Anda di halaman 1dari 15

1.

SEJARAH

RINGKAS

ASAL

USUL

NEGERI

SEMBILAN

Sebelum penjajah barat menakluki alam Melayu ini, beberapa buah kerajaan yang
masyhur telah bertapak kuat dalam rantau dan daerah tertentu seperti kerajaan Sri Vijaya
yang berpusat di Palembang, Majapahit, Bugis, Riau Lingga, Pasai, Acheh, Temasek,
Melaka dan lain-lain. Semua negeri-negeri ini diperintah oleh raja-raja Melayu yang
berdaulat dalam negerinya masing-masing.
Tetapi akibat 'telunjuk lurus kelengkeng berkait' penjajah barat baik Portugis, Belanda,
Inggeris mahupun Amerika yang pada awalnya hendak berdagang akhirnya sedikit demi
sedikit negeri-negeri Melayu ini telah menjadi tanah jajahan berabad-abad lamanya.
Tuduhan-tuduhan dari orang-orang barat yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu
berkebudayaan lanun seperti yang pernah kita dengar beberapa tahun yang lalu adalah
semata-mata karut dan sengaja direka dengan maksud dan niat serta bertujuan jahat.
Orang-orang Melayu telah bertamadun sejak beribu tahun yang lalu. Selain daripada
dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri sesuai dengan keadaan waktu itu, nenek
moyang kita juga telah biasa mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut
China dan sekitar Lautan Pasifik Selatan selain dari laut alam Melayu dengan
menggunakan kapal-kapal layar yang besar yang mereka bina sendiri.
Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, sebelah timur, malah
dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di barat yang kita kenal dengan nama
Benua Rom.
Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta pelawat dikeduadua buah negara tersebut, selain dari menjalin hubungan dan mengikat tali persahabatan
di antara kerajaan Melayu Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan
dagang juga telah turut dilakukan.
Orang-orang Bugis umpamanya walaupun dicap sebagai perompak lanun oleh orangorang barat, tetapi apa yang sebenarnya, mereka adalah perwira-perwira angkatan laut
yang gagah perkasa dan mahir dalam peperangan laut. Angkatan laut Portugis, Belanda
dan juga Inggeris banyak yang tewas di tangan mereka yang telah menguasai laut alam
Melayu sehinggalah ke Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.
Sebagaimana dengan negeri-negeri lain, Negeri Sembilan juga tidak kurang dengan
susunan pentadbiran yang teratur meskipun ia merupakan sebuah negeri yang baru
terbentuk setelah runtuhnya kerajaan Melayu Melaka dan Johor.
Raja Melewar yang dijemput dari Minangkabau itu telah ditabalkan pada tahun 1773M
oleh Datuk-datuk Penghulu Luak (waktu itu belum bergelar Undang) di Kampung
Penajis, Rembau. Sebelum itu walaupun Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Sultan
Johor, tetapi Luak-luak di Negeri Sembilan ini adalah di bawah pentadbiran Penghulu
masing-masing dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak. Sistem pentadbiran negeri
dapat dikatakan satu pemerintahan yang bercorak demokrasi yang berbentuk 'tear
system'. Perbilangan yang menyebutkan,'Bulat anak buah menjadikan Buapak Bulat
Buapak
menjadikan
Lembaga Bulat
Lembaga
menjadikan
Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja' membuktikan atas kebenaran ini. Manakala sistem
pentadbiran pula turun dari atas iaitu Raja, Penghulu, Lembaga dan Buapak. Buapak
yang memiliki anak buah menyampaikan segala perintah. Itulah yang disebutkan dalam
perbilangan adatnya:

'Berjenjang naik, bertangga turun'.


Setelah penjajah Inggeris mencampuri pemerintahan, maka berlakulah berbagai-bagai
perkara yang tidak diingini -"pecah-pecah dan perintah" yang menjadi permainan
penjajah itu telah digunakan dengan bijaksana oleh penjajah Inggeris. Akhirnya Sungai
Ujung dan Jelebu terpaksa menerima seorang Residen British, kemudian diikuti oleh
Rembau manakala Seri Menanti telah kalah berperang dengan Inggeris yang dibantu oleh
Penghulu Syed A.Rahman Sungai Ujung pada tahun 1874M.
Nama Negeri Sembilan yanag kita warisi sekarang ini adalah diambil dari nama
'Sembilan Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja
Melewar. Perkataan 'Negeri' di pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah
yang lazim dipakai dari tanah leluhur (asal) Minangkabau yang membawa pengertian
satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, orangorang Minang memanggil dengan nama 'negeri'. (Huraian lanjut mengenai perkara ini ada
saya jelaskan dalam buku 'Takhta Kerajaan Negeri Sembilan').
DI SEBALIK NAUNGAN
Sebelum negara mencapai kemerdekaan sebagaimana juga negeri-negeri Melayu yang
lain, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dijajah sejak YamTuan Antah dialahkan
dalam perang Bukit Putus dalam tahun 1874M itu. Meskipun kerajaan Inggeris
mendewa-dewakan bahawa, negeri-negeri Melayu ini adalah negeri naungan di baawah
panji-panji kerajaan Inggeris, Ia tidak sama tarafnya dengan Negeri-negeri Selat seperti
Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Pegawai Inggeris yang menjadi wakil Baginda
King di England itu dipanggil Gobenor, sebaliknya dalam Negeri-negeri Melayu yang
sembilan lagi itu gelaran Gobenor ini dipanggil Pesuruhjaya Tinggi British (British High
Commissioner) saja.
Negeri ini memiliki bendera sendiri, lagu kebangsaan sendiri seolah-olah
menggambarkan sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Baik Pesuruhjaya Tinggi Inggeris
yang beribu pejabat di Singapura itu, Residen British atau pegawai-pegawai daerah yang
semuanya Inggeris dalam surat menyurat dengan DYMM, Datuk-datuk Undang,
Penghulu malah dengan Datuk-datuk Lembaga pun mereka membahasakan dirinya
dengan perkataan 'beta' dan 'sahabat beta', ertinya mempunyai taraf yang sama.
Sebaliknya kalau kita meneliti perjanjian yang dikatakan persahabatan di antara British di
satu pihak dengan Raja dan Undang di pihak lain ada disebutkan disitu, bahawa kerajaan
British berhak meletakkan seorang Pegawai British, yang dipanggil 'British Resident'
untuk memberikan nasihat dalam bidang pentadbiran yang mesti dipatuhi kecuali yang
mengenai agama dan adat istiadat.
Bagi menjalankan pentadbiran dalam negeri, yang dikatakan bersahabat itu, kerajaan
British telah membentuk sebuah majlis pentadbiran yang dipanggil 'Dewan Keadilan dan
Undang. Anggotanya terdiri dari DYMM Yang DiPertuan Besar sebagai Pengerusi,
Resident British, Datuk-datuk Undang yang Ampat, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar
Seri Menanti, Datuk Shahbandar dan seorang ketua kaum Cina, manakala seorang
pegawai Inggeris menjadi setiausahanya.
Dewan ini berkuasa membuat undang-undang dan peraturan. Ia dapat diandaikan seperti
Exco sekarang, yang berbeza Exco tidak berkuasa membuat undang-undang.
Meskipun dikatakan 'Dewan Keadilan' yang dipengerusikan oleh DYMM itu berkuasa
membuat undang-undang dan menjadi pusat cucuran tadbir pemerintahan negeri tetapi
nasihat Residen British hendaklah diterima dan dipatuhi. Kebijaksanaan diplomasi

Inggeris yang lunak di sebalik menggunakan perkataan 'nasihat' tidak 'perintah' itu
menjadikan orang-orang Melayu termasuk orang-orang besar kita khayal dibuai dalam
mimpi-mimpi indah yang tidak ramai di antara kita yang menyedari 'mulut disuap pisang,
buntut dicangkuk duri'.
SELEPAS PERANG
Setelah Inggeris kembali ke Semenanjung ini sesudah Jepun menyerah kalah dalam
Perang Dunia Kedua pada penhujung tahun 1945,kerajaan Inggeris telah memaksakan
pemerintahan Malayan Union. Dengan itu jadilah negara ini secara langsung terletak di
bawah pentadbiran dan jajahan takluk Inggeris.
Isu ini telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu.Dengan perpaduan yang
kukuh di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar terbentuklah UMNO.Gagasan Malayan
Union yang dipaksakan itu ditentang habis-habisan, akhirnya penjajah Inggeris mengalah
dan Persekutuan Tanah Melayu pun dibentuk pada 1hb. Februari 1948.
Dalam masa pentadbiran Malayan Union kira-kira dua tahun lamanya itu kuasa
pentadbiran negeri adalah terletak di tangan seorang pegawai Inggeris yang dipanggil
'Resident Commissioner', pegawai Inggeris yang pertama bernama A.J. Colder.Raja dan
Undang yang sebelum perang sebanyak sedikit boleh bersuara dalam Dewan Keadilan
dan Undang, tetapi dalam pemerintahan Malayan Union , 'Dewan' ini tidak wujud lagi.
Setelah 'Persekutuan Tanah Melayu' terbentuk pada tahun 1948 itu, maka corak
pemerintahan Negeri Sembilan dan lain-lain negeri di Semenanjung turut berubah. Selain
dari Pulau Pinang dan Melaka, semua sembilan buah negeri Melayu yang beraja telah
melantik ketua-ketua pentadbirnya dengan nama 'Menteri Besar'. Bagaimanapun oleh
kerana negeri ini masih lagi dijajah, maka kerajaan Inggeris tetap juga meletakkan
seorang pegawai Inggeris yang telah ditukar namanya dari 'British Resident' sebelum
perang dan 'Resident Commissioner' dalam masa Malayan Union kepada 'British Adviser'
atau Penasihat British'.
Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu ini bermulalah satu babak baru dalam
pentadbiran negeri. Kalau sebelumnya Negeri Sembilan belum ada perlembagaan yang
bertulis tetapi sebaik-baik sahaja Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pentadbiran
Negeri Sembilan juga turut menerima perubahan, sebuah perlembagaan yang bertulis
telah dikanunkan.
Dengan berkuatkuasanya perlembagaan ini maka terbentuklah sebuah dewan undangan
yang dinamakan Majlis Undangan Negeri (State Legislative Council) dengan semua
ahlinya dilantik oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dengan persetujuan
Undang yang Ampat.
Majlis Undangan ini dianggotai seramai 27 orang yang dipengerusikan oleh Menteri
Besar.
MAJLIS UNDANGAN NEGERI
Ruang Majlis Undang Negeri yang pertama telah ditempatkan di tingkat atas di hujung
Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lama. Di bawah dewan tersebut terletak
Mahkamah Tinggi. Persidangan pertama telah diadakan pada tahun 1948. Ahlinya
terbahagi kepada dua bahagian, sebahagian dikenal dengan nama 'ahli rasmi' dan
sebahagian lagi ' ahli tidak rasmi'.
Ahli rasmi terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan yang berjawatan iaitu Menteri Besar,
Penasihat British, Setiausaha Kerajaan Penasihat Undang-undang, Pegawai kewangan
dan Pegawai Daerah Seremban iaitu daerah yang terkanan.

Manakala ahli tidak rasmi pula adalah ahli-ahli yang dilantik yang terdiri dari tokohtokoh masyarakat yang terkenal, biasanya secara tidak lansung ketua-ketua atau
pemimpin-pemimpin bangsa, Melayu, Cina, India dan adakalanya ketua-ketua orangorang Eurasian. Semua perlantikan ini terpulang kepada budibicara Yang DiPertuan dan
Undang dengan nasihat dari Penasihat British. (Senarai ahli-ahli yang pertama dilantik
setelah Persekutuan Tanah Melayu wujud).
Pengerusi Persidangan dengan sendirinya ialah Menteri Besar. Menteri Besar yang
pertama, Datuk A.Malek b. Yusuf dari 1hb., 1948 - 10hb. Ogos, 1950.
PILIHANRAYA PERTAMA 1955
Setelah pilihanraya pertama diadakan pada tahun 1955 kedudukan keanggotaan ahli-ahli
Majlis Undangan Negeri ini telah berubah. Dua belas orang dari 24 orang anggotaanggota terdiri dari ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat dan 12 orang lagi ahli yang dilantik.
Kali pertama juga dalam sejarah Majlis Undangan Negeri, seorang pengerusi majlis yang
dipanggil 'Speaker' telah dilantik dari seorang ahli yang dipilih. Orang yang pertama
diangkat menjadi Speaker ialah YB.Cikgu A.Wahab bin Idus, wakil dari kawasan
Tampin.
Majlis Undangan yang berbentuk demikian berjalan sehingga pilihanraya 1959.
Pilihanraya kali kedua ini - negara telah mencapai kemerdekaan. Dengan berlangsungnya
pilihanraya kali yang kedua ini tercatatlah satu lagi lembaran sejarah dan pentadbiran
negeri yang amat bererti bagi pejuang-pejuang politik kerana hasil keringat mereka untuk
mendapatkan kemerdekaan telah tercapai. Keseluruhan ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri dipilih oleh rakyat selain dari membebaskan negara dari cengkaman penjajah
Inggeris. Kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. perjuangan merebut kemerdekaan
berjalan dengan licin melalui saluran politik dan perlembagaan meskipun tidak sedikit
peluh dan air mata yang bercucuran membasahi persada tanahair.
Majlis Undangan Negeri ini kemudiannya ditukar dengan nama Dewan Undangan
Negeri. Seramai 24 orang ahli yang dipilih oleh rakyat termasuk Menteri Besarnya sekali.
Dr.Mohd Said bin Muhammad, wakil rakyat Linggi, adalah Menteri Besar yang pertama,
manakala ahli-ahli Exconya terdiri dari Idris bin Matsil, A.Samad bin Idris, Ariffin bin
Ali, Lee Tee Siang, Lim Kee Siong, V. Letchumanan, Setiausaha Kerajaan, Penasihat
Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri turut menganggotai Exco atas nama
jawatan 'Ex-officio', pegawai-pegawai ini tidak ada hak mengundi.
Pada tahun 1960, bangunan Dewan Undangan Negeri telah dipindahkan dari tempat lama
ke bangunan baru. Bangunan ini adalah bangunan ini adalah bangunan Sungai Ujung
Club iaitu sebuah kelab yang khusus ahlinya untuk orang-orang kulit putih saja
(keahliannya dibukakan kepada orang-orang bukan kulit putih beberapa tahun selepas
perang).
Persetujuan telah dicapai di antara kerajaan negeri dengan ahli-ahli kelab ini agar mereka
berpindah kebangunan yang ada sekarang (dulunya Istana Hinggap). Bangunan ini telah
diubahsuai selaras dengan sebuah Dewan Undangan Negeri, kerana bangunan ini agak
besar dan luas, maka sebahagian darinya dijadikan bangunan Mahkamah Tinggi dan
sebahagian lagi dijadikan Pejabat Pertanian Negeri. Bangunan ini telah digunakan selama
26 tahun sehingga bangunan baru yang ada sekarang ini siap untuk digunakan.

1.
2.
AsSalam,
I chance this page while searching for something else, and finding the discussion
enlightening and illuminating. I would like to put my two cent worth of thoughts
into
the
discourse.
Allow
me
Terlebih dahulu izinkan saya mencari kesepakatan bersama untuk mudah
pengertian bagi tujuan perbincangan ini. Dua perkara utama ingin saya usulkan:
1.
Sebutan
huruf
R
a. R pada uRang adalah R jelas, juga adalah R nipis yang sebutannya di
hujung
lidah
seperti
membunyikan
huruf
arab/jawi
rho.
b. GH pada oGHang adalah R tidak jelas, juga adalah R tebal yang
sebutannya di pangkal lidah/anak tekak seperti membunyikan huruf arab/jawi
ghain.
2. a. Old school dimengertikan bahasa yang dituturkan pada kurun ke-15,
b. New school bahasa yang dipertuturkan sekitar kurun ke-18; dan
c.
21st
century
school
bahasa
yang
dipertuturkan
kini.
GELOMBANG
PERTAMA
Kita bersetuju bahawa nama-nama suku di N9 terbit dari nama-nama tempat di
Sumatera Barat, kampung asal para pendatang (mohon jangan disalah-tafsir
perkataan ini, ia tidak bermaksud deragotory). Mereka hadir di Tanah Melayu
pada
kurun
ke-15.
Suku-suku
tersebut
adalah:
1.
Biduanda
(Dondo)
2.
Anak
Acheh
3.
Anak
Melaka
4.
Batu
Belang
5.
Batu
Hampar
(Tompar)
6.
Mungkal
7.
Paya
Kumboh
(Payo
Kumboh)
8.
Sri
Lemak
(Solomak)
9.
Sri
Melenggang
(Somolenggang)
10.
Tanah
Datar
11.
Tiga
Batu
12.
Tiga
Nenek
Seperti yang dibincangkan oleh pengunjung terdahulu di atas, juga dari entri lain
yang disilang-rujuk; daerah-daerah ini adalah daerah darat (pendalaman/bukit)
berbanding daerah persisiran (pantai) yang mempunyai dialek yang berbeza.
Kehadiran mereka ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 boleh diibaratkan
mengirim kapsul budaya dari Sumatera. Bahasa dan budaya rumpun ini

bermula dari titik yang sama, berkembang merempuh masa namun


pembentukkannya
dipengaruhi
oleh
lingkungan
dan
persekitaran.
Seperti yang dibicarakan oleh Tanpa Nama dari Labu, pada zaman kesultanan
Melaka (1600); pembesar Melaka mahupun pesalah undang-undang dari
kerajaan telah dibuang negeri ke Cape Town, Afrika Selatan. Mereka ini boleh
juga dikatakan pembawa kapsul budaya bersama mereka. Jika diamati
kemelayuan yang mereka bawa adalah agak kuno atau pada pringkat awal
pembentukan budaya Melayu itu sendiri. Melayu mereka berkembang di
lingkungan Cape Town dan sudah tentu berbeza dengan berkembangnya
Melayu
di
tempat
asal.
(Nota: Saya menggunakan istilah Melayu ini secara generic dan longgar,
bukannya
khusus.)
Satu lagi contoh yang boleh saya ketengahkan adalah pedagang
Cina/India/Timur Tengah yang tiba ke Tanah Melayu di zaman Kesultanan
Melaka. Mereka juga membawa kapsul budaya mereka pada waktu itu dan
berkembang dipengaruhi persekitaran Tanah Melayu, Malaya dan seterusnya
Malaysia
dewasa
ini.
Pada kesemua contoh di atas, pembawa kapsul budaya ini telah berubah,
berkembang, berassimilasasi, dsb dengan budaya setempat; samada
meninggalkan budaya asal, menyatu dengan amalan sekeliling (infuse) mahupun
merubah-bentuk
(morph/metamorphosis)
tatkala
merentas
zaman.
Sementelahan budaya asal ditempat mulanya budaya mereka tadi turut sama
mengalami proses perubahan merentas zaman, tetapi dalam susuk bentuk yang
berbeza.
bersambung...
Balas
2.
Mungkal Deli12 April 2015 2:40 PG
GELOMBANG
KEDUA
Berlalu 300 tahun, menjengah tahun 17-1900an; berlaku lagi perpindahan
gelombang kedua. Alam Minangkabau di Sematera semakin jelas budaya dan
tata-cara hidup mereka sebegitu pula alam Minangkabau di Rembau yang ketika
itu
hampir
sempurna
dikenali
sebagai
Negeri
Sembilan.

Pada era itu, merubah-bentuk (morph/metamorphosis) susuk bentuk budaya


baru Minangkabau di N9, sebegitu pula terbentuk budaya baru di alam
Minangkabau itu sendiri. Di waktu ini pula berlaku sekali lagi penghijrahan
gelombang kedua yang membawa masuk new school Minangkabau dari
Sumatera ke Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak serta beberapa daerah
yang lain. Sudah pastilah kelompok baru ini berbeza dengan kelompok old
school Minangkabau yang asalnya sebentuk dengan old school N9.
(Nota: Saya menghimpunkan bahasa, adat resam, amalan seharian, dsbnya ke
dalam
budaya)
Mereka yang tiba ini bermukim lalu bermustautin di Kapar, Klang mahupun
Beranang berinteraksi menggunakan susuk bentuk budaya baru bahasa
rasmi/baku iaitu Bahasa Padang, bahasa persisir (pantai) dan tidak bahasa darat
(pendalaman/bukit). Maka di sinilah bermulanya perselisihan pengertian orang
Negeri
Sembilan
dan
orang
Minangkabau.
Konteks yang sama berlaku pada penghijrahan pendatang gelombang kedua
dari China/India/dll pada tempoh waktu ini yang dibawa masuk oleh Inggeris.
Kumpulan ini tidak berassimilasasi seperti kaum Baba Nyoya ataupun kaum
Chettiar tetapi hidup dalam suasana kelompok kaum, sesuai dengan matlamat
Inggeris
pecah
dan
perintah.
Sebegitu pula penghijrahan keluar gelombang kedua budaya Melayu. Saya
bawakan kisah kelasi Melayu yang terdampar di Britain pada pertengahan abad
ke-20. Mereka juga membawa kapsul budaya Melayu, tetapi maju berbading
dengan yang dibawa oleh pesalah undang-undang ke Cape Town, Afrika Selatan
pada
zaman
Kesultanan
Melaka.

GELOMBANG
SETARA
Sedikit selingan. Cuba gambarkan orang Portugis yang behijrah/menetap di Goa,
India dan yang behijrah/menetap di Melaka pada 1500. Apakan berkemungkinan
ada persamaan budaya kuno Portugis yang kekal dan apakah bentuk
metamorphosis yang telah terjadi? Sebegitu pula orang Minang yang
behijrah/menetap di Siak, dan yang behijrah/menetap di Melaka pada sekitar
1700.
Persoalan
serupa
yang
sama
saya
ajukan.

KESIMPULAN
Saya membuat kesimpulan Bahasa N9 bukan Bahasa Minang. Pada
pengamatan saya Bahasa Minang juga dikenali sebagai Bahasa Padang, atau

erti kata lain Bahasa Padang adalah bahasa rasmi/baku orang Minangkabau di
Sumatera Barat (Sumbar). Saya bandingkan di sini, sama seperti Bahasa
Malaysia yang diangkat dari Johor dan bukan dari Kedah, Kelantan mahupun
negeri-negeri
lain.
Wallahualaam

Sejarah jelebu

Sunday, July 20, 2008

6. Terembo Diturun Pada Waris Menyandang


Orang Melayu Minangkabau lebih pandai daripada orang Biduanda, maka dapatlah
mereka kembangkan adat-istiadat Minangkabau tanpa pertumpahan darah, peperangan
dan paksaan, melainkan dengan perundingan, persetiaan dan persemendaan mengikut
ajaran Dato Perpatih dengan dasar tak merosakkan rakyat Jelebu. Mengikut adat ini
sebelah pihak perempuan mewarisi apa-apa jawatan dalam adat Perpatih dan menjadi
amalan dalam pentadbiran adat. Ia mula dikuatkuasakan pada zaman Dato Gombak
menjawat jawatan Batin.
Selepas Dato Gombak, jawatan Batin Jelebu diwarisi perut (keturunan) Moyang Angsa
bernama Moyang Acheh. Seperti ibunya, Moyang Acheh juga bersuamikan orang
kenamaan dari Pagaruyong bernama Dato Mentunggang, lalu dilantik menjadi Penghulu
Jelebu.
Ibu saudara Moyang Acheh (adik Moyang Angsa) berkahwin dengan orang Jelebu, maka
darinyalah turun jurai jawatan yang dipusakai olah Waris Biduanda Sasilah. Kawasan
kediaman mereka meliputi Ulu Teriang hingga Gunung Hantu.
Sungguhpun adat dan luak-luak itu asalnya dibawa dari tanah Minangkabau, tapi
pertumbuhannya dalam Luak Jelebu berlainan mengikut keadaan dan perkembangan
zaman.
Orang bergelar dan bernama dalam adat diterima dan disegani orang ramai (rakyat), maka
tugas mereka menyebar adat diterima rakyat dengan senang hati.
Menurut kata adat: Ada hak masing-masing umpama hak sawah ado lopaknya macam
buah durian ado ruangnya. Terembo (Kata-kata adat) diturunkan kepada orang yang
layak menyandang pusaka, iaitu dengan kata-kata lisan sahaja.
Kata-kata adat dianggap pedoman yang baik hingga dijadikan kata perbilangan yang
selalu dilafazkan: Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas; ada alam adalah adat.

Posted by jiwafahamat 5:28 PMNo comments:


Thursday, July 17, 2008

5. Kisah Moyang Angsa dan Kemat Jelebu


Dengan izin Sultan Johor, serombongan orang Melayu Minangkabau diketuai Dato
Gombak memudiki Sungai Muar, mendarat di Ulu Muar (kini dalam daerah Kuala Pilah),
dan menyusur Genting Langkap hingga sampai ke Ulu Kelembang dan akhirnya keluar di
Ulu Sungai Lumur, Jelebu. Tujuan rombongan ini ialah hendak mengajar Waris-waris
Biduanda tentang adat dan cara pemerintahan di Pagar Ruyong, Minangkabau.
Sampai di tanah Jelebu Dato' Gombak bertemu dengan Angsa, seorang gadis yang sangat
jelita anak orang bergelar Batin Jenang Singa Raja Setia. Apa lagi Dato' Gombak pun
rindu dendam pada Angsa. Dia rupanya terkena penyakit "Tidur tak lena, makan tak
kenyang, mandi tak basah".
Kalau Pulau Langkawi gah dengan Mahsuri yang cantik jelita, Negeri Pahang dengan
Tun Tijah, Kerajaan Melaka dengan Tun Kudu dan Majapahit dengan Radin Galohnya.
Jelebu pun apa kurangnya. Moyang Angsalah saingannya.
Tapi orang Jelebu merendah diri dan jarang berterus terang. Kalau mutiara tersembunyi
dalam cengkerang tiram, maka kecantikan Moyang Angsa disembunyikan dalam pantun.
Maka dipantunkan oleh orang dulu-dulu, begini bunyinya:
Jelebak Jelebu
Tuai Padi Tigo Tangkai
Kalau Keno Kemat Jelebu
Tak Mati Badan Merasai.
Maka Dato' Gombak pun berkahwin dengan Moyang Angsa. Sejak perkahwinan itulah
Adat Perpatih berkembang sehingga menjadi dasar pemerintahan dan tata susila hidup
orang di Jelebu.
Semua orang Jelebu bersetuju dengan pelantikan Dato' Gombak sebagai pemerintah
Jelebu dan menjadi ketua kaum di situ, setelah dia berkahwin dengan Moyang Angsa
walaupun hak memerintah itu sebenarnya milik isterinya Moyang Angsa.
Sungguhpun Dato' Gombak yang memerintah tapi mengikut adat, kunci pemerintahan
ialah di tangan Moyang Angsa. Hal ini telah diwartakan kepada Sultan Johor dan baginda
juga bersetuju.
Setelah mendapat pesetujuan Sultan Johor, Dato' Gombak diterima menjadi Penghulu
Jelebu oleh pihak Batin dan orang ramai.
************************************************************************

*******
Nota Kaki: Luak (Daerah) Jelebu itu mulanya menjadi jajahan takluk ke bawah kuasa
Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa. Kemudian masuk ke bawah kuasa Kerajaan Melayu
Melaka dan akhirnya ke bawah kuasa Kerajaan Johor. Seperti kata perbilangan adat:
"Beraja ke Johor, bertuan ke Minangkabau."
Begitu rupanya adat orang Melayu bermain politik!
Posted by jiwafahamat 12:14 AMNo comments:
Tuesday, July 15, 2008

4. Munculnya Keturunan Biduanda Waris Undang


Semasa pemerintahan Batin Galang II (Jenang Singa Raja Setia) diadakan perjumpaan
antara orang Biduanda Waris (orang Melayu Jelebu hasil perkahwinan campur anakanak dara Biduanda Asli dengan orang Minangkabau sejak zaman pemerintahan Batin
Terjali hingga Batin Galang) dengan orang Melayu Minangkabau (khusus untuk orang
Minangkabau yang datang ke Jelebu zaman pasca pemerintahan Batin Galang) di Bukit
Galenggang lalu mereka membuat persetiaan. Kedua-dua belah pihak telah bersetujui
diletakkan dua benda:
i. Sesikat pisang dan kain sarung.
ii. Daun setawar dan kulit terap.
Orang-orang Biduanda Sasilah (Biduanda Waris Batin) telah disuruh memilih antara dua
benda itu.
Biduanda yang perempuan memilih pisang dan kain sarung, lalu mereka memeluk
agama Islam. Susur-galur keturunan ini terus tinggal di kampung-kampung di seluruh
tanah Jelebu.
Tetapi Biduanda yang lelakinya telah berkeras memilih daun setawar dan kulit terap dan
mereka tidak mahu memeluk Islam, lalu balik ke tempat asal mereka di bukit-bukit di
seluruh tanah Jelebu. Keturunan Biduanda Lelaki Sasilah hingga kini ada juga lagi hidup
berasingan mengikut kesusilaan mereka sendiri.
Beberapa lama kemudian pemerintahan Batin Jenang Singa Raja Setia diganti oleh anak
perempuannya yang bernama Angsa (terkenal dengan gelaran Moyang Angsa) dari
keturunan Biduanda Perempuan Sasilah yang beragama Islam, kini dikenali
Biduanda Waris Undang.
Posted by jiwafahamat 10:34 PMNo comments:
Monday, July 14, 2008

3. Asas Sempadan Tanah Jelebu


Batin muda Lambung Setia Raja dan Menterinya Shah Alam Raja Sehari mengembara
lagi dari Kuala Dulang hingga ke Ulu Teriang (kini meliputi Kampung-kampung Larong,
Mengkan, Pianggu, Petaling, Pecah Mantin, Teriang Tengah, Sepam, Durian Gasing,
Chenderak, Gagu dan Seperi) mencari tempat yang lebih baik dan bersesuaian dengan
mereka. Di situlah mereka membuka tanah. Batin Lambung Setia Raja mengubah nama
menjadi Batin Maha Gelang.
Orang Biduanda Waris telah berkembang biak. Susur galur keturunan Batin Maha Gelang
dikenali sebagai Biduanda Waris Batin (sasilah raja yang memerintah). Susur galur
keturunan Menteri Shah Alam Raja Sehari dikenali sebagai Biduanda Waris
Menteri (penasihat raja yang memerintah).
Sempadan tanah Jelebu untuk mereka bangunkan telah terlebih dahulu ditandakan oleh
Batin Tua Terjali di Gunung Pertemuan seperti berikut:
i. Sempadan di antara Jelebu dengan Johol (kini dalam Daerah Kuala Pilah) ialah
tempat bernama Leban Besi, Batu Berinding Lantak dan Temiang Tumpat.
ii. Sempadan di antara Jelebu dengan Semujong (kini Daerah Seremban) ialah
tempat bernama Semambu Serumpun dan Nibong Tengah Air Bukit Tangga.
iii. Sempadan di antara Jelebu dengan Kelang (kini Negeri Selangor Darul Ehsan)
ialah tempat bernama Lembah Bergoyang, Pulau Bersila dan Genting Piras.
iv. Sempadan di antara Jelebu dengan Pahang (kini Negeri Pahang Darul Makmur)
pula ialah Merbau Seratus, Meranti Sembilan dan Bukit Batu Bulan.
Setelah ditanda semua batu sempadan itu, dan dimasyhurkan keseluruh tanah Jelebu
maka Batin Maha Gelang melantik Jenang Singa Raja Setia menggantikannya menjadi
Batin Jelebu. Beberapa lama kemudian Batin Jenang Singa Raja diganti pula oleh anak
perempuannya yang bernama Moyang Angsa.
Posted by jiwafahamat 1:54 AMNo comments:
Sunday, July 13, 2008

2.2 Masjid Kuala Dulang Masjid Tertua Tanah Jelebu


Satu ketika, kira-kira pada abad ke-16 masihi, Dato Gamboh (Raja Khatib) dan Dato
Nika dari Pagar Ruyong Minangkabau keluar ziarah untuk mengislamkan penduduk asli
(tempatan) Ulu Pahang dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam jajahan Kesultanan Johor
Lama. Setelah mendapat izin dari Sultan Johor, Raja Khatib mengembara mengikut jalan
Laut China Selatan, mudik di sungai Pahang, menyusur Sungai Teriang, lalu sampai ke
tanah Jelebu.
Di tempat bernama Juntai dia turun dari perahunya dan berdiri di atas hamparan pasir di

tebing sungai (kini Kampung Pasir Panggil) lalu melaungkan azan menyeru orang di situ
memeluk Islam. Orang yang menyahut seruan Raja Khatib telah ikut mudik ke hulu
sungai (kini meliputi Kampung-kampung dari Juntai, Petasih, Pergai, Solok Temoi,
Peradong, Kuala Pah, Simpang Gelami, Relai, Kampai, Chenor, Jelin dan Bandar Tinggi)
hingga sampai ke Kuala Lumut (kini Kampung Jelebu Tengah/Pekan Kuala Klawang). Di
Kuala Lumut ia berjumpa Waris Biduanda Tua, seorang perempuan bernama Moyang
Angsa dan mengislamkannya.
Di Kuala Dulang yang dianggap kawasan keramat di tanah Jelebu (kini dikenali tebing
sungai Kampung Peninjau) Raja Khatib dan Dato Nika mendirikan sebuah bangsal
beratap ijuk sebagai tempat berteduh dan markas mengajar orang-orang biduanda di
sekitar kawasan itu mendalami ilmu Islam.
Bangsal beratap ijuk ini mempunyai kisah yang penuh misteri kerana berlaku kehadiran
dulang berisi sajian makanan yang tidak diketahui siapa menghidangkannya. Walau
seramai mana pun jemaah yang hadir untuk belajar tentang agama Islam di bangsal itu,
makanan yang sedia terhidang itu sentiasa cukup untuk semua jemaah tanpa perlu
ditambah. Kejadian ini berlarutan sehinggalah Raja Khatib telah habis mudik sehingga
jauh ke Ulu Jelebu (kini meliputi Kampung-kampung Chepam, Guntong, Bukit,
Kelembang dan Ulu Jelebu) dan seluruh kawasan Ulu Kelawang (kini meliputi
Kampung-kampung Batu Piatu, Binjai, Tembon, Kemin, Tanjong, Jambatan Serong,
Lalang, Batu Serambai, Batu Seremban, Renal, Bukit, Pengenting, Tanjong Berangan,
Tanjong Chacha, Kelaka, Sg. Gunong Daun, Rambai Baris, Batu Tangga dan Ulu
Kelawang), dan telah mengislamkan orang-orang biduanda di seluruh kawasan tersebut.
Menurut orang tua-tua tanah Jelebu, Bangsal Beratap Ijuk itulah bangunan asal Masjid
Kuala Dulang yang merupakan masjid tertua di Tanah Jelebu. Ia diasaskan oleh Ulamak
terbilang Raja Khatib dan Dato Nika iaitu zaman awal Islam tersebar di tanah Jelebu ini.
Tapaknya terletak di atas tebing sungai Kampung Peninjau, kira-kira lima kilometer dari
Pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Posted by jiwafahamat 10:01 PMNo comments:
Friday, July 11, 2008

2.1. Menemui Tempat Keramat Kuala Dulang


Batin Etah salah seorang daripada waris Biduanda-Biduanda Jakun tanah Jelebu sangat
kacak lagi perkasa orangnya. Beliau telah mengembara mencari pengalaman hidup
hingga sampai di Pagar Ruyung. Di tanah Minangkabau ini dia bertemu jodoh dan
mendapat seorang anak lelaki dinamakan Batin Terjali. Setelah remaja Batin Terjali balik
ke Bukit Kundik, tanah Jelebu diiringi seorang kerabat raja Minangkabau bernama Sultan
Alif.
Batin Terjali ada seorang anak lelaki bernama Lambung Setia Raja. Lambung Setia Raja
ini sangat asyik (berminat) belajar ilmu pawang dan pernah berguru dengan segala
pawang yang ada di tanah Jelebu dan juga di jajahan negeri Pahang yang bersempadan

dengan tanah Jelebu. Setelah ilmunya cukup Lambung Setia Raja pun menjadi Pawang
Besar di tanah Jelebu.
Sultan Alif pula mempunyai seorang anak lelaki bernama Shah Alam Raja Sehari yang
handal dalam ilmu tetemeh; iaitu ilmu tilik yang diwarisi dari Pagar Ruyung, tanah
Minangkabau.
Memikirkan dirinya telah berusia lanjut, Batin Terjali dan Sultan Alif mengadakan
rundingan di Gunung Pertemuan. Dalam rundingan itu Batin Terjali dan Sultan Alif
bersepakat melantik Lambung Setia Raja anak Batin Terjali menjadi Batin (Raja yang
memerintah) dan Shah Alam Raja Sehari anak Sultan Alif menjadi menterinya (penasihat
Raja yang memerintah). Keputusan rundingan ini pun disebarkan kepada kaum asli yang
tinggal di sekitar Gunung Pertemuan itu.
Setelah menyandang jawatan yang dilantik, mereka berdua diperintah turun daripada
Gunung Pertemuan. Batin Terjali dan Sultan Alif berpesan kepada anak mereka berdua:
barang di mana mereka bertemu dengan nasi sedulang di situlah mereka kena meneroka
tempat kediaman dan nasi sedulang itu hendaklah mereka berdua makan.
Setelah mendengar pesanan ayahnya itu Batin muda Lambung Setia Raja dan Menterinya
Syah Alam Raja Sehari pun turun dari Gunung Pertemuan lalu mengembara untuk
membuka negeri. Mereka berdua tiba di sebuah bukit bernama Bukit Buaian. Di kaki
Bukit Buaian itu, di atas tebing kuala sungai mereka terjumpa sedulang nasi yang
menunggu kedatangan mereka.
Kedua-duanya pun bekerjalah meneroka tempat di tebing kuala sungai itu menurut
amanah ayah mereka (Batin tua dan Menteri tua). Setelah penat bekerja mereka pun
makan nasi sedulang itu. Tempat itu terus dinamakan Kuala Dulang yang dianggap
kawasan keramat di tanah Jelebu ini.
Posted by jiwafahamat 1:44 AMNo comments:
Wednesday, July 9, 2008

1.2. Labu tu istimewa pada orang Jelebu..


Bila abah tak kerja, saya selalu juga mengikutnya ke Kampung Mengkan rumah Wan
Ngah Munah. Ini sekitar tahun 1969-1970an.
Sebenarnya Wan Ngah ini ialah isteri pertama kepada Tok Ngah saya; Y.A.M. Dato
Mendika Mentri Akhir Zaman ul-Zaman Almarhum Dato Shahmar ud-Din bin Haji
Abdul Rahman, Undang Luak Jelebu ke-13 dari Waris Kemin. Almarhum Tok Ngah
memerintah Jelebu dari tahun 1945 hingga tahun 1962. Kata Wan Ngah, Almarhum Tok
Ngah meninggal masa umur saya belum cukup setahun lagi. Sedih juga rasanya sebab
saya tak sempat menyaksikan zaman kegemilangan Tok Ngah saya memerintah tanah
Jelebu.

Isteri kedua Tok Ngah bernama Wan Taksiah tinggal di Ipoh, Perak. Rupanya ada juga
kaum kerabat saya di Perak, tapi tak kenal langsung.....

Di rumah Wan Ngah keadaannya sunyi saja. Semua


anaknya Cik Daud, Cik Derani, Cik Limah, Cik Deraman, Cik Siti dan Cik Adi tiada di
rumah, sama ada sudah berkeluarga sendiri atau bekerja. Ibu Ros anakandanya yang
bongsu belajar di institusi pengajian tinggi katanya.
Saya masih ingat, suatu hari dia bercerita tentang labu. Katanya labu ini adalah buah
yang sangat istimewa pada orang Jelebu. Sejak dulu-dulu lagi setiap rumah orang
Jelebu mesti ada menyimpan buah labu. Orang tu bukanlah anak Jelebu kalau tak kenal
labu! Setiap orang Jelebu mesti tau tentang labu ni.
Katanya untuk menjadikan buah labu tahan lama, biarkan saja buah labu itu masak di
batangnya. Tunggu sampai semua batang-batang labu itu telah mati, baru boleh dikutip
buahnya. Buah labu yang dikutip itu dibersihkan, barulah boleh disimpan di dalam kepok
(setor tempat menyimpan barang-barang).

Katanya buah labu ini sesuai dimakan oleh semua orang, baik kanak-kanak mau pun
orang dewasa. Labu baik untuk kesihatan dan tak pernah ada orang Jelebu sakit dan mati
sebab makan labu.
Katanya lagi labu ni banyak memberi pertolongan pada masa dharurat dan masa orang
Jelebu dalam kesusahan. Kalau nak makan nasi tak ada lauk, labu pun boleh dibuat lauk.
Orang Jelebu suka makan nasi dengan gulai masak lemak labu, pilih saja nak masak
lemak manis ke nak masak lemak pedas.
Saya ingat lagi, hari itu Wan Ngah masak gulai labu lemak manis, dengan sambal tumis
ikan bilis dan ikan baung sungai Kenaboi goreng berlada. Saya hanya makan nasi berlauk
gulai labu lemak manis. Masakan Wan Ngah memang sedap.

Masa balik saya minta buah labu dari Wan Ngah. Saya kata nak suruh mak masak gulai
labu lagi sedap sangat! Wan Ngah hanya mengusap-usap ubun-ubun saya
Posted by jiwafahamat 1:07 AM2 comments:
Older

Posts

Anda mungkin juga menyukai