Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendahuluan
Komponen utama pendidikan adalah guru itu sendiri, di mana kejayaan dan
keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan
tanggungjawab guru sebagai pendidik. Di dalam proses ini guru juga perlulah
mempunyai kelengkapan keilmuan di sertai keluhuran budi serta peribadi. Begitulah
idealnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan
untuk murid, pelajar dan masyarakat. Pembangunan negara yang pesat dengan
pelbagai perubahan yang berlaku dalam masyarakat tidak akan meringankan beban
tugas guru. Hakikatnya tugas guru pada masa kini makin mencabar. Guru
profesional harus berusaha untuk mempertingkatkan profesionalisme perkhidmatan
mereka.
2.0 Faktor dalaman yang boleh menjejaskan komitmen guru di sekolah
2.1 Pengurusan masa yang lemah
Para guru belum pernah menghadapi tekanan dalam menguruskan masa mereka
dengan berkesan seperti yang dihadapi oleh mereka sekarang. Tempoh dan tahap
perubahan baru-baru ini telah menambahkan hanya bebanan kerja hingga ramai
guru bersungut mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa untuk
melakukan tugas dengan sempurna.
Mereka perlu tahu keperluan Kurikulum Kebangsaan dan perubahan serta
semua keperluan undang-undang yang bersabit dengan peperiksaan, perekodan
dan penyediaan laporan. Semua ini adalah tambahan kepada mengajar di dalam
kelas, menyediakan bahan mengajar, menanda buku, melekap dan mempamerkan
kerja, membuat rekod yang tepat bagi pengajaran sesuatu subjek dan pencapaian
murid, menghadiri mesyuarat staf, mesyuarat ibu bapa, mesyuarat kumpulan dan
menghadiri kursus dan bengkel. Selain itu, guru juga perlu mentadbir sesuatu
jabatan atau bidang kurikulum di dalam sekolah itu.
Sepanjang saya menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah,
Praktikum dan Internship, dapat saya lihat ada guru yang mempunyai masalah untuk
menguruskan masa mereka menyebabkan banyak kerja terbengkalai, lambat masuk
ke kelas, buku murid tidak bertanda, lewat tiba ke sekolah, dan sebagainya.

2.2 Faktor Kurang Kemahiran Teknologi Komunikasi Dan Maklumat


(TMK)
Guru seharusnya mempunyai cukup kemahiran TMK bagi memenuhi
keperluan pembelajaran pelajar. Guru sepatutnya boleh mengguna TMK bukan
sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing
pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.
Tiga faktor utama yang dikaitkan dengan tahap penggunaan TMK di sekolah
ialah guru, teknologi dan sekolah. Masih ramai guru yang tidak mahir menggunakan
TMK di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru yang tidak tahu
mengendalikan peralatan ini menyumbang kepada masalah yang akan wujud di
sekolah kelak.
Sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna TMK dalam amalan
pengajaran juga banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi
yang ada pada mereka. Guru mungkin kurang menggunakan teknologi di dalam
bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan TMK di
bilik darjah.
Semasa

menjalani

sesi

Praktikum,

saya

dapat

memerhati

bahawa

kebanyakan guru kurang menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan


kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan TMK di bilik darjah. Mereka
menggunakan kaedah tradisional iaitu chalk and talk semasa mengajar. Ini
menyebabkan murid berasa bosan dan menyebabkan sesi p&p kurang berkesan.
3.0 Faktor luaran yang boleh menjejaskan komitmen guru di sekolah
3.1 Faktor hubungan komunikasi yang tidak baik
Antara perkara yang menjejaskan komitmen guru ialah hubungan komunikasi yang
tidak baik di sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh hubungan antara guru dengan ibu
bapa, pentadbir, rakan sekerja dan murid yang bermasalah. Contohnya, terdapat
situasi di mana guru perlu berhubung dengan ibu bapa yang sedang marah,
pentadbir yang bersikap diktator dan kakitangan sokongan sekolah yang keras
kepala.
2

Berkomunikasi dengan ibu bapa yang sedang marah merupakan satu tugas
yang mencabar bagi seseorang guru. Ini kerana, guru biasanya terperangkap di
antara kehendak guru dan kehendak murid. Ada murid yang cuba mendapatkan
perhatian ibu bapa dengan membesar-besarkan kejadian yang berlaku di kelas.
Bergantung kepada insiden dan cara mereka menokok tambah cerita, boleh
menimbulkan kemarahan ibu bapa dan seharusnya menuntut penjelasan dari guru.
Selain itu terdapat situasi di mana apabila guru berurusan dengan dengan
pentadbir yang kurang mesra, bersifat autokratik dan sebagainya. Di kebanyakan
sekolah, pihak pentadbir akan membuat penilaian ke atas kakitangan mereka.
Mungkin pihak pentadbir akan memberi komen dan kritikan terhadap guru. Ini akan
menimbulkan perasaan yang tidak enak. Jika pihak pentadbir berasa jengkel dengan
guru, seharusnya guru tidak berkecil hati dengan mereka. Sebaliknya guru perlu
mengambil peluang dari kritikan tersebut untuk belajar dan memperbaiki diri secara
profesional.
Di samping itu, guru juga mungkin perlu berkomunikasi dengan rakan sekerja
yang marah. Ia berbeza daripada berkomunikasi dengan ibu bapa dan pentadbir
yang marah, kerana rakan sekerja tidak semestinya memerlukan tahap perbezaan
dan sensitiviti yang sama. Guru perlu mengkaji cara berkomunikasi secara efektif
dengan mereka yang marah, dengan tujuan menjaga keharmonian hubungan
dengan rakan sekerja. Melakukan yang sebaliknya, akan mewujudkan hubungan
kerja negatif yang mungkin akan berlanjutan dalam jangka masa panjang.
3.2 Faktor kekurangan kemudahan
Faktor seterusnya yang menjejaskan komitmen guru di sekolah ialah faktor
kekurangan kemudahan asas di sekolah.
pendidikan

bandar

dan

luar

Kini usaha untuk merapatkan jurang

bandar

semakin

giat

dijalankan.

Hal ini kerana, di 1,517 sekolah rendah dan 68 buah sekolah menengah, tiada
bekalan air awam. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui
kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan dan telaga tiub.

Ini bermakna, masih ada sekolah yang mendapat sumber air daripada air
sungai , air terjun dan menadah air hujan. Perancangan kurikulum dan
pembangunan perisian juga jauh lebih pantas daripada pembangunan infrastruktur.
Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah
sekolah masih menumpang di sekolah lain. Bagi sekolah menengah, 138 buah tidak
mempunyai makmal komputer, 25 buah tidak makmal sains dan 26 buah masih
menumpang di sekolah lain. Begitu juga walaupun sistem pendidikan kebangsaan
telah diperkenalkan kepada Orang Asli sejak 1960an, namun didapati bilangan yang
berjaya dalam pendidikan amat kecil.
Seperti yang diramalkan, kekurangan infrastruktur akan menyeret sekali ke bawah
prestasi pelajar. Hal ini tiada kaitan dengan kecerdasan pelajar, tetapi lebih kepada
corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka.
4.0 Kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan guru
4.1 Kemahiran pengurusan masa
Tugas pentadbiran yang kian bertambah, Kurikulum Kebangsaan, ujian baru dan
penandaan kerja murid membawa maksud bahawa golongan guru kini makin
tertekan. Justeru seseorang guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan masa
yang baik iaitu mempunyai idea praktikal untuk menguruskan masa dengan jayanya
dalam kerjaya perguruan yang sibuk dan beraneka ragam itu.
Pengalaman saya semasa menjalani Program Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di sebuah sekolah kebangsaan di Kedah, ada seorang guru
cemerlang yang sering diperlukan untuk menghadiri mesyuarat dan kursus kerana
terlibat sebagai panel untuk menghasilkan buku teks, malah sering diundang untuk
menyampaikan ceramah motivasi di serata negara. Ini menyebabkan beliau sering
tidak dapat mengajar di dalam bilik darjah. Namun begitu, kelasnya tidak pernah
diabaikan. Sama ada beliau akan bertukar masa mengajar dengan guru lain atau
beliau akan meninggalkan tugasan untuk disiapkan. Malah setiap jam yang
ditinggalkannya akan diganti pada masa yang terluang seperti pada hujung minggu.
Langkah yang pertama dalam menguruskan masa dengan lebih berkesan
adalah dengan cuba memahami bagaimana penggunaan masa anda sekarang.
Senaraikan aktiviti yang dilakukan dalam seminggu yang biasa dan nyatakan jumlah
4

masa yang telah dihabiskan untuk setiap aktiviti dalam minggu itu. Contoh aktiviti
ialah tidur, bekerja, makan, menonton televisyen, membuat kerja rumah dan
bersenam. Setelah menjumlahkan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu
aktiviti itu, anda seharusnya memperoleh jumlah masa 168 jam. Jika jumlah masa
yang dihabiskan itu melebihi jumlah ini, maka jelaslah anda telah membuat
anggaran yang berlebihan.
Selepas itu, kenal pasti perkara utama yang membazirkan masa dan cara
untuk mengatasinya. Kebanyakan perkara ini dapat dibahagikan kepada beberapa
kategori iaitu perancangan yang tidak baik, pengurusan yang tidak cekap, kerja
menulis, mesyuarat dan gangguan.
Pengurusan masa yang baik memerlukan perancangan masa yang berkesan.
Perancangan terbahagi kepada perancangan jangka panjang, sederhana dan
pendek. Satu teknik yang berguna untuk merangka perancangan jangka panjang
adalah dengan menyenaraikan semua tugas yang perlu dibereskan untuk mencapai
objektif jangka panjang. Catatkan tugas ini ke dalam sebuah grid supaya tarikh akhir
untuk sesuatu tugas dapat dilihat. Semasa memindahkan tugas kepada jangka
sederhana iaitu berpenggal, anda akan tahu bila masa anda akan sibuk dalam
penggal itu dan tidak perlu mencari tugas tambahan. Ini akan membantu
menumpukan perhatian supaya tidak tergelincir dari skala masa. Untuk perancangan
jangka pendek pula, senaraikan semua tugas untuk seminggu, walaupun tugas rutin
dan mudah seperti memeriksa buku dan menyediakan tugas mengajar. Selain dari
aspek perancangan, guru juga perlu mengetahui betapa pentingnya membezakan
antara tugas yang mendesak dengan tugas yang penting dan bagaimana
memberikan keutamaan kepada tugas ini dengan mempertimbangkan kesannya
kepada pembelajaran murid.
Pengurusan kelas yang berkesan juga dapat memberikan pulangan dari segi
penjimatan masa dan kesan yang positif kepada pembelajaran murid. Terdapat
empat cara untuk menyesuaikan pengajaran anda dengan kaedah pembelajaran
murid iaitu aktivis, pragmatis, reflektor dan teoris. Ini dapat menjimatkan masa
dengan menjadikan pembelajaran lebih mudah diperoleh oleh ramai murid pada kali
pertama daripada mengulanginya.
5

Kesimpulannya, pengurusan masa memberikan pulangan dalam bentuk


peningkatan tahap pencapaian murid di dalam bilik darjah. Semakin terurus dan
semakin berkesan seseorang guru dalam menjalankan tugas, maka kian majulah
murid dalam pelajaran dan semakin cemerlanglah keputusan peperiksaan sekolah
itu.
4.2 Kemahiran pengurusan komunikasi
Komunikasi yang baik dapat membina hubungan yang lebih positif dengan orang
ramai dan hubungan seperti ini penting untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran. guru yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi yang efektif akan
mepunyai hubungan kerja yang lebih positif bukan sahaja dengan murid, malah ibu
bapa, pentadbir sekolah, kakitangan sumber dan sebahagian besar masyarakat.
Paling penting, kemahiran berkomunikasi yang efektif akan membantu guru
menyelesaikan masalah kompleks dan mengelakkan kesulitan dalam jangka masa
panjang. Sebaliknya, guru yang lemah dalam kemahiran berkomunikasi seringkali
terpaksa berjuang untuk mengatasinya.
Sokongan dari keluarga amat perlu kepada kejayaan setiap pelajar. Justeru,
guru perlu membentuk hubungan yang positif dengan ibu bapa. Sebaik-baiknya
adakan pertemuan dngan mereka dari awal tahun persekolahan, memaklumkan
aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di sekolah, mengemaskinikan perkembangan
anak mereka secara berjadual dan menggalakkan mereka mengambil bahagian
dalam semua acara di sekolah. Anda boleh memulakan hubungan dengan ibu bapa
melalui surat, e-mel, atau menjemput mereka ke sekolah untuk majlis suai kenal.
Selain itu, adalah penting bagi guru untuk berkomunikasi dengan pentadbir
mereka. Bila dan bagaimana melakukannya bergantung kepada keadaan, gaya
kepimpinan pentadbir dan personaliti guru itu sendiri. Dalam situasi tertentu,
terutamanya yang melibatkan keselamatan murid, guru perlu berkomunikasi dengan
pihak pentadbir secepat mungkin berbanding dengan perkara remeh temeh seperti
permohonan

untuk

pertukaran

tugas

sesebuah

jawatankuasa

yang

tidak

memerlukan tindakan segera. Untuk mengekalkan komunikasi efektif dengan


pentadbir, guru perlu mematuhi dan menerima gaya kepimpinan mereka.
6

Guru juga perlu membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja.
Berkomunikasi dengan rakan sekerja bukan sahaja melibatkan hal peribadi tetapi
juga yang bersabit dengan masalah professional. Komunikasi berbentuk peribadi
memberi fokus kepada isu bukan pengajaran. Ia dapat membantu meringankan
tekanan berkaitan kerja dan seterusnya memupuk tali persahabatan untuk jangka
masa panjang. Berkomunikasi secara professional pula hanya memfokus kepada
perkongsian maklumat berkaitan kerja. Guru boleh membina hubungan peribadi
ketika menghadiri majlis informal sekolah seperti makan tengah hari, sarapan
bersama, aktiviti sukan selepas waktu sekolah dan sebagainya.
Semasa saya menjalani Program Praktikum Fasa 3 dan Internship di Sekolah
Kebangsaan Redang tempoh hari, saya mendapati komunikasi sesama guru dan
juga komunikasi guru dengan pentadbir sekolah dan kakitangan sokongan sangat
mesra dan berkesan. Mereka sentiasa bersikap baik dan saling menghormati
apabila berkomunikasi. Antara perkara yang saya perhatikan ialah apabila
berkomunikasi dengan kakitangan sokongan, guru-guru memanggil dengan
menggunakan nama mereka, mengucapkan terima kasih di atas pertolongan
mereka, dan berbual mengenai hal peribadi dengan mereka seperti tentang
keluarga, kegemaran dan tahap kesihatan.
4.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Walaupun

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi

(TMK)

atau

Information

Communication Technology telah lama bertapak namun ia masih boleh dianggap


baru dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sememangnya penggunaan TMK di
peringkat sekolah lagi banyak membantu menyediakan asas kepada pelajar
terhadap kemudahan teknologi yang ada dalam kehidupan. Di samping itu,
penggunaan TMK banyak membantu

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat mata pelajaran khusus yang di ajar berkaitan TMK di peringkat sekolah. Di
samping itu, pengurusan dan pentadbiran sekolah juga telah banyak melibatkan
penggunaan TMK.

Kemahiran TMK di peringkat sekolah sememangnya tidak dapat disangkal


kepentingannya dalam sistem pendidikan negara masa kini. Untuk melahirkan
generasi yang celik IT, pendidikan TMK seharusnya dimulakan seawal pendidikan
sekolah rendah dan berterusan sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang tertinggi. Oleh itu, pengetahuan TMK di kalangan guru adalah penting untuk
memberikan maklumat dan informasi kepada pelajar. Pendedahan kemahiran TMK
kepada guru adalah penting supaya tidak janggal dengan peralatan TMK di sekolah
dan dapat mengaplikasikannya dalam P&P mereka.
Bagi pelajar-pelajar yang berada di pedalaman dan yang masih kurang
terdedah kepada peralatan TMK, menjadi tugas guru untuk memperkenalkannya
dan membimbing pelajar untuk bersedia menghadapi gelombang TMK apabila
keluar dari populasi mereka itu.
Kemajuan teknologi maklumat seterusnya telah menyebabkan meningkatnya
penggunaan web dan Internet untuk tujuan pendidikan. Struktur maklumat dalam
web yang berdasarkan kepada kaedah hiperteks dan hipermedia yang mengandungi
pelbagai maklumat dalam berbentuk teks, grafik, animasi, audio dan video
dihubungkan dan dipersembahkan dalam bentuk yang tidak linear. Rangkaian
maklumat ini membolehkan maklumat dikongsi bersama-sama dalam pelbagai
bentuk dan mengakibatkan berkembangnya kolaborasi antara manusia.
Guru juga perlu mempelajari tentang TMK yang turut dikatakan sangat
berguna dalam konsep pengurusan sekolah dengan membantu dan menolong
pentadbir sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan
membuat keputusan yang baik. Proses ini melibatkan maklumat, proses dan kerja
seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod pelajar, kawalan inventori, jadual waktu,
opsyen guru, bilangan waktu mengajar, pengurusan peperiksaan, data pembelian
stok dan sebagainya.
Sebagai contoh, TMK dapat meningkatkan tahap profesionalisme kerja guru
dengan pemprosesan perkataan untuk menulis laporan rutin pentadbiran seperti
surat kepada ibu bapa, sebagai pangkalan data untuk menyimpan maklumat guru
dan pelajar seperti bahan sumber dan kerja pelajar. TMK juga membantu dalam
8

program

grafik

untuk

memudahkan

penyediaan

bahan

persembahan

dan

penyampaian malah pihak guru juga boleh menggunakan sistem teknologi maklumat
untuk tujuan pengurusan pelajar seperti menganalisis dan menyebarkan data
berkaitan dengan prestasi pelajar.
Dengan ini, adalah jelas bahawa peranan TMK dalam bidang pengurusan
sekolah dikatakan amat penting untuk dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia lebih
memberi sumber maklumat yang boleh dilayari atau dimuat turun secara global
dengan lebih cepat dan lebih jelas.
5.0 Rumusan
Seorang guru yang profesional seharusnya berupaya membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan
sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak
bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan
sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana
penilai, peyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir atau pengurus, guru
harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan
dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai