Anda di halaman 1dari 2

mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang

jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul
dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan
di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Penggunaanya adalah
untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan
dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi
bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis
lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan
dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak
diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-
murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan


kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta penggunaan
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama
dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca


yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada
beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan,
menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan
kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan
memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid
akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu
pengetahuan.
Bacaan mekanis sesuai bagi murid tahap satu kerana murid dapat ….
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan jelas. Cth ; (pada suatu hari, ada seorang pegembala
kambing yang suka menipu………)

(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata
dan juga apabila menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula
berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.

(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.

(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca


bersuara.

(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan

Anda mungkin juga menyukai