Anda di halaman 1dari 4

OBJEKTIF KEMAHIRAN MENULIS

TAHUN SATU
murid mengetahui dan berkeupayaan:
melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi
suku kata
terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga
suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung
dengan betul;
menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang
kemas;
membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka
dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat;
mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk
diklasifikasikan;
menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa
yang santun;
mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.
menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara
terkawal dengan betul.
Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan Carta
Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar
dan tahap peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti
gambar;
Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan
memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya;
Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan
berdasarkan gambar yang dilihat;
Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang
menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru
menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat
yang diutarakan.
Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang
diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan
Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.
Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan
ataumenunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses
penghasilan sesuatu bahan atau produk. Teknik carta aliran agak
bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada persamaan
dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan
dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku
pada setiap peringkat yang dipaparkan dalam carta.
Langkah 1
Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid
Langkah 2
Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting,
Langkah 3
Setelah selesai sesi perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki
menghantar wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan
kumpulan
Langkah 4
Selepas itu, murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan
idea atau isi-isi penting yang telah dibincangkan

Langkah 5

Seterusnya, beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan


karangan masing-masing.
Langkah 6
Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan
setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid.
Langkah-langkah dalam pengajaran mengarang mengaplikasikan
kaedah proses adalah :
A. Prapenulisan
1. Guru mengemukakan tajuk karangan.
2. Guru membantu murid-murid menjana idea berdasarkan pengetahuan
sedia ada.
3. Murid-murid digalakkan berinteraksi dengan rakan.
4. Murid-murid memilih bentuk karangan yang sesuai.
5. Guru memberi bimbingan agar murid-murid dapat menulis sesuatu
yang berkaitan dengan tajuk karangan secara pantas dan bebas.
6. Aktiviti sumbangsaran dijalankan.
7. Guru membimbing murid agar menyedari tujuan karangan yang
akan ditulis.
B. Penulisan, perbincangan dan penyemakan
1. Murid diminta menulis idea yang ada dan guru membimbing
murid supaya mereka membuat draf karangan yang jelas dan mudah
dibaca.
2. Murid diminta menulis draf pertama dalam jangka masa tertentu.
3. Murid memberi maklum balas yang positif kepada draf karangan
pertama sebelum menulis draf kedua.
4. Guru memberi ulasan tentang kekuatan dan kelemahan draf
karangan.
5. Sesi perbincangan dijalankan.
6. Murid menulis draf kedua.
7. Murid dibimbing untuk menyemak.
Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes
i. Pendekatan Terkawal
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar
daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal
secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan
untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah
dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar
mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru
memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan
pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru
mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau
peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula
keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.
ii. Pendekatan Bebas
Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan
pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimana
pun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah
dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran
penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan
dadah dalam kalangan remaja, guru boleh keratan-keratan akhbar untuk
ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan
pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar
akan lebih berminat,
aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.
iii. Pendekatan Komunikatif
kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri
yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan
memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan
berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai
pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat
yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi

dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan


berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh
mempengaruhinya, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik
Pendekatan Pola-Perenggan
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik.
Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat
dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga
dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan
dengan baik.
Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contohcontoh perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru
dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan
meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar
mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.
Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid
bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang
khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini,
aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam
persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan
kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini
berkembang dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan
terkawal.
Latihan Melembutkan Motor
1.Pergerakan tangan dan jari Dijalankan secara santai, seperti
melakukan aktiviti: (a) Mewarna secara bebas dan terkawal. Mewarna
secara bebas bermaksud menggunakan pelbagai media warna
(b) Menyuri (c) Melukis (e) Menampal
2. Nyanyian dan pergerakan tangan Murid-murid Murid-murid
bernyanyi sambil menggerakkan tangan dengan
3. Mengguli doh
Murid-murid diberi peluang membuat doh sendiri dengan menggunakan
tangan
4.Bermain dengan tanah liat
Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai
masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam
mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca
serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini adalah
kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran
memproses maklumat
Tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti :
Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan spontan adalah sukar
dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila
menggunakan kaedah menyalin semula perkataan atau meniru perkataan.
Kanak-kanak dalam kategori ini juga menghadapi kesukaran dalam
mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami masalah membaca atau
disleksia.
Motor Dysgraphia didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh
kekurangan dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering
menunjukkan tulisan yang tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis
menggunakan kaedah menyalin semula ayat.
Spatial Dysgraphia merupakan kebolehan mengeja yang normal. Namun
begitu, hasil tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada penulisan secara
spontan atau menyalin semula

Strategi dan kemahiran menulis

Tanda-tanda Disgrafia
Grafomotor (atau graphamotor dalam Bahasa Inggeris) Fungsi
grafomotor ialah penggunaan sistem saraf-otot (neuromuscular) pada
tangan dan jari dengan berkesan untuk mengerakkan pensel atau pen
untuk menulis huruf dan perkataan pada kertas (lihat gambar disebelah).
Kanak-kanak bermasalah grafomotor menghadapi sukar dengan
fungsi ini lebih-lebih lagi sekiranya tugas itu berpanjangan. Masalah
ini menyekat keupayaan kanak-kanak menulis sambil memikiran
idea-idea yang ingin diluahkan. Tanda-tanda masalah grafomotor ialah:
Genggaman pensel yang agak jangal
Kesukaran membentuk huruf
Mengambil masa yang lama untuk menulis huruf atau perkataan
berbanding dengan kanak-kanak lain
Perenggan yang ditulis pendek berbanding dengan kanak-kanak lain
Tumpuan (attention) - Penulisan ialah suatu aktivit yang
memerlukan banyak tenaga mental dan tumpuan atau konsentrasi pada
suatu jangka masa yang panjang. Seorang penulis dikehendaki
mengkaji semula dan memantau hujah-hujah apa yang disampaikan. Tandatanda masalah tumpuan ialah seperti berikut:
o Kesukaran bermula menulis
o Suka mengelak tugas-tugas yang melibatkan penulisan
o Mudah terganggu semasa menulis
o Keletihan mental atau mudah semasa menulis
o Kejelasan penulis tidak konsistem
o Banyak kesalahan cuai
o Penulisan yang tidak terancang
Susuanan (ordering) - Kanak-kanak kurang sedar tentang susunan
huruf, perkataan atau ayat pada kertas. Tanda-tanda masalah
penyusunan ialah:
o Jarak antara huruf atau perkataan tidak konsisten
o Tidak dapat menulis atas garisan
o Susunan huruf yang salah
o Susunan perkataan salah
o Tidak dapat menulis antara dua jalur
o Salah ejaan banyak perkataan
Ingatan (memory) - Ini merujuk kepada berapa cepat kanak-kanak
dapat mengaitkan topik yang hendak ditulis dengan pengetahuan
sedia ada mereka, kosa kata yang telah dipelajari
Tanda-tanda masalah ingatan ialah:
o Kosa kata yang lemah
o Banyak salah ejaan
o Kesilapan menanda huruf besar
o Salah menggunakan tanda bacaan
o Tatabahasa yang salahgr
Bahasa (language) - Bahasa penting dalam penulisan. Kanak-kanak
perlu mengesan bunyi huruf dan perkataan dan maksud, tatabahasa untuk
membina serta menjelaskan idea-idea. Kanak-kanak yang bermasalah
bahasa:
o Menghadapai kesukaran mengaitkan bunyi perkataan, maksud dan ejaan.
o Salah menggunakan bahasa kolokial atau bahasa slanga
o Pembentukan ayat yang tidak betul
o Kesukaran membaca balik atau menyebutkan apa yang telah ditulis
o Meninggalkan perkataan atau tidak menghabiskan penulisan sesuatu
o Perkataan

Perbezaan antara penulis cekap dan tidak cekap


Penulis cekap /mahir
-menyesuaikan penulisan mereka bergantung pada tujuan mereka
untuk menulis dan siapa penonton yang akan membaca penulisan
tersebut
-menggunakan proses penulisan fleksibel

Penulis tidak cekap /tidak mahir

-memberi tumpuan kepada pembangunan idea dan berkomunikasi


dengan berkesan
-meminta maklum balas mengenai bagaimana mereka
berkomunikasi daripada rakan-rakan.
-memantau sejauh mana mereka berkomunikasi dalam suatu karya
penulisan
-menggunakan format dan struktur untuk cerita, puisi, surat, dan
lain-lain teks.
-menggunakan pelbagai strategi dan memantau penggunaan strategi
mereka
Penulis mahir tidak mempedulikan atau memberi kurang perhatian
kepada aspek mekanikal sehingga akhir proses penulisan.
Penulis mahir menilai tulisan mereka melalui bagaimana mereka
berkomunikasi dengan penonton mereka.

-menganggap menulis sebagai aktiviti perkataan dicetak pada kertas

------------------------------------------------------------------------Proses penulisan yang biasa digunakan oleh penulis


Menggunakan pengetahuan utama mereka
Pelajar berfikir tentang apa yang mereka sudah tahu mengenai topik
semasa mereka bersedia untuk menulis. Pengetahuan ini termasuklah
maklumat dan perbendaharaan kata mengenai topik-topik dan juga
maklumat mengenai penulis.
Merancang sebelum menulis
Visualisasi
Pelajar menulis dengan memberi penerangan yang jelas sehingga
pembaca merasakan diri mereka berada dalam situasi tersebut.
Merumus
Pelajar meringkaskan idea-idea utama dan menulis semula ringkasan
tersebut dengan ayat yang ringkas dan padat.
Menghubung kait
Pelajar mengingat kembali pengalaman yang sama dan membuat
hubung kait dengan pengalaman ini apabila mereka menulis
Fungsi maklumbalas guru dalam membetulkan karangan
Murid tidak boleh menulis tanpa bimbingan guru. Dalam proses ini
pelajar memerlukan bimbingan, sokongan dan nasihat guru daripada

-tidak mengambil kira, tujuan dan bentuk penulisan.


-tidak melalui proses penulisan menggunakan turutan langkah

-tidak memberikan kerjasama


-tidak dapat menilai penulisan mereka
-tidak tahu bagaimana untuk menyesuaikan struktur penulisan
mereka mengikut tugasan.
Penulis baru menggunakan beberapa strategi, biasanya strategi
pemberitahuan pengetahuan
Penulis baru lebih prihatin dengan struktur mekanikal daripada
idea-idea penulisan
Penulis baru menganggap bahawa penulisan yang lebih panjang
adalah lebih baik dan lebih kemas adalah lebih baik

draf pertama hinggalah ke draf terakhir agar penulisan mereka menjadi


lebih sempurna dan mantap. Oleh itu pelajar memerlukan seseorang
untuk menyemak kesilapan yang dilakukan. Impresion dan komen
yang diberikan oleh guru adalah lebih baik berbanding rakan sebaya
.Teguran yang dibuat oleh guru lebih menyeluruh dan meyakinkan
pelajar untuk menulis draf-draf seterusnya. Guru memberi peluang
kepada pelajar untuk membetulkan sendiri kesalahan gramatis dan
fakta dalam penulisan.
Penyemakan ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar
untuk memurnikan hasil penulisan mereka.
Pelajar memang ingin belajar daripada kesilapan mereka. Maklum
balas positif ini merupakan satu penilaian umum dan memberi
informasi kepada pelajar untuk menghindarkan kesilapan-kesilapan
pelajar dalam penulisan pada masa akan datang. Penyemakan dan
teguran guru memudahkan mereka untuk merungkaikan masalah
penulisan pelajar iaitu pelajar dapat memahami kehendak soalan
karangan, pelajar dapat membezakan idea sains dengan idea sastera,
pelajar dapat membezakan idea dengan huraian, pelajar dapat
menggunakan olahan atau pemerengganan yang betul dan dapat
menggunakan bahasa yang gramatis.
Penggunaan peta minda
Murid-murid telah berjaya mengetahui konsep peta minda sebagai satu
cara mengemukakan isi-isi utama.
memperbaiki tahap penulisan karangan

Anda mungkin juga menyukai