Anda di halaman 1dari 2

Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama-tamanya, alhamdulillah segala pujian ke hadrat Yang Esa atas kasih sayang dan limpah kurniaNya kerana dengan izinNya untuk membenarkan kita terus tinggal di atas bumiNya ini. Ribuan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Guru kerana menerima kami sebagai pelajar institut pendidikan guru terutamanya Kampus Dato Razali Ismail. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang sekian lama telah membesar dan mendidik kami menjadi insan yang berguna. Seterusnya ucapan penghargaan ini kami tujukan kepada Encik Nordin bin Shaari selaku pensyarah Literasi Bahasa Melayu WAJ 3104 kami. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada kami untuk merakamkan sepatah dua kata. Pada ketika dan saat ini kita sebenarnya sedang dalam pelayaran menempuh gelombang kehidupan yang penuh dengan liku dan cabaran untuk mengejar segunung kejayaan. Namun, dalam penitian hari-hari mendatang untuk mendakap lautan ilmu, adakalanya kita terjatuh dan terluka. Pun begitu, luka itu sebenarnya merupakan satu azimat untuk terus bangun dan berdiri teguh untuk kembali menggapai kejayaan. Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan daripada setiap individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan hasil kecerdikan akalnya, kesedaran dalaman dan kesejahteraan jasmaninya. Sekian, terima kasih.

Bibliografi Dr. Khairuddin Mohammad. (2011). Siri Pemdidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Hasnah Awang & Habibah Mohd Samin. (2010). Literasi Bahasa Melayu. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai