Anda di halaman 1dari 3

Membuat Keputusan

Manusia sering dibebani dengan soalan-soalan hidup


yang mana memerlukan jawapan yang perlu diputuskan
dengan membuat keputusan. Keputusan perlu dibuat
terhadap soal cinta, kerja, rumahtangga, pendidikan
anak-anak, memilih kerjaya serta benda-benda remeh
yang lain seperti apa nak dimakan dan baju apa yang nak
dipakai. Kadangkala, membuat keputusan ini memang
mudah, hanya dengan sekelip mata saja. Kadangkala
pulak, sehingga kita tak dapat nak tidur memikirkan
apakah perkara sebaiknya hendak dilakukan bagi
mengatasi masaalah yang mendatang. Lebih-lebih lagi
kalau ianya melibatkan wang ringgit atau soal cinta.

Disini, sedikit tips bagaimana keputusan harus dibuat dan


bagaimana ianya dapat memberi kebaikan dalam apa
saja tindakan yang diambil. Penulisan ini bukanlah
pendapat seorang pakar tetapi hasil dari pengalaman
serta pengetahuan yang luas didalam "decision making"
penulis sendiri. Kadangkala, kemungkinan keputusan
yang dibuat itu akan didapati salah, tetapi kita hendaklah
yakin bahawa pada saat dan ketika tersebut, keputusan
yang dibuat itu adalah yang terbaik sekali.
Ciri-ciri untuk membuat keputusan sedikit sebanyak
bolehlah diikut seperti berikut:-

 Hendaklah dibuat berdasarkan rasional dan logik.


 Hendaklah berdasarkan diatas prinsip baik


mengatasi buruk. Tidak ada ditengah.

 Bagi masaalah yang rumit, perlulah berada didalam


keadaan tenang dan sebaik-baiknya selepas
mendirikan solat.

 Berbincang serta mendapatkan pendapat orang lain.


 Menimbang semua kemungkinan dan akibat dari


keputusan tersebut.

 Mempunyai keyakinan diri bahawa keputusan yang


dibuat adalah yang terbaik.

 Berani menanggung risiko diatas keputusan yang


dibuat serta berdiri teguh diatasnya.

 Boleh menjawab balik faktor-faktor kenapa
keputusan sedemikian dibuat serta yakin dengan
jawapan itu sendiri.

Ingatlah sentiasa. Tiada masaalah yang tidak mempunyai


penyelesaian. Hanya memerlukan keputusan yang baik.

Sekian Sahaja. Selamat Membuat Keputusan!

Anda mungkin juga menyukai