Anda di halaman 1dari 24

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, PERLIS

TAJUK
SOAL JAWAB TENTANG ADAB

PROGRAM & GROUP: AP 120 & RAP1201B

KURSUS: CTU 101 (PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM)

Nama Ahli Kumpulan


Nama No Matrik
MADIHAH MARDHATI BINTI MOHD MASHOR 2019442434

HANIS FARAH HANA BINTI MOHD ZAIN 2019238552


AINUR RAHMAH BINTI SUGITO 2019278012
NURUL INSYIRAH BINTI ZOL 2019236944

Penilaian Kertas Kerja


Pengenalan Isi dan huraian Pengajaran Dan Rujukan Etika Dan Jumlah
Kesimpulan Profesionalisme

(2 Markah) (4 Markah)
(2 Markah) (8 Markah) (4 Markah) (20 Markah)

NAMA PENSYARAH: NOOR AZURA BINTI ZAINUDDIN

1
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,
maka kami telah dapat menyiapkan tugasan CTU101 yang bertajuk adab dengan jayanya.
Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah iaitu Noor Azura binti Zanuddin
kerana tidak pernah jemu memberi dorongan, membimbing dan tunjuk ajar cara –cara membuat
tugasan mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak kesalahan dan
membuat teguran agar memperoleh hasil yang lebih baik.

Akhir skali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah
sahaja dapat membalas budi kalian.

2
ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan
2. Analisis Ayat
3. Pengenalan Tajuk
4. Adab Memelihara Alam Sekitar
5. Adab Berhias Diri
6. Adab Berkawan
7. Adab Makan dan Minum
8. Adab Menziarahi Orang Sakit
9. Adab terhadap ibu bapa
10. Adab kepada Al-Quran
11. Pengajaran
12. Kesimpulan
13. Penutup
14. Bibliografi

3
ANALISIS AYAT

ADAB TERHADAP ALAM SEKITAR

“Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia,
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yag mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat).”
(Surah Ar-Rum: 41)

ASBAB NUZUL

Setiap kaum musyrikin yang diuraikan ayat-ayat yang lalu, yang isinya adalah
mempersekutukan Allah, dan mengabaikan tuntutan-tuntutan agama, memperlihatkan buruk
terhadap diri mereka, masyarakat dan lingkungan. Ini dijelaskan oleh ayat di atas dengan
menyatakan: Telah nampak kerosakkan di darat seperti kekeringan, hilangnya rasa aman, dan
di laut seperti ketertenggelaman, kekurangan hasil laut dan sungai, disebabkan kerana
perbuatan manusia yang derhaka, sehingga akibatnya Allah memberi sedikit hukuman kepada
mereka akibat dari perbuatan dosa yang telah mereka lakukan, agar mereka kembali ke jalan
yang benar.

Kata al-Fasad menurut al-Ashfahani adalah keluarnya sesuatu dari keseimbangan baik sedikit
mahupun banyak. Ayat di atas menyebut darat dan laut sebagai tempat terjadinya fasad itu. Ini
bererti daratan dan lautan menjadi tempat kerosakkan, misalnya terjadi pembunuhan dan
perompakan di kedua tempat itu, ini menunjukkan bahawa darat dan lautan telah mengalami
kerosakkan. Laut telah tercemar sehingga ikan mati dan hasil laut berkurangan. Daratan
semakin panas sehingga terjadi kemarau yang panjang.

Ibn ‘Asyur mengemukakan beberapa penafsiran mengenai ayat ini dari penafsiran yang sempit
sehingga yang luas. Makna terakhir yang dikemukakannya adalah bahawa alam ini telah
diciptakan oleh Allah dalam suatu sistem yang sangat serasi dan sesuai dengan kehidupan
manusia. Tetapi mereka melakukan kegiatan buruk yang merosakkan, sehingga terjadinya
kepenatan dan ketidakseimbangan dlam sistem kerja alam. Ulama ini kemudian mengingatkan
kita pada firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam sebaik-baik bentuk (fizikal dan mental),
lalu kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh.”
(Surah al-Tin [95]:4-7)

4
(M.Quraish Shihab.2003.m/s76-78)

PENGAJARAN

 Kita sebagai manusia yang dibekalkan akal dan merupakan khalifah di muka bumi ini
haruslah menjaga alam dengan sebaiknya supaya tidak berlaku kerosakkan alam dan
dapat menjejaskan keharmonian di antara makhlak Allah kerana Allah menciptakan
semua makhluk saling berkait.

 Masyarakat manusia yang menyimpang dari jalan lurus yang ditetapkan oleh Allah
hendaklah segera kembali ke jalan Allah agar tidak menimbulkan kesan negatif. Apabila
ia terjadi, maka akan lahir krisis dalam kehidupan bermasyarakat serta gangguan
interaksi sosial mereka seperti krisis moral, ketiadaan kasih sayang dan kekejaman.
Bahkan lebih dari ltu.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dosa dan pelanggaran (fasad) yang dilakukan manusia mengakibatkan


gangguan keseimbangan di darat dan di laut. Sebaliknya, ketidak seimbangan di darat dan di
laut, mengakibatkan siksaan kepada manusia. Demikian pesan ayat di atas. Semakin banyak
perosak terhadap lingkungan, semakin besar pula dampak buruknya terhadap manusia.
Semakin banyak dan beraneka ragam dosa manusia, semakin parah pula kerosakkan
lingkungan.

PENUTUP

Akhir kata, di dalam ayat ini, Allah menegaskan bahawa tidak seluruh akibat buruk perosak
alam itu dirasakan oleh manusia, tetapi sebahagiannya saja. Sebagai akibat buruk lainnya telah
diatasi Allah, diantaranya dengan menyediakan sistem dalam alam yang dapat menetralisir atau
memulihkan kerosakkan alam. Hal ini bererti bahawa Allah sayang kepada manusia.
Seandainya Allah tidak sayang kepada manusia dan tidak menyediakan sistem alam untuk
memulihkan kerosakkannya, maka pastilah manusia akan merasakan seluruh akibat perbuatan
jahatnya. Seluruh alam ini akan rosak dan manusia tidak lagi dapat memanfaatkannya,
sehingga mereka pun hancur.

(https://quranweb.id/30/41/ )

5
ADAB BERHIAS

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan


mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (dan
hendaklah mereka munutup dada mereka dengan penutup); dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka atau saudara-saudara mereka,atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba
mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
kanak-kanak perempuan yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan
mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya.”
(Surah an-Nur ayat 31)

TAFSIRAN

Setelah ayat yang lalu memerintah Nabi Muhammad SAW agar berpesan kepada orang-orang
mukmin lelaki, kini serupa ditunjukkan untuk disampaikan kepada wanita-wanita mukminah.
Ayat ini menyatakan katakanlah kepada waita-wanita mukminah: “Hendaklah mereka menahan
pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka “ sebagaimana perintah kepada kaum
lelaki mukmin untuk menahannya,dan disamping itu janganlah mereka menampakkan hiasan
yakni bahagian tubuh mereka yang dapat merangsang lelaki kecuali yang terlihat tanpa maksud
untuk ditampak-tampakkan seperti wajah dan telapak tangan.

Selanjutnya kerana salah satu hiasan pokok wanita adalah dadanya maka ayat ini melanjutkan
dan hendaklah menutup kain kerundung mereka ke dada mereka, dan perintah juga wahai Nabi
bahawa janganlah menampakan perhiasan yakni keindahan tubuh mereka, kecuali kepada
suami mereka kerana memang salah satu tujuan perkahwinan adalah menikmati hiasan itu ,
atau kepada ayah mereka kerana ayah sedemikiannya cinta kepada anak-anaknya sehingga
tidak mungkin timbul berahi kepada mereka bahkan ayah mereka selalu menjaga kerahmatan
anak-anaknya atau kepada bapa mertua kerana kasih sayangnya kepada anaknya menghalang
mereka melakukan perkara yang tidak baik kepada menantu-menantunya, atau anak-anak
lelaki mereka kerana anak mereka tidak memiliki berahi terhadap ibunya atau anak-anak lelaki
suami mereka yakni anak tiri mereka, kerana mereka bagaikan anak kandung mereka sendiri
atau wanita-wanita yang beragama islam. Hal ini kerana, islam melarang mereka menceritakan
rahsia tubuh wanita yang dilihat kepada orang lain.
6
ASBAB NUZUL

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Muqatil. Jabir bin Abdillah menceritakan bahawa Asma’ binti
Martsad ketika itu sedang berada di kebun kurmanya. Tiba-tiba beberapa wanita masuk ke
kebun tanpa mengenakan hijab, sehingga terlihat gelang di kaki mereka, juga terlihat dada dan
rambut mereka. Maka Asma berkata, “Alangkah buruknya hal ini! Maka Allah menurunkan ayat
ini.

Ibnu Jarir meriwayatkan dari seseorang yang berasal dari Hadhramaut bahwa seorang wanita
memasang dua gelang perak dang mengenakan batu kumala, lalu dia melalui di depan
sekelompok orang dan dia menghentakkan kakinya sehingga gelang kakinya melanggar batu
kumala dan mengeluarkan bunyi. Maka Allah menurunkan ayat, “Dan janganlah mereka
menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

PENGAJARAN

Muslimin dan muslimat wajiblah mematuhi segala perintah Allah SWT dengan menutup aurat
sepenuhnya dan selengkapnya seperti memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk
badan dan pakaian yang mematuhi syarak agar dapat melindungi diri daripada kejahatan
manusia dan azab Allah SWT.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, al-Quran dan as-Sunnah secara langsung melarang perbuatan aktif dan pasif
yang dilakukan seseorang apabila diduga dapat menimbulkan rangsangan berahi kepada lawan
jenisnya. Apapun bentuk perbuatan itu,meskipun bunyi gelang kaki juga dilarang, sehingga
dapat menimbulkan rangsangan kepada orang lain selain suami. Di sini tidak ada tawar-
menawar yang berlaku malah tarikan daripada bunyi tersebut dapat memberi kesan kepada
rangsangan lelaki.

PENUTUP

Sebagai akhirnya, penyataan yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pengampun lagi
Maha Penyanyang mengandungi erti bahawa Allah SWT mengampuni kesalahan mereka yang
lalu, juga dalam hal berpakaian. Oleh itu, segeralah kita bertaubat dan meninggalkan perkara-
perkara yang mendatangkan murka Allah SWT kepada diri kita sendiri. Setiap perintah yang
diturunkan kepada kita oleh Allah SWT adalah sebagai suatu panduan kepada umat Islam
untuk menjalani kehidupan di dunia.

7
PEGENALAN

Adab ialah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud budi pekerti yang
halus,tingkah laku yang baik,berbudi bahasa dan kesopanan. Firman Allah SWT yang
bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan(sekalian


makhluk).Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Bacalah.Tuhanmu
Yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Dia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-Alaq:1-5)
(http://www.restu-adab.com/about/ )

Berdasarkan petikan al-Quran tersebut maka tercetuslah adab iaitu akronim (gabungan
huruf-huruf pertama) dari ‘Ada Dakwat Ada Bicara’.Konsep asasnya adalah menjalinkan al-
Quran dan sunnah Rasulullah SAW untuk dipraktiskan dalam kehidupan masyarakat
seharian;seterusnya membentuk budaya negara. Masyarakat yang beradab akan membentuk
bangsa yang maju dan berbudaya tinggi.

Adab ini sebenarnya ialah perkara kedua yang Nabi S.A.W tekankan selepas iman.
Pentingnya adab ini,sehingga setiap anak harus menghormati ibu bapa, setiap yang muda kena
membantu orang tua, setiap orang harus memberi salam sesama kenalan ataupun bukan
kenalan,setiap yang miskin dibantu oleh yang berkemampuan, wanita harus dilindungi dan
anak-anak yatim dipelihara dan dijaga.

(https://kaimislam.wordpress.com/2015/05/25/kepentingan-adab-dalam-kehidupan/ )

Menurut kata-kata Imam al-Ghazali yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak beradab maka sesungguhnya ia tidak mengamalkan Syariah (dengan
sempurna), tidak beriman (dengan sempurna) dan tauhidnya (tidak sempurna. Meninggalakan
adab berarti tertolak oleh Allah Subahanahu Wata’ala.Maka barang siapa yang adabnya buruk,
maka ia tertolak dari pintu kebenaran “
(https://m.hidayatullah.com/artikel/tsaqafah/read/2018/07/19/146405/adab-dan-iman.html )

8
ADAD MEMELIHARA ALAM SEKITAR

1)Apakah maksud alam sekitar ?

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974), alam sekitar atau persekitaran
bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuklah tanah, air,
udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor sosial yang saling
bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal.

(http://web.usm.my/education/publication/hazura.pdf )

2) Sejauh manakah rasa tanggungjawab memelihara alam sekitar itu ada dalam diri manusia?

Perkara ini dapat dilihat daripada pelbagai bencana dan kerosakan alam sekitar yang berlaku di
seluruh dunia sekarang. Kerosakkan itu berpunca daripada sikap manusia sendiri seperti
membuang sampah merata-rata, membuang sisa buangan secara terus ke laut atau sungai,
melepaskan asap kilang tanpa tapisan, menceroboh hutansecara berleluasa,menjalankan
aktiviti pembangunan secara tidak terkawal dan melakukan pembakaran terbuka.

( https://m.malaysiakini.com/news/437235 )

3) Apakah bukti/hujah kerosakkan yang belaku kepada alam sekitar disebabkan oleh tangan
manusia ?

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Telah berlaku kerosakkan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia demikian
(supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakkan) yang mereka
lakukan,semoga mereka kembali bertaubat.
(Surah al-Rum ayat 41)
( https://enjournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/download/5444/3222/ )

4) Apakah contoh Nabi Muhammad S.A.W. menjaga alam ?

i) Rasulullah S.A.W. apabila mengutuskan tentera Islam untuk berjihad, baginda akan berpesan
antara pesanannya ialah tidak memotong atau memusnahkan pokok-pokok yang berbuah dan
juga membunuh haiwan-haiwan ternakkan pihak musuh.

ii) Rasulullah S.A.W. menyatakan tiga perkara yang menyebabkan seseorang itu dilaknat oleh
Allah salah satunya ialah membuang air besar ditempat sumber air serta tempat berteduh.

( http://garuda69.blogspot.com/2014/02/adab-menjaga-alam-pendidikan-quran.html?m=1 )

9
ADAB BERHIAS DIRI

1)Apakah maksud berhias diri?

Penjagaan anggota fizikal,pakaian dan perhiasan supaya kelihatan cantik dan menarik.

( http://umat66.blogspot.com/2011/107/pelajaran29-adab-berhias-diri.html?m+1 )

2) Adakah pakaian sutera boleh dipakai oleh lelaki?

Pendapat yang paling rajih ialah makruh. Dalilnya: HR Abu Isa atTermidzi (libas 1) dan Ibn
Majah (Libas 19) yang bermaksd:

“Lelaki dari umatku dilarang dari memakai sutera, tetapi dihalalkan kepada wanita”. Larangan
dalam hadis itu adalah makruh. Imam Abu Daud menjelaskan terdapat 20 orang sahabat yang
memakai sutera.
(https://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/lelaki-memakai-pakaian-dari-
sutera.html?m=1 )

3)Disebutkan dalam Al-Quran dengan jelas bagaimana diwajibkan seorang wanita memakai
pakaian di negara mana sahaja, masyarakat mana saja. Baik di negara Islam atau bukan Islam.
Saya ingin mengetahui bagaimana terkait dengan lelaki dan berpakaian di negara mana saja
dan di masyarakat mana saja. Baik di negara Islam atau bukan Islam?

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesungguhnya dua hal ini (sutera dan emas) diharamkan untuk lelaki dari umatku dan
dihalalkan untuk wanita”
(HR. Ibnu Majah, (3640).

Begitu juga tidak diperbolehkan memakai pakaian kulit haiwani kecuali telah disamak.
Sementara itu, jikalau pakaian di perbuat daripada sur (bulu biri-biri) atau rambur atau itu bersih
dan halal. Selain itu,diharamkan wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita dalam
pemakaian. Kerana Nabi S.A.W. melaknat kalangan lelaki yang menyerupai wanita dan para
wanita yang menyerupai lelaki

(https://islamqa.info/id/answers/36891/diantara-ringkasan-hukum-pakaian-untuk-lelaki )

10
ADAB BERKAWAN

1)Apakah yang dimaksudkan berkawan?

Kawan ialah orang yang sering mendampingi kita atau kita mengenalinya rapat selain kaum
kerabat, yang terdiri daripada rakan seagama atau berlainan agama. Selain itu,kawan boleh
merujuk kepada orang yang cenderung sifatnya dan sesuai dengan kita.

(https://www.slideshare.net/IzatieNazirahAbdulRozab/adab-berkawan-17077159 )

2) Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya :

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka
hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

i. Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulur tangan untuk memberi jasa baik atau
bantuanmu, di suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang
ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Serta,jika ia
mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

ii. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia
memberi, jikalau engkau diam, dia akan mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu
kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

iii. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan
selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang
berat dia suka mengushakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka
mengalah untuk kepentingan mu.

11
3) Apakah ciri-ciri kawan yang patut kita jauhi?

Di dalam kitab Al-Hikam ada menyebut:

“Jangan barkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah,
amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.Seseorang akan mengikut
pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus
didekati sebagai kawan (teman).”
Contoh:

 Sahabat yang tamak: Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang
banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

 Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau
salah, dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di
hadapan mu ia memuji dirimu tetapi di belakang mu ia merendahkan dirimu.

 Sahabat pemboros dan suka hiburan: Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka
berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat
hiburan dan petunjukan.

 Sahabat yang hipokrit: Ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau,


atau hal-hal mendatang , ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong
dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

4) Apakah jenis sahabat yang boleh membawa ke arah keredaan Allah S.W.T. ?

Menurut ahli syair pula:

“Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan
orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat bahaya persahabatan itu
saling pengaruh-mempengaruhi,percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali
untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan
sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti
binasa kerananya.

Oleh itu, hati-hatilah dalam memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi
seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

(http://khazinahqalbu-fatiniismadi.blogspot.com/2013/01/koleksi-hadis-tentang-sahabat.html?=1 )

12
Adab Makan dan Minum

1)Mengapakah di dalam adab makan Nabi SAW menyuruh umatnya menggunakan tangan
kanan ketika makan dan mengambil makanan yang terdekat terlebih dahulu?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.A :


. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Apabila salah seorang di antara
kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia
minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungghnya
syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan tangan
kirinya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri. Termasuk juga apabila kita
mengambil lauk pauk di dalam majlis hendaklah menggunakan tangan kanan dan bukan tangan
kiri kerana adat melayu yang mengambil lauk menggunakan tangan kiri (takut sudu kotor)
adalah tidak ikut sunnah.

Maksud makanan yang mengiringi adalah makanan yang terdekat kerana menjadi adab Islam
mengutamakan makanan yang berdekatan daripada mengambil makanan yang berdekatan
dengan rakannya. Selepas itu barulah ia mengambil makanan yang jauh sedikit daripadanya.

(https://www.facebook.com/notes/abu-basyer/soal-jawab-agama-siri-15-adab-bersukan-adab-
berdoa-hak-muslim-dan-lai/10151949729356040/ )

2) Apakah hukum makan dalam keadaan berdiri tanpa sebab tertentu (uzur)?

Permasalahan makan sambal berdiri adalah tempat ijtihad dikalangan ahli ilmu. Yang lebih
utama bagi seseorang jangan makan dan jangan minum melainkan dia dalam keadaan duduk.
Kalau memerlukan minum atau makan sambal berdiri maka keperluan itu dapat mengangkat
sesuatu yang makruh. Kalau tidak ada keperluan, hendaklah makan dan minum dalam kondisi
duduk. Maka ia akan lebih sopan, selesa serta menyihatkan tubuh badan.

( https://islamqa.info/id/answers/368968/hukum-makan-sambil-berdiri )

13
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

1)Apakah hukum menziarahi orang sakit ?

 Hukum menziarahi orang sakit ialah sunat mu’akkad iaitu sunat yang sangat dituntut.
Menziarahi orang  sakit tidak hanya  terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang
sakit sahaja, bahkan disunatkan  juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali
hatta musuh atau orang  yang pernah menyakiti kita. 

2) Apakah adab-adab yang perlu dijaga ketika menziarahi orang sakit ?

Antara adab-adab yang perlu dijaga ketika menziarahi orang sakit ialah:

 Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu  ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang
baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan
sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi
semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan

 Melakukan ziarah pada waktu yang sesuai. Jangan terlalu lama dan kerap  melakukan
ziarah  kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesusahan dan gangguan kepada orang
sakit, malah juga kepada orang sakit berhampiran sekiranya berada di rumah sakit. 
(https://www.facebook.com/notes/dakwah-al-quran-dan-as-sunnah/soal-jawab-akhlaq-
peliharalah-adab-ketika-menziarahi-pesakit/173763169333803/ )

14
ADAB TERHADAP IBU BAPA

1)Apakah di antara tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa mereka menurut perspektif
Islam?

 Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan
tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyentuh berkenaan
dengan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika
Bersama mereka. Berdasarkan soalan di atas, suka bagi kami untuk membahagikan
tanggungjawab tersebut kepada dua iaitu:

Semasa kedua ibu bapa masih hidup

 Berlaku baik kepada mereka dan tidak meninggikan suara dihadapan mereka. Firman
Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya
semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada
keduanya,atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan
mu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekali pun
perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakana lah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”
(Surah Al-isra’:23)
 Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka
mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.”
(Riwayat Muslim (1822) )
 Sentiasa berdoa kepada mereka. Perkara ini juga jelas berdasarkan sebuah hadis yang
sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang
bermaksud: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak
yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.”

(Riwayat Muslim (1631) )

15
Selepas kematian kedua ibu bapa:

 Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji,
nazar,dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas R.A.:

Maksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki ,lalu berkata: Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnyapuasa Ramadhan (meninggalkan
puasa ). Adakah aku perlu qada puasa bagi pihaknya?
Rasulullah SAW bersabda:”Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.”

(Riwayat Al-Bukhari (1953) )

 Sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibu
bapa nya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu dan doakanlah (untuk mereka,dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat
kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan mendidikku semasa kecil.
( Surah al-Isra’:24)
 Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa. Berdasarkan kepada umum nas,
daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia
menyambung pertalian silaturahim.”
(Riwayat Al-Bukhari (5986) )
 Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka.

 Tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibu bapa yang telah pergi dengan baik.

(https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3212-irsyad-al-hadith-siri-ke-356-
tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapa )

2) Bolehkah seseorang itu mendoakan keampunan bagi ibu bapanya yang telah meninggal
dunia sedangkan ibu bapanya merupakan orang bukan Islam?

Jika sekiranya ibu bapa yang meninggal itu terdiri daripada orang bukan Islam maka adalah
dilarang untuk mendoakan keampunan bagi mereka.

16
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tidaklah dibenakan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-
orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa
orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”
(Surah Al-Taubah,ayat 113)
3) Apakah hukum taat kepada ibu bapa yang bukan islam ?
Sebagaimana yang dijelaskan bahawa berbuat baik kepada ibu bapa itu merupakan fardu ain.
Maknanya, wajib setiap orang berbuat ihsan kepada mereka. Dan kewajipan ini tidak tentu
kepada ibu bapa yang beragama Islam sahaja. Malahan bagi sesiapa yang ibu atau bapanya
atau kedua-duanya bukan beragama Islam juga diwajibkan taat dan berbuat baik kepada
mereka, selama mana mereka tidak menyuruh anaknya berlaku syirik atau melakukan maksiat
serta perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan laranganNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang
tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah Al-Mumtahanah:ayat 8)
(http://m.facebook.com/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-akhlak-wahai-saudaraku-
berbuat-baiklah-kepada-ibu-dan-ayah/1282398338721681)

17
ADAB KEPADA AL-QURAN

1)Apakah adab dan etika membaca Al-Quran?

 Digalakkan bagi orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan suci. Jika membaca Al-
Quran dalam keadaan berhadas, maka hukum harus berdasarkan ijma’ul muslim.

 Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih dan terpilih.

 Memohon perlindungan dan mengucapkan: “A’uudzu billaahi minasy-syaithaanir rajim


(Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk) sebelum membaca Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Jika kamu membaca Al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari
syaitan yang terkutuk”
( Surah An-Nahl :98)
 Jika mulai membaca Al-Quran, maka hendaklah bersikap khusyuk dan menerangkan
maknanya ketika membaca. Dalil-dalilnya terlalu banyak untuk dihitung dan sudah
masyhur serta terlalu jelas untuk disebut. Itulah maksud yang dikehendaki, dan dengan
demikian itu dada menjadi lapang serta hati menjadi terang.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Ini adalah sesuatu kitab yang kami turunkan kepada mu penuh berat supaya mereka
memperhatikan ayat-ayatnya.”
(Surah Shaad: 29)
2) Apakah peraturan mengajar dan mempelajari Al-Quran?

 Mula-mula yang mesti dilakukan oleh guru dan pembaca adalah mengharapkan
keredhaan Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya amal-amal itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang
mendapat apa yang diniatkan.”
( Riwayat Shahihain (Bukhari dan Muslim) )

 Hendaklah pengajar tidak mengharapkan dengan pengajarannya itu sesuatu yang


diperlukan dari muridnya, sama ada berupa pemberian harta atau pelayanan, meskipun
sedikit dan sekalipun berupa hadiah yang seandainya dia tidak mengajarinya membaca
Al-Quran tentulah dia tidak di beri hadiah.
18
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengkehendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya


sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di
akhirat !”
( Surah Asy-Syuura: 20)

 Pengajar mesti memiliki akhlak yang baik sebagaimana di tetapkan oleh syarak,
berkelakuan terpuji dan sifat-sifat baik yang digalakkan oleh Allah. Seperti Zuhud
terhadap keduniaan, permurah dan budi pekerti mulia.

 Pengajar tidak menyombongkan diri kepada para pelajar, tetapi bersikap lemah-lembut
dan rendah hati terhadap mereka.

(Ramadhan Hakim.2002.m/s37-42 )

19
PENGAJARAN

Pengajaran yang kita dapat melalui tajuk adab ini ialah beradab amatlah penting dalam
kehidupan seharian kita. Hal ini telah ditegaskan oleh Abdullah Ibn al-Mubarak yang
bermaksud:

“Kita lebih memerlukan kepada adab (walau) sedikit berbanding ilmu yang menggunung ,”

( al-kitab al-Baghdadi,al-jam’li Akhlaq al-Rawi)

Selain itu, Imam Malik dikatakan sangat mengutamakan adab dalam pengajian beliau. Perkara
ini telah dinukilkan oleh anak murid beliau iaitu Abdullah Ibn Wahab yang bermaksud:

“Apa yang kami pelajari daripada adab Imam Malik itu lebih banyak dari apa yang kami pelajari
dari ilmunya.”
(al-Asbahani, Hilya al-Aulia’)

Seterusnya, al-Imam Malik dikatakan pernah menegur al-Imam al-Shafie yang dilihat seakan
bermain-main dengan jarinya ketika majlis pengajian hadis dijalankan kerana dilihat tidak
beradab. al-Imam Malik lalu memanggil al-Shafie untuk bertanya mengenai kelakuannya itu. al-
Shafie lalu menjawab “Wahai Tuanku, aku tidak bermain-main, tetapi aku menulis dengan air
liurku (di atas tapak tanganku) agar aku tidak lupa. Sesungguhnya aku adalah orang yang
miskin dan tidak mempunyai dirham untuk memberi kertas dan pen.” Lihatlah betapa seriusnya
al-Imam Malik dalam menjaga adab anak muridnya ketika pengajian ilmu sedang berjalan.

Kadang-kadang mungkin kita terasa lebih bijak dan pandai dari yang lain sehingga terlepas
aspek adab yang perlu dijaga. Semoga Allah membimbing kita semua dan mengurniakan kita
adab yang diredai Allah SWT.

20
KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat diambil adalah pendidikan yang diberikan kepada anak-anak dari
keluarga dan sekolah mahupun dalam lingkungan akan membentuk karakter dan masa depan
anak tersebut. Namun begitu, ibu bapa adalah insan yang paling akrab dalam kalangan anak-
anak dan banyak memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak. Oleh sebab iti, ibu bapa
perlulah menerapkan adab-adab yang diajarkan dalam Islam kepada diri anak-anak dari kana-
kanak hingga ke dewasa. Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. ISLAM amat
menekankan pendidikan adab di kalangan umat manusia kerana dengan adab, seseorang
mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian diri. Islam menetapkan
pelbagai adab seperti adab berguru, adab menjaga orang sakit, adab menziarah jenazah dan
adab-adab dalam pergaulan seharian. Dengan setiap perbuatan yang berlandaskan adab dan
akhlak yang baik maka seseorang itu dapat meraih kecintaan Allah SWT. Disamping itu, saya
menegaskan supaya masyarakat dapat Bersatu padu dalam menjayakan program-program
yang berkaitan adab . selain itu, saya berharap generasi kini lebih menitip beratkan hal adab
dalam diri sendiri supaya dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia dalam kalangan
masyarakat.

21
PENUTUP

Sebagai suatu rumusan, adab amat penting dalam kehidupan mukmin untuk melahitkan sifat
berdisiplin dalam diri masing-masing. Bahkanpara ilmuan Islam terdahulu amat menekankan
tentang pengajian adab sebelum mereka mempelajari ilmu. Oleh itu, jadikan amal kita ibarat
garam dan adab kita ibarat tepung. Yakni perbanyakkanlah adab seperti perbandingan
banyakkan tepung dan garam dalam satu adunan. Banyak adab dengan sedikit amal soleh
lebih baik daripada banyak amal dengan sedikit adab.

22
BIBLIOGRAFI

Google

( https://quranweb.id/30/41/ )

( http://www.restu-adab.com/about/ )

( https://kaimislam.wordpress.com/2015/05/25/kepentingan-adab-dalam-kehidupan/ )

( https://m.hidayatullah.com/artikel/tsaqafah/read/2018/07/19/146405/adab-dan-iman.html )

( http://web.usm.my/education/publication/hazura.pdf )

( https://m.malaysiakini.com/news/437235 )

( https://enjournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/download/5444/3222/ )

( http://garuda69.blogspot.com/2014/02/adab-menjaga-alam-pendidikan-quran.html?m=1 )

( http://umat66.blogspot.com/2011/107/pelajaran29-adab-berhias-diri.html?m+1 )

( https://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/lelaki-memakai-pakaian-dari-
sutera.html?m=1 )

( https://islamqa.info/id/answers/36891/diantara-ringkasan-hukum-pakaian-untuk-lelaki )

( https://www.slideshare.net/IzatieNazirahAbdulRozab/adab-berkawan-17077159 )

( http://khazinahqalbu-fatiniismadi.blogspot.com/2013/01/koleksi-hadis-tentang-sahabat.html?=1
)

( https://www.facebook.com/notes/abu-basyer/soal-jawab-agama-siri-15-adab-bersukan-adab-
berdoa-hak-muslim-dan-lai/10151949729356040/ )

( https://islamqa.info/id/answers/368968/hukum-makan-sambil-berdiri )

( https://www.facebook.com/notes/dakwah-al-quran-dan-as-sunnah/soal-jawab-akhlaq-
peliharalah-adab-ketika-menziarahi-pesakit/173763169333803/ )
( https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3212-irsyad-al-hadith-siri-ke-356-
tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapa )

( http://m.facebook.com/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-akhlak-wahai-saudaraku-
berbuat-baiklah-kepada-ibu-dan-ayah/1282398338721681 )

23
BUKU

Ramadhan Hakim.2002.Adab Kepada Al-Quran.Kuala Lumpur.Jasmin Enterprise.

M.Quraish Shihab.2003.Tafsir Al-Mishbah:Pesan,Kesan dan Kerasaan Al-


Qur’an,Jilid11.Jakarta.Lentera Hati.

24

Anda mungkin juga menyukai