Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Membaca

1. Konsep
- kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambing-lambang itu semula
kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh
tulisan itu
- membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk
memahami makna daripada teks yang bercetak
- keupayaan individu untuk memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap makna
dan memahami apa yang dibaca
- keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual, menghubungkan sesuatu bentuk
huruf dengan bunyi dan makna seterusnya memahami dan mentafsir maksudnya

2. Proses
- mengecam perkataan
- memilih makna yang sesuai.
- menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
- menyusun idea.
- membuat generalisasi.
- membuat penilaian.

3. Tujuan
- Mengenali dan membezakan huruf-huruf, menyebut nama dan membunyikan huruf
- Membaca sebutan, nada dan intonasi yang betul serta sesuai
- Melatih murid membaca senyap dan memahami isi bahan serta menyatakan semula
kandungan yang dibaca dengan betul
- Menggunakan bahasa yang betul dan tepat secara lisan mahupun bertulis
- Menuturkan ayat yang gramatis, memahami maknanya dan meluaskan kosa kata
4. Jenis-jenis bacaan
i. Bacaan mekanis
bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca
mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan
dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak
membebankan fikiran.

ii. Bacaan mentalis


dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek
kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan
dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.

iii. Bacaan intensif


bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam
meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping
itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama
dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

iv. Bacaan ekstensif


bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar
kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek
terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah
kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan
membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi
penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat
kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Sharifah Wahab.

Anda mungkin juga menyukai