Anda di halaman 1dari 7

Bab 19 – TEMBIKAR

1 Tembikar merupakan kraf tradisional yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk,
dibakar dan digilap.
a) Kawasan yang terkenal dengan perusahaan dan penghasilan kraf tembikar ialah:
i) Sayong, Kuala Kangsar, Perak
ii) Pulau Tiga, Parit, Perak
iii) Kampong Mambong, Kuala Krai, Kelantan
iv) Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
v) Kampung Alor Merah, Kedah
vi) Kuching, Sarawak

2 Tembikar merupakan karya tiga dimensi.


3 Kebanyakan tembikar tradisional adalah tembikar tidak bersepuh.
4 Jenis-jenis tembikar tradisional:
(a) Tembikar Sayong – berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Motifnya seperti bunga
kedudut, siku keluang, bunga cakar ayam. Tembikar bekas air bentuk labu
gelugur, labu gombal, labu belalai gajah, labu tela. Tembikarnya berwarna
hitam.
(b) Tembikar Mambong – berasal dari Kelantan. Motifnya bulan sabit, tulang ikan,
pucuk rebung dan bentuk V. Kegunaannya untuk perkakas dapur. Bentuk
belanga, periuk, buyung dan bekas perasap. Tembikar ini berwarna perang
kemerahan.
(c) Tembikar Sarawak – motifnya juring, gelung berkaul, gelung demam, sikat ikat
dan buah semunjing. Sebagai pasu bunga dan berbentuk pasu tinggi dan
pasu tinggi bertangkai. Coraknya berwarna-warni.
Persediaan Tanah Liat
1 Tanah liat diperoleh di tepi sungai, paya atau busut.
2 Tanah liat mempunyai keupayaan menakung air, kelikatan dan keliatan yang tinggi
untuk dijadikan bahan kegunaan harian.
3 Tanah liat dijemur sehingga kering dan ditumbuk sebelum diayak untuk membuang
bendasing.
4 Debu tanah liat direndam di dalam air untuk mendapatkan kesan likat.
5 Tanah liat diuli untuk pemampatan dan dipotong supaya gelembung udara dalam
tanah liat dikeluarkan.
6 Teknik-teknik membentuk tembikar:
(a) Teknik picitan
(b) Teknik lingkaran
(c) Teknik kepingan
(d) Teknik acuan
(e) Teknik putaran
7 Tembikar dibakar untuk menjadi keras dan tidak tiris air, Jenis pembakaran:
(a) Pembakaran biskut
(b) Pembakaran sepuh
8 Kaedah pembakaran:
(a) Pembakaran tradisional – tanur dedah sayong dan tanur dedah pulau tiga
(b) Pembakaran moden – tanur elektrik dan tanur gas.

Jenis Fungsi Ciri-ciri


Geluk Bekas air Ragam hias daripada motif yang kecil dan ringkas

Buyung Bekas air  Mempunyai leher dan badan


 Saiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat
penuh
 Mempunyai permukaan yang licin dan tanpa hias
Jambangan Meletak bunga  Badannya berbentuk labu yang ditinggikan seperti
tempayan atau buyung berkaki

Labu Bekas air  Berbentuk buah labu


 Mempunyai corak alam sekeliling dan geometri
 Banyak terdapat di Perak

Bekas bara/ Membakar  Digunakan dalam upacara pengubatan dan


Bekas kemenyan kematian
perasapan

Bekas Menakung air  Berbentuk seperti betil


menakung embun  Bahagian pinggir atau keliling diikat dengan tali
air penyangkut yang dibuat daripada tali anyaman
daun kelapa atau daun pandan
 Bahagian luar dihias dengan cat merah atau putih.
Terenang Bekas air  Mempunyai motif flora dan fauna
tertutup  Diusahakan di kampong Pasir Durian, Pahang

Tembikar Peralatan dapur  Berasal dari Kampong Mambong, Kelantan


Mambong seperti periuk,  Kebanyakannya tidak mempunyai corak atau
belangga, hanya corak mudah seperti motif bulan sabit,
buyung dan tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang.
lain-lain

Tembikar Menyimpan  Mempunyai motif tempatan seperti padung, buluh


Sarawak barang-barang empit, lengkuk, burung kenyalang dan pelbagai
berharga, corak geometri
mengisi arak  Tembikar tradisional berbentuk tempayan ukir
atau jambatan dengan hiasan kepala naga
bunga  Berwarna dan digerlis
Peralatan dan bahan

Alat Fungsi
Pinggan Tapak untuk proses pembentukan tembikar dan sebagai roda pemutar
Pengayak Menapis tanah liat untuk mendapatkan debu yang halus
Besen Tempat membancuh debu tanah liat sebelum diuli
Angkup luar Mengukur ketebalan tanah liat, lebar dan garis pusat kraf tembikar.

Gergaji kecil Membuat jalinan pada bahagian yang hendak disambung.


Kulit siput.batu Melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar.
sungai/sudu
Pengguris Membantu menghasilkan garisan pemisah antara dua corak pada reka
bentuk tembikar.
Pisau Sebagai alat memotong tanah liat
Penggelek Untuk meratakan tanah liat menjadi bentuk kepingan.

Papan gelek Tempat untuk meratakan tanah liat.


Dawai Memotong tanah liat yang telah diuli.
pemotong

Berus lukisan Menyapu tanah liat cair(slip) kepada bahagian yang hendak dibuat
sambungan.
Kayu penepik Meratakan permukaan badan tembikar

Pengukir Mengukir permukaan tembikar atau membuang bahagian berlebihan.


Span Melicinkan permukaan tembikar

Bahan
Tanah Liat
1 Warna tanah liat dipengaruhi oleh kandungan bahan semula jadi yang
terdapat
di dalam tanah tersebut, terutama apabila ia di bakar
2 Terdapat pelbagai jenis tanah liat yang boleh digunakan untuk menghasilkan
tembikar, iaitu:
(a) Tanah liat daripada tanah busut
(b) Tanah liat berhampiran sungai
(c) Tanah liat sawah yang berwarna coklat kekuningan
(d) Tanah liat yang berwarna kelabuperang
(e) Tanah merah yang bercampur dengan tanah liat

Jenis Keliutan Titik Sumber Warna Daya Penyusutan Butiran Kegunaan


lebur bakar Serap
Kaolin Sederhana 1650°C Residu Putih Rendah Rendah Halus Porselin
bersih hingga tuang, bodi
menengah tanah liat
putih, bodi
putaran
Ballclay Tinggi 1225°C Sedimen Putih Rendah Sederhana Halus Plastik,
- kusam bodi
1425°C sehingga putaran
kelabu
Fireclay Rendah 1225°C Sedimen Coklat Rendah Sederhana Kasar Rak tungku
muda dalam
hingga tanur
coklat
terang
stoneware Sederhana 1280˚C Sediman Coklat Rendah Sederhana Sederhana Pinggan
tinggi 1300˚C muda, hingga tinggi mangkuk,
kelabu, pada kon arca kecil
coklat Sembilan
terang sederhana
Bata Rendah Sekitar Sediman Merah Rendah Sederhana Seluruhnya Bata, tegel,
1090˚C hingga sama pasu bunga
coklat dan genting
Terracotta,
seramik.
Tembikar
hias suhu
rendah dan
pewarna
stoneware

Proses Penyediaan Tanah Liat


1. Bahan asas – Tanah Liat. Sebelum diproses tanah liat mengandungi bahan-bahan
seperti daun, kayu, batu-batu kecil dan bahan-bahan lain.
2. Bahan-bahan ini akan mempengaruhi warna tanah liat, terutama apabila ia dibakar

Anda mungkin juga menyukai