Anda di halaman 1dari 17

From: http://profdatinpadukadatukdrramlahadam.blogspot.co.id/2014/10/7-wasiat-raja.

html

Written by: Prof Datin Paduka

Datuk Dr Ramlah Adam

Pengarah
Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia
Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP)

Lot100 (aras bawah) Blok A


Kompleks Pentadbiran UniMAP Kampus Seriab
Jalan Kangar - Alor Setar
01000 Kangar, Perlis.

no.tel : 04-9798406 / 04-9798408

7 Wasiat Raja
7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:SATU ANALISIS SEJARAH DAN
PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA.

Pengenalan:
Pada 5 Ogos 2011,Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah,telah mengingatkan rakyat tentang
Wasiat Raja-raja Melayu,yang telah ditulis pada ketika Raja-raja Melayu menurunkan
tandatangan mereka untuk menyokong kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dicapai
pada 31 Ogos 1957.Wasiat Raja-raja Melayu itu dengan sendirinya menunjukkan perhatian
mereka terhadap masa depan rakyatnya dalam sebuah Negara yang merdeka.Wasiat Raja-Raja
Melayu tidak pernah dizahirkan secara terbuka sebagai satu peringatan kepada rakyat.Ini kerana
selama ini institusi Raja-Raja telah diterima secara pemerintahan,pentadbiran dan sosio-budaya
masyarakat Malaysia tanpa ada apa-apa cabaran.Namun,dalam perkembangan terakhir ini
kedudukan Raja-Raja mula diperkatakan dengan perpektif yang salah dalam media baru dan
media sosial,sehingga imej dan perspektip terhadap institusi raja itu tercabar.Raja-Raja Melayu
sendiri terpaksa mempertahankan institusi itu dengan menyatakan pendirian dan kedudukan
mereka didalam perlembagaan dan dalam masyarakat.Salah satu cara untuk mengingatkan rakyat
tentang hal itu adalah dengan mengeluarkan semula 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini.

Mengapa 7 Wasiat Raja –Raja Melayu dizahirkan?

Kebimbangan Raja-raja Melayu terhadap keadaan masa depan rakyatnya terhadap cabaran-
cabaran politik dan perpaduan mereka ,adalah sangat berasas sekali.Dengan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu itu bererti Raja-raja Melayu telah melepaskan pentadbiran dan
pengurusan negeri dan Negara kepada rakyat jelata.Dalam konsep Raja Berperlembagaanyang
diamalkan selepas kemerdekaan,Raja-raja tidak lagi berhak untuk memilih pentadbir-pentadbir
negeri dan Negara.Kini pilihan itu dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya yang dijalankan selama
5 tahun sekali.Orang ramai berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai pada
pandangan mereka sebagai kerajaan untuk mengurus dan mentadbir Negara.Dengan itu kuasa
mutlak Raja dalam pentadbiran telah ditiadakan;kuasanya hanya melantik Perdana
Menteri,Jemaah Menteri dan Menteri Besar daripada parti yang mendapat suara majoriti dalam
pilihan Parlimen ataupun Negeri.Dengan itu ,melalui Wasiat ini,Raja-raja Melayu boleh
mengingatkan rakyat tentang perlunya menguruskan pentadbiran negeri dan Negara dengan tidak
meninggalkan perkara-perkara yang disebutkan dalam Wasiat itu.

Kedua,7 Wasiat Raja-Raja Melayu itu ingin menegaskan bahawa semua perkara yang dituntut
untuk dijaga dan dipelihara adalah asas-asas tamadun kerajaan –kerajaan Melayu yang telah
bertapak di Tanah Melayu sejak beratus tahun yang lalu,lama sebelum kedatangan barat
dikawasan ini.Kerajaan-kerajaan Melayu yang terbentuk dan berkembang maju dan digantikan
pula oleh kerajaan Melayu yang lain diseluruh Alam Melayu atau Kepulauan Melayu ini ,adalah
penegak tamadun bangsa yang penting.Mereka sentiasa berhubung dan bertanding kuasa untuk
menjadi hebat dan menguasai perairan dan Kepulauan Melayu ini.Ciri penting mereka sebagai
penegak tamadun bangsa ialah sistem pentadbirannya,bahasa dan kesusasteraannya dan agama
Islam yang disebarkan melalui perdagangan,perkahwinan, penaklokan dan penubuhan pusat
pengajian dengan para ulama yang tersohor.Tidak kurang juga sistem perdagangan yang hebat
dengan barang dagangannya menjadi rebutan seenterio dunia.Kesultanan Melayu Melaka tidak
akan ditaklok oleh Portugis jika ia tidak sehebat itu.Belanda dan British juga tidak akan
menguasai Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain jika mereka tidak makmor
ekonominya.Kewujudan kerajaan-kerajaan sejak beratus- beratus tahun itu juga telah
membolehkan tamadun yang dibena menjadi mantap dan kuat.Walaupun sejarah telah menelan
mereka,namun asas-asas tamadun yang dibena dapat bertahan sehingga kini melalui tindakan-
tindakan positib Raja-raja itu.Dengan itu 7 Wasiat Raja-raja Melayu adalah satu tindakan
peringatan kepada rakyatnya untuk terus mendokong pencapaian penting kerajaan-kerajaan
Melayu terdahulu.(1)

Ketiga,Raja-raja Melayu ingin menentukan bahawa pembelaan dan perlindongan keatas


rakyatnya, terutama orang Melayu akan berterusan demi menjaga keharmonian dan keamanan
masyarakat dan Negara.Pembukaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu kepada semua
bangsa yang lahir di Tanah Melayu telah menambahkan jumlah penduduk Tanah Melayu dengan
begitu ketara sekali.Tambahan pula ada peruntukan kerakyatan secara Permohonan,yang begitu
mudah diisi oleh kaum imigran.Jika dalam Pilihanraya 1955,jumlah pengundi Melayu ialah 84.2
peratus,tetapi dalam Pilihanraya 1959,peratus undi orang Melayu menjadi 55 peratus sahaja.Ini
bermakna pembukaan kerakyatan kepada semua kaum,telah melemahkan kuasa politik orang
Melayu.Keadaan ini amat membimbangkan Raja-raja Melayu yang melihat rakyat asalnya bukan
sahaja telah menjadi kecil jumlahnya dan lemah kuasa politiknya,tetapi juga akan menjadi lebih
parah kedudukannya dengan kemunduran ekonomi dan pendidikannya.Oleh itu perlindongan
atau kedudukan dalam Perlembagaan Merdeka 1957 itu dirasakan perlu dipertegaskan lagi
dengan 7 Wasiat Raja-raja Melayu,sebagai tambahan pendinding kedudukan dan perpaduan
mereka dalam sebuah Negara yang merdeka.(2)

7 Wasiat itu meliputi semua perkara asas yang telah bertapak dalam kegemilangan kerajaan-
kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah,yang kemudian dimasukkan kedalam
perlembagaan Negara sebagai perkara-perkara pokok kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu (
Malaysia kemudiannya).Perkara asas itu adalah tanah air yang bernama Persekutuan Tanah
Melayu,Tanah Simpanan Melayu,Rejimen Askar Melayu,Kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja
Melayu Sebagai Pemerintah,Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,Agama Islam sebagai
agama Persekutuan dan Kedudukan Istemewa Melayu dan Kepentingan Sah kaum-kaum lain
dalam Persekutuan Tanah Melayu.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu:


7 Wasiat ini telah ditimbulkan semula oleh Raja Muda Perak,Raja Dr.Nazrin,pada 6 Ogos
2011,yang menyebutkan:
“Hubaya-hubaya bangsa,bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957,Dulu-Duli Yang Maha Mulia
Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan
lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan
persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat
Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:
Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang
merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut”:
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu
dan berpegang tegtuh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.

Analisis:
Mukadimah 7 Wasiat Raja-raja Melayu ini menyebut dengan jelas beberapa perkara penting
yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai terhadap kepentingannya kepada Negara ini
.Antaranya ialah tarikh 5 Ogos 1957;tarikh ini disebut dengan cara kusus sebagai satu tarikh
penting menandakan tertulisnya 7 Wasiat Raja-Raja Melayu itu ,beberapa minggu sebelum
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diistiharkan.Ini bermakna wasiat ini telah ditulis
mendahului tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu sendiri.Ia adalah saat yang
sangat bermakna bagi Raja-Raja Melayu melepaskan tanggongjawab mereka kepada
rakyatnya.Dibawah kerajaan yang merdeka ini,Raja-Raja mahu melihat rakyatnya bersedia
dengan satu kemerdekaan politik membuat keputusan memilih pemimpin mereka melalui
pilihanraya.Ditangan rakyatlah terletaknya kebijaksanaan mereka memilih pemimpin.Pihak
Raja-Raja Melayu didalam konsep Raja Berperlembagaan hanya melantik ketua-ketua
pentadbiran penting diperingkat Negara dan negeri.
Wasiat ini dibuat sebagai satu perkara yang berbeza dan terasing daripada Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 atau juga dikenal sebagai Perlembagaan Merdeka 1957.Ia
adalah satu amanah Raja-Raja Melayu bagi menguatkan lagi pendirian mereka terhadap perkara-
perkara yang sama yang telah dimasukkan kedalam Perlembagaan 1957.Wasiat ini bolehlah
dianggap sebagai peringatan khas orang Melayu daripada Raja-Raja mereka.Ia sepatutnya
menjadi alat kesedaran kepada mereka.

Wasiat itu ditujukan kepada orang Melayu yang merupakan rakyat dan subjek Raja-Raja
Melayu sejak daripada awal kebangkitan kerajaan-kerajaan Melayu dahulu.Orang Asli juga
adalah rakyat asal Raja-Raja Melayu yang telah ada sebelum kerajaan Melayu terbena,malah
disesetengah negeri mereka menjadi sebahagian kepada kerajaan Melayu itu sendiri.Tanpa
rakyat Melayu ini sesebuah kerajaan Melayu itu tidak akan dapat ditubuhkan kerana rakyat
adalah penyokong dan pengikut kepada institusi raja dan kerajaan itu sendiri.Dengan itu Raja
akan sentiasa melihat rakyatnya sangat penting kepada kewujudan dan survival mereka;oleh itu
Raja sentiasa menyayangi rakyat yang mendokongnya;maka ingatan terhadap perpaduan dan
kekuatan orang Melayu dengan berteraskan 7 Wasiat itu adalah sangat releven dalam
mendokong kelangsungan Raja-Raja Melayu dan kerajaan negeri dalam Malaysia.Keselamatan
orang Melayu adalah penting sekali kepada Raja-Raja Melayu.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu itu adalah:


Pertama:“Kami namakan dan kami panggil akan dia,bumi yang kamu pijak dan langit
yang kamu junjung,PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.”

Analisis:
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 adalah satu entiti politik yang
telah diasaskan pada 1 Febuari 1948 .Ia menggabongkan sebelas buah negeri dengan 9 orang
negeri yang beraja dan dua Negeri Selat.Dengan itu konsep kerajaan Persekutuan telah
dimulakan sebagai dasar atau bentuk pentadbiran Negara.Nama ini digunakan sehingga
kemerdekaan 1957 bagi negeri-negeri Melayu,Melaka dan P.Pinang dan berlanjutan sehingga
penubuhan Malaysia pada 1963.Ini bermakna,bumi yang telah diwasiatkan ole Raja-Raja Melayu
sebagai tanah air orang Melayu dan langit yang melindungi dan memayunginya sebagai
bumbungnya adalah sebuah Negara yang akan menjadi milik mereka buat selama-lamanya.Ini
kerana nama itu melambangkan satu kata dasar yang penting iaitu TANAH MELAYU.Tanah
Melayu itu menggambarkan tanahair orang Melayu yang telah wujud sejak beribu tahun lalu
dengan pelbagai nama panggilan oleh pengembara dan pedagang yang tiba dan melintasi
kawasan tanah yang berbentuk Semenanjung ini.Ia cukup terkenal dengan nama Semenanjung
Emas dan kemudiannya sebagai Semenanjung Melakadengan Selat Melaka menjadi begitu
penting sebagai selat laluan para pedagang dan penjajah kerantau Kepulauan Melayu atau Dunia
Melayu itu.Semua kerajaan Melayu yang terbena disepanjang pantainya tidak begitu terkenal
sehinggalah kemunculan kehebatan Kesultanan Melaka pada kurun 15.Kesultanan Melaka
kemudian membena sebuah empayer yang hebat sehingga Semenajung itu dikenal
sebagai Semenanjung Melaka. Ia kemudian berubah menjadiSemenanjung Melayu(Malay
Peninsular oleh British)sebelum bertukar menjadi Semenanjung Tanah Melayu bagi
menandingi nama Malaya,ciptaan British.Semenanjung Tanah Melayu lebih dekat dihati rakyat
Melayu daripada Malaya;sebagai contoh ia tetap dikekalkan ialah Keretapi Tanah Melayu
Berhad.

Nama ini kemudian hilang dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.Sebenarnya
inilah satu pengorbanan yang amat penting kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu apabila
nama Persekutuan Tanah Melayu itu tidak lagi tersebut dan terpamir dalam Perlembagaan
Malaysia.Nama itu hilang buat selama-lamanya;nama Tanah Melayu yang begitu jelas maknanya
kepada orang Melayu telah terhapus.Penubuhan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan dengan
anggotanya lebih besar,14 buah negeri,tetap direstui dan ditandatangani Perjanjian Malaysia
196) oleh Raja-Raja Melayu ,yang kini menjadi Raja-Raja Malaysia.Ini terdapat
dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1(1,2) Negeri-Negeri, Ugama dan Undang-
Undang Bagi Persekutuan.(3)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sehinnga 15 Mei
2008.Petaling Jaya:International Law Book Services,muka surat 1)
Dalam erti kata lain,Raja-Raja Melayu yang telah mewasiatkan bumi dan langitnya dengan
nama Persekutuan Tanah Melayu,kini telah mewasiatkan pula Malaysia sebagai tanah air dan
bumi serta langit yang dijunjung oleh mereka.Raja-Raja Melayu,yang menandatangani
Perjanjian Malaysia itu juga dengan penuh sedar telah mengubah nama Negara yang telah
diwasiatkannya itu kepada nama baru;tetapi ini tidak mengurangkan amanahnya kepada orang
Melayu,penduduk terbesar Negara ini,yang akan hidup bersama-sama bumiputra Sabah dan
Sarawak serta lain-lain kaum yang telah menjadi rakyat Malaysia.Dengan itu Raja-Raja Melayu
yang memerintah negeri-negeri beraja dan akan menjadi Yang diPertuan Agong apabila tiba
gilirannya,telah meluaskan kedudukannya sebagai pelindung rakyat dan bersemayam diatas
semua rakyat Malaysia sebagai rakyatnya. Dengan itu adalah adalah menjadi tanggongjawab
rakyat untuk setia kepada Raja ,seperti yang terdapat dalam prinsip kedua Rukun Negara.Maka
dengan perubahaan nama Negara kepada Malaysia, Raja-Raja Melayu kini menjadi Raja-Raja
Malaysia dengan raklyatnya terdiri daripada pelbagai kaum walaupun amanahnya tetap
mendalam dihati sanubari orang Melayu.

Wasiat Raja Melayu yang Kedua:”Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan
kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak cucu kamu,selain gunung
ganang,tasik dan hutan simpan,TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah
50%,selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.”

Analisis:
Tanah Simpanan Melayu adalah satu peruntukan undang-undang yang telah dibuat sejak tahun
1900 oleh British bagi menyahut desakan Raja Chulan ibni Sultan Abdullah Perak,yang mahu
tanah-tanah kepunyaan orang Melayu dan sebahagian daripada tanah dinegeri-negeri Melayu
diwartakan sebagai tanah adat dan tanah rezab Melayu,yang tidak boleh dijual kepada kaum
lain.ini adalah satu perlindungan kepada orang Melayu sebagai pribumi atau son of the
soilTanah Melayu daripada tekanan kemasukan orang dagang ke Tanah Melayu.British melihat
ini sesuatu yang menasabah sehingga sanggup melahirkan sebuah akta itu bagi tujuan tersebut
dinegeri-negeri Melayu.Malah dinegeri yang tidak beraja seperti di Melaka,P.Pinang,Sarawak
dan Borneo Utara(Sabah),British juga menjalankan dasar yang sama.Tanah Simpanan Melayu,
Tanah Adat Melayu dan Tanah Anak Negeri dibuat bagi menentukan kemasukan pelabur luar
dan imigran yang boleh membeli tanah-tanah negeri dan persekutuan dengan tanpa sekatan,tidak
akan menjejaskan kedudukan dan kebajikan anak negeri.

Dalam Perlembagaan Merdeka 1957 hal ini telah dijadikan satu fasal perlembagaan yang jelas.Ia
kemudian dipanjangkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Malaysia)1963 sebagai Fasal
89,Tanah Rezab Orang Melayu,Fasal 90,Peruntukan Khas mengenai Tanah Adat di Negeri
Sembilan dan Melaka,dan Tanah Pegangan orang Melayu di Terengganu.(4) Peruntukan-
peruntukan ini adalah jelas menunjukkan peruntukan pentadbiran British itu dikekalkan.
Namun,bidang kuasa Dewan Undangan Negeri yang boleh membuat enakmen baru bagi
mengubah Tanah Rezab Melayu ini,telah mengurangkan kredebalitinya.Sikap orang Melayu
yang suka menjual tanah kepada orang bukan Melayu,juga menjadi sebab kehancuran Tanah
Simpanan Melayu itu.Duli Yang Maha Mulia(DYMM)Sultan Selangor,Sultan Idris Sharifudin
Shah telah bertitah pada tahun 2012,supaya Tanah Simpanan Melayu dikekalkan dalam
kedudukannya asalnya bagi menjamin kebajikan orang Melayu dimasa hadapan.Perbuatan
mengambil Tanah Simpanan Melayu atas dasar pembangunan negeri dan persekutuan dan tidak
menggantikan seperti sepatutnya,benar-benar membimbangkan Baginda.Tegoran DYMM Sultan
Selangor itu ada benarnya;kini Tanah Simpanan Melayu telah merosot kedudukannya kepada
kurang 30 % sahaja diseluruh negara.

Wasiat Raja-Raja Melayu yang Ketiga:”Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak
cucu kamu serta hak milik kamu,kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU
selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara”

Analisis:
Rejimen Askar Melayu adalah satu pasukan ketenteraan Negara yang ditubuhkan
dibawah Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972.Seksyen ini menyatakan
bahawa` Mana-mana orang boleh diambil masuk kedalam angkatan tetap;dengan syarat
bahawa hanya orang Melayu masuk kedalam Askar Melayu Diraja”.Ini bermakna Akta
Angkatan Bersenjata 1972 itu telah memperuntukan satu bahagian yang jelas tentang
keanggotaan Askar Melayu Diraja yang hanya terbuka kepada orang Melayu sahaja.

Ini kerana penubuhan Askar Melayu pada asalnya,seperti yang diwasiatkan oleh Raja-Raja
Melayu itu ialah untuk mempertahankan kedaulatan raja dan Negeri-negeri Melayu yang
menjadi pemimpin dan tanah air rakyat Melayu. Hasrat Raja-Raja Melayu ini yang diutarakan
pada 1902,selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu(Federated Malay States)pada
1896.Ia telah diutarakan dalam Durbar oleh Almarhum Sultan Perak,Sultan Alang Iskandar dan
Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Mohamad Ibni Yam Tuan Antah.Pembesar-
pembesar Melayu seperti Dato’ Abdullah Dahan dan Raja Sir Chulan juga turut mendokong
cadangan itu.Selepas itu British telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Raja-Raja
Melayu,sehingga akhirnya Rejimen Askar Melayu ini telah ditubuhkan pada 1 Mac
1933dibawah Malay Regiment Ordinance.Kompeni Percubaan Pertama dengan 23(ada yang
kata 25 ) orang anggota,dibawah Mejar G.Mc Bruce telah diadakan sebagai perintis kepada satu
pasukan pertahanan tempatan yang pertama.Ia menjadi satu kebanggaan anak negeri kerana
dasar British yang membawa masuk British Indian Army danBritish Army sebagai pembantunya
menguasai negeri-negeri Melayu,telah dapat dicairkan dengan penubuhan Rejimen Askar
Melayu itu.

Walaupun susah untuk berkembang kerana sekatan kewangan British,bagaimanapun Rejimen


Askar Melayu kemudian sedikit demi sedikit telah diperkukuhkan sehingga menjadi 2 Batalion
sebelum Perang Dunia Kedua.Kebolehan dan kesetiaan mereka kepada bangsa dan Negara diuji
dengan hebat sebagai penentang kemasukan Jepun di Bukit Chandu ,Singapura dibawah
Leftenan Adnan.Selepas British menguasai semula Tanah Melayu pada tahun 1945,Rejimen
Askar Melayu telah berjuang menentang Parti Komunis Malaya bersama-sama dengan pasukan
keselamatan yang lain.Bukan sedikit mereka yang terkorban kerana menentang ancaman
Kominis pada tahun 1948-1960 itu.Peristiwa Sungai Semur yang berlaku pada 25 Mac 1950,oleh
250 orang anggota pengganas Parti Kominis Malaya keatas Rejimen Askar Melayu sehingga
mengorbankan 25 orang anggota dari Kompeni D,3 Rejimen Askar Melayu,adalah satu
peristiwa sedih yang tidak dapat dilupaka.Begitu juga dengan pengorbanan Askar Melayu dalam
pertempuran di Sungai Yu,Titi ,N.Sembilan dan beberapa tempat lain diseluruh Negara.Rejimen
Askar Melayu juga terlibat dalam gerakan Konfrantasi Indonesia keatas Malaysia pada
1963.Peristiwa Kalabakan juga telah meragut nyawa anggota Rejimen Askar Melayu kerana
memepertahankan tanah air.Misi pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menjadi
satu sumbangan Rejimen Askar Melayu diperingkat antarabangsa,seperti Congo,Bosnia dan
banyak lagi.

Hari ini Rejimen Askar Melayu Diraja telah menjadi satu pasukan ketenteraan Negara yang amat
berwibawa.Peranannya sebagai pasukan tempur infantri utama dalam Tentera Darat Malaysia
adalah sangat disegani.Kini ia menjadi barisan pertahanan Negara yang hebat dengan kekuatan
25 Batalion.Harapan Raja-Raja Melayu yang merupakan satu Wasiat mereka yang penting untuk
keselamatan orang Melayu dan cucu cicitnya kini serta rakyat Malaysia yang lain,kini menjadi
satu tanggungjawab Rejimen Askar Melayu untuk mempertahankan Negara tercinta ini.

Wasiat Raja-Raja Melayu yang Keempat:`Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan
Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini’.

Analisis:
Apa yang diwasiatkan oleh Raja-Raja semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan ialah jaminannya untuk mengekalkan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah
yang berdaulat bagi memerintah Negara ini.Ini bermakna,Raja-Raja Melayu akan terus
terjamin kedudukannya dalam perlembagaan Negara dan negeri dalam Persekutuan Tanah
Melayu.Inilah juga peruntukan yang telah dimasukkan dalam Perlembagaan Merdeka 1957 dan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.(Peruntukan Perlembagaan akan disebut kemudian)

Institusi Raja-Raja Melayu adalah satu institusi yang sangat lama,yang telah tercipta dengan
berlakunya Wa’adat Rakyat dan Raja Melayu di Bukit Siguntang Mahameru, Palembang,
Sumatera. Dalam wa’adat atau kontrak sosial itu, rakyat Melayu dibawah Demang Lebar Daun
telah bersetuju menerima seorang Raja sebagai ketua mereka selagi Raja itu bersifat adil dan
menjaga kepentingan rakyat dalam konsep `Raja adil Raja disembah dan Raja zalim Raja
disanggah’.Sejak itu konsep Raja sebagai kerajaan dan ketua orang Melayu menjadi konsep
pemerentahan seluruh kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu. Sejak daripada kerajaan Funan,
Champa, Sri Wijaya, Majapahit, Demak, Banjarmasin, Brunei, Acheh dan Melaka, Raja menjadi
tonggak kekuatan kerajaan dengan konsep Raja Mutlak.Ini bermakna bahawa semua keputusan
pemerintahan dan kegiatan kerajaan berada didalam tangannya.Manakala perlaksanaannya
diwakilkan kepada pembesar-pembesar negeri dan daerah yang dilantik mengikut budi
bicaranya.Kesetiaan kepada Raja menjadi asas pentadbiran dan konsep Daulat menjadi pengikat
penghormatan dan kesetiaan rakyat kepada Raja.Kelangsungan kerajaan Melayu berlaku dengan
jelas mengatasi semua cabaran yang dilaluinya.

Di Semenanjung Tanah Melayu,Kesultanan Melaka telah menjadi kerajaan dan empayer yang
tersohor,yang merupakan kelangsungan daripada kerajaan Sri wijaya.Parameswara,Raja kerajaan
Melayu di Palembang,telah membuka Melaka dan keturunannya pula talah menjadikan Melaka
empayer yang hebat sebagai pusat perdagangan dunia dan perkembangan Islam serantau.Sultan-
sultan Melaka seperti Sultan Mudzafar Shah,Sultan Mansur Shah,Sultan Alaudin Riayat Shah
dan Sultan Mahmud Shah telah bertanggongjawab membangunkan Melaka bersama-sama para
pembesar yang tersohor seperti Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah lima
bersaudara.Perluasan empayer telah membolehkan semua sistem pemerintahan,ekonomi dan
kebudayaan tersebar keseluruh jajahannnya yang meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu,
Pantai Timur Sumatra dan kepulauan Riau-Lingga.Konsep pemerintahan Raja Mutlak digunakan
sepenuhnya.

Walaupun Siam,Belanda,British dan Jepun menduduki Negeri-negeri Melayu,tetapi institusi raja


tetap kekal sebagai ketua pemerintah dan masyarakat tempatan.Hanya Portugis sahaja yang telah
membuang institusi raja di Melaka,yang kekal sehingga kehari ini.Dasar mengekalkan institusi
raja ini telah berterusan sehingga Negara mencapai kemerdekaan.Malah Raja-Raja Melayu
sebagai pemerintah tidak pernah hilang kedudukannya sebagai ketua negeri walaupun
pentadbiran dan pengurusan negeri dikuasai oleh British.British mengekalkan institusi raja
sebagai pemerintah negeri seperti mana mereka meneruskan kepimpinan Raja/Ratu England
sebagai ketua negaranya.Dengan itu konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di England
diguna-pakai di Persekutuan Tanah Melayu semasa Negara membentuk Persekutuan Tanah
Melayu11948) dan mencapai kemerdekaan pada 1957 dan seterusnya penubuhan Malaysia pada
1963 .

Satu perkara penting yang menandakan perubahaan kuasa Raja-Raja Melayu yang termaktub
dalam Perjanjian Persekutuan 1948 ialah kewujudan konsep Raja Berperlembagaan,yang
menggantikan konsep Raja Mutlak yang selama ini terpakai dalam sistem pemerintahan beraja di
Tanah Melayu.Didalam sistem ini,Raja-Raja Melayu bertindak sebagai pemerintah yang bertahta
diatas negeri dan rakyatnya dan menyerahkan pengurusan negeri kepada pegawai-pegawai yang
dilantiknya.Sultan setiap negeri melantik seorang Menteri Besar,sebuah jawatan yang seragam
bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu,sebagai ketua pentadbir negeri.Dibawahnya terletak
ketua-ketua jabatan negeri.Kerjasama Negeri dan Persekutuan berlaku dalam
pengetahuannya.Sistem pengurusan negeri seperti ini memang berlaku semasa pemerintahan
Raja Mutlak,tetapi dibawah sistem yang terbaharu ini,undang-undang dan prosedur bertulis yang
terletak dibawah pentadbiran kuasa Menteri Besar diperjelaskan dengan nyata.Dengan itu
perintah Sultan adalah tertaklok kepada perundangan dan prosedur yang ada;bagaimanapun budi
bicara Sultan masih boleh berlaku dengan nasihat Menteri Besar.

Konsep Pilihanraya juga dimasukkan didalam Perjanjian itu,iaitu artikel 40,yang menyebut
bahawa apabila tiba masa yang sesuai,pilihanraya akan dilaksanakan bagi membolehkan rakyat
Persekutuan Tanah Melayu memilih wakil-wakil mereka untuk menjalankan pemerintahan
daerah,negeri dan Negara.Dengan peruntukan itu,Raja-Raja Melayu telah melepaskan kuasa
melantik pegawai-pegawai daerah dan negeri serta Negara kepada rakyat itu sendiri.Dengan ini
Raja-Raja Melayu telah memberikan separuh daripada kuasanya kepada rakyat melalui
pengenalan sistem pilihanraya itu.Dengan peruntukan itu,Pilihanraya Bandaran(Municipal
Election) telah diperkenalkan melalui Local Authorities Ordinance 1953.Sebelum itu sebagai
percubaan,pilihanraya bandaran pertama telah dijalankan di George Town pada 1951 dan di
Kuala Lumpur pada 1952.Ia kemudian dijalankan disemua ibu negeri,yang merupakan bandar
utama disetiap negeri.Dengan terciptanya pula The Election Ordinance 1954,(5))maka
pilihanraya Negeri telah diadakan pada tahun yang sama.Dalam kedua-dua peringkat pilihanraya
itu,Parti UMNO(United Malays National Organization) dan MCA(Malayan Chinese
Association)telah memenanginya dengan cemerlang sekali.Dengan itu konsep Raja
Berperlembagaan,yang membawa maksud bahawa Raja-Raja sebagai pemerintah tidak terlibat
langsung dalam kepimpinan,pentadbiran pengurusan Negeri telah dilaksanakan sebelum
kemerdekaan 1957. Peranan Baginda semua sebagai ketua negeri dan hanya berkuasa melantik
Menteri Besar,yang telah dipilih oleh rakyat,adalah jelas sekali.

Sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu ,Raja-Raja Melayu telah turut sama terlibat dalam proses
mencapai kemerdekaan Negara pada 1957.Raja-Raja Melayu sebagai satu kumpulan,seperti yang
diputuskan oleh mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu,telah mengeluarkan satu memorandum
kepada Suruhanjaya Reid tentang kehendak mereka dalam sebuah Negara yang merdeka.Dalam
memorandum itu Baginda semua meminta supaya kedudukan mereka sebagai Raja
Berperlembagaan dikekalkan dengan kedudukan mereka sebagai ketua negeri dan Negara
dimasukkan kedalam perlembagaan Negara dan negeri. Kedudukan mereka juga diletakkan
diatas undang-undang dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Memorendum Sultan-Sultan itu
telah terima oleh Suruhanjaya Reid dengan mengekalkan kedudukan, bidang kuasa,
keistemewaan dan kedaulatan mereka tanpa ada kekurangan seperti Perjanjian Persekutuan
1948.Dengan itu,Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah Negeri-Negeri telah
menandatagani Perjanjian Persekutuan 1957 dengan gilang gemilangnya pada 27 Jun 1957 di
Kings House(Carcosa Seri Negara),K.Lumpur.Rasa sayang Baginda semua kepada semua hal
tentang Persekutuan Tanah Melayu telah dibuatnya sebagai 7 Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5
Ogos 1957,beberapa hari sebelum Kemerdekaan diistiharkan.Pengistiharan kemerdekaan di
Stadium Merdeka oleh Tengku Abdul Rahman telah disaksikan oleh Baginda semua diatas
pentas yang indah permai.

Sebagai ketua dan pemerintah rakyat,Baginda semua menyaksikan kegembiraan rakyat mendapat
kemerdekaan bukan sahaja daripada British tetapi yang sebenar-benarnya juga adalah daripada
Raja-Raja Melayu itu sendiri.Raja-Raja Melayu secara berperlembagaan telah melepaskan
kuasanya untuk memilih pegawai-pegawai ataupun pemimpin-pemimpin yang diberikan kepada
rakyat melalui Pilihanraya Bandaran(1951),Negeri (1954)dan Majlis Mesyuarat Persekutuan(
1955).Dengan pilihanraya-pilihanraya ini,rakyat berkuasa membuat keputusan sendiri dalam
memilih pemimpin mereka,iaitu wakil rakyat untuk menguruskan pentadbiran negeri dan
Negara.Raja-Raja tidak lagi bersifat Raja Mutlak yang boleh memaksa rakyat dengan arahan dan
perintahnya tanpa berlandaskan undang-undang dan prosedur.Pemodanan dalam sistem
pentadbiran Negara ini telah mengurangkan kuasa raja yang sepenuhnya dan memberi ruang
untuk rakyat bersuara.Suara rakyat kini menjadi teras pentadbiran dan pengurusan
Negara.Kemerdekaan suara dan kemerdekaan bertindak rakyat dalam membuat keputusan ini
adalah kemerdekaan rakyat dalam kemerdekaan Negara pada 1957 itu.

Dengan itu,walaupun Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 itu adalah sebuah nama baru
menggantikan nama Persekutuan Tanah Melayu 1957,kedudukan,bidang kuasa,keistemewaan
dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negara dan Negeri diteruskan dan dikekalkan
dalam perlembagaan Negara dan Negeri.Dalam Perlembagan Persekutuan Malaysia,banyak
sekali Perkara-perkara yang menunjukkan kedudukan,bidang kuasa dan keistemewaan Raja-
Raja Melayu diperingkat Persekutuan .Antaranya:
1)Bahagian 4 Persekutuan,Bab1 Kepala Utama Negara,32.Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan,dan Permaisurinya.
(1)Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang
di-Pertuan Agong,yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan
dan tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana
mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah Bahagian
15(Perlembagaan Persekutuan(hingga 15 Mei 2008,ms19.)

2)Bahagian 4,Bab2 Majlis Raja-Raja, 38 Majlis Raja-Raja.(1)Maka hendaklah ada suatu


Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima(Ibid,ms 22)

3)Bahagian 4,Bab 3 Pemerintah,39. Kuasa pemerintah Persekutuan:


`Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong ndan
tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan
Jadual KLedua,kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh
mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri,tetapi Parlimen boleh
dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.

4)40(1),`Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut Nasihat.

5)41,Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

6)42(1)_Kuasa Bagi Mengampun,dsb.

7)43,Jemaah Menteri(1),43A.Timbalan-Timbalan Menteri.

8)Bahagian 5 Negeri-Negeri,Artikel 70(1)(2)Keutamaan Raja dan Yang diPertua Negeri.

9)71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.

10)Bahagian 9 Penghakiman,Artikel 122AB,Perlantikan Pesuruhjaya kehakiman.

11)122b.Perlantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan dan


Mahkamah
Tinggi.

12)Bahagian 10 Perkhidmatan Awam,Artikel 137.Majlis Angkatan Tentera(1)

13)145.Peguam Negara.

14)Bahagian 11 Kuasa-kuasa khas Menentang Perbuatan Subersif,Kekarasan Yang


Dirancang
Dan Perbuatan-Perbuatan dan Jenayah-jenayah Yang Memudaratkan Awam dan Kuasa-
Kuasa Darurat,Artikel 150.Peristiharan Darurat(1)(2)(2A)(2B)
15)Bahagian 12 Am Dan Pelbagai.153. Perbezaban quota mengenai perkhidmatan
awam,permit dsb.,untuk orang Melayu(1)(2)(3)(4)(5)(6)(8A)(10),.

16)160(2),`Melayu’(a,b),`Raja’(a,b).
16)Bahagian 14 Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja,DSB.
181.Perkecualian Bagi kedaulatan Raja-Raja,dsb.

17)Bahagian 15 Prosiding Terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja,.

18)182(1)(2)(3)(4)(5)(6)(7).

19)183.Tiada Tindakan boleh dimulakan terhadap Yang Di Pertuan Agong atau Raja-Raja
kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.(6)

Kesemua artikel Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini memperlihatkan bahawa Wasiat Raja-
Raja Melayu tentang Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah yang dijamin kedudukannnya telah
dimasukkan dalam Perlembagaan Merdeka 1957 dan diteruskan dalam Perlembagaan Malaysia
1963.Kesediaan Raja-Raja Melayu berkongsi kuasa dengan rakyat itu telah menyelamatkan
institusi raja itu daripada terhakis dalam pentadbiran Negara yang merdeka.Dibandingkan
dengan Republik Indonesia yang membuang institusi raja dalam Revolusi 1945 itu,Raja-Raja
Malaysia adalah lebih bijaksana bekerjasama dengan rakyat untuk melangsungkan kedudukan
dan kedaulatannya.Apabila telah termaktub dalam perlembagaan Negara dan
negeri,kedudukannya adalah sah dan bukan semata-mata sebagai simbol atau retorik masyarakat
tradisional sahaja.Ia telah menjadi satu legitimasi pemerintahan dan pentadbiran Negara
Malaysia hari ini.

Wasiat Raja-Raja Melayu yang Kelima ialah:Kami istiharkan ISLAM ialah Agama
Persekutuan.

Analisis:
Wasiat ini sangat penting kerana ia adalah satu amanah untuk menjaga agama Islam sebagai
agama Persekutuan untuk selama-lamanya.Ini kerana agama Islam adalah agama kepercayaan
dan cara hidup orang Melayu yang telah beratus-ratus tahun diamalkan oleh kerajaan-kerajaan
Melayu sebelum kedatangan pengaruh barat kerantau ini.Dengan itu ia telah menjadi sebati
dengan system pentadbiran dan pemerintahan kerajaan dan kehidupan masyarakat tempatan.
Islam telah mula tersebar dengan kemunculan kerajaan Melayu di Kedah,Terengganu dan
Melaka.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam kerana agama itu
didokong oleh Raja-Raja Melaka dan para pembesarnya dengan penoh kesungguhan.Sultan
Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah dan Tun Perak adalah diantara tokoh yang
dikenali sebagai pendokong syiar Islam yang unggul.Hukum Kanun Melaka juga
menggunakan undang-undang Islam sebagai cara hidup mayarakat Melaka pada masa
itu.Apabila Melaka bertaraf sebuah empayer,agama Islam turut berkembang melalui
penaklukan,perkahwinan diraja dan juga persahabatan yang terjalin serta hubungan dagangan
yang berlaku.Agama Islam akhirnya menjadi agama rasmi negeri dan pegangan rakyat diseluruh
Tanah Melayu.
Kedatangan dan pendudukan kuasa luar di Tanah Melayu tidak menggugat Islam sebagai sebuah
sistem kepercayaan dan cara hidup pemerintah dan masyarakat Melayu.Kejatuhan Melaka pada
tahun 1511 ditangan Portugis hanya melumpuhkan Islam di Melaka sebagai agama
pemerintah,tetapi di Negeri-Negeri Melayu yang lain,yang menjadi jajahan atau mendapat
pengaruh Melaka,tidak terganggu dengan agama Kristian dokongan Portugis.Oleh itu,agama
Islam sebagai akidah masyarakat dan pemerintah tetap kekal;semua Raja-Raja pemerintahnya
menggunakan dan mengekalkan Islam sebagai pegangannya dan cara kehidupannya.Ini
dibuktikan dengan tulisan-tulisan yang ditinggalkan dalam bentuk Hikayat,Kitab Agama dan
manuskrip Melayu yang tersimpan didalam negeri dan diluar Negara.

British yang mempengaruhi Tanah Melayu pada 1870an sehingga awal kurun 20,tidak
mengganggu kedudukan Islam di Negeri-negeri Melayu.Malah adalah menjadi polisi British
yang meletakkan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu dibawah kuasa Raja-Raja
Melayu.Larangan juga dibuat kepada mubaligh-mubaligh Kristian supaya tidak menyebarkan
agama itu kepada orang Melayu.Ibubapa orang Melayu juga tidak menghantar dengan sewenang-
wenangnya anak-anak mereka kesekolah Inggeris yang dikendalikan oleh mubaligh-mubaligh
Kristian kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh dengan ajaran agama
Kristian.Masyarakat Melayu juga melangsungkan sistem pendidikan Islam
dirumah,masjid,surau,pondok,madrasah dan kolej didalam dan diluar negera untuk membekalkan
pendidikan Islam kepada generasi mudanya.Oleh itu sewaktu kemerdekaan dirancang dan
akhirnya dicapai,agama Islam tetap didokong oleh masyarakat Melayu.

Maka Wasiat Raja-Raja Melayu itu telah dimasukkan kedalam Perlembagaan Merdeka dengan
kedudukan Islam adalah agama Persekutuan,iaitu agama yang akan dilindungi dan didaulatkan
oleh Negara.Diperingkat negeri pula,11 buah negeri dalam Malaysia telah mendaulatkan Islam
sebagai agama negeri.Dalam Bahagian 1,Negeri-Negeri,Ugama dan Undang-Undang Bagi
Persekutuan,Artikel 3.Ugama Bagi Persekutuan (1)`Ugama Islam ialah ugama bagi
Persekutuan;tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-
mana bahagian Persekutuan’.(7)Bidang kuasa Raja-Raja Melayu didalam agama Islam juga
kekal sehingga kehari ini.Didalam keadaan yang perlu,Raja-Raja Melayu bertitah mengingatkan
rakyat dan pemimpinnya supaya mendokong agama Islam sebagai agama Negara tanpa
membabitkannya dengan politik kepartian.Dalam penggunaan nama Allah sebagai Tuhan umat
Islam,Sultan Selangor misalnya memberi ketetapan bahawa Allah adalah untuk agama Islam
sahaja.Undang-undang Islam dan syariat Islam dijaga oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan
Agama Islam disetiap negeri.Kuasa Yang DiPertuan Agong pula mengenai agama Islam meliputi
negeri-negeri yang tidak beraja.Mahkamah Syariah pula ditubuhkan setiap negeri bagi
meguruskan hal-hal berkaitan dengan perundangan masyarakat Islam manakala Mahkamah
Syariah Persekutuan sedang diusahakan untuk menjadi penyatu dan penyeragam perundangan
dan pentadbiran Islam.

Wasiat Raja-Raja Melayu Keenam:Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA


MELAYU;
Analisis:
Bahasa Melayu adalah bahasa tamadun Melayu yang telah mendasari perkembangangan dan
pertumbuhannya.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi negeri-negeri Melayu sebagai
bahasa pentadbiran dan pemerintahan negeri.Ia juga bahasa yang telah digunakan bagi
memperkembangan kesusasteraan dan penyibaran syiar Islam.Ia juga menjadi bahasa
perdagangan dan lingua franca Kepulauan Melayu.Perhubungan luar Raja-Raja Melayu juga
dijalankan dalam bahasa Melayu dengan Negara-negara barat.Pegawai-pegawai barat
mempelajari bahasa Melayu dan tulisan Jawi demi untuk berdagang dan berurusan dengan
kerajaan Melayu.Bahasa Melayu menjadi begitu hebat semasa kerajaan-kerajaan Melayu
berkembang maju di Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara.

Kedatangan pengaruh luar telah memperkayakan lagi bahasa Melayu sehingga ia menjadi lebih
kompleks dan sesuai dengan kehendak masyarakatnya itu sendiri.Walaupun pengaruh luar yang
menduduki Tanah Melayu memperkenalkan bahasa masing-masing,namun Bahasa Melayu tetap
kekal sebagai bahasa pentadbiran kerajaan disamping penggunaan bahasa asing itu
juga.Bagaimanapun,kedatangan Inggeris telah memberi kesan besar kepada bahasa
Melayu,sehingga ia disaingi dan dicabar integritinya.British berjaya melahirkan satu golongan
yang mendokong bahasanya melalui sistem pendidikan Inggeris yang diperkenalkan oleh
golongan mubaligh.Untuk menjadikan ia lebih berkesan lagi pentadbiran British telah
menjadikan ia sebagai cara untuk mendapatkan pekerjaan dalam pentadbirannya.Bahasa Inggeris
menjadi keutamaan dalam urusan perniagaan dan perdagangan mereka.Bahasa Melayu dengan
itu menjadi bahasa pentadbiran dikalangan orang Melayu dan Raja Melayu sahaja.Ia menjadi
bahasa kedua dalam pentadbiran British diperingkat pusat dan negeri Melayu.

Hal ini menjadikan Raja-Raja Melayu sedar dengan kedudukan Bahasa Melayu yang boleh
tenggelam dalam perubahaan semasa.Dengan itu apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan,Raja-Raja Melayu berkewajipan untuk menjaga kedaulatan Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu sebelum ini.Dengan itu dalam Wasiat Raj-Raja Melayu 1957
itu,kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu telah
dilembagakan kedalam Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam BAHAGIAN 12 AM DAN
PELBAGAI ,Artikel 152. Bahasa Kebangsaan(1)Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan
undang-undang oleh Parlimen.Dengan syarat bahawa-a)tiada sesiapa pun boleh dilarang
atau ditahan daripada menggunakan bagi apa-apa maksud,lain daripada maksud
rasmi),atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa mana-mana kaum lain dalam
Persekutuan.(8)

Dengan itu ,walaupun,Bahasa Melayu hari ini terus ditandingi oleh Bahasa Inggeris,kedudukan
Bahasa Melayu adalah sangat istemewa iaitu bahasa kebangsaan bagi sebuah Negara yang
merdeka dan berdaulat.Bahasa Melayu juga tetap menjadi bahasa perpaduan rakyat Malaysia
dan bahasa ilmu dipusat pengajian tinggi dan bahasa pendidikan bagi sekolah kebangsaan dan
jenis kebangsaan.Wasiat Raj-Raja Melayu itu nampaknya terus dipegang oleh generasi hari ini.
Wasiat Raja-Raja Melayu yang Ketujuh:`Kami amanahkan dan kami
pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN
ISTEMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM
LAIN(Kemudian ditambah kedudukan istemewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Analisis:
Kedudukan Istemewa Melayu adalah satu perkara yang memang menjadi perhatian Raja-Raja
Melayu sejak sebelum Perang Dunia Kedua lalu.Malah perhatian kepada untung nasib orang
Melayu memang sangat dekat dihati Baginda semua kerana orang Melayu adalah rakyat Raja-
Raja Melayu sejak daripada penubuhan kerajaan Melayu pada kurun 1 Masehi lagi.Bagi Raja-
Raja Melayu di Kepulauan Melayu dan Tanah Melayu,kontrak social Raja dan Rakyat Melayu
itu telah telah dibuat di Bukit Siguntang Mahameru dan dilaksanakan di Melaka oleh Hang
Jebat;namun didokong dengan kuat oleh Hang Tuah sehingga sistem Raja sebagai penaong
rakyat itu kekal sehingga kehari ini.Hubungan Raja dan rakyat adalah hubungan diantara
pemimpin dan orang yang dipimpin seperti mana sebuah kerajaan Melayu yang wujud
memerlukan kepimpinan raja dan dokongan rakyat.Tanpa rakyat tidak ada raja dan tanpa raja
,rakyat tidak ada kepimpinan yang berdaulat.Inilah konsep kerajaan Melayu pada masa
dahulu;oleh itu Raja-Raja Melayu sentiasa memikirkan kepentingan rakyatnya disepanjang masa.

Misalnya dalam menandatangani Perjanjian Malayan Union pada akhir Disember 1945 dan awal
Januari 1946,Raja-Raja Melayu telah mempersoalkan tentang kerakyatan yang terlalu terbuka
dalam kerakyatan Malayan Union.1946 itu.Dasar kerakyatan Malayan Union itu membenarkan
sesiapa sahaja yang lahir dalam Malayan Union, atau telah tinggal 7 tahun disini atau sesiapa
sahaja rakyat tanah jajahan taklok British untuk menjadi warganegara Malayan Union.Bagi Duli
Yang Maha Mulia(DYMM) Sultan abdul Aziz Shah,Sultan Perak,dasar kerakyatan itu akan
menenggelamkan jumlah rakyat Melayu dan nasibnya pada masa hadapan.Ini kerana dengan
kemunduran ekonomi,pendidikan dan taraf hiidupnya,orang-orang Melayu akan terus
terkebelakang dan tertingal serta terpinggir dalam Malayan Union.Begitu juga dengan DYMM
Sultan Ismail Nasisudin Shah,Sultan Terengganu,mempunyai pandangan yang sama.Baginda
bimbang orang Melayu,rakyat Baginda akan terus terpinggir dalam negerinya sendiri.Begitu juga
dengan DYMM Sultan Hishamudian Alam Shah,Sultan Selangor,yang bimbang dengan
kemasukan imigran yang ramai sehingga menjejaskan jumlah dan kedudukan serta nasib orang
Melayu.Walaupun desakan dan rayuan mereka tidak diiendahkan oleh British yang memang
menggunakan pentadbiran tentera British untuk mengambil kuasa daripada Raja-Raja
Melayu,namun,Raja-Raja Melayu tetap mempertahankan kedudukan rakyatnya sebagai
penyokong Baginda.Begitu juga dengan DYMM Sultan Badlishah,Sultan Kedah,telah
mempertahankan tahta dan rakyatnya dengan surat bantahan,walaupun Baginda terpaksa
menurunkan tandatangannya.(9)

Raja-Raja Melayu dan Rakyat Melayu sentiasa bekerjasama untuk mempertahankan tahta dan
kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri Tanah Melayu.Malayan Union tidak dapat
diteruskan oleh British kerana kerjasama dan perpaduan Raja-Raja Melayu dengan
rakyatnya.Walaupun Raja-Raja Melayu telah menurunkan tandatangan dalam Perjanjian
Malayan Union 1946,namun ,kerana sokongan rakyat yang padu kepada mereka,Raja-Raja
Melayu yang diketuai oleh DYMM Sultan Ibrahim,Sultan Johor,telah menarik semula
persetujuan mereka terhadap Malayan Union.Baginda semua mendengar permohonan rakyat
jelata yang berkumpul di Station Hotel,K.Lumpur,untuk memboikot majlis perlantikan Sir
Edward Gent sebagai Gabnor Malayan Union di Kings House,K.Lumpur.Raja-Raja Melayu juga
mendengar permintaan rakyat Melayu yang diwakili oleh UMNO(United Malays National
Organization)untuk berunding semula dengan British supaya menarik semula Malayan
Union.Perundingan yang berakhir selama hampir dua tahun itu akhirnya menyebabkan British
menarik semula Malayan Union,yang diperkenalkan pada 1April 1946 itu dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948.(10)

Kejayaan ini membawa banyak makna kepada sistem beraja dan institusi raja dinegara
ini.Dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu sebagai
sebuah kerajaan persekutuan,Raja-Raja Melayu menaiki semula tahta sebagai Raja
Berperlembagaan.Rakyat pula diberi peluang untuk menjalankan pilihanraya secara
berperingkat.Dengan itu Raja dan rakyat berkongsi kuasa tetapi Raja-Raja Melayu tetap
bersemayam diatas semua rakyat;dengan itu konsep kedaulatan Raja-Raja tetap kekal dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri.Dengan kedudukan ini,Raja-Raja Melayu dapat
menjadi ketua kepada rakyatnya berterusan seperti sebelum itu.Perlindungan keatas rakyat juga
dapat dilakukannya;dengan itu kedudukan istemewa Melayu dapat dimasukkan kedalam
Perjanjian Persekutuan 1948.Dalam Fasal 19,dikatakan Perlindungan Istemewa kepada orang
Melayu adalah terletak dibawah Pesuruhjaya Tinggi British. ‘Raja-Raja Melayu kemudian
mendesak ia diteruskan dalam Perjanjian Merdeka 1957.Dalam Perjanjian ini,kuasa
melindunginya diletakkan dibawah DYMM Yang Di Pertuan Agong diperingkat Negara dan
Raja-Raja Melayu diperingkat negeri.Majlis Raja-Raja pula menjadi badan pelindungan yang
terakhir.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ia diteruskan dan disebut dengan jelas


sekali.Dalam BAHAGIAN 12 AM DAN PELBAGAI,ARTIKEL 153.Perezapan quota
mengenai perkhidmatan,permit dsb.,untuk orang Melayu ‘,mengatakan:

(1)Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan


istemewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-
kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2)Walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan ini,tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini,Yang diPertuan Agong hendaklah
menjalankan tugas-tugasnya dibawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang
Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara
kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri Borneo dan juga
untuk menentukan perezaban bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-
negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang diPertuan Agong
mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam9lain daripada perkhidmatan awam sesuatu
negeri) dan mengenai biasiswa,bantuan dan lain-lain keistemewaan pelajaran atau latihan
yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberik atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan sesuatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang diPertuan
Agong mengenai permit atau lessen bagi menjalankan apa-apa tred atau perniagaan,dan
perezapan permit dan lessen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu
dan Perkara ini.
Dan seterusnya(3),(4),(5),(6),(7),(8)(8A),(9),(9A)(10).
Dalam Perkara 153(10) dikatakan:Perlembagaan bagi Negeri yang berRaja boleh
membuat peruntukan-peruntukan yang bersamaan(dengan apa-apa pengubahsuaian yang
perlu)dengan peruntukan-peruntukan Perkara ini.(11). Ini bermakna bahawa satu
peruntukan perlembagaan mengenai Kedudukan Istemewa Orang Melayu telah diletakkan dalam
sebuah perjanjian dengan British oleh Raja-Raja Melayu sebelum merdeka,telah dilangsungkan
dalam Perlembagaan Merdeka dan Malaysia.Kebimbangan Raja-Raja Melayu keatas rakyatnya
dapat dimasukkan dalam Perlembagaan yang berterusan sehingga kehari ini.Dengan
pembentukan Malaysia, keistemewaan itu diperpanjangkan kepada anak negeri Sabah dan
Sarawak.Satu perkara yang patut diingat bahawa Kedudukan Istemewa Melayu itu tidak
mengurangkan kedudukan kaum-kaum lain dalam Malaysia.Apa yang diperuntukan kepada
DYMM Yang diPertuan Agong ialah hak untuk membuat quota tertentu bagi orang Melayu dan
anak negeri Sabah dan Sarawak dalam biasiswa,permit dan lesen perdagangan dan
perniagaan,perkhidmatan awam dan latihan serta peluang pendidikan diuniversiti,maktab dan
kolej.Parlimen juga tidak boleh membuat undang-undang menyekat perezapan quota ini.Raja-
Raja Melayu diperingkat negeri boleh menggunakan peruntukan ini dinegeri masing-
masing.Wasiat Raja-Raja Melayu yang ketujuh itu telah dapat diamanahkan secara
berperlembagaan bagi rakyat Raja-Raja Melayu Malaysia.

Kesimpulan

7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957,adalah satu ingatan dan
amanah Raja-Raja Melayu bagi rakyatnya orang Melayu supaya menjaganya dengan baik
.Semua Wasiat itu telah dimasukkan kemudian dalam Perlembagaan Merdeka 1957 sebagai satu
persetujuan oleh semua rakyat pelbagai kaum pada masa itu.Perluasan kerakyatan kepada semua
orang yang lahir dalam Persekutuan Tanah Melayu ,yang dilaksanakan pada 1957,telah menjadi
satu tukarganti kepada kedudukan istemewa Melayu yang telah diasaskan pada Perjanjian
Persekutuan 1948.Perkara-perkara lain yang telah dimasukkan dalam Wasiat itu adalah perkara-
perkara yang telah berlaku lama sebelum kedatangan kuasa barat keatas Tanah Melayu.Ia adalah
perkara-perkara yang telah menjadi asas tamadun bangsa dan kerajaan Melayu,yang diasaskan
oleh empayer Melaka.Kedudukanan Raja sebagai ketua pemerintah,Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan lingua franca,agama Islam sebagai agama dan cara hidup,Askar Melayu DiRaja
sebagai pasukan tentera Melayu,Tanah Simpanan Melayu sebagai menjaga tanah miliknya dan
nama Persekutuan Tanah Melayu sebagai negaranya,adalah hal-hal tradisional bagi Negara
bangsa Malaysia.Namun,system pentadbiran dan kenegaraan yang mengamalkan Raja
Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen ini,telah berjaya mengadun dan menjalankan
kedua-dua sistem yang lama dan baru ini dengan baik dan berjalan licin selama 55 tahun
ini.Perubahan perspektif mungkin berlaku kerana perubahaan masa dan
persekitarannya,namun,kedudukan pemerintahan BerRaja sebagai pengimbang kepada sistem
pentadbiran dan pengurusan Negara yang diterajui oleh rakyat itu sendiri.Wasiat ini juga ingin
mengekalkan tanggungjawab orang Melayu untuk menjaga hal-hal yang berkaitan dengan
mereka dalam Negara Malaysia yang bersifat majmuk rakyatnya.Rakyat Malaysia juga diseur
oleh Raja-Raja Melayu yang kini menjadi Raja-Raja Malaysia untuk terus bekerjasama dan
berharmoni dalam Negara yang dahulunya bernama Persekutuan Tanah Melayu tetapi kini telah
bernama Malaysia.7 Wasiat Raja-Raja itu tetap releven sehingga kehari ini kerana telah
dimetrikan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,yang diguna-pakai sehingga kehari ini.

Nota Hujung

(1)Untuk keterangan lanjut mengenai sistem kerajaan Melayu ini lihat Sejarah Melayu,Fajar
Bakti,K.Lumpur.)

(2)Untuk keterangan lanjut mengenai perluasan kerakyatan ini lihat R.K.Vasil,1974.Politics In


Plural Society,K.lumpur:Oxsford Universiti Press.)

(3)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sehinnga 15 Mei 2008.Petaling


Jaya:International Law Book Services,muka surat 1.

(4)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEHINGGA 15 Mei,2008.Petaling


Jaya:International Law Book Services,ms 56-58.

(5)Ramlah Adam,Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan,2005.K.Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka,ms 262,272,274.

(6)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sehingga 15 Mei 2008.Petaling Jaya:International


Law Book Services,ms 19-29,34-41,67,84,88,90,91,99,102-104,107,110,111-114,128-129.

(7) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,15 Mei 2008.Petaling Jaya:International Law


Book Services,ms.1-2.

(8)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,15 Mei 2008.Petaling Jaya:International Law


Book Services,ms 110-111.

(9) CO 537/1541,Sir MacMicheal,Negotiations with the Malay Rulers.

(10) Untuk keterangan lanjut lihat Ramlah Adam,2005.Dato’ Onn Ja’afar Pengasas
Kemerdekaan,K.Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka,muka surat 85-119.

(11)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN(hingga 15 Mei 2008.Petaling Jaya:International


Law Book Services,ms 111-114

Anda mungkin juga menyukai