Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA: AIMI RAHIMAH BINTI DARASID (D2)

TARIKH: 30 MAC 2020

Arahan:
Guru perlu mengamalkan sikap profesionalisme pada setiap masa.
Pilih satu isu semasa yang terdapat dalam bidang pendidikan di Malaysia. Bincangkan
isu tersebut dan buat hubung kait isu tersebut dengan amalan profesionalisme
keguruan.

Isu semasa berkaitan amalan profesionalisme keguruan

Sikap profesionalisme guru merangkumi amalan profesional seperti amalan refleksi,


penulisan jurnal refleksi dan pembinaan portfolio. Kualiti peribadi pula merangkumi
sikap dan sahsiah, interpersonal dan intrapersonal, integriti dan akauntabiliti guru,
hubungan profesional, komunikasi, kolaborasi dan etika profesion keguruan. Isu
semasa yang bercanggah dengan amalan profesionalisme guru ialah guru bertindak
membelasah seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah. Perkara ini
amatlah bertentangan dengan amalan profesionalime keguruan yang mementingkan
guru bertindak secara berhemah sekiranya mahu mengambil tindakan atas kesalahan
pelajar. Sewajarnya, guru tersebut berhubung dengan pelajar terlebih dahulu dan
meminta penjelasan terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Sekiranya pelajar
tersebut ingkar untuk berbincang, maka masalah tersebut haruslah diserahkan kepada
Unit Disiplin dan Kaunseling untuk diselasaikan. Tindakan yang diambil oleh guru
tersebut telah menjatuhkan maruah sekolah dan mencemarkan imej guru. Oleh itu,
setiap guru perlulah akur dan menghayati amalan keguruan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan tindakan yang diambil melanggar
Kod Etika Keguruan.

Anda mungkin juga menyukai