Anda di halaman 1dari 15

Maksud menjaga kehormatan diri

Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk selalu menjaga kehormatan diri


(Iffah).Dalam sebuah sabdanya, Beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t. senang dengan hamba-Nya yang Mukmin
dan fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah
keluarganya.[1]
Berkata sahabat Hakm bin Hizm r.a.: Saya pernah meminta sesuatu kepada
Rasulullah s.a.w., dan Beliau memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta
kembali yang kedua kali, dan Beliau juga mengabulkan permintaanku itu. Setelah itu
Beliau berkata kepadaku:



Maksudnya: Wahai Hakm, sesungguhnya harta benda itu memang indah dan
nikmat (digambarkan oleh Rasul dengan hijau dan manis). Sesiapa mengambilnya
dengan hati yang lapang (tidak terlalu berobsesi untuk menguaasainya) maka dia
akan mendapatkan keberkahan harta tersebut. Dan sesiapa mengambilnya dengan
penuh berat hati (sangat berobsesi mendapatkannya sehingga hatinya terasa sempit)
maka dia tidak akan mendapatkan keberkahan dengan harta itu, bahkan dia akan
menjadi seperti orang sedang makan yang tidak pernah kenyang. Tangan yang di
atas (orang yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang
meminta). (H. R. al-Bukhr dan Muslim).
Yang dimaksud dengan hadith di atas adalah setiap harta yang didapat dengan cara
yang tidak dibenarkan oleh agama tidak akan mendapat keberkahan. Hal itu seperti
harta yang diambil dari seseorang, sedangkan orang tersebut merasa berat untuk
memberikan harta tersebut.

Apa itu al-Iffah?


Al-Iffah 9menjaga kehormatan diri) adalah salah satu akhlak yang mulia. Jika seorang
hamba menghias dirinya dengan akhlak ini maka dia akan dicintakan oleh Allah s.w.t.
dan juga disayangi oleh ramai orang.

Lebih khusus lagi, yang dimaksud dengan al-Iffah adalah sikap yang dapat menjaga
seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa, baik yang dapat dilakukan oleh
tangan, lisan atau kemasyhurannya. Lebih dari itu, dengan sikap al-Iffah ini seseorang
akan berusaha meninggalkan hal-hal yang sebenarnya dibolehkan untuknya, namun
kerana untuk melindungi diri dari hal-hal yang tidak pantas, maka ia rela untuk
meninggalkannya.
Baginda Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan sikap al-Iffah kerana dengan sikap ini
seorang Muslim dapat menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya.
Sikap al-Iffah ini sangat penting bagi keperibadian seseorang, sehingga Allah s.w.t
menyebutkan kata al-Iffah dan kata yang berasal dari kata asasnya berulang-ulang di
berbagai tempat dalam al-Quran. menyebutkan kata ini lebih dari satu kali dalam alQuran, bukan hanya sekedar sebagai pengulangan, namun menyebutkannya dalam
berbagai tempat juga disertai dengan kandungan bentuk sikap al-Iffah dalam
kehidupan manusia. Bentuk macam sikap al-Iffah tersebut antara lain sebagai berikut:
Pertama: Berkahwin dan Menjaga Faraj dari Melakukan Hal-hal yang
Haram
Hal ini telah disinggung oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran. Allah s.w.t. berfirman dalam
surah al-Nr, 24: 33, yang ertinya: Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin
hendaklah menjaga kesucian (diri)-nya, sehingga Allah memampukan mereka
dengan kurnia-Nya.
Terdapat empat hal yang menjadi perhatian al-Qurtub[2] ketika menafsirkan ayat ini:
1.

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mempunyai kekuasaan penuh


terhadap dirinya sendiri, bukan orang yang berada dalam kekuasaan orang lain,
yang perbuatannya mesti disesuaikan dengan kehendak orang yang menguasainya,
sepertial-Mahjr dan (menurut salah satu pendapat) hamba sahaya.
2.
Yang dimaksudkan dengan kata walyastafif ( )pada ayat di atas adalah
berusaha supaya menjadi orang yang terhormat dan mulia. Dengan ayat ini Allah
s.w.t. memerintahkan orang yang tidak dapat bekahwin kerana adanya halangan,
supaya menjaga diri dan kehormatannya (al-Iffah). Kerana masalah yang seringa
dihadapi oleh seseorang untuk melaksanakan perkahwinan adalah masalah biaya
oleh sebab itu Allah s.w.t. berjanji akan memberikan kecukupan kepada orang yang
mau menjaga kehormatan dirinya (dengan tidak melakukan perbuatan maksiat)
dengan menganugerahkannya rezeki yang dapat digunakan untuk melaksanakan
perkahwinan atau dengan mendapatkan isteri yang tidak menuntut mahar yang
tinggi atau dengan kesenangannya terhadap wanita berkurang. Sahabat Ab
Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ada tiga orang

yang mendapat hak pertolongan dari Allah s.w.t.: [1] Orang yang berjihad fi
sablillah, [2] Orang berkahwin dengan niat menjaga kehormatan diri [3] Hamba
sahaya mukatab[3] yang ingin membayar (tanggungannya). (H. R. al-Nas).
3.
Yang dimaksudkan dengan kata al-nikh dalam ayat l yajidna nikhan (
),adalah keadaan seseorang yang tidak memiliki kekayaan untuk berkahwin,
seperti untuk biaya mahar dan nafkah. Penafsiran seperti ini atas dasar
pertimbangan susunan ayat yang terdapat setelahnya yang menyebutkan: Hatt
( ) sehingga Allah memampukan
yugniyahumullhu min fadlih (
mereka dengan kurnia-Nya). Ada sebahagian kalangan yang salah faham dengan
ayat ini dan menyangka bahawa perintah untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan
diri (al-Istiff) hanya ditujukan kepada orang yang tidak mempunyai biaya untuk
menikah sahaja. Pendapat seperti ini adalah pendapat yang tidak tepat, kerana pada
asasnya perintah al-Istiff ditujukan kepada semua orang yang mempunyai masalah
untuk melaksanakan perkahwinan, apapun jenis masalah itu.
4.
Orang yang sanggup mengendalikan nafsu untuk tidak melakukan maksiat, dan
mempunyai biaya untuk berkahwin. Orang seperti ini disunnahkan untuk segera
melaksanakan perkahwinan. Namun apabila dia tidak mempunyai biaya maka dia
harus berusaha sekuat tenaga untuk menjaga kehormatan diri, walaupun dengan
cara berpuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya puasa baginya
(pemuda) adalah obat penawar.[4] Adapun orang yang sering tergoda dengan
ajakan hawa nafsunya, maka ia hendaknya berusaha sekuat tenaga untuk
menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w.
bersabda: Orang terbaik di antara kalian adalah orang yang cergas dan mampu
menjaga diri (dari melakukan dosa), di saat tidak mempunyai keluarga dan
anak.
Berkahwin dengan perempuan hamba sahaya diperbolehkan agama apabila memang
tiada biaya untuk kahwin dengan perempuan merdeka. Allah hanya memberikan dua
pilihan kepada hambanya; Kahwin atau menjaga kehormatan dirinya, adapun selain
kedua pilihan ini maka hukumnya haram. Adapun menggauli hamba sahaya milik
peribadi (milk al-yamn diperbolehkan secara syariy berdasarkan ayat aw m
malakat aimnukum() . Dan ini termasuk pengecualian hal-hal yang
diharamkan dalam perihal ini. Sehingga contoh hal-hal yang diharamkan dalam hal ini
adalah seperti onani atau masturbasi dan terlebih lagi nikah mutah.
Dalam ayat yang kita bahas ini terdapat perintah untuk bersungguh-sungguh dalam
menjaga kehormatan dan kemuliaan diri bagi orang yang tidak dapat melaksanakan
perkahwinan kerana terdapat masalah seperti tidak mempunyai biaya.

Dalam al-Quran, ayat ini berada setelah rangakian susunan ayat yang menerangkan
tentang perintah untuk melindungi diri dari fitnah dan maksiat, iaitu ayat yang
menerangkan tentang ghad al-basar (menahan pandangan). Selain itu ayat
sebelumnya juga menjelaskan tentang perintah untuk berkahwin supaya kehormatan
dan hati seseorang terlindungi, dan juga perintah untuk menahan diri dari dorongan
hawa nafsu, bersabar sehingga sampai waktunya untuk berkahwin.[5]
Permasalahan lain yang mempunyai hubung kait dengan masalah melindungi faraj dari
berzinah adalah permasalahan perempuan yang sukakan menghias diri, dan
memperlihatkan bagian tubuh yang dapat menimbulkan syahwat. Oleh kerana itu Allah
s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk selalu melindungi diri dan selalu taat kepadaNya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nr, 24: 60, yang ertinya: Dan perempuanperempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin
kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan
tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik
bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Adapun wanita tua yang tiada gairah lagi untuk kahwin, dibolehkan membuka bagianbagian tubuh tertentu yang tidak termasuk aurat bagi orang seumur dia. Adapun
bagian-bagian tubuh lainnya yang termasuk aurat tidak boleh diperlihatkan.[6]
Penjelasan di atas berusaha membahas dengan singkat masalah perintah untuk
berkahwin dan menjaga faraj dari perbuatan-perbuatan nista. Al-Quran menganjurkan
dalam hal ini dengan anjuran yang sangat menarik, begitu juga dengan sabda-sabda
Rasulullah s.a.w.. Di antara sabda Rasul yang sangat masyhur dalam masalah ini adalah
anjuran Beliau kepada para pemuda untuk menghias diri dengan tingkah laku yang baik
dan menjaga diri dari perbuatan-perbuatan dosa.
Kedua: Amanah dan Hati Bersih
Sifat amanah atau dapat dipercaya merupakan di antara sifat al-Iffah, begitu juga
bersihnya hati dari rasa hasad terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Dengan
mengembangkan dua sifat ini dalam diri maka kehormatan dan kemuliaan seseorang
akan terus meningkat.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. melarang hamba-Nya yang beriman menggunakan harta
anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama. Allah s.w.t. berfirman dalam
al-Nis, 4: 6, yang ertinya: Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur
untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai
memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan
janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan

(janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa.


Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari
memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta
itu menurut yang patut.
Ayat ini diturunkan berkaitan dengan masalah yang menimpa Thbit bin Rifah dan
pamannya. Di saat Rifah meninggal, anaknya yang bernama Thbit masih kecil.
Kemudian Thbit diasuh oleh pamannya. Pada suatu hari paman Thbit menghadap
Rasulullah s.a.w. dan bertanya: Wahai Rasul. Anak saudaraku ditinggal mati
ayahnya dan dia masih kecil (yatim). Sekarang ia menjadi tanggung jawabku.
Bagian hartanya yang manakah yang halal bagiku, dan kapankah saya
menyerahkan harta itu kepadanya? Kemudian Allah menurunkan ayat di atas.[7]
Untuk menguji kepandaian anak yatim, sebahagian ulama menganjurkan kepada wali
yang bertanggung jawab atasnya untuk memperhatikan perilakunya dan
memperhatikan keinginan-keinginannya, sehingga si wali merasa bahawa anak tersebut
memang sudah pandai dan dapat mengambil keputusan secara persendirian dalam
mengatur diri dan mengelola hartanya dengan baik.
Jika ada tanda-tanda bahawa anak tersebut sudah mampu mengurus hartanya sendiri,
maka wali yang bertanggung jawab mengasuhnya boleh memberikan sebahagian harta
milik anak tersebut untuk dibelanjakan sendiri. Jika dalam mengelola harta, anak
tersebut terlihat sudah pandai, maka wali sudah semestinya menyerahkan semua harta
milik anak yatim tersebut. Sikap seperti ini merupakan di antara
sikap al-Iffah, menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
Namun apabila dalam masa uji coba, anak tersebut masih belum mampu mengelola
sebahagian harta yang diberikan, maka wali harus menjaga hartanya tersebut.[8]
Erti kata nikh dalam firman Allah s.w.t., hatt idh balagh al-nikh (
)adalah masa baligh. Kesimpulan ini didasarkan pada firman Allah yang lain: wa
idh balagha al-atfl minkum al-huluma () . Erti kata alhulum di sini adalah masa baligh dan saat untuk berkahwin.
Terdapat tiga tanda seseorang telah mencapai umur baligh, baik tanda-tanda itu untuk
lelaki maupun perempuan: [1] Mimpi basah; [2] Tumbuhnya rambut di sekitar faraj; [3]
Sudah mencapai umur tertentu. Selain itu terdapat dua tanda yang khusus dimiliki oleh
kaum wanita, iaitu haid dan hamil. Ulama bersepakat bahawa apabila seorang wanita
telah mengalami salah satu dari dua hal itu, maka dia telah mencapai umur baligh,
sehingga dia sudah berkewajiban menjalankan kewajiban-kewajiban agama.

Batas umur baligh bagi kaum lelaki adalah ketika ia sudah mencapai umur lima belas
tahun. Ketika Abdullh ibn Umar ingin ikut serta dalam perang Khandq, Rasul
memberi izin kepadanya kerana dia sudah berumur lima belas tahun. Sedangkan ketika
dia hendak ikut perang Uhud, Rasul tidak mengizinkannya, kerana dia masih berumur
empat belas tahun.[9]
Sifat amanah dan hati bersih merupakan dua sifat mulia yang termasuk salah satu
bentukal-Iffah. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah s.w.t.: Dan
ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika
menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka
serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta
anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa
(membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu)
mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan
sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.
Maksud dari ayat di atas adalah masa uji kemampuan minda anak yatim untuk
membelanjakan hartanya dapat dicoba sebelum datang masa baligh, dan apabila anak
tersebut terlihat mempunyai kemampuan mengatur harta dengan baik, maka wali harus
menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut, meskipun dia belum sampai umur
baligh.
Wali yang mengasuh anak yatim, boleh mengambil harta anak yatim tersebut sekedar
untuk keperluan yang wajar. Dia tidak boleh berlebih-lebihan mengambil harta anak
yatim dan juga tidak boleh mempunyai niat menghabiskan harta anak yatim dengan
segera sebelum anak yatim tersebut sampai cukup umur baligh.
Dilihat dari sudut ekonomi, wali anak yatim ada dua macam; kaya dan fakir. Wali yang
kaya harus menahan diri agar tidak mengambil harta anak yatim yang ia asuh. Cukup
baginya harta yang sudah dianugerahkan Allah kepadanya. Dia harus mendahulukan
rasa kasih sayang terhadap anak yatim dan menjaga hartanya dengan penuh tanggung
jawab, dan apabila telah sampai waktu penyerahan harta, maka dia harus menyerahkan
semua harta tersebut.
Adapun wali yang fakir, dia diperbolehkan mengambil sebagian harta anak yatim
tersebut sebagai imbalan jasa secukupnya dan harus secara wajar.[10]
Ketiga: Tetap Menjaga Kehormatan Diri ketika Mencari Harta, Meskipun
Sedang Dalam Keadaan Memerlukan

Keadaan ekonomi yang menghimpit, kadang-kadang mendorong seseorang untuk


mencari makan dan harta dengan cara meminta kepada orang lain. Namun di antara
mereka, terdapat orang yang tetap menjaga kehormatan dirinya dengan tidak memintaminta. Orang yang seperti ini mendapatkan reda dan pahala dari Allah. Allah s.w.t
berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 273, yang ertinya: (Berinfaklah) kepada orangorang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di
bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri
dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak
meminta kepada orang secara mendesak.
Yang dimaksudkan dengan al-Fuqar dalam ayat ini adalah orang-orang fakir dari
kaum Muhajirin baik yang berasal dari suku Quraisy atau yang lain. Namun secara
umum ayat tersebut menerangkan tentang orang-orang fakir sepanjang masa. Orangorang fakir Muhajirin dalam ayat ini disebut secara khusus kerana pada masa itu tiada
orang fakir selain mereka. Mereka ini adalah yang dikenal dengan nama ahl alSuffah, yang berjumlah empat ratus orang. Mereka berkumpul di masjid Nabaw dan
meminta bantuan kepada Nabi s.a.w.. Mereka tidak mempunyai harta dan keluarga.
Oleh karena iru Rasulullah menyediakan bilik khusus (suffah) di dalam masjid untuk
mereka, sehingga mereka terkenal dengan sebutan ahl al-suffah.
Ab Dharr r.a. berkata: Saya termasuk salah satu ahl al-Suffah. Jika sampai waktu
petang, kami datang ke pintu rumah Rasulullah s.a.w.. Beliau menyuruh beberapa
orang daripada kami (untuk melakukan sesuatu) dan orang tersebut pergi bersama satu
orang lainnya. Akhirnya yang tersisa daripada kami tidak lebih dari sepuluh orang.
Kemudian Rasul menyiapkan makan malam untuk kami, dan kami pun akhirnya makan
malam bersama Beliau. Setelah kami selesai makan, Rasulullah s.a.w.
berkata: Tidurlah kalian di masjidku.
Sahabat al-Barr bin zib r.a. menerangkan bahawa ayat: wal tayammamu alkhabtha minhu tunfiqn (( ) al-Baqarah, 2: 267), diturunkan
berkaitan dengan kaum Ansar yang penghasilannya berasal dari ladang kurma. Pada
kebiasaannya mereka memberikan hadiah satu atau dua tangkai kurma dan
menggantungkan di dinding masjid. Sementara itu Ahl al-Suffah adalah orang-orang
yang tidak mempunyai makanan, jika perut mereka merasa lapar, mereka mendekati
tangkai kurma tersebut dan memukul dengan tongkat sehingga kurma-kurma itu
berjatuhan baik yang sudah masak atau yang belum. Setelah itu kemudian mereka
memakannya. Pada suatu waktu ada orang yang tidak senang dengan kebiasaan baik
ini, menggantungkan setangkai kurma yang jelek-jelek dan setangkai kurma lagi yang
sudah retak-retak di dinding masjid. Kemudian Allah s.w.t menurunkan ayat: Wahai

orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil
usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi
untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan
daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan
memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi
Maha Terpuji. (al-Baqarah, 2: 267).
Setelah ayat ini diturunkan, kami selalu memberikan kurma-kurma terbaik yang kami
hasilkan. (H. R. al-Tirmidh).
Sikap terpaksa lah yang mendorong ahl al-Suffah duduk dan berdiam di masjid dan
makan dari pemberian orang lain. Namun setelah Allah s.w.t. memberikan anugerah
kepada kaum Muslimin dengan banyaknya kemenangan yang dicapai, mereka tidak lagi
bersikap seperti itu, bahkan di antara mereka ada yang menjadi amr (menteri besar).
Yang perlu diperhatikan di sini adalah, hal yang mendorong orang-orang fakir
Muhajirin melakukan hal tersebut adalah kerana keadaan yang sudah sememangnya
memaksa mereka untuk melakukan itu semua, sebagaimana diterangkan oleh Allah
s.w.t.:Alladhna uhshir f sablillah (
) .
Ahl al-Suffah tidak mau meminta-minta kepada orang lain, mereka menggantungkan
nasibnya kepada ketentuan Allah s.w.t.. Sikap mereka yang demikian ini menyebabkan
banyak orang menyangka bahawa mereka adalah orang kaya. Kemiskinan tidak dapat
diukur dengan pakaian yang dipakai seseorang. Oleh kerana itu, orang yang terbiasa
memakai pakaian cantik boleh diberikan bahagian zakat padanya apabila ia termasuk
kelompok orang miskin. Dalam al-Quran Allah s.w.t. memerintahkan para sahabat
untuk memberi bantuan kepada kaum Muhajirin yang tidak sakit dan tidak buta ketika
mereka ikut perang bersama Rasulullah s.a.w..
Kerana mereka sibuk berjuang fi sablillah, maka tiada waktu baginya untuk bekerja
mencari nafkah. Ada sebahagian ulama yang menegaskan bahawa orang-orang fakir
yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah para ahl al-Suffah. Sehingga para sahabat
lain yang mempunyai kelebihan makanan, memberikannya kepada mereka pada waktu
petang.
Orang yang tidak mengetahui, menyangka bahawa Ahl al-Suffah tersebut adalah
orang-orang kaya, kerana mereka tidak mau meminta-minta kepada orang lain. Namun
orang yang memperhatikan mereka dengan teliti, akan melihat wajah mereka pucat dan
mata mereka sayu. Meskipun keadaan mereka seperti itu, namun majoriti mereka tetap
tidak mau meminta bantuan kepada orang lain, dan sebahagian lagi meminta bantuan
orang lain namun dengan cara yang sopan dan tidak memaksa.

Rasulullah SAW dan Sifat Al-Iffah


Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam melaksanakan sifat al-Iffah. Beliau selalu
menjaga diri, menjaga tangan dan lisannya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai.
Dalam masalah menjaga kehormatan dan kemuliaan diri, Beliau berada pada tingkat
tertinggi di antara semua manusia. Kerananya Beliau menjadi panutan utama dalam
masalah perilaku dan akhlak mulia seperti adil, amanah, menerima ketetapan Allah,
berani dan sifat lainnya.
Sifat Iffah yang dimiliki Rasulullah sangat lengkap dan sempurna. Beliau selalu
menghindarkan diri daripada perbuatan-perbuatan tercela kerana Allah s.w.t. telah
melindunginya dari perbutan tersebut sejak Beliau masih kecil lagi. Beliau tidak pernah
mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan tercela, sehingga selama hidupnya
tangan Beliau tidak pernah menyentuh seorang wanita selain isteri, mahram atau
hamba sahaya Beliau.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya tidak pernah mempunyai keinginan untuk
melakukan tindakan-tindakan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah
kecuali dua kali, dan semua itu tidak jadi saya lakukan, kerana Allah menghalangiku
dari melakukan keinginan tersebut. Setelah itu saya sama sekali tidak pernah
mempunyai keinginan jahat sehingga dianugerahkan kepada saya sebuah risalah
oleh Allah s.w.t.. (Dua kejadian itu adalah) pada suatu malam saya berkata kepada
seorang Quraisy yang bersama menggembalakan kambing denganku di (bukit-bukit)
Makkah, Saya harap kamu mau memperhatikan kambingku, sehingga saya masuk
kota Makkah, sampai saya mengikat kambing-kambing itu seperti yang biasa
dilakukan oleh para pemuda? Orang tersebut menyetujuhi permintaanku. Kemudian
saya melangkahkan kaki dan sesampainya saya di rumah pertama penduduk
Makkah saya mendengar ada suara jamuan perkahwinan (yang dimeriahkan)
dengan gendang dan seruling. Saya bertanya kepada penduduk: Ada apakah ini?
Mereka menjawab: Fulan bin Fulan berkahwin dengan Fulanah binti Fulan.
Kemudian saya duduk dan melihat mereka, namun Allah s.w.t. menghilangkan fungsi
telingaku, sehingga akhirnya saya tertidur. Ketika saya bangun, matahari sudah
mulai nampak. Kemudian saya datang kepada kawanku dan dia bertanya kepadaku:
Apa yang kamu lakukan semalam? saya menjawab: Saya tidak melakukan apaapa, kemudian saya menceritakan semua yang terjadi kepadanya.
Pada waktu malam yang lain, saya mengatakan hal yang sama kepada kawanku itu,
dan dia juga menyetujuhinya. Ketika saya memasuki kota Makkah saya mendengar
suara seperti apa yang pernah saya dengar dahulu. Lalu saya duduk, namun Allah
menghilangkan fungsi telingaku sehingga akhirnya saya tertidur, dan ketika bangun

matahari sudah nampak. Saya kembali menemui kawanku dan menceritakan


kejadian tersebut kepadanya. Setelah kejadian itu saya tidak pernah mempunyai
keinginan jahat sehingga Allah memuliakanku dengan risalah-Nya.[11]
Untuk menegaskan pentingnya sikap Iffah ini, Rasulullah s.a.w. menyeru kepada
umatnya untuk selalu menahan pandangan (ghadd al-Basar) dan melarang mereka
berlepak di tepi jalan, kerana boleh jadi ada wanita yang enggan melalui jalan tersebut
kerana malu dilihat oleh lelaki atau takut aurat dan perhiasan peribadinya terlihat
secara tidak sengaja oleh orang-orang yang sedang berlepak di tepi jalan. Namun
apabila berrehat di tepi jalan tidak dapat ditinggalkan, mereka harus menjaga akhlak
dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak terpuji, di
antaranya adalah dengan menahan pandangan (ghadd al-Basar). Berkaitan dengan
hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kalian duduk berlepak di tepi jalan.
Namun apabila kalian tetap duduk di tepi jalan hendaknya kalian menahan
pandangan, menjawab salam, memberi petunjuk kepada orang yang tersesat dan
menolong orang yang lemah.[12]
Petunjuk Rasulullah dalam hal menahan pandangan mata sebagaimana disebutkan di
atas merupakan kelanjutan daripada aturan Allah s.w.t. dalam hal larangan melihat halhal yang diharamkan, sebagaimana tertulis dalam al-Quran: Katakanlah kepada
lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
farajnya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (30) Katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara faraj
mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa)
nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada
mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami
mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanitawanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum
mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (31) (al-Nr, 24: 30-31).
Yang dimaksud dengan kata al-Znah dalam ayat di atas adalah segala sesuatu yang
digunakan oleh wanita untuk berhias. Perhiasan lahiriyah seperti pakaian, tidak
dilarang memperlihatkannya kepada orang lain apabila masih dalam batas-batas yang

diperbolehkan syariah. Adapun perhiasan seperti gelang tangan dan kaki, selempang
dan anting-anting tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain.
Jika kita teliti dan perhatikan, yang disebutkan dalam ayat di atas adalah perhiasan,
bukan tempat di mana perhiasan itu berada. Hal ini dimaksudkan untuk memberi
penekanan akan pentingnya menutup aurat secara rapat. Sebagaimana diketahui
bersama, perhiasan-perhiasan tersebut adalah dimaksudkan untuk menghias bahagianbahagian tubuh tertentu wanita yang tidak boleh dilihat oleh selain mahramnya, iaitu
tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga.
Di sisi lain terdapat juga bahagian-bahagian tubuh wanita yang boleh diperlihatkan
kepada orang lain, iaitu bahagian-bahagian tubuh luar yang apabila dipaksa untuk
ditutupi maka kaum wanita akan mengalami kesulitan, iaitu telapak tangan, wajah dan
telapak kaki. Telapak tangan adalah bahagian tubuh yang mempunyai peranan penting
dalam kehidupan sehari-hari, seperti mengambil atau membuang sesuatu. Begitu juga
dengan muka, apabila ditutup maka wanita akan mengalami kesulitan ketika berjalan,
menjadi saksi atau dalam persidangan. Begitu juga halnya dengan telapak kaki.
Ayat di atas juga menerangkan bahawa bahagian tubuh sekitar dada wanita adalah
aurat, Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan kaum wanita untuk menutupnya.
Setelah ayat di atas melarang wanita memperlihatkan al-Znah, kemudian ayat tersebut
menerangkan orang-orang yang boleh melihat al-Znah tersebut. Di antaranya adalah
wanita-wanita yang merupakan kawan, pembantu atau hamba sahaya, pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum
mengerti tentang aurat wanita.
Ayat di atas juga menerangkan larangan menghentakkan kaki ke tanah dengan tujuan
supaya orang di sekitarnya mendengar suara gelang kaki (keroncong) yang dipakainya,
sehingga ia menjadi objek perhatian.[13]
Rasulullah s.a.w. selalu menjaga kata-kata yang keluar dari lisannya. Meskipun sedang
dalam keadaan marah atau terhadap musuh, Rasulullah s.a.w. tidak pernah
mengeluarkan kata-kata kotor, umpatan atau cercaan.
Suatu ketika setelah Fath al-Makkah (pembebasan Makkah), Rasulullah bersama
dengan Ab Bakar dan dua putera Sad bin al-s pergi ke bandar Tif. Di tengah
perjalanan, Ab Bakar melewati sebuah kubur, kemudian dia bertanya: Kubur
siapakah ini? Orang-orang menjawab: Kubur Sad bin al-s. Kemudian dengan

nada marah Ab Bakar berkata: Semoga Allah melaknat penghuni kubur ini. Dia telah
memerangi Allah dan Rasul-Nya.
Mendengar ucapan Ab Bakar ini, putera Sad yang bernama Amr marah, dan
mengadu kepada Rasulullah: Wahai Rasul, ini adalah kubur orang yang lebih banyak
memberi makan dan banyak menolong orang yang kesusahan daripada Ab
Quhfah (ayah Ab Bakar). Ab Bakar juga mengadu kepada Rasul: Wahai Rasul,
dia tadi mengatakan hal serupa kepadaku.
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Amr: Cukup wahai Amr. Amr pun
menyingkir, sedangkan Rasulullah s.a.w. mendekati Ab Bakar dan berkata
kepadanya:Wahai Ab Bakar apabila kamu berbicara tentang orang kafir maka
buatlah kalimat yang masih umum. Jika kamu menyebut seseorang secara khusus,
maka anak-anaknya tentu akan marahkan kamu. Setelah kejadian ini, umat Islam
tidak pernah menjelekkan seorang kafir secara khusus.
Rasulullah s.a.w. juga melarang para sahabat mengumpat korban perang Badar
daripada kalangan kaum musyrikin. Beliau berkata: Janganlah kalian mengumpat
mereka. Apa yang kamu katakan tidak akan berpengaruh bagi mereka, bahkan
kalian akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup. Ketahuilah kekejian
adalah sesuatu yang hina.
Di saat Rasulullah s.a.w. melewati kaum Thqif, salah seorang sahabat berkata
kepadanya:Wahai Rasul. Doakanlah mereka agar mendapatkan laknat. Kemudian
Rasul berdoa:Ya Allah berikanlah hidayah kepada kaum Thqif dan datangkanlah
hidayah itu kepada mereka. [14]
Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan doa serupa ketika Beliau diminta untuk melaknat
kaum Dus.
Suatu hari ada seorang dari kampung yang diberi nasihat oleh Rasul. Isi nasihat
tersebut adalah: Bertakwalah kamu kepada Allah. Jika ada seseorang membuka
aibmu yang memang dia mengetahuinya, janganlah kamu membalas membuka
aibnya yang kamu mengetahuinya itu. Dosanya akan ditanggung sendiri dan kamu
akan mendapatkan pahala. Dan janganlah sekali-kali kamu mengumpat.
Setelah perang Uhud selesai, sebahagian sahabat meminta Nabi untuk melaknat orangorang Quraisy, namun Rasul menjawab: Sesungguhnya saya diutus dengan
membawa kasih sayang, saya tidak diutus sebagai tukang melaknat. Ya Allah
ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Beliau tidak pernah melaknat mereka, padahal mereka adalah musuhnya. Setiap
diminta untuk mendoakan jelek pada seseorang, baik orang Muslim maupun kafir,
Beliau selalu mendoakan orang tersebut agar mendapatkan kebaikan.
Di saat Beliau harus berdoa untuk kejelekan musuhnya, sebagaimana yang terjadi
ketika perang Ahzb, Beliau mengucapkan: Ya Allah, Tuhan yang menurunkan alKitab, yang sangat cepat pembalasan-Nya. Hancurkanlah musuh-musuh kami,
hancurkanlah mereka dan porak-porandakanlah (barisan) mereka.[15]
Seandainya bukan kerana pasukan musuh hendak menyerbu Madinah dan mengancam
keberadaan masyarakat Muslim, maka Nabi tidak akan berdoa seperti itu.
Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam masalah menjaga kemuliaan diri,
amanah, menjaga lisan, zuhud, adil dan lebih mengutamakan kepentingan orang lain.
Hal ini nampak jelas pada setiap saat umat Islam memperoleh kemenangan dalam
perang. Harta pampasan perang berada di tangan Beliau, namun Beliau tidak
mengambil kecuali sebahagian kecil yang hanya cukup untuk memenuhi keperluannya
dan keluarga. Pada suatu kesempatan Beliau pernah melihat unta cantik hasil daripada
pampasan perang, namun Beliau berkata: Harta pampasan perang ini tidak halal
bagiku kecuali seperlima sahaja. Sedangkan sisanya dibahagikan kepada kalian.
Beliau pernah diberi uang dinar, kemudian Beliau membagikan kepada masyarakat.
Uang tersebut tidak dapat habis dibagi dalam satu hari, kerananya masih ada tersisa
enam dinar, dan sisa itu ia titipkan kepada salah seorang isterinya. Pada malam hari,
Beliau tidak dapat tidur sehingga datang waktu pagi dan Beliau membagikan uang yang
masih tersisa. Setelah itu, Beliau berkata: Sekarang saya merasa tenang.
Hati Rasul s.a.w. sangat bersih, tangannya tidak pernah digunakan untuk melakukan
perbuatan dosa. Beliau tidak pernah merasa bangga memiliki sesuatu yang tidak di
miliki orang lain. Beliau bersabda: Seandaiya saya mempunyai emas sebesar gunung
Uhud, dan ada satu dinar yang berada di rumahku, saya tidak merasa senang
dengan itu kecuali apabila satu dinar itu disisihkan untuk keperluan agama.
Rasulullah selalu menganjurkan umatnya untuk menjaga kehormatan diri, supaya
mereka dapat merasakan kebahagiaan baik di dunia maupun di akherat. Di antara
sabda-sabda Beliau yang berkaitan dengan masalah ini adalah:
1.

Rasulullah s.a.w. bersabda:


Maksudnya: Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih utama daripada
tangan yang di bawah (orang yang meminta-minta).[16]
2. Rasulullah s.a.w. bersabda:


Maksudnya: Seandainya salah seorang di antara kalian mencari kayu bakar dan
menggendongnya di atas punggung maka hal itu lebih baik baginya daripada
meminta-minta kepada seseorang, yang ada kalanya di beri ada kalanya
ditolak.[17]
3. Rasulullah s.a.w. bersabda: Kaya bukanlah kerana banyaknya harta yang dimiliki,
namun kaya (yang sebenar) adalah berlapang jiwa (menerima ketetapan Allah
s.w.t.).[18]
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa meminta-minta, sedangkan dia tidak dalam
keadaan fakir, maka seakan dia memakan bara api.[19]
5. Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaknya kalian menanamkan sifat qanaah pada
diri kalian. Kerana sesungguhnya qanaah adalah harta yang tidak akan pernah
habis.[20]
6. Ada beberapa orang dari kaum Ansar yang meminta sesuatu kepada Rasulullah
s.a.w.. Beliau memberikan kepada mereka apa yang mereka inginkan. Pada lain waktu
orang-orang tersebut meminta kembali kepada Rasul, dan Rasul memberikan apa yang
mereka inginkan, sehingga akhirnya Rasul kehabisan barang yang dapat diberikan
kepada mereka. Kemudian Rasul berkata: Saya tidak akan pernah menyembunyikan
harta milikku dari kalian. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersikap Iffah, maka
Allah akan menolongnya untuk itu. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin
mendapatkan perasaan cukup, Allah akan memberinya rasa cukup (dalam hatinya).
Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersabar, Allah akan menolongnya untuk
menjadi orang yang sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih luas
daripada kesabaran.[21]
7. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t menyukakan orang miskin yang tetap
menjaga kehormatan dirinya dan menanggung nafkah keluarganya.[22]

8. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukakan orang pemalu,


penuh kasih sayang dan menjaga kehormatan diri. Allah membenci orang cabul, suka
meminta-minta dan memaksa (ketika meminta-minta).
9. Seorang dari kampung datang menghadap Rasul dan meminta nasihat
kepadanya,Wahai Rasul, berilah saya mauizah yang singkat! Rasul bersabda:




Maksudnya: Jika kamu menjalankan salat, maka lakukanlah dengan tenang dan
sempurna. Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang dapat membuatmu menyesal
esok hari. Tumbuhkan keputusasaan (hilangkan obsesi di hati kamu) untuk
mendapatkan apa

Anda mungkin juga menyukai