Anda di halaman 1dari 7

Kemuliaan dan Keistimewaan Wanita Hamil Dalam Islam:

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para


malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan
dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk
bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti
keadaan ibunya melahirkannya.

Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.

Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam
hari.

Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap
kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia


dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala
daripada tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun,


maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. (ni
azam Sally untuk kali ni...)

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak
selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya
yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia
hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Amalan-amalan Wanita Hamil Mengikut Islam

Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:

Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.

Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.

Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.

Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan
tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Surah al-Fatihah

Surah Yaasin

Surah Kursi

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap
hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang
tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan
apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun
dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya)

Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang
satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),
untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami
mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta
teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat
(dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan
berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami
nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah


Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan


menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari
kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri
janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang


dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.

Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang
berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam
(yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan caracara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan
baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan


dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu
dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan


padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah
sedikit kamu bersyukur.

Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang


menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan
anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang
berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri
dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Profesor Madya Aisyah Mohd Zain juga berkata, buah kurma mampu
memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang
dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran


Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteriisteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah
kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal
dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman,
bertakwa dan berakhlak mulia.

Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya
benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang
halal.

Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan
tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin
kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik
beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu
yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu
menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahanperubahanyang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya
keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu
yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang,
perasaan agak terganggu (sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana
bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini
para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi
dorongan yang kuat kepadanya

Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam
Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia
berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran
dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi
dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil
mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu. Bukan
peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

Anda mungkin juga menyukai