Anda di halaman 1dari 20

NORIZAN BT USOFF D20112055393

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESSI 2012/2013 BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK TUGASAN B

Esei Ilmiah Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contoh-contoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu

DISEDIAKAN OLEH NAMA NORIZAN BT USOFF NO. ID D20112055393 NO. TELEFON 0137008781

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. AZHAR BIN WAHID TARIKH SERAH: 04 MEI 2013
1

NORIZAN BT USOFF D20112055393

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1. 2.

Pendahuluan Hubungan Kekerabatan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 2.1 2.2 2.3 Bahasa Kesusasteraan Kebudayaan

3 4

4 9 10 19

3.

Kesimpulan

4.

Rujukan

20

NORIZAN BT USOFF D20112055393

1.

Pengenalan

Mengenal Melayu bererti memahami keseluruhan warisan ketamadunannya yang kini telah lupus hilang akibat perubahan zaman dan perubahan budaya serta akibat berlakunya migrasi atau pengaruh budaya luar ke dalam lingkungan masyarakat Melayu. Maka pengenalan Melayu bererti mengenal kulit dan isinya dan bukan sekadar mengenal diri orang Melayu itu dan budayanya bahkan harus menyusur lebih jauh dalam mengenal akan tunjang dan pucuk citranya serta repisan dan serpihannya sehingga kini. Seharusnya dan sepatutnya berfalsafah kedirian orang Melayu itu sendiri serta ketamadunan dan budayanya yang asli dan bukan fakta kefalsafahan yang terujud hasil daripada kenyataan yang telah dirobah dan penulisan yang di sunting mengikut fakta kajian dan pandangan daripada mereka yang bukan ahlinya.

Etnik Minangkabau merupakan salah satu rumpun Melayu yang banyak berkait dengan falsafah kemelayuan. Bermula dengan sejarahnya yang sememangnya cukup berkait, ia di ikuti dengan adatnya, budayanya dan bahasanya. Hubungan erat ini menjadi Minangkabau cukup menarik untuk dikaji. Sememangnya banyak di antara kebudayaan Minangkabau ini tidak lari dari kebudayaan Melayu walaupun dikatakan asal-usul kebudayaan Minangkabau itu di ceduk atau berpangkalkan di Sumatera. Namun kedudukannya yang masih berada di rumpun Nusantara menjadikan ia tidak asing untuk dicerap sebagai satu budaya yang mempunyai persamaan dengan bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri. Hubungan kekerabatan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dalam etnik Minangkabau adalah tidak asing dengan masyarakat peribumi Melayu itu sendiri. Sebahagian dari hubungan kekerabatan itu telah diserap serta menjadi sesuatu yang sebati serta menjadi amalan serta ikutan sejak berzaman. menunjukkan Terdapat bahagian-bahagian kekerabatan yang akan dikupas ini bagi

hubungan

etnik

Minangkabau

dengan

kebudayaan Melayu.
3

NORIZAN BT USOFF D20112055393

2.

Hubungan Kekerabatan Bahasa, Melayu.

Kesusasteraan dan Kebudayaan

2.1

Bahasa

Bahasa Minangkabau atau dalam bahasa asal, Baso Minang adalah sebuah bahasa Austronesia yang dituturkan oleh kaum Minangkabau di Sumatra Barat dan di barat Riau dan juga di Negeri Sembilan Malaysia.Namun begitu dek kerana peredaran maso bahasa Negeri Sembilan hari nie taklah 100% menggunakan bahasa minang kerana kebanyakkan perkataan yang

digunakan sekarang telah disesuaikan dengan bahasa melayu .Namun begitu Minangkabau masih merupakan satu bahasa yang diperdebatkan mengenai apakah ia termasuk dalam Bahasa Melayu atau bukan. Sebahagian menganggapnya sebagai salah satu dialek dari Bahasa Melayu kerana setiap kata dalam Bahasa Melayu dipastikan ada persamaannya dalam Bahasa Minangkabau, (dialek/loghat) Antara perbezaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Minangkabau. A diakhir kata diucapkan O Apa Lada Raja = Apo = Lado = Rajo tetapi mengandungi perbezaan dalam pengucapannya

Kata dengan dua vokal E & A serta berakhir huruf S, maka dua vokal tersebut bertukar tempat.Kata dengan dua vokal E & A serta berakhir huruf T, maka dua vokal tersebut bertukar tempat. Dan huruf akhir T diubahsuai menjadi K.

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Semangat = Semangek Dekat Kelat Kuat Ahad Dapat Kilat Hangat = Daket = Kalek - Kuek = Ahek = Dapek = Kilek = Angek

Kata dengan 2 huruf akhir AP diubahsuai menjadi OK Ucap = Ucok

Tangkap = Tangkok Harap Suap Lelap Tiap = Arok = Suok = Lalok = Tiok

Kata dengan huruf akhir T diubahsuai menjadi K Bukit = Bukik

Renggut = Rangguik Kata dengan huruf awal H, maka huruf H tidak diucapkan Hamba = Ambo

Kata berakhir huruf S diubahsuai menjadi H Habis Keris Bagus = Abih = Karih = Baguih

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Partikel kan diucapkan an saja Ditempatkan=Ditampekan Diuruskan =Diuruihan

Kata yang mengandungi huruf I atau U sebelum huruf terakhir, diucapkan seakan-akan terselip vokal A diantaranya (tidak jelas) Kasih = Kasiah

Buyung = Buyuang

Di negara kita Malaysia, Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai satu tempat yang mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Masyarakatnya

mempunyai ciri-ciri bahasa atau dialek yang berbeza dengan bahasa Melayu standard. Dialek Negeri Sembilan yang ada sekarang merupakan satu aspek budaya yang banyak dipengaruhi oleh dialek Minangkabau. Menurut sejarah sebahagian besar penduduk Negeri Sembilan sekarang adalah keturunan orang orang Minangkabau yang berhijrah ke beberapa kawasan dalam Semenanjung Malaysia. Dialek Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh bunyi vokalnya yang menghasilkan sebutan kata kata yang membezakan dengan dialek umum bahasa Melayu. Berikut merupakan sebahagian lagi perkataan atau ayat yang biasa di gunakan oleh Dialek Minangkabau atau Dialek Negeri Sembilan yang mempunyai hubung kait yang agak ketara dengan maksud bahasa Melayu iaitu :

Kata atau ayat Dialek Negeri Sembilan

Makna dalam Bahasa Melayu Umum

naekan ae naekan ompang muek bonda Moluluk

Menaikkan air Menutup empangan Membuat tali air Meratakan sawah

NORIZAN BT USOFF D20112055393

ngumput Pundong Ran

Merumput pondok kecil rumah atas pokok

Simpai Balun Melewa lewa

pengikat pukul tidak bersungguh-sungguh mengerjakan sesuatu

Siahkan Gahar Angka Bega mantai

Jauhkan gosok tidak sihat Degil Hari sebelum Ramadhan & Hari Raya Aidil Fitri untuk membuat persediaan menyambut kedua - dua hari tersebut

Rgobeh Hipung Hobin Menebeng Bireh Boreh Cuko Gulo Belo Itek Boneh Rajo Bajo Suko Muko Mabok Mudo

hujan renyai Menggigit Memukul duduk di satu tempat tanpa tujuan Biras Beras Asam Gula Bela Itik Benih Raja Baja Suka Muka Mabuk Muda

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Ruti Pulot Pungot Jua Kayo Jobek

Roti Pulut Pungut Jual Kaya Jebak

Berdasarkan kepada ayat dan perkataan yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan wujud perkaitan yang agak ketara antara bahasa Melayu umum dengan bahasa Minangkabau yang dituturkan oleh etnik Minangkabau. Jika di imbas terdapat juga dialek yang diguna mempunyai persamaan dengan dialek yang digunakan oleh masyarakat lain di negara kita seperti Kelantan dan Terengganu. Ini tidak dapat dielakkan kerana kesan daripada proses penghijrahan masyarakat dari satu tempat ke tempat yang lain membawa bersama adat, budaya serta dialek yang diucapkan untuk diserap dengan suasana masyarakat yang baharu. Oleh itu tidak perlu dipersoalkan bagaimana dialek tersebut ada persamaan. Jika di amati sebenarnya Bahasa Minangkabau memiliki beberapa dialek yang dituturkan berlainan di setiap kampung (seperti contoh, kampung yang dipisahkan oleh sungai). Dalam komunikasi harian, bahasa standard Minang yang digunakan adalah daripada dialek kawasan Padang (Baso Padang atau Baso Urang Awak). Contoh Bahasa Minangkabau: Sadang kayu di rimbo tak samo tinggi, kok kunun manusia Sedangkan pohon di rimba tidak sama tinggi, apa lagi manusia Co a koncek baranang co itu lo inyo Bagaimana katak berenang,begitulah pula dia Indak buliah mambuang sarok di siko! Tidak boleh membuang sampah di sini! A tu nan ka karajo ang? Apa yang kamu akan kerjakan?
8

Bahasa Melayu: Bahasa Minangkabau: Bahasa Melayu: Bahasa Minangkabau: Bahasa Melayu: Bahasa Minangkabau: Bahasa Melayu:

NORIZAN BT USOFF D20112055393

2.2

Kesusasteraan

Sebagaimana telah disebutkan bahawa kesenian bernuansa Islam Minangkabau tidak terlepas daripada nyanyian yang menyampaikan pelbagai ajaran agama Islam di surau-surau. Syair nyanyian itu utamanya berpedoman kepada Al Quran dan Sunah Rasul. Selain itu juga terdapat kitab-kitab lainnya yang dijadikan pula sebagai rujukan untuk menambah keyakinan bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul Allah. Kesenian berasaskan Islam yang menarik dalam penyajian syair-syair keagamaan yang dinyanyikan seperti pada dikia rebana, salawat dulang dan indang. Barzanji, adalah sebuah tradisi pembacaan kitab sastra Arab Majmuatul Mawaalid2 menceritakan latar belakang, kisah kelahiran,dan kemuliaan sifat Nabi Muhammad s.a.w. Pembacaan kisah itu disampaikan secara bernyanyi dalam suasana ritual Islam. Penganut tarekat Syattariyah pada umumnya tidak hanya menganggap barzanji sebagai sebuah seni vokal Islam, tetapi juga memandangnya sebagai sebuah ibadah yang berpahala

mengamalkannya. Oleh karena nyanyian tersebut berfungsi sebagai media beribadah, maka nyanyian barzanji dapat dikategorikan sebagai

sebuah nyanyian keagamaan, kerana di dalam praktiknya tersimpul roh Islam. Kesemua ini jelas menunjukkan keakraban kesusasteraan

Minangkabau yang tidak lari dengan budaya Melayu umum. Selain keagamaan, persamaan budaya Minangkabau dengan bahasa Melayu juga dapat dilihat melalui karya penulisan sastera. Hamka, dalam novelnya Merantau ke Deli, bercerita tentang pengalaman hidup perantau Minang yang pergi ke Deli dan berkahwin dengan perempuan Jawa. Novelnya yang lain Tenggelamnya Kapal Van der Wijck juga bercerita tentang kisah anak perantau Minang yang pulang kampung. novel karya

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Marah Roesli, Siti Nurbaya dan Salah Asuhannya Abdul Muis juga menceritakan kisah perantau Minang. Dalam novel-novel tersebut, dikisahkan mengenai persinggungan pemuda perantau Minang dengan adat budaya Barat. Begitu juga dengan Novel Negeri 5 Menara karya Ahmad Fuadi, mengisahkan perantau Minang yang belajar di pesantren Jawa dan akhirnya menjadi orang yang berjaya.

2.3

Kebudayaan Minangkabau

2.3.1 Rumah Minangkabau Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di

sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi

hadapan rumah. Ukiran adalah

bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza. Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga
10

NORIZAN BT USOFF D20112055393

menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

Rumah perkampungan

dan

merupakan salah satu peralatan budaya

yang penting dalam kehidupan sesebuah

masyarakat. Ia juga menjadi asas kepada kajian sosiobudaya

masyarakat tersebut. Rumah dan pembinaannya dapat menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang yang mendiaminya. Di Negeri Sembilan, reka bentuk rumah orang Melayu agak unik yang melambangkan keunikan masyarakat adat perpatih yang diamalkan oleh orang-orang Negeri Sembilan. Rumah Melayu Tradisional mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Seni bina rumah berkenaan sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu dan hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.

11

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Sekiranya melangkah Sembilan ke pasti

kita Negeri kita

bertemu dengan rumah orang hampir bentuknya. Di Melayu yang serupa Taman

Seni, Seremban terdapat sebuah model rumah

Melayu Negeri Sembilan yang telah tua usianya. Namun dalam ketuaan usianya itu, banyak rahsia sejarah silam tersimpan. Model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini telah dibina pada tahun 1921. Ianya juga menggambarkan corak seni bina rumah-rumah Melayu Negeri Sembilan secara keseluruhannya. Model rumah Melayu ini pada asalnya terletak di atas tanah tinggi di persimpangan Jalan Tasik dan Jalan Dunman dalam bandar Seremban sebelum dipindahkan ke Taman Seni Negeri Sembilan. Sebagaimana rumah Melayu Negeri Sembilan lazimnya, model rumah Melayu Negeri Sembilan ini juga menyamai reka bentuk rumah adat Minangkabau. Ini merupakan pengaruh yang jelas ke atas rumah-rumah Melayu Negeri Sembilan keseluruhannya. Dan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, kerana kebanyakan orang-orang Melayu Negeri Sembilan adalah berasal dari Minangkabau. Jika ditinjau dengan teliti dan mendalam mengenai konsep binaan rumah Melayu Negeri Sembilan, ia begitu lengkap dari segi susunan dan perancangannya.

12

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Dengan memfokuskan kepada model rumah Melayu Negeri Sembilan, kita dapati ianya meniru reka bentuk Minangkabau. Ia mempunyai bumbung panjang dan lentik dengan kedua-dua

hujung bumbungnya naik ke atas sedikit. Seperti rumah

Melayu lain ia juga mempunyai ibu, atau rumah rumah serambi

tengah

serta loteng dan pada dindingnya mempunyai ukiran-ukiran yang menarik sekali. Antara ciri lain adalah berlantai tinggi dari tanah dan bertangga kayu. Model rumah Melayu Negeri Sembilan ini diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi dan atapnya juga daripada kayu. Rumah ini juga agak sederhana besarnya iaitu 17.8 meter x 2.7 meter panjang dan 7.8 meter x 0.9 meter lebar. Ia mempunyai 16 batang tiang utama; justeru itu ia juga dikenali sebagai Rumah Tiang 16. Seperti rumah-rumah Melayu tradisional, rumah ini juga diserikan dengan ukiran-ukiran yang menarik pada bahagian hadapan rumah. Ukiran ini menambahkan lagi mutu seni rumah tersebut yang bukan sahaja kukuh dari segi binaannya tetapi juga indah dan bernilai dari segi reka bentuk seninya. Oleh sebab itulah Model Rumah Melayu ini telah dipamerkan di London pada tahun 1924 dalam Pameran Great Wembly. Kini model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini masih berdiri tegak di Taman Seni Negeri Sembilan sebagai bangunan sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Berhampiran dengan Model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini, terdapat sebuah lagi bangunan lama yang iaitu Istana Ampang Tinggi. Istana Ampang Tinggi juga merupakan istana yang mempunyai pengaruh reka bentuk Minangkabau. Ia berbumbung panjang dan lentik. Selain daripada reka bentuknya, keindahan atau seni ukiran yang terdapat di dinding, pintu, tangga dan lain-lain bahagian istana ini juga merupakan keistimewaannya. Istana ini juga dibina tanpa menggunakan paku besi.
13

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Kebanyakan ukiran-ukiran yang terdapat di Istana ini mempunyai motifmotif tertentu khususnya motif awan larat, bunga semantung, bunga

tampuk

manggis

dan

berbagai-bagai

jenis

motif

bunga-bungaan.

Sesungguhnya ukiran-ukiran ini melambangkan ketinggian mutu seni ukiran dan budaya Melayu sendiri. Istana ini juga mempunyai loteng, iaitu salah satu ciri bagi rumah-rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan. Di bahagian ini biasanya merupakan tempat menyimpan barang-barang berharga dan juga tempat beradu puteri-puteri. Pada masa pemerintahan Yamtuan Ulin (Yamtuan Imam), Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kelima di antara tahun 1861-1869. Istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Tunku Muhammad, Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Ketujuh. Bagaimanapun pada tahun 1928, Istana ini tidak menjadi tempat bersemayam baginda lagi dan ianya dijaga oleh kerabat-kerabat baginda. Pada tahun 1953 Istana ini dipindahkan ke Seremban dan dijadikan Muzium Negeri. Kedua-dua bangunan Model Rumah Melayu Negeri Sembilan dan Istana Ampang Tinggi ini kini menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke Taman Seni Negeri Sembilan. Sesungguhnya bangunan-bangunan tersebut merupakan hasil seni bina orang-orang Melayu yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan ianya memancarkan sifat warisan budaya nenek moyang dahulu. Hasil seni yang bermutu itu lahir dari proses evolusi; dibentuk oleh zaman dan di dalamnya tersirat dan terjalin aspek budaya Melayu yang menjadi kebanggaan generasi kini.
14

NORIZAN BT USOFF D20112055393

2.3.2

Pakaian Minangkabau

Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan

budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini. Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dan dihias pula dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera. Gambar menunjukkan si lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Bajunya berwarna hitam dihiasi sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana yang dipakainya pula berkaki lebar, di samping kain tenun sutera dan destar atau saluar. Si gadis pula memakai baju kurung bersulam benang emas bermotifkan buluh rebung, tekuk leher bertekat dan penutup kepala tengkolok

15

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Lambang kebesaran wanita Minangkabau disebut Limpapeh Rumah nan gadang. Limpapeh artinya tiang tengah pada sebuah bangunan dan tempat memusatkan segala kekuatan tiang-tiang lainnya. Apabila tiang tengah ini ambruk maka tiang-tiang lainnya ikut kata jatuh lain

berantakan.

Dengan

perempuan di Minangkabau merupakan tiang kokoh dalam rumah tangga.

Pakaian Limpapeh Rumah Nan Gadang tidak sama ditiap-tiap nagari, seperti dikatakan Lain lubuk lain ikannyo, lain padang lain bilalangnyo. Namun demikian pakaian Limpapeh Rumah Nan Gadang mempunyai sifat umum yang akan kita kemukakan dalam tulisan ini. Baju bertabur maksudnya baju yang ditaburi dengan benang emas. Tabur emas ini maksudnya kekayaan alam Minangkabau. Pakaian bertabur dengan benang emas bermacam-macam ragam mempunyai makna bercorak ragamnya

masyarakat Minangkabau namun masih tetap dalam wadah adat Minangkabau. Minsie adalah bis tepi dari baju yang diberi benang emas. Pengertian minsie ini untuk menunjukkan bahawa demokrasi

Minangkabau luas sekali, namun berada dalam batas-batas tertentu di lingkungan alur dan patut. Tengkolok merupakan hiasan kepala perempuan yang berbentuk runcing dan bercabang. Pengertiannya adalah Limpapeh Rumah Nan Gadang di Minangkabau tidak boleh menjunjung beban atau beban yang berat. Sarung wanita pun bermacam ragam, ada yang lajur ada yang bersongket dan ada yang berikat. Sarung untuk menutup bagian tertentu sehingga sopan dan tertib dipandang mata. Tentang susunannya sangat

dipengaruhi oleh situasi dan kondisi suatu daerah. Oleh karena itu ada yang berbelah di belakang, ada yang di muka dan ada yang disusun di belakang. Pengertian yang terkandung pada selempang ini adalah untuk menunjukkan tanggungjawab seorang Limpapeh Rumah Nan Gadang terhadap anak cucunya dan waspada terhadap segala sesuatu, baik
16

NORIZAN BT USOFF D20112055393

sekarang maupun untuk masa yang akan datang. Kalung yang dipakai oleh Limpapeh Rumah Nan Gadang tiap nagari dan Luhak di Minangkabau bermacam-macam. Ada yang disebut kalung perada, daraham, cekik leher, kaban, manik pualam dan dukuh panyiaram. Dukuh melambangkan bahwa seorang Limpapeh selalu dalam lingkaran kebenaran, seperti dukuh yang melingkar di leher. Dukuh juga melambangkan suatu pendirian yang kokoh dan sulit untuk berubah atas kebenaran. Hal ini dikemukakan dikisabak dukuah dilihia, dipaliang bak cincin di jari.Terhadap gelang ini dikiaskan Nak cincin galanglah buliah(ingin cincin gelang yang dapat). Maksudnya rezeki yang diperoleh lebih dari yang diingini. Gelang adalah perhiasan yang melingkari tangan dan tangan dipergunakan untuk menjangkau dan mengerjakan sesuatu. Terhadap gelang ini diibaratkan bahawa semuanya itu ada batasnya. Terlampau jangkau tersangkut oleh gelang. Maksudnya dalam mengerjakan sesuatu harus disesuaikan dengan batas

kemampuan.Menurut ragamnya gelang ini ada yang disebut galang bapahek, galang ula, kunci maiek, galang rago-rago, galang basa. Pelaminan adalah tempat kedudukan orang besar seperti raja-raja dan penghulu. Pada masa dahulu hanya dipakai pada rumah adat namun sekarang juga dipakai pada pesta perkahwinan. Hal ini mungkin disebabkan marapulai dan anak dara sebagai raja dan ratu sehari. Perangkatan pelaminan mempunyai kaitan dengan hidup dan kehidupan masyarakat adat Minangkabau. Dahulu memasang pelaminan pada sebuah rumah harus dengan seizin penghulu adat dan harus memenuhi ketentuan-ketentuan adat yang berlaku. Pelaminan mempunyai bahagianbahagian dan semuanya saling melengkapi.

17

NORIZAN BT USOFF D20112055393

2.3.3

Kraftangan tradisional Minangkabau

Kain Songket Kain Songket bermotifkan Minangkabau yang dihasilkan bagi

menunjukkan perlambangan budaya dan adat Minangkabau. Identiti yang memang dipisahkan tidak boleh dengan

Minangkabau iaitu corak ukiran rumah gadangnya diterjemahkan dalam

penghasilan kain songket ini. Seimbas lalu terdapat banyak persamaan

dengan kain songket yang dihasilkan oleh r orang Melayu asli seperti di Terengganu dan Kelantan. Namun identiti yang tersendiri ini menunjukkan hubungan yang rapat di antara kebudayaan Minangkabau dengan kebudayaan Melayu.

Alat muzik Selain itu, masyarakat

Minangkabau juga memiliki alat muzik tradisional Saluang. Alat khas iaitu muzik ini

diperbuat daripada buluh nipis atau talang. Alat ini mempunyai empat lubang dan panjangnya lebih kurang

40-60 cm dan berdiameter di antara 3-4 cm. Saluang dimainkan seperti seruling di mana pemainnya perlu meniup dam menarik nafas untuk mengalunkan muzik.

18

NORIZAN BT USOFF D20112055393

3. Kesimpulan

Sesungguhnya kebudayaan minangkabau dengan kebudayaan melayu tidak dapat dipisahkan. Selain hubungan yang signifikan dari segi adat, budaya dan juga bahasanya. Penyerapan dan pencampuran antara kedua-dua

kebudayaan itu telah diserap sebagai satu budaya Melayu yang diamalkan sejak berzaman. Inilah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang unik kerana kepelbagaian budaya ini berjaya mencorakkan satu kebudayaan yang seronok untuk di kaji. Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa. Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam perlakuanperlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia hingga kini.

Masyarakat Melayu amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat

19

NORIZAN BT USOFF D20112055393

4. Rujukan

1. Asmah Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2006 ). Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka 3. Dr. Azahar Wahid dan Razali Ayob ( 2012). Modul BML3113: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Tanjong Malim : UPSI 4. Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid (2010). Modul HBML4103 Sejarah perkembangan bahasa Melayu. Selangor. Open University Malaysia 5. Dr. Harun Jaafar (2010). HBML4203 Kesusasteraan Melayu. Selangor. Open University Malaysia. 6. Hazaldin ( 2011) Asal Usul Bangsa Melayu. Retrieved April 20 , from http://hazis.wordpress.com/artikel/asal-bahasa-bangsa-melayu/

7. Uncle Az (2011) Kajian Mengenai Etnik Minangkabau 2012 . Retrieved April 20 from http://sayauncleaz.blogspot.com/2012/11/etnikminangkabau-kajianmengenai-suku.html 8. Is Sikumbang (2004). Adat Budaya Minangkabau . Retrieved from April 23 from http://palantaminang.wordpress.com/about/.

9. Kamal Mustaffa (2010). Jom Belajar Bahasa Minang. Retrieved from April 23 from http://kamalmustafa.com/bicara-kamal-jom-belajarbahasa-minang.html#ixzz2Rlgu0oAj 10. Mursal Estem (1995 ) Kebudayaan MInangkabau dan temadun Melayu Baharu . Retrieved from April 23 from http://malaycivilization.ukm.my /idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00562.pdf 11. Jelajah Edisi Daus ( 2010). Adat dan Budaya Masyarakat Minangkabau Retrieved from April 23 From http://bmpengurusan2010.blogspot.com /2010/09/adat-dan-budaya-masyarakat-minangkabau.html

20

Anda mungkin juga menyukai