Anda di halaman 1dari 1

1.

Durbar diadakan untuk mendapat sokongan daripada Raja-raja melayu terhadap Negeri-negeri
melayu Bersekutu. Antara ahli durbar termasuklah, Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu,
Residen Jeneral dan Residen British. Seterusnya, Raja-raja Melayu menzahirkan suara membela
nasib dan melindungi kepentingan melayu melalui Durbar. Akhir sekali, Durbar memperlihatkan
tanggungjawab bersama-sama oleh Raja-raja melayu sebagai pelindung orang Melayu.

2. Tuntutan Raja-raja melayu melalui durbar adalah untuk melambangkan kepekaaan dan
tanggungjawab Raja-raja Melayu sebagai pelindung rakyat. Oleh itu, Durbar di Kuala Lumpur,
Sultan Perak mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak dilaksanakan
mengembalikan langkah kuasa kepada institusi raja. Hal yang demikian dilaksankan untuk
melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri daripada peluasan kuasa British.
Misalnya, Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan menuntut Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa rasmi Persekutuan. Seterusnya, Sultan Perak bertitah dan bertegas mendesak agar kuasa
pemerintahan dikembalikan kepada Raja-raja Melayu dan majlis negeri dalam semua aspek
pemerintahan negeri. Hal ini kerana kuasa Raja-raja Melayu terancam dengan adanya residen
british. Seperti contoh, hak kuasa raja dalam mengutip cukai diambil alih oleh residen british.
Akhir sekali, peranan Raja-raja melalui durbar penting dalam menyuarakan pendapat rakyat yang
tidak mempunyai suara dalam pentadbiran kerajaan British.

3. Pada pendapat saya, kriteria yang perlu ada pada seorang wakil rakyat yang berkualiti adalah
perlu memiliki pengetahuan mendalam tentang isu-isu awam. Hal ini membolehkan seorang
wakil rakyat membuat keputusan yang bermakna. Misalnya dengan memberi sokongan yang
berkualiti kepada rakyat yang diwakili. Seterusnya, kebolehan berkomunikasi dengan jelas. Hal
ini kerana ia membolehkan wakik rakyat tersebut menyampaikan pandangan, dasar dan
cadangan efektif kepada rakyat dan juga dalam perbahasan parlimen. Misalnya, komunikasi yang
jelas dapat memastikan bahawa informasi yang disampaikan difahami dengan jelas. Akhir sekali,
seorang wakil rakyat juga perlu mempunyai nilai kejujuran. Hal ini penting dalam membina
keprcayaan dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, seorang wakil rakyat perlu mempunyai
pelbagai kriteria yang

Anda mungkin juga menyukai