Anda di halaman 1dari 40

PBK 3093 ETIKA KAUNSELING

PERUNDANGAN DAN PROSEDUR


DISEDIAKAN OLEH,
CHONG CHUEY MIIN
GEEVANYA
HOO FON YEAN
KALPANA

Perundangan dan prosedur


tentang hak-hak klien dan
kaunselor dalam amalan
profesional bimbingan dan
kaunseling

AKTA KAUNSELOR 1998


PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (KELAKUAN DAN
TATATERTIB) 1999

Pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah


seksyen 49 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), Menteri,
selepas berunding dengan Lembaga Kaunselor,
membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Bahagian 1
PERMULAAN
1.Nama dan permulaan kuat kuasa
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Kaunselor(Kelakuan dan Tatatertib) 1998
Peraturan-peraturan ini mula berkuatkuasa pada 31 Disember 1999
2.Pemakaian
Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang kaunselor
berdaftar yang didaftarkan di bawah akta ini.
Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini akan
mengakibatkan
seseorang kaunselor berdaftar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Bahagian -II
KELAKUAN
3.Tatakelakuan
Seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta
Kaunselor 1998 dan
melaksanakan tugasnya dengan wajar.
Dalam mempertahankan dan mengekalkan maruah, tahap dan
reputasi seseorangkaunselor, seseorang kaunselor berdaftar
hendaklah :-

sentiasa mengutamakan kepentingan kliennya dan tidak memperalatkan klien untuk


kepentingan dirinya sendiri ;
menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi
semasa kaunseling sebagai rahsia melainkan jika mengikut budi bicara kaunselor
maklumat yang diperolehi boleh dianggap membahayakan klien atau orang lain di
persekitarannya;
memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya;
memberitahu klien tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan diri dan tingkah
lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuat
oleh klien kemudiannya;
menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling yang diberikan; dan merujukkan klien kepada pakar yang relevan sekiranya
kaunselor berdaftar itu mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar
bidang kepakaran kaunselor berdaftar itu.

Mengenai tanggungjawab seseorang kaunselor berdaftar kepada


organisasi danmajikannya, seseorang kaunselor berdaftar hendaklah
menjelaskan tahap kepakaran dan kecekapannya dalam bidang kaunseling
kepada majikan dan organisasinya;hendaklah menjalin hubungan antara
perorangan dan persetujuan dengan penyelia dan kakitangannya
berhubung dengan aspek kerahsiaan maklumat yang diterima, perbezaan
antara fakta umum dan peribadi, beban kerja dan kebertanggungjawapan
sebagai seorang kaunselor; dan hendaklah membenarkan dirinya dinilai
secara professional oleh Lembaga dari masa ke semasa.

4.Pemberitahuan perkhidmatan persendirian


Seseorang kaunselor berdaftar, dalam memberikan maklumat
mengenai amalan persendiriannya, hendaklah menzahirkan
Kelulusannya yang tertinggi dalam kaunseling atau bidang yang
berkaitan;
Status perakuan amalan dan nombor pendaftarannya;
Jenis perkhidmatan kaunseling yang akan diberi; dan
Alamat tempat amalan persendiriannya.

5.Bayaran untuk urusan merujuk


Seseorang kaunselor berdaftar tidak boleh mengenakan sebarang fi ke atas kliennya
atas urusan merujuk klien kepada mana-mana ahli professional yang relevan.
6.Kelayakan dan latihan
Seseorang kaunselor berdaftar yang bertanggungjawab dalam bidang melatih
kaunselor hendaklah mempunyai kelulusan dalam bidang yang diajarnya.
Seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi garis panduan yang ditetapkan
oleh Lembaga berkenaan dengan latihan praktikal, peranan pelatih dan pengajar.
Seseorang kaunselor berdaftar yang terlibat dalam latihan hendaklah menerangkan
kepada pelatih keperluan dan kandungan program latihan serta peluang kerjaya
dalam kaunseling sebelum latihan dimulakan.

7.Ujian kaunseling dan psikologi


Seseorang kaunselor berdaftar tidak boleh mentadbir dan mentafsir
ujian-ujiankaunseling dan psikologi di mana dia tidak berkemahiran
ataupun cekap melakukannya. Klien hendaklah diberitahu mengenai
kegunaan keputusan ujian kaunseling sebelum ujian dilakukan,
melainkan jika pengecualian eksplisit hak tersebut telah dipersetujui
terlebih dahulu oleh klien.
Seseorang kaunselor berdaftar yang memberikan khidmat ujian
hendaklah memberi penerangan yang lengkap kepada klien
mengenai ujian yang akan dijalankan ke atasnya supaya keputusan

Salah Laku Dalam


Amalan Kaunseling

Salah
Laku
SALAH LAKU mengikut kamus Oxford Fajar edisi ketiga
bermaksud kelakuan yang tidak sopan atau berkelakuan
buruk atau menguruskan sesuatu dengan tidak cekap.
salah laku yang berlaku di sesebuah organisasi di mana
seseorang pekerja itu menguruskan kerjanya dengan
tidak cekap

Dari tahun 1994 hingga 2003, rekod menunjukkan bahawa


tindakan tatatertib yang diambil ke atas psikologis/kaunselor
di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan:
Pelanggaran sempadan seksual
Perhubungan bukan seksual yang beraneka/multiple
Masalah insuran dan fi
Hak penjagaan anak
Pecah rahsia
Melakukan amalan di luar sempadan kompetensi
Meninggalkan klien(abandonment)
Diagnosis yang tidak cukup

Dari kajian yang lain, didapati salah laku


berikut telah berlaku:
Kerana didapati bersalah melakukan jenayah
Menipu
Penyimpanan rekod yang tidak sempurna
Penyeliaan yang tidak betul atau tidak mencukupi
Keuzuran
Gagal mematuhi keperluan pendidikan lanjutan
Menipu semasa memohon lesen amalan

Salah laku boleh berlaku jika:


Prosedur yang digunakan oleh kaunselr diluar skop amalan
profesional/amalan konvensional yang diterima;
Kaunselor menggunakan kaedah rawatan yang ia sendiri
tidak terlatih di dalamnya/ tak ada kompetensi;
Kaunselor tidak menggunakan kaedah yang mungkin lebih
berfaedah dan berkesan;

Salah laku dan tindakan yang harus diambil bagi


mengelak daripada SAMAN salah laku.
Kegagalan untuk mendapatkan atau mendokumentasikan persetujuan
termaklum:

Kaunselor hendaklah mempunyai dokumen atau bukti yang proses
kaunseling dan rawatan yang akan dilalui oleh klien difahami dan
diterima oleh klien, sama ada dalam bentuk tulisan ataupun dalam
bentuk lisan (rakaman).

Meninggalkan (abandonment)klien dan penamatan pramatang (premature


termination):

Penamatan di definisikan sebagaithe ethically and clinically appropriate

process by which a professional relationship is ended "/ melakukan


proses penamatan perhubungan kaunseling secara etika dan klinikal,
manakala meninggalkan klien pula di definisikan sebagai " the failure of

the

psychologist

to

take

the

clinically

indicated

and

ethically

appropriate steps to terminate a professional relationship" / kegagalan


terapis mengambil langkah-langkah klinikal dan etika yang sesuai untuk
menamatkan sesuatu perhubungan profesional.

Langkah-langkh yang perlu diambil oleh kaunselor bagi


mengelakkan"abandonment":
Kaunselor perlu merekod bagaimana penamatan dilakukan dengan
bukti yang jelas yang hubungan profesional ditamatkan secara
profesional.
Hendaklah juga:
Direkodkan siapa yang meminta ditamatkan.
Bagaimana permintaan untuk menamatkan perhubungan dikendali.
Setakat mana matlamat awal tercapai.
Dan apakah usaha membuat rujukan jika sesuai.

Langkah-langkh yang perlu diambil oleh kaunselor bagi


mengelakkan"abandonment":
Klien hendaklah dimaklumkan tentang penamatan, bila ia
akan dilakukan dan klien hendaklah dilibatkan di dalam
keputusan ini.
Jika matlamat sudah dicapai, maka sesuailah penamatan
dilakukan, dan dengan cara ini, tindakan undang-undang
tidaklah akan berlaku.

Penamatan pramatang boleh berlaku sekiranya:


Fi tidak dijelaskan oleh klien ataupun syarikat insurannya.
Kaunselor sedar yang ia tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan.
Klien tidak berkembang ke arah mencapai matlamat.
Klien tidak mempunyai motivasi atau komitment untuk berusaha
mencapai matlamat.
Kaunselor tidak hadir secara tiba-tiba.

Tindakan berikut boleh ditafsirkan sebagai meninggalkan


klien:
Gagal untuk membuat tindakan susulan apabila klien dimasukkan ke dalam
hospital.
Sukar untuk dihubungi antara sesi.
Gagal untuk bertindak balas terhadap permintaan semasa kecemasan.
Gagal untuk menyediakan terapis ganti sewaktu bercuti.
Kaunselor menamatkan perhubungan profesional secara unilateral dan
penamatan ini telah menyebabkan kemudaratan kepada klien.
Kaunselor menamatkan perhubungan profesional kerana jumlah sesi yang
diperuntukkan sudah tercapai, dan bukan kerana keperluan terapeutik klien.

Salahlaku seksual dengan klien:


Melanggar sempadan seksual antara klien dengan kaunselor
merupakan salah laku yang amat kerap berlaku dan sering menjadi
punca bagi tindakan undang-undang.
Hubungan seksual antara kaunselor dan klien tidak akan dianggap
sesuai sampai bila-bila pun.
Persetujuan klien untuk mengadakan hubungan seksual tidak boleh
dijadikan alasan untuk membela diri dalam kes salah laku.

Melakukan amalan terapi yang jauh berbeza dengan


amalan konvensional
Jika kaunselor menggunakan prosedur terapi yang luar biasa,
mereka telah mendedahkan diri mereka kepada risiko.
Mereka bertanggungjawab untuk menjelaskan rasional bagi teknik
baru yang mereka amalkan.
Jika dapat dibuktikan bahawa amalan mereka jauh tersimpang
daripada amalan biasa yang diamalkan oleh kebanyakkan profesional,
mereka terdedah kepada bahaya salah laku.

Melakukan amalan diluar skop kompetensi

Kaunselor hendaklah merawat klien mereka dengan


kompetensi yang mereka miliki.
Jika mereka cuba mengamalkan sesuatu yang diluar
kompetensi mereka, dan jika klien mengalami
kemudaratan disebabkan oleh amalan ini, tindakan
undang-undang boleh diambil oleh klien ke atasnya.
Justeru kerana itu, eloklah kaunselor menggunakan
teknik dan kaedah-kaedah yang mereka kompeten di
dalamnya.

Salah diagnosis
Jika dapat dibuktikan bahawa kaunselor tidak mempunyai kompetensi yang
cukup, ia boleh didakwa sebagai melakukan salah amalan.
Biasanya mahkamah tidak akan menyoal tentang diagnosis kaunselor, tetapi
jika dari rekod kaunselor dapat ditunjukkan yang diagnosis tidak diperlukan,
dan ianya dilakukan dengan cara yang kurang piawai, kaunselor boleh didakwa
melakukan salah amalan.
Jika ini berlaku, mahkamah akan menyoal kaunselor samada ia telah
menggunakan prosedur penaksiran yang sesuai dan telah membuat diagnosis
yang betul.
Calfee (1997) mengesyorkan agar seseorang klien itu diwajibkan menjalani
pemeriksaan fizikal oleh doktor bagi memastikan yang masalahnya itu bukan
berpunca dari ketidakfungsian biologi.

Ingatan yang ditekan atau palsu


Sesuatu ingatan dianggap palsu jika ia diperolehi melalui suatu
bentuk intervensi yang belum pernah diuji.
Terdapat kes dimana kaunselor didakwa dan klien diberi pampasan
berjuta dollar kepada seorang wanita yang mendakwa beliau
mengalami kemudaratan lantaran ingatan palsu yang telah
di"induce"setelah psikatrisnya mencadangkan yang ia mengalami
"multiple personality disoder yang dihasilkan oleh keganasan
seksual oleh adik beradiknya yang melakukan keatasnya berulanulang kali.
Tidak dapat dinafikan bahawa cara kaunselor menyoal kliennya
terutama kanak-kanak, boleh mempengaruhi ingatan mereka.

Hukuman dan tindakan bagi


salah laku dan amalan dalam
bimbingan dan kaunseling

Jika kaunselor didapati bersalah terhadap aduan , maka Jawatankuasa


Tatatertib boleh mengenakan mana - mana satu atau mana - mana
kombinasi hukuman tatatertib berikut:
(i) kaunselor itu dicela;
(ii) kaunselor dikehendaki mengikuti kursus Kod Etika Kaunselor yang
ditetapkan oleh Lembaga;
(iii) kaunselor dikenakan denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit;
dan/atau
(iv) nama kaunselor itu digantung dari Daftar bagi tempoh yang tidak
melebihi satu tahun;

(a) suatu kesalahan yang melibatkan fraud,


ketidakjujuran atau keburukan akhlak;
(b) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan rasuah;

Pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun sama


ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan
kepada denda atau sebagai ganti denda;

(c) jika pendaftaran kaunselor berdaftar diperoleh melalui fraud atau


salah nyataan; atau kaunselor berdaftar menjadi bankrap,

memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar


itu dikeluarkan dari Daftar.

a) Kaunselor berdaftar telah menawarkan atau menerima suatu


komisen yang pada pendapat Jawatankuasa Tatatertib ialah suatu
komisen haram; atau

b) Kaunselor berdaftar telah melanggar mana-

mana peruntukan

AKTA KAUNSELOR 1998 atau mana-mana peraturan yang dibuat di


bawah AKTA KAUNSELOR 1998, mengenakan mana-mana satu
atau mana-mana kombinasi hukuman tatatertib yang berikut:

memerintahkan

supaya nama kaunselor berdaftar itu dikeluarkan dari

Daftar;
memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu digantung dari
Daftar bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun;
memerintahkan pengenaan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit;
memerintahkan supaya kaunselor berdaftar itu dicela.

Analisis isu-isu salah laku


dan amalan dalam
bimbingan dan kaunseling

ISU ETIKA GURU BK

Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah


dipetik dari Berita Harian yang bertajuk'NUTP Dedah
Salah Laku Guru Wanita', terbaca satu isu yang berkaitan
kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Berdasarkan
artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru tersebut
didakwa mengusik pelajar lelaki terutamanya yang
memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik.
Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan.

ANALISIS ISU

HUKUMAN KEPADA PESALAH


Berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan perkhidmatan
Awam Malaysia menyatakan, seseorang Pegawai Awam yang didapati
melakukan gangguan seksual, boleh dikenakan tindakan tatatertib
kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d),
Peraturan Pegawai Awam yang memperuntukkan Seseorang pegawai
tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau
mencemar nama perkhidmatan awam.
Selain itu, seseorang Pegawai Awam juga yang didapati bersalah
melakukan gangguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau
apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung
kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan
Pegawai Awam iaitu mendapat amaran, denda,lucut hak emolumen,
tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.

KOD ETIKA YANG BERKAITAN

Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah guru tidak
harus berkelakuan begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan
kehilangan kepercayaan orang ramai. Guru seharusnya
menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi,
tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri
ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu
pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan
dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik
minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguhsungguh.Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku
guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia
memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan

Setiap penjawat awam terutamanya guru yang


mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan
bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya
lebih mengutamakan kepentingan orang ramai
khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu
mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan
isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej
profesion perguruan.

Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu


mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada
profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang
sepatutnya menjadirole model.Antara impaknya
termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi,
impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan
sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya.
MenurutAmerican Psychological Associationpada tahun
1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat
selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah
kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering
menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami
perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami

Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang


melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan
murid menjadi renggang di mana semua murid akan
menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru
tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat
untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu
hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah
kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru
tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah
jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya.

Rujukan
http://kamigurumalay.blogspot.com/2012/08/isu-keguruan.html
http://
onyx.uitm.edu.my/aktif/ecounseling/student/ecounseling.nsf/aktacounselor

Anda mungkin juga menyukai