Anda di halaman 1dari 110

Tembikar boleh dikategorikan mengikut bentuk, warna, fungsi dan tempat asal dihasilkan.

Nama Fungsi

: Geluk : Bekas air

Nama

: Buyung

Nama Fungsi

: Jambangan : Meletak bunga

Fungsi

: Bekas air

Nama Fungsi

: Labu : Bekas air

Nama Fungsi

: Bekas bara : Membakar kemenyan

Nama Fungsi

: Tembikar mambong : Peralatan dapur seperti

periuk, belanga, buyung dan lain-lain.

Nama

: Terenang

Fungsi

: Bekas air tertutup

Nama Fungsi

: Tembikar Sarawak : Menyimpan barang-barang

berharga mengisi arak atau jambangan

bunga.

Nama

: Bekas menakung air

Fungsi

: Menakung air embun.

Alat Pinggan

Fungsi Tapak untuk porses pembentukan tembikar dan sebagai roda pemutar

Pengayak Besen

Menapis tanah liat untuk mendapatkan debu yang halus Tampat membancuh debu tanah liat sebelum duli

Angkup luar

Mengukur ketebalan tanah liat, lebar dan garis pusat kraf


tembikar

Gergaji kecil Kulit siput/ batu sungai/ sudu Pengguris

Membuat jalinan pada bahagian yang hendak disambung Melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar

Membantu menghasilkan garisan pemisah antara dua corak pada reka bentuk tembikar

Pisau Penggelek Papan gelek

Sebagai alat memotong tanah liat Untuk meratakan tanah liat menjadi bentuk kepingan Tempat untuk meratakan tanah liat

Dawai pemotong
Berus lukisan

Memotong tanah liat yang telah diuli


Menyapu tanah liat cair (slip) kepada bahagian yang hendak dibuat sambungan

Pengukir

Mengukir permukaan tembikar atau membuang bahagian berlebihan

Span Kayu penepik

Melicinkan permukaan tembikar Meratakan permukaan badan tembikar

Bahan
Tanah liat
Bahan utama dalam proses pembuatan tembikar. Terdapat pelbagai jenis tanah liat :
Tanah liat daripada tanah busut. Tanah berhampiran sungai atau di sungai. Tanah liat sawah yang berwarna coklat kekuningan. Tanah liat yang berwarna kelabu perang. Tanah merah yang bercampur dengan tanah liat.

Damar
Bahan kemasan tembikar berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air. Boleh diperolehi daripada pokok damar laut dan damar batu.

Kaedah dan Proses Membuat Tembikar


1.

Pengasingan secara tradisional Tanah liat diambil dari kawasan busut, tebing, sungai atau sawah padi Tanah liat dikeringkan dengan cara menjemur Tanah liat ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli hingga lembut, liut dan liat serta tidak mengandungi liang-liang udara Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk

2. Pengasingan secara moden


Tanah liat diambil dari kawasan busut, tebing, sungai atau sawah padi Tanah liat direndam sampai lembik Dihancurkan dengan MIXER atau diramas hingga menjadi lumpur Ditapis dengan penapis untuk mengasingkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dan dibiarkan mendak Mendapan lumpur dicurahkan di atas kepingan gipsum Tanah liat diuli agar sebati serta lebih liut dengan menyingkirkan kandungan gelembung udara Membentuk

TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR


Teknik picit
Dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.

Teknik lingkaran
Bahagian tapak disediakan terlebih dahulu, kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti selinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar.

Teknik kepingan
Dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu. Bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan. Bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip.(Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam ).

Teknik lempar alin/ putaran


Menggunakan mesin pemutar / roda pemutar. Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran. Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja.

Teknik acuan
Dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam. bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan, digunakan untuk perusahaan komersial.

1. Kaedah tradisional

KAEDAH PEMBAKARAN TEMBIKAR

Tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu kering,pelepah pokok kelapa, kayu. Teknik pembakaran Pulau Tiga
Tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering. Kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman. Manyapukan damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air.

Teknik pembakaran Sayong


Tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala ke arah api, kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api. Tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuy menghitamkannya. Bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air.

Tenunan Pahang
Kain tenuan Pahang berasal dari Riau atau Sulawesi (tanah bugis) dan dibawa masuk pada kuruk ke-16. Tenunan di Pahang berasaskan kain kapas dan sutera corak mudah. Bahan warna semula jadi yang digunakan ialah daun terung untuk warna biru, kunyit untuk warna kuning dan air perahan belimbing untuk mematikan warna.

Tenuan songket Bunga penuh & Bunga tabur.


Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Tenunan songket mula berkembang di beberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Contoh songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

BAHAN MENENUN SONGKET


Benang
Terdapat dua jenis benang iaitu benang koseng dan benang pakan. sebagai benang yang membentuk kain dasar dan menentukan panjang sehelai kain dasar dan menentukan panjang sehelai kain yang akan ditenun. benang yang disisip pada benang loseng dan menentukan motif dan corak kain. Benang pakan yang biasa digunakan ialah benang emas.

Bahan pewarna
sumber alam. Antaranya:

Biru- indigo atau daun terung Hijau- daun terung dicampur kunyit Hijau tua- daun bemban Hitam- campuran tanah liat dengan sabut kelapa muda yang direndam di dalam air Merah ungu- mengkudu dicampur kapur Merah telur- campuran kapur dengan batang sepang Merah tua- getah polol mala yang dicamput kunyit serta lapur atau buah kesumba atau buah asam jawa Ungu- biji kundang atau biji remia

PROSES MENENUN SONGKET i. Menerai benang


Menerai dilakukan selepas benang dicelup dengan warna. Alat yang digunakan untuk menerai ialah rahak dan peleting. Proses menyusun dan mendapatkan ukuran panjang benang bagi kain yang hendak ditenun. Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung. Benang yang selesai digulung disebut benang loseng.

ii. Menganing

iii. Menggulung benang loseng ke papan gulung

iv. Menyapuk
Proses memasukkan benang loseng ke dalam gigi hentera dari papan gulung. Alat yang digunakan untuk proses menyapuk ialah jentera atau sikat, kek mengarak dan jarum colek. Proses mengarat merupakan proses pembentukan dua lapisan benang loseng. Benang asing akan dililit pada kayu karat bersama dengan benang loseng.

v. Mengarat

vi. Menyolek
Proses menyolek dilakukan dengan menyusun lidi-lidi buluh pada benang loseng berasaskan corak. Proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain.

vii. Menenun

TENUNAN PUA
Tenunan pua terkenal dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak dan sebahagian di wilayah Kalimantan, Indonesia. Teknik tenunan ini ialah teknik ikat dan celup yang menggunakan kek tumpah, iaitu sejenis kek yang disandang di belakang. Corak kain pua tidak ditenun, tetapi menggunakan benang panjang yang telah dicelup warna terlebih dahulu dan akan menghasilkan corak yang menarik.

Jenis kain pua Gawai bedaralemai

Fungsi Gawai kesyukuran

Gawai antu

Pengalas

mangkuk

makanan

yang

dipersembahkan kepada roh Gawai burung Tradisi menangkap burung kenyalang

kenyalang
Gawai sakit Digunakan pengubatan oleh bomoh dalam ritual

Istidat kematian
Istiadat menerima kepala Menyambut kelahiran Perkahwinan

Kain penutup mayat


Membungkus kepala pahlawan yang mati dalam perjuangan Kain untuk membedung bayi baharu lahir Pakaian pengantin

Bahan Tenunan Pua


Bahan yang digunakan untuk menenun kain pua berkait rapat dengan sumber yang boleh didapati dari hutan. Antaranya ialah:
Benang kapas Pewarna asli
Coklat kemerahan pokok mengkudu Merah- campuran pokok engkerbai, daun sirih dan limau nipis Kuning-pokok tengar, kulit pokok bakau, kulit pokok obah.

Pewarna kimia

Bil. 1

Alat Parang

Fungsi Digunakan untuk memotong atau menetak daun-daun pandan atau mengkuang dari pokoknya.

Gambar

2.

Pisau

Digunakan untuk mengerat lebihan bilah daun semasa langkah terakhir proses menganyam.

Tali sabut

Kadang kala digunakan untuk membuang mempulur daun. Ia diikat menjadi bulat, kemudian diregangkan di antara ibu jari dengan jari telunjuk.

Jangka

Berfungsi untuk mencarik atau membelah daun mengkuang dan pandan menjadi helaian-helaian yang lebih kecil. Lebar helai-helaian daun yang dipotong bergantung pada jarak mata yang terdapat pada alat jangka tersebut. Berfungsi untuk melembutkan helaian daun yang telah dijangka semasa proses penyediaan daun dan sebelum proses anyaman kerana helaian daun yang telah diwarna perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman.

Pelurut

Penyisip

Digunakan untuk menyisip lebihan helaian daun mengkuang atau daun pandan semasa proses anyaman bagi mengelakkan anyaman tersebut terburai. Digunakan untuk merendam helaian pandan atau mengkuang yang telah dijangka.

Tempayan

Besen / baldi

Berfungsi sebagai bekas semasa proses mewarnakan helaian daun pandan atau mengkuang.

Tekat
Seni tekat juga dikenali tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaiman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang dilitupi benang emas. Seni tekat seusia dengan tenunan songket dan kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu menggunakan benang emas. Tekat mempunyai bentuk seperti ukiran kayu timbul.

Jenis-jenis Tekat
Tekat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. Tekat Timbul Bungan Emas
Menggunakan motif dan corak daripada mempulur dan diliputi benang emas atau perak.

2. Tekat Gubah
Tidak menggunakan mempulur, sebaliknya corak dilukis pada kain dasar dan kemudian disulam dengan benang emas atau perak. Hiasan tekat ini ditambah dengan hiasan manik dan labuci yang boleh didapati pada lemudi pintu, sejadah, pakaian diraja dan lain-lain.

Terdapat tiga jenis motif seni tekat iaitu:


motif flora motif fauna motif geometri Motif Flora Tumbuh-tumbuhan yang menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar, terutama bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga. Motif tumbuhan yang diolah adalah daripada lingkungan bunga-bunga tradisional yang berada dalam lingkungan alam Melayu.

Motif fauna Motif tersebut yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalu diolah atau digabungkan dengan motif flora. Motif geometri Motif ini sering digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf S dan sebagainya.

Susunan motif terbahagi kepada tiga corak seni tekat, iaitu:


Susunan Satu Atau Tunggal Susunan Sulur Bayang Susunan Awan Larat.

Susunan Satu Atau Tunggal


Susunan ini hanya memerlukan satu sahaja corak untuk disulam. Corak susunan satu biasanya dijadikan penghias alatan seperti tepak sirih, sarung bantal dan kusyen.

Susunan Sulur Bayung


Susunan ini menampilkan corak tumbuhan yang disusun secara menjalar dan berkait seperti keadaan semula jadi tumbuhan tersebut. Bunga diletakkan di bahagian tengah kain dengan diapit jalaran daun sulur paut di kiri kanan membentuk satu rangkaian yang bertalian.

Susunan Awan Larat


Susunan ini lebih kompleks dan rumit. Corak tumbuhan atau haiwan disusun saling berkait dan rapat serta padat menghiasi permukaan kain. Corak-corak jenis ini saling bercantum membentuk lingkaran awan larut.

Alat dan bahan yang digunakan


Pemidang kayu
Ia digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman serta mengelakkan kedutan atau lipatan.

Cuban
Jarum besar untuk melilit benang emas atau perak.

Benang
Benang yang digunakan untuk menekat

Irasan atau Kain Dasar


Kain yang sesuai untuk membuat kain dasar

Mempulur
Mempulur digunakan sebagai bentuk atau struktur utama.

Bil 1 2 3

Alatan Pemidang kayu Cuban Irasan atau kain dasar

Rajah

Benang - Emas - Perak

Mempulur

Kaedah penghasilan karya


Proses menghasilkan tekat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:
Penyedian mempulur Persiapan pemidang Menyulam

Ukiran Kayu
Kraf ukiran kayu tradisional merupakan satu seni ukiran kayu tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka. Seni ukiran kayu termasuk dalam seni Mukaddas. Motif-motif yang sering digunakan dalam kesenian telah melibatkan awan larut atau ragam hias yang diambil daripada unsur-unsur flora dan fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri.

Seni ukiran ini boleh dilihat melalui ukiran-ukiran yang boleh didapati pada istana, masjid, rumah kediaman, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mempunyai ukiran tradisional adalah :
Istana Kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Istana Balai Besar, Kedah Istana Tengku Nik (Muzium Induk Negeri Terengganu) Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Masjid Kampung Keling, Melaka Rumah-Rumah Kayu Di Negeri Perlis, Melaka Dan Johor Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan

Prinsip ukiran kayu tradisional


Ukiran kayu tradisional lazimnya dijadikan sebagai pelengkap dan penyokong kepasa sesuatu reka bentuk. Jenis ukiran ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaannya. Motif yang digunakan perlu harmoni dengan persekitaran. Oleh itu, biasanya motif-motif flora digunakan kerana ia melambangkan keindahan alam. Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan keharonian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Hal ini dapat mematuhi tradisi menghasilkan ukiran secara turuntemurun.

Jenis-jenis ukiran
Ukiran kayu boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:
Ukiran layang Ukiran bungan timbul Ukiran tebuk tembus Ukiran arca Ukiran larik (melarik)

Ukiran layang

Ukiran bungan timbul

Ukiran larik (melarik)

Ukiran tebuk tembus

Ukiran arca

Alat dan bahan yang digunakan (tradisional)


Nama : Pahat betul dan pahat kuku. Fungsi : Menebuk, membuang dan melicinkan bahagian dasar yang tidak ditebuk.

Nama : Ketam kayu Fungsi : Melurus, merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum diukir.

Nama : Gergaji berhalang Fungsi : Memotong dan membentuk lengkungan pada ukiran kayu.

Nama : Getar atau cetar Fungsi : Membentuk kayu secara kasar untuk mendapatkan permukaan yang baik.

Nama : Pisau wali Fungsi : Membuat silat, mengikis, membuat dan melicinkan corak.

Nama : Tukul kayu Fungsi : Mengetuk pahat apabila melakukan proses menebuk.

Nama : Kikir pari Fungsi : Merata dan melicinkan corak ukiran kayu.

Nama : Gergaji kecil Fungsi : Memotong bahagian yang tidak diperlukan dalam ukiran tebuk tembus.

Nama : Daun mempelas, daun lalang dan kertas pasir Fungsi : Melicinkan permukaan corak ukiran yang telah siap.

Alat dan bahan yang digunakan (moden)


Nama : Gergaji kecil (jigsaw) Fungsi : Memotong mengikut lengkuk yang dikehendaki.

Nama : Mesin gerudi Fungsi : Menebuk lubang.

Nama : Sesiku Fungsi : Mendapatkan ketepatan sudut.

Nama : Pengapit Fungsi : Memegang atau mengapit kayu.

Terdapat juga bahan-bahan yang digunakan dalam seni ukiran seperti :


Kayu Pewarna Gam kayu

Kayu yang dipilih mestilah:


Halus Tua Benar-benar kering Contoh kayu : kayu cengal, kayu senda, kayu merbau, kayu nyatoh dan kayu jelutong.

Pewarna penting dalam mewarnakan ukiran kayu yang terdiri daripada:


Kunyit Mirathon Kiwi Syelek Pewarna kimia lain yang boleh didapati di pasaran.

Terdapat lima jenis silat yang digunakan dalam ukiran tradisional Melayu.
Silat Leper
Bentuknya menyerupai silat belah rotan, tetapi lebih leper dan rendah.

Silat Belah Rotan


Berbentuk separuh bulat seperti rotan yang dibelah dua.

Silat Serong
Diukir secara menyerong, melengkung atau mencuram untuk menimbulkan bentuk pada bahagian tepi.

Silat Minangkabau
Bahagian tepi corak silat ini dibentuk menyerong, manakala bahagian tengahnya dibentuk menajam.

Silat Dada Tuma


Mempunyai bentuk seperti silat belah rotan, tetapi bahagian tengah corak itu dilengkungkan.

Corak ukiran
Motif awan larat merupakan motif yang sering digunakan dalam seni ukiran. Motif awan larat diambil daripada gambaran awan yang melarat-larat atau berselerak. Corak ukiran kayu dihasilkan dengan mengambil daripada motif flora, kaligrafi jawi, kosmos dan geometri dengan menggunakan konsep awan larat ini melalui kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Terdapat tiga jenis motif awan larat yang digunakan iaitu awan larat Melayu Asli, awan larat Jawa dan awan larat corak silang.

Awan larat Melayu Asli

Awan larat jawa

Awan larat corak silang

Motif awan larat dibahagikan kepada


beberapa jenis iaitu:
Motif flora
Bunga-bungaan dan daun-daun.

Motif fauna
Digunakan sebelum kedatangan islam

Motif kaligrafi
Diperkenalkan selepas kedatangan islam ke tanah melayu.

Motif kosmos
Unsur yang melambangkan alam semesta seperti matahari, bulan, bintang, awan, gunung-ganang dan sebagainya.

Motif geometri
Berdasarkan rupa geometri dan kadang kala dikaitkan dengan corak geometri islam.

Terdapat tiga jenis pola yang sering dihasilkan oleh pengukir iaitu pola bujang, pola pemidang dan pola pelangkap. Pola bujang
Dikenali pola putu. Ia adalah daripada jenis tunggal dan diambil daripada tumbuh-tumbuhan, kosmos atau objekobjek lain.

Pola pemidang
Dikenali sebagai pola bingkai. Ia sering digunakan pada bahagian-bahagian rumah tertentu dan juga peralatanperalatan rumah

Pola pelengkap
Dikenali dengan nama pola bentuk. Ia merupakan bentuk ukiran yang lengkap dari segi motif serta gubahannya dan lazimnya digunakan dalam motif-motif flora.

Pola pemidang

Wau
Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus. Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai Layang-layang di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China tujuan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.

Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.

Wau bertujuan untuk replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya atau sebagai cenderahati. Ia sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan. Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia.

Wau Bulan

Wau Merak

Wau Jala Budi Wau Barat

Wau Kucing

Wau Daun

Wau Kenyalang

Wau Payung Berekor

Wau Puyuh

Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakang. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan pisau raut digunakan tujuan meraut. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Alatan dan Bahan

Proses Penghasilan Wau


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memilih buluh Meraut buluh Membuat rangka Menampal rangka Membuat corak Menampal corak Memasang teraju

Memilih Buluh Meraut Buluh Menampal Rangka

Membuat Rangka

Membuat Corak dan Menampal Corak

Memasang Tali

Patung Wayang Kulit


Wayang kulit sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ia merupakan satu bentuk pementasan yang menggunakan patung-patung yang diperbuat daripada kulit. Patung ini digerakkan menjadi watak dalam cerita dengan sinaran lampu untuk mendapatkan bayangan patung-patung.

Terdapat beberapa jenis wayang kulit antaranya ialah :


Wayang Kulit Melayu Kelantan
Ia mendapat pengaruh dari Negara Kemboja oleh orangorang Patani Thai dan berasaskan jenis Ayong dan Nang Talung. Dalang yang memainkan patung wayang kulit ini menggunakan bahasa dialek Kelantan.

Wayang Kulit Melayu Jawa


Ia berasaskan cerita Mahabarata dan Panji-Panji.

Wayang Purwa
Terdapat di negeri Johor yang dimainkan oleh orang keturunan Jawa dan dimainkan dengan bahasa Jawa.

Wayang Gedek
Dimainkan di negeri Kedah dan Perlis dan menggunakan bahasa Melayu Kedah.

Wayang Kulit Melayu Kelantan

Wayang Kulit Melayu Jawa


Terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu.

Wayang Purwa
Terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa.

Wayang Gedek
Tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan.

Alat Dan Bahan Membuat Patung Wayang Kulit


Kulit binatang (belulang lembu) Kertas lakaran Rotan lembut Tali tangsi atau benang putih Rotan Buluh Bahan warna
Merah: Watak Garang Hijau: Pahlawan Hitam: Watak Lucu Kuning: Watak Cantik

Kulit binatang (belulang lembu)

Tali tangsi atau benang putih

Kertas lakaran

Rotan

Proses Membuat Patung Wayang Kulit


Penyediaan belulang
Belulang lembu perlu direndam selama tiga hari untuk dikikis bulunya dan direndam sehari lagi sebelum diregangkan dan dikeringkan.

Membentuk watak
Setelah itu watak wayang kulit dilukis di atas kertas kemudian dilekapkan pada kulit yang kering untuk ditebuk atau dipahatkan mengikut lukisan.

Proses mengapit tulang pemacak


Bentuk watak yang telah siap dipahat akan dikukuhkan dengan mengapit menggunakan bukuh, kayu atau rotan.

Proses mewarna
Patung yang telah disiapkan diikat pada tulang pemacak kemudiannya diwarnakan mengikut watak-watak.

Gasing
Gasing berasal dari negara Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 masihi. Ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagangpedagang Arab. Gasing dimainkan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Gasing kekal sebagai warisan budaya Masyarakat Melayu. Gasing mendapat nama daripada singkatan perkataan kayu iaitu ka dan sing daripada perkataan pusing .

Bagi ahli silat, satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ia disebut gah yang bermakna tegak dan kuat. Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing. Permainan gasing di Malaysia, dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan.

Kaedah permainan gasing adalah sama di setiap negeri di Malaysia, iaitu cara memusing, memangkah dan membela uri. Yang membezakannya ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri Kelantan. Terdapat beberapa persamaan yang jelas diperlihatkan dalam permainan gasing terutamanya dari segi reka bentuk, saiz dan cara bermain.

Terdapat pelbagai jenis gasing iaitu :


Gasing jantung Gasing kelawar Gasing telur Gasing piring Gasing kepala Gasing uri Gasing leper Kelantan Gasing kuno Gasing baba Gasing tanjung

Gasing Leper Kelantan

Gasing Jantung

Gasing Uri

ALATAN UNTUK MEMBUAT GASING (MALAYSIA)


Peralatan yang digunakan :
o Pembaris o Kertas pasir o Sesiku o Jangka lukis o Ragum o Kikir o Gandin o Kakak tua o Apit oPemutar skru oTukul oGerudi oPlayer oGunting oPadat oKapak oMesin pelarik oGergaji

Bahan yang digunakan : Jenis kayu keras, liat, dan kuat.

Aktiviti mengenal kraf tradisional

Aktiviti Membuat Anyaman


Bidang Aktiviti Alat : mengenal kraf tradisional : anyaman (teknik kelarai) : gunting, pisau dan pembaris. : pensil, tapak anyaman(kertas A4), kertas warna dan gam.

Bahan atau media

Ekspresi kreatif :
Guru membimbing murid. Langkah 1 : Memilih media atau bahan gentian. Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara lipatan dan guntingan. Langkah 2 : Membuat anyaman kelarai bunga mempalas. Langkah 3 : Membuat kemasan pada hasil kerja.

Rancangan pembelajaran harian rph-tahap 1

RPH Tahap 1 (KSSR) Mengenal Kraf Tradisional

Rancangan pembelajaran harian rph-tahap 2

RPH Tahap 2 (KBSR) Mengenal Kraf Tradisional

Anda mungkin juga menyukai