Anda di halaman 1dari 4

KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN

JASMANI
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang
merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui
Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri
pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif
dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan
berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat
menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam
pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina.
Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan
kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu,
matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan
kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan
matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan
keseluruhan kanak-kanak.

Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di
sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor.
Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan
insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah
Abu Samah,1993).



Apa yang anda faham dengan pendidikan jasmani?
i . Konsep / Definisi
-Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan
untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan
pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams
(1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti
fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk
perkembangan mental dan sosial.
-Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor,
kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua
aktiviti fizikal.
(Pettifor, 2005)


ii. Objektif
-Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal
dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara
utama :Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh
diamalkan dalam kehidupan seharian
-Untuk memahami apa yang hendak dilakukan
-Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu
sumbangannya terhadap masyarakat
-Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah.
-Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat
-Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam
program.

iii. Matlamat Pendidikan Jasmani
-Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif
terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat
-melahirkan pelajar yang cergas dan produktif

iv. Sejarah pendidikan jasmani
- Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat
yang besar:
1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum
kedatangan pengaruh Barat.
2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan
pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini
berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

-Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem
yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan
pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh
itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani.

-Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan
Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni
Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School
yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S
Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan
jasmani tidak dijalankan lagi.

-Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang
formal walaupun pelajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidak formal.
Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang
membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha
pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

-Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru
yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar
pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani
untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk
pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan
pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah
diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical
Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang
dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan
rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam
perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal
untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab
Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan
Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-
peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

-Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris
dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama
merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah,
sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang
serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola
sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton
paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara
untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian,
Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan
pilihan utama di Kirby.

-Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford,
England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak
tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan
Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan
dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI
dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

-Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah
Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak
lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan
Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti
dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun
1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2
bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana
memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek
moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

Anda mungkin juga menyukai