Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulannya, institusi pemerintahan di negara kita sememangnya dipengaruhi oleh

ciri negara bangsa kerajan Alam Melayu sejak zaman penjajahan British hinggalah
kemerdekaan negara kita pada tahun 1957 dan berterusan hingga ke abad 20 kini. Walaupun
demikian, terdapat sedikit perubahan yang telah dibuat dan disesuaikan dengan keadaan
semasa hingga menyebabkan negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen
dan sistem Raja Berperlembagaan. Namun demikian, pemerintah semasa tetap mengamalkan
ciri – ciri kerajan Alam Melayu dahulu kala di mana sistem Raja tetap diutamakan dan
dijadikan simbol perpaduan rakyat Malaysia pada masa kini serta pemutus kata apabila
negara diambang pergolakan.

Maka, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menjunjung tinggi titah Seri Paduka
Baignda dalam usaha baginda untuk menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan bangsa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni. Selain itu, kita juga
seharusnya mempunyai sikap hormat dan patuh kepada Yang Dipertuan Agong selaras
dengan Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kita tidak
seharusnya menjadi ‘Duri Dalam Daging’ ataupun pengkhianat kepada Raja dan Negara dan
mengambil ikhtibar peristiwa ‘Lahad Datu 2013’ dimana terdapat pengkhianat yang
membocorkan maklumat keselamatan negara kepada pihak luar.

Sikap cintakan tanah air sangat perlu diterapkan sejak dari kecil supaya rakyat tidak
mudah terpedaya dengan janji – janji yang diberikan oleh kuasa luar. Apabila perasaaan cinta
akan negara telah mula wujud dalam diri generasi baharu, perasaan hormat dan setia kepada
Raja dan pemerintah juga akan mula terbentuk dalam diri masyarakat Malaysia dan apabila
negara diserang oleh kuasa luar, rakyat akan bersatu padu dalam usaha untuk membanteras
anasir luar ini.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memastikan rakyat menghormati institusi beraja
seperti mengadakan kempen menghormati Raja dan negara. Contoh kempen seperti ‘Hormati
Raja dan Negara’. Hal ini agar timbul perasaan saying dan cinta kepada Raja dan Negara kita.
Kesannya masyarakat akan mula sedar akan kepentingan menghormati Raja dan Negara.
Selain itu, peranan media massa. Hal ini agar dapat menayangkan kepentingan institusi beraja
di negara kita. Contohnya media sosial seperti Tik Tok dapat menayangkan klip video
berkaitan kepentingan menghormati Raja di negara kita. Kesannya, rakyat akan mula cakna
berkaitan isu kepentingan menghormati institusi beraja. Apabila generasi muda sudah
terdidik dengan perasaan menghormati Raja, maka kita tidak perlu takut untuk menghadapi
ancaman luar yang cuba menceroboh sempadan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai