Anda di halaman 1dari 3

Nama No K/P No Matrik Unit

: Nurul Nadiah Binti Abu Bakar : 910803-11-5606 : 123927 : PISMP Bahasa Melayu sem 2

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya berjaya juga saya melaksanakan tugasan ini dengan baik. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Tuan Haji Che Mansor Bin Che Kerma kerana telah memberikan peluang melaksanakan kerja kursus pendek ini. Tambahan pula, tugasan ini juga telah memberikan manfaat kepada saya untuk meneroka dan memahami sepenuhnya subjek pentaksiran bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hal demikian juga tanpa tugasan yang diberi maka ceteklah pengetahuan saya tentang subjek pentaksiran bahasa Melayu. Pengalaman yang baru yang diperolehi sepanjang melaksanakan tugasan ini adalah tentang pemahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan pembinaan soalan melalui taksonomi Bloom. Saya dapat mengetahui secara terperinci tentang bagaimana cara untuk mentaksir penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian dalam membina soalan. Tugasan ini telah mendedahkan diri saya untuk lebih memahami tentang tajuk yang berkaitan sepanjang kuliah dijalankan. Manakala, kekuatan sepanjang menjalankan tugasan ini adalah penambahan ilmu pengetahuan yang mendalam semasa meneroka ilmu dan mencari maklumat melalui rujukan-rujukan tertentu. Tambahan lagi, tugasan ini banyak memberikan idea

dan maklumat penting. Seterusnya, perasaan ingin tahu mula wujud dalam diri saya. Kekuatan tugasan ini telah mengubah diri saya untuk menjadi guru lebih baik dan cemerlang kelak. Selain itu, kerjasama dan tolak ansur antara ahli kumpulan juga merupakan kekuatan tugasan ini. Hal ini kerana kerjasama yang diberi sepanjang melaksanakan tugasan telah melicinkan lagi perjalanan kerja kursus ini. Seterusnya, tugasan ini menyedarkan saya tentang pentingnya seorang rakan. Hal demikian kerana rakan merupakan salah satu tempat untuk kita bertanya dan berkongsi idea. Melalui rakan, kita juga dapat menjalankan perbincangan dan penambahbaikan tentang tugasan yang dijalankan. Disamping itu, dorongan dan bimbingan daripada pensyarah memudahkan pemahaman saya tentang perlaksanaan tugasan ini. Sebaliknya, kelemahan sepanjang menjalankan tugasan ini adalah kekurangan bahan dan sumber rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina menyebabkan sukar untuk membuat analisis dan perbandingan tentang tajuk yang diberikan. Seterusnya, kesukaran untuk mencari jadual spesifiksi ujian yang tepat mengikut tahun bagi murid sekolah rendah menyebabkan melambatkan perjalanan tugasan ini. Selain itu, kekurangan pengalaman untuk merangka soalan mengikut JSU. Cadangan yang dapat saya utarakan perpustakaan Ibnu Sina perlu menyediakan lebih banyak bahan rujukan supaya memudahkan lagi guru pelatih untuk meneroka ilmu pengetahuan. Seterusnya, pihak kementerian perlu menyediakan nota atau buku yang betul-betul mengikuti proforma semasa kuliah. Akhirukalam, saya amat menyedari bahawa tugasan ini telah banyak memberikan saya pengalaman dan pengetahuan yang amat penting untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Oleh itu, saya mulai sedar bahawa guru perlu lebih banyak pengalaman dan latihan supaya dapat menjalankan sesuatu dengan lebih efektif dan bermakna. Akhir sekali, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Che Mansor bin Che Kerma kerana sudi memberikan kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai