kecil yang hendak berwudu' atau mandi janabah,
padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang
demikian itu hendaklah ia menyampaikan serta meratakan air ke seluruh anggota tubuh
badannya yang lain, kecuali anggota yang tidak boleh terkena air itu.
Kaedahnya ialah samada bertayammum dahulu kemudian membasuh anggota-anggota
yang lain atau membasuh anggota-anggota yang lain dahulu kemudian baru
bertayammum. Kedua-dua cara ini boleh dilakukan kerana tiada disyaratkan tertib bagi
mengangkatkan hadas besar, sebabnya hukum seluruh badan adalah seperti satu
anggota sahaja.
Bagi orang yang berhadas kecil yang hendak mengangkat hadasnya padahal ada
anggotanya yang tidak boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang demikian itu
hendaklah ia bertayammum. Apabila sampai membasuh anggota yang tidak boleh
terkena air itu kerana mengikut tertib. Jika sekiranya ada dua anggota wudu' yang tidak
boleh terkena air, maka wajib ia bertayammum dua kali. Jika sekiranya ada tiga
anggota wudu' yang tidak boleh terkena air itu, maka wajib bertayammum tiga kali.
Tetapi jika keempat-empat anggota wudu' kesemuanya tidak boleh terkena air, maka
hanya satu tayammum sahaja yang wajib sebagai ganti daripada wudu'nya. (Hj. Osman
b. Jantan. 1983: 63-64)
Sebagai contoh dikemukakan 2 jenis keadaan sakit yang berlainan beserta cara yang
betul untuk bertayammum:
Contoh
pertama:
Terdapat
luka
di
tangan:
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian bertayammum sebagai ganti
membasuh tempat luka itu. Kemudian membasuh bahagian tangan yang tidak luka, lalu
menyapu
sebahagian
kepala.
ii. Atau mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia membasuh bahagian tangan
yang tidak luka kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka.
Kemudian menyapu kepala, tidak sah jika ia mendahulukan tayammum sebagai ganti
membasuh anggota tangan yang luka itu dengan mengkemudiankan tayammum
sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka dengan mendahulukan pula
menyapu sebahagian daripada kepala, kerana tidak ada tertib dalam pekerjaan yang
demikian itu.
Contoh
kedua:
Luka
di
tangan
dan
kaki.
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka dengan air, kemudian bertayammum dan
membasuh anggota tangan yang baik; ataupun membasuh anggota tangan yang baik

dan bertayammum kemudiannya. Kemudian menyapu sebahagian daripada kepala


dengan air dan selepas itu bertayammum lagi dan membasuh anggota kaki yang baik;
ataupun membasuh anggota kaki yang baik dan bertayammum kemudiannya. (Hj.
Osman b. Jantan. 1983: 64)

Hikmat Bertayammum
1. Tayammum suatu rahmat Allah kepada hambaNya
Di antara kelebihan Allah S.W.T ke atas umat Islam ialah mengangkatnya daripada
kesempitan dan kesusahan dalam segenap aspek, dan meringankan daripadanya pula.
Keringanan dan mengangkat kesempitan di dalam tanggungjawab Syari'e amat jelas
bagi setiap muslim. Maka tidaklah suatu tanggungjawab itu merupakan bebanan, atau
suatu perintah daripada urusan syariat pula menyusahkan manusia untuk
melaksanakannya, melainkan terdapatnya rahmat dan keringanan daripada Allah S.W.T
yang
mengangkat
bebanan
itu
seluruhnya.
Hal ini dapat dilihat sebagaimana solat adalah dikecualikan kepada perempuan yang
didatangi haid dan nifas, puasa dikecualikan kepada orang sakit yang berpanjangan,
ibadat haji tidak diwajibkan kepada yang tidak berkemampuan, peperangan
dikecualikan kepada orang sakit, lemah, buta dan sebagainya.
Perkara ini dapat juga didapati dengan keringanan suatu tanggungjawab mengikut
kadar kemampuan dan kudrat seseorang tanpa adanya masyaqqah (kesusahan)
seperti orang yang lemah untuk bersolat sambil berdiri dibenarkan solat dalam keadaan
duduk, harus mengqasar dan menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan juga
berbuka puasa di bulan ramadhan dan diqadha' puasa itu selepasnya. Sebagaimana
firman
Allah
S.W.T:
(Al-Baqarah:
185)
Maksudnya:
" Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran".
Firman

Allah

S.W.T:

(An-Nisa':

28)

Maksudnya:
" Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia
itu dijadikan dalam keadaan lemah".
Dengan demikian, ibadat tayammum yang sampai perintahnya untuk memukul ke atas
tanah untuk disapu ke muka dan dua tangan adalah sebagai ganti wudu' dan mandi
janabah apabila didapati bersih. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Ia
merupakan suatu rukhsah (kemudahan yang diberi oleh Syara') bagi orang yang tidak
boleh menggunakan air kerana sakit atau dalam musafir, atau kerana tidak ada air, atau
sukar untuk mendapat air.
Hadis Baginda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jabir r.a: (Riwayat Abu
Daud,
(b)
336:
239)
Maksudnya:
" Kami telah keluar mengembara maka salah seorang daripada kami terkena batu, lalu
luka kepalanya, kemudian ia bermimpi jimak maka ia bertanya kepada para
sahabatnya: Adakah kamu dapati jalan yang memberi kemudahan kepadaku untuk

bertayammum? Mereka menjawab: Kami tidak dapati jalan untuk memberi kemudahan
kepada engkau, sedang engkau masih boleh menggunakan air. Kemudian dia mandi
yang menyebabkan dia mati. Kemudian ketika kami sampai kepada Nabi S.A.W.
diceritakan peristiwa itu kepada Baginda, lalu Nabi S.A.W. bersabda: Mereka bunuh dia,
Allah akan membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak
tahu. Sesungguhnya ubat keraguan (kebodohan) itu ialah bertanya. Sebenarnya sudah
memadai (sudah cukup) ia bertayammum sahaja dan membalut lukanya. Kemudian
disapunya dengan air di atas pembalut lukanya tadi dan membasuh semua badannya
yang lain."
Nas-nas tersebut merupakan dalil bahawa tayammum itu suatu rukhsah (kemudahan)
yang dikurniakan Allah bagi orang yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan
urusan agama. Kemudahan ini ialah kerana Allah S.W.T tidak memberatkan dan
membebankan hamba-Nya dalam melaksanakan urusan tersebut di luar kemampuan
mereka.(Abu Muhammad. t.th: 182-185) Firman Allah S.W.T lagi: (Al-Hajj: 78)
Maksudnya:
" Dan Dia (Allah) menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
dalam perkara agama."
Hikmat bertayammum ini termasuk dalam bahagian hikmat ta'abbudi, iaitu perbuatan
yang tidak diterangkan tuhan hikmatnya, hanya yang dapat diketahui orang sematamata syaratnya sahaja, iaitu agar solat jangan sampai ditinggalkan dengan sebab
ketiadaan air, padahal ketiadaan air itu hanya buat sementara waktu sahaja. Maka
dengan mudah sekali orang mencari alasan untuk meninggalkan solat. Padahal
menurut hukumnya, solat tidak boleh samasekali ditinggalkan dalam keadaan macam
mana sekalipun. Di sini juga, terdapat dua hikmat yang terbesar amalan bertayammum:
i. Menghinakan diri yang condong kepada kejahatan dengan meletakkan tanah ke muka
anggota
yang
paling
mulia.
ii. Menyatakan kemuliaan, syariat Nabi Muhammad S.A.W. yang mana tayammum itu
tidak dilakukan di masa umat-umat yang terdahulu. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 65)

Kesimpulan
Kesimpulannya, dapatlah kita fahami bahawa amalan tayammum merupakan antara
ibadat yang penting sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan
kepada umat Islam. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai
syariat bertayammum di dalam al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang mana
ia sebagai suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya. Ini
seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada
hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Selain itu, dapat kita ketahui islam agama
yang mudah dan tidak membebankan umatnya kerana member kita sebagai umatnya
mudah untuk melakukan ibadat kapada Yang Maha Esa.

Bibliografi
Abu Muhammad. t.th. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. t.tp: Jasmin Enterprise.
Ahmad Muhammad Syakir. 1419H/1999. Sunan al-Tirmizi. Jil. 1: Darul Hadis.
Al-'Asqalani, Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhli Ahmad bin Ali bin Hajar. 1416H/1996.
Fathul Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari. Jil. 2: Dar Abi Hayan.
Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1417H/1996. Sunan al-Daruqutni. Jil.
1. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1422H/2001. Sunan al-Daruqutni. Jil.
1. Beirut: Darul Ma'rifah.
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999. Fiqh Ibadah. Kuala Lumpur:
Penerbit Edaran Kalam.
Dr. Sameer Taha al-Majzub. 1413H/1993. Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal: AlMaktab al-Islamiy.
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984. Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu : Darul Fikr.
Hj. Osman b. Jantan. 1983. Pedoman Ilmu Fiqh. Singapura: Pustaka Nasional Pte.
Ltd.
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993. Kifayatul
Akhyar. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Al-Imam Abi 'Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ja'fi. 1419H/1999. Sahih
al-Bukhari: Darul Salam.
Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990. Kitab al-Fiqhu 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah.
Jil. 1: Darul Fikr.
M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am (pnys). 1997. Kamus Istilah Fiqh,
Selangor: Advance Publication.
Muhammad Ali al-Said. 1969. Sunan Abi Daud. Jil. 1: t.pt.
Al-Quran
Al-Qurtubi, Imam al-Faqih Abi al-Abbas Ahmad bin Umar. 1414H/1993. Talkhis
Sahih al-Imam Muslim. Jil. 1: Darul Salam.

Al-Qusyairi al-Nisaburiy, Al-Imam Abi al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj bin Muslim.
1419H/1998. Sahih Muslim: Darul Salam.
Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994. Salat Empat Mazhab. t.tp: Litera AntarNusa dan
Pustaka Islamiyah.
Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980. Hukum-Hukum Feqah Islam. Kelantan:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991. Fiqhul Ibadat, t.tp: Ma'ahad alDirasat al-Islamiyyah.
Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002. Fiqhul Ibadat: Darul Salam.
Al-Syeikh, Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim. 1420H/1999. Sunan
Ibnu Majah: Darul Salam.

Anda mungkin juga menyukai