Anda di halaman 1dari 3

Analisis Pemikiran dalam Nazam Kehidupan

NAZAM KEHIDUPAN
Kehidupan adalah anugerah
Anugerah yang diberikan Allah
Hendaklah bersyukur kita selalu
Untuk menenangkan kalbu
Ibarat air di waktu subuh
Sejuk dan suci laksana penyembuh
Pemikiran
Kehidupan adalah anugerah di sini bermaksud
kehidupan di akhirat yang akan dianugerahkan
kepada hamba Allah yang bertakwa iaitu anugerah
syurga. Untuk mendapatkan syurga kita perlu
menggunakan kehidupan di dunia untuk peroleh
anugerah syurga. Untuk memperoleh syurga, kita
perlu bersyukur. Cara bersyukur adalah dengan
sentiasa ingat kepada Allah. Jika kita ingat kepada
Allah, hati kita menjadi tenang. Jika hati kita
sentiasa ingat Allah atau sentiasa bersyukur, pasti
walaupun sejuta masalah yang dihadapi dapat
ditangani kerana hati yang tenang sentiasa ingat
segala masalah Allah yang beri, dan segala masalah
ada jalan penyelesaiannya. Waktu subuh adalah
waktu segar sepertimana embun yang baru wujud,
macam tu juga hati kita sejuk dan suci jika kita mula
dengan pagi mengingati pemberi rezeki. Segala duka
di hati dapat sembuh dengan ingat kepada yang esa.

Jangan biarkan ia keruh


Jangan hadapi dengan keluh
Pemikiran
Hati ini perlu dijaga dengan suci, jangan masukkan
segala kekotoran dalam hati. Jangan masuk segala
hasad dengki dalam diri. Hati yang ada Allah tak
mungkin akan masuk benda kotor kerana dalamnya
ada kesucian. Hidup yang kita perlu usahakan ini
jangan dibiar begitu sahaja tanpa kebaikan. Hidup
ini perlu diselitkan dengan tujuan. Jika kita ada
tujuan, dan tujuan itu berteraskan kepada Allah,
sudah pasti jalan kehidupan yang kita lalui itu akan
penuh dengan hikmah. Untuk mendapat hikmah
kita perlu ikhlas dalam melaksanakannya.
Jika tak pandai berpedoman
Jatuh ke jurang curam dan terjal
Pemikiran
Jika kita salah arah tujuan hidup, bagaimana nak
dapat anugerah daripada pemilik alam. Jika kita
biarkan diri terpesong tanpa tujuan yang benar,
pasti kita akan jatuh ke lembah kehinaan.

Bentengi diri dengan iman


Agar tak risau ketika ajal
Pemikiran
Oleh itu, kita perlu kuatkan diri dengan meletakkan
segala tujuan hidup kita hanya kepada Allah kerana
itu lah iman, dan jangan letakkan segala
pengharapan dihadapan kecuali Allah. Jangan
pandang kudrat manusia melebihi kudrat yang
maha esa. Jika kita letakkan seluruh kehidupan ini
kepada Allah nescaya kita tak bimbang untuk
kehidupan akhirat yang selamanya.

Anda mungkin juga menyukai