Anda di halaman 1dari 19

ISU YANG DIHADAPI PENDUDUK

LUAR BANDAR DALAM


MEMASARKAN PRODUK HALAL




LOGO HALAL
Menurut Lokman Ab.Rahman, pada umumnya
penggunaan logo dan sistem pensijilan halal
hanyalah untuk kelompok pengguna Melayu
Muslim di negara ini bagi memudahkan mereka
membuat pilihan barangan tanpa ragu-ragu di
pasaran. (Berita Harian, 09 Mei 2006).
Sebaliknya setelah diperkenalkan hampir sepuluh
tahun,perkataan halal bukan lagi menjadi milik
mutlak Melayu Muslim. Golongan peniaga yang
rata-ratanya dipegang oleh etnik Cina mula sedar
kepentingan halal dan menuntut supaya produk
barangan mereka diberikan pengesahan halal
sedangkan mereka majoritinya bukan penganut
Islam

Demi tujuan perniagaan, ada kalanya pihak pengeluar
cuba mengeksploitasi para pengguna dan pembeli
dengan memakai logo halal pada semua barangan tidak
kira apa jenis produk yang dipasarkan.
Bagi industry kecil dan sederhana (IKS), penggunaan
logo halal dalam pemasaran produk mereka masih lagi
kurang.
Selain itu, kurangnya pengusaha kecil industri makanan
yang mempunyai pensijilan halal. Hanya lebih kurang
15% pengusaha kecil makanan yang mempunyai
pensijilan halal. Ini mengakibatkan kurangnya market-
share yang akan membawa kepada kurangnya peluang
ke pasaran global (Ucapan Perasmian Seminar Halal
Food Standards Realisation MS 1500: 2004
Memperkasakan Sektor IKS Dalam Industri Makanan
Halal, 5 Disember 2006).



\







KANDUNGAN
BABI ATAU
ARAK DALAM
MAKANAN

Di Malaysia, kesedaran umat Islam terhadap
penggunaan makanan halal adalah tinggi. Ramai
yang membeli produk makanan dengan melihat
tanda halal yang dipaparkan di pembungkus
makanan yang dilabelkan
Namun, ramai juga yang tertipu dengan kandungan
makanan yang sebenarnya tidak diketahui asalnya.

Bagi industi kecil dan sederhana, penggunaan
bahan bahan yang dibenarkan oleh Islam
sangatlah perlu dititik beratkan. Hal ini kerana
pengguna akan yakin terhadap pengusaha
tempatan apabila sesuatu produk itu telah
dikeluarkan oleh mereka.
Tambahan pula dengan status pengusaha muslim
menyebabkan ramai pembeli tidak ragu-ragu dalam
membeli produk mereka. Hal ini penting dalam
menembusi pasaran tempatan dan luar negara
kerana negara Malaysia mempunyai pasaran yang
luas untuk memasarkan hasil makanan halal.
Tidak terhad kepada makanan yang mengandungi
babi, arak juga turut digunakan dalam industry
makanan untuk mengawet makanan supaya tahan
lama dan gebu. Kebiasaannya, penggunaan arak
adalah dalam pembuatan kek. Bagi pengusaha yang
mendapat sijil halal, mereka seharusnya melihat
ramuan-ramuan yang digunakan sama ada terdapat
kandungan babi atau arak dalam penghasilan
produk mereka.










PENJENAMAAN

Reka bentuk pembungkusan merupakan elemen
penting dalam menarik minat pelanggan terhadap
sesuatu produk. Kualiti pembungkusan termasuk
pelabelan produk yang dihasilkan masih lagi rendah
dan tidak menepati kehendak pasaran global.
Ini menyebabkan pengusaha tidak dapat
memasarkan produk mereka secara lebih meluas
dan menyaingi produk sedia ada di pasaran.
Kekurangan modal, tahap teknologi serta kemahiran
pekerja rendah, reka bentuk keluaran dan
pembungkusan kurang menarik serta tidak dapat
memenuhi pesanan pelanggan menyebabkan hasil
keluaran produk IKS kurang berkualiti (Hasnah &
Faridah 1995: 22).





PASARAN EKONOMI DALAM DAN
LUAR NEGARA BAGI MAKANAN
HALAL

POTENSI PASARAN GLOBAL PRODUK
HALAL
Pada tahun 2007, bilangan penduduk dunia
dianggarkan mencecah 6.7 billion orang.
Daripada jumlah itu, hampir 25 peratus
daripadanya adalah beragama Islam. Populasi
mereka bertaburan di seluruh dunia dengan
majoritinya berada di Asia melebihi satu bilion
orang. Menurut satu kajian, dianggarkan
sehingga tahun 2010 jumlah penduduk Islam
meningkat kepada tiga billion orang
Bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar Bandar,
kerajaan telah banyak melaksanakan program-
program yang boleh diikuti oleh pengusaha luar
Bandar. Antaranya kerajaan telah melancarkan
Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) bagi
membantu pembangunan industry halal di setiap
negeri. Tujuan penubuhan Perbadanan ini adalah
untuk persedian Malaysia sebagai sebuah negara
Islam untuk menjadi peneraju Hab Halal terkemuka
dunia. Perbadanan ini telah diletakkan di bawab
Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF)
yang menjadikan institusi ini bakal menfokuskan
usaha untuk memajukan industry halal di negara ini.

Program Transformasi Perniagaan
Halal
Program ini bertujuan menjadikan syarikat yang terlibat
lebih kompetitif dan mengembangkan pertumbuhan
ekonomi terutama dalam sector perdaganan halal. Program
Transformasi Perniagaan Halal yang bermula pada tahun
2011 ini menyasarkan 124 buah syarikat yang menyertainya
dan syarikat terbabit dibahigakan kepada tiga kategori
utama iaitu pengeraman (incubation) halal, syarikat focus
halal dan juara halal. Matlamat utama HDC melancarkan
program tersebut adalah untuk membolehkan syarikat halal
tempatan bersaing secara kompetitif di pasaran global.
Pada masa yang sama, program ini akan melengkapkan
syarikat yang turut serta dengan pensijilan seperti Analisis
Bahaya dan titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta Amalan
Pengilangan Baik (GMP).
Pasaran Ke Negara Negara OIC
Kerajaan juga tidak hanya tertumpu kepada negara Barat, hubungan
dengan negara Islam lain turut menjadi satu peluang kepada
kerajaan dalam memasarkan barangan halal. Hal ini kerana
hubungan yang baik antara negara-negara Islam melalui Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dilihat telah meningkatkan eksport negara
kepada negara-negara Islam. Pada tahun 2009 sahaja, kerajaan
telah mendapat anggaran AS$900 juta (RM3.15 bilion) dan menurut
Datuk Mustapa Mohamed iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri pada waktu tersebut akan terus meningkat saban
tahun.
Eksport produk makanan halal Malaysia ke negara anggota OIC
meningkat ketara kepada AS$640 juta (RM2.24 bilion) pada 2007
dan diunjurkan akan terus meningkat kepada AS$900 juta (RM3.15
bilion) tahun in,

Sehingga kini, tiada perangkaan menyeluruh
diperolehi mengenai prestasi perdagangan
makanan halal Malaysia di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun bagi tempoh Januari-
September 2001, Malaysia mengeksport sejumlah
RM 2,843.4 juta produk makanan ke luar negara.
Dari jumlah tersebut sebanyak RM 1,532.5 juta atau
53.9% dieksport ke negara-negara di ASEAN dan
Timur Tengah yang merupakan kawasan paling
ramai penduduk Islam dan pengguna terbesar
produk makanan halal di dunia. Destinasi eksport
utama negara ialah Singapura, Indonesia, Brunei,
Emiriyah Arab Bersatu dan Saudi Arabia

PERKEMBANGAN TEMPATAN

Peningkatan dalam permohonan sijil halal
Mihas
Hub Halal

Anda mungkin juga menyukai