Anda di halaman 1dari 25

KEMAHIRAN

ASAS

KAUNSELING
DEFINISI KAUNSELING:
( Shertzer & Stone )

Kaunseling ialah proses interaksi yang


membantu seseorang menggerakkan
pemahaman yang bermakna terhadap dirinya
dan persekitaran untuk menghasilkan
tingkah laku dan matlamat yang lebih baik
untuk masa depan.
KEMAHIRAN MELAYAN DAN
MENDENGAR DAN MEMIMPIN
DALAM PROSES KAUNSELING

KEMAHIRAN
KEMAHIRAN VERBAL NON –VERBAL
( LISAN ) ( TANPA LISAN )

ASAS KEMAHIRAN
KAUNSELING
KEMAHIRAN MELAYAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
KEMAHIRAN MEMIMPIN
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PROSES KAUNSELING
MENYEDIAKAN PRASESI MENAMATKAN SESI

MEMBINA MENGAMBIL
HUBUNGAN TINDAKAN

PENSTRUKTURAN MEMBINCANG
ALTERNATIF

PENEROKAAN MENGENALPASTI
MASALAH
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PROSES KAUNSELING
MENYEDIAKAN PRASESI MENAMATKAN SESI
( PERINGKAT BONGSU ) (PERINGKAT SULUNG)

MEMBINA HUBUNGAN MENGAMBIL TINDAKAN


( PERINGKAT BONGSU ) (PERINGKAT SULUNG)

PENSTRUKTURAN MEMBINCANG ALTERNATIF


(PERINGKAT MUDA) (PERINGKAT SULUNG)

PENEROKAAN MENGENAL PASTI MASALAH


(PERINGKAT MUDA) (PERINGKAT MUDA)
PRASESI
 Sebelum menemui klien, PRS perlu
mengetahui serba sedikit tentang latarbelakang
klien dan permasalahannya.
MEMBINA
HUBUNGAN

 Pandangan pertama ( first impression )


 Menyambut kehadiran klien
 Melayan dengan mesra
PENEROKAAN
 Memahami permasalahan yang dibawa oleh klien

 Pemikirannyakah?

 Perasaanyakah?

 Perlakuannyakah?

 Pengalamannyakah?
PENSTRUKTURAN

 Meyakinkan klien bahawa anda bersedia


membantu dan menjaga kerahsiaan masalahnya
dengan syarat apa yang dibincangkan tidak
membahayakan dirinya dan orang lain.
MENGENALPASTI
MASALAH
 Klien perlu dibantu supaya dia boleh melihat punca
masalah tersebut bagi memudahkan proses
membantu.

 Masalah mungkin berpunca dari 3 faktor utama


iaitu:

 Diri sendiri
 Orang lain , tetapi melibatkan dirinya
 Takdir
MEMBINCANG
ALTERNATIF

 Alternatif ialah pilihan-pilihan yang


berkemungkinan bagi menyelesaikan masalah
yang telah dikenalpasti puncanya.
MENGAMBIL
TINDAKAN

 Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu


disusuli dengan tindakan
PENAMATAN
 Setelah puas hati dengan tindakan yang dipilih
dan permasalahan dapat diselesaikan maka
sesi menolong boleh ditamatkan.
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
(TANPA LISAN / NON VERBAL)

1. Pandangan mata ( Eye Contact )


2. Memek muka
3. Senyuman
4. Kedudukan Badan
5. Anggukan
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
(LISAN / VERBAL)

 Soalan Terbuka
 Soalan Tertutup
 Meminta Penjelasan
 Dorongan Minima
 Parafrasa
 Refleksi
 Membuat Rumusan
 Konfrontasi
 Kesenyapan
 Memberi Maklumat
 Memimpin atau Fokus
1.MEMBINA HUBUNGAN
1.1: KEMAHIRAN MELAYAN:

 Kesedian PRS samada secara lisan atau bukan lisan untuk menerima kehadiran
klien tanpa syarat.
2. PENSTRUKTURAN

 Kerahsiaan – agar klien merasa selamat dan


yakin
 Masa – had masa yang ditetapkan
3.PENEROKAAN
3.1: Memulakan Perbualan:

 Soalan Tertutup
 Sudah makan?
 Awak sihat hari ini?

 Soalan Terbuka
 Boleh awak ceritakan kepada saya
bagaimana perkara itu boleh berlaku
3.PENEROKAAN
3.2: Penjelasan:
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut dari
seseorang tentang sesuatu perkara.Biasanya anda boleh
mengemukakan soalan-soalan terbuka.

 CONTOH:
 Apa yang Siti maksudkan dengan orang itu sungguh
menakutkan?
 Saya kurang jelas dengan Afifah maksudkan saya
sungguh lemas dengan kerja-kerja rumah?
3.PENEROKAAN
3.3: Dorongan Minima:
terus bercakap
Menggalakan individu untuk
di samping menunjukkan bahawa anda sedang mendengar
bersungguh-sungguh.

 CONTOH:
 Mengangguk-anggukkan kepala
 Menyebut “ Ya . … Teruskan…
3.PENEROKAAN
3.4: Parafrasa:
Untuk menunjukkan bahawa anda faham mesej yang disampaikan
oleh klien. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan klien terus
bercerita. Dalam membuat parafrasa anda perlu fokus kepada isi-isi
penting dan kemudian anda menjelaskannya semula dengan bahasa anda
sendiri dan mudah difahami tanpa lari dari maksud sebenar.

 CONTOH:
 Hisham : Banyak betul kerja yang mesti saya selesaikan pada hari
ini.Pagi-pagi kena tolong Pn. Akmar, selepas itu tolong Pn. Rohani
dah tu Pn. Salina suruh buat carta organisasi Pengawas.Sebelah
petang kena hadir perjumpaan Silat.Penat betul hari ni…..

 PRS:Apa yang Hisham maksudkan, Hisham begitu sibuk dan penat


hari ini…
3.PENEROKAAN
3.5: Refleksi:
Untuk memaklumkan kepada klien tentang perasaan atau emosi
klien. Tujuan refleksi adalah untuk memaklumkan kepada klien tentang
perasaannya ketika itu.Tindakan anda adalah seakan-akan cermin kepada
individu lain.
 CONTOH:
 Shiela : Saya tidak tahu apa nak dikatakan.Semua orang memandang
saya, macamlah saya ni teruk sangat. Sebagai Ketua Tingkatan saya
hanya cuba menyampaikan tentang rasa tidak puas hati mereka.Tetapi
akhirnya saya dipandang serong oleh Pn. Saadah. Rakan-rakan hanya
tersenyum sahaja…..

 PRS : Zai rasa terkilan dengan sikap rakan-rakan yang seolah – olah
menyindir Zai.
3.PENEROKAAN
3.6: Konfrantasi:
Digunakan untuk mencabar maklumat atau perasaan
klien.Kemahiran ini hanya sesuai digunakan apabila perhubungan
anda dengan rakan sudah mesra dan erat.
 CONTOH:
 Anda : Tadi Azam beritahu, Azam tiada masalah belajar
dengan Cikgu Affindi , baru sebentar tadi saya dengar lain
pula. Boleh tak Azam beritahu saya keadaan yang sebenar…..

 Anda: Awak kata Fatihah adalah sahabat baik awak, tetapi


sekarang apabila Fatihah menegur awak, awak buat tak tahu
dan tarik muka masam pula. Jadi, ada sesuatu yang tak kena
dengan awak….”
3.PENEROKAAN

3.7: Berdiam Diri:

Teknik ini berkesan untuk keadaan-keadaan tertentu.Apa


yang perlu anda buat hanya berdiam diri sahaja, bertujuan untuk
memberi peluang kepada klien bercakap, berfikir atau mengingati
kisah silam atau pun memberi peluang untuknya melepaskan
perasaan sedih , marah dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai