Anda di halaman 1dari 36

JOW 460 Psikologi

Pengurusan
Bab 3-Personaliti dan Perbezaan Individu

Dr. Wan Afezah


afezah@usm.my
Personaliti
1. Corak dan karakter di mana setiap orang
dapat dibandingkan keperibadiannya dengan
orang lain.
2. Satu set ciri peribadi yang tersendiri, termasuk motif,
emosi, nilai, minat, sikap dan kecekapan.
3. Corak pemikiran, perasaan, dan tingkah laku tertentu
individu tersebut.
4. Terjadi dari gabungan dorongan semula jadi dan
dorongan dari faktor persekitaran dan pengalaman.
Personaliti
5. Cara di mana individu bertindak balas dalam pelbagai
situasi dan berinteraksi dengan orang lain.
6. Ciri yang menghubungkan pekerja dengan tingkah laku
organisasi.
7. Fenomena yang kompleks yang terbina dari pelbagai
sifat fizikal, mental , etika dan sosial yang khusus bagi
setiap individu (McKenna, 2006).
8. Walaupun personaliti mungkin berubah dalam hidup
seseorang, namun ciri-ciri jati keperibadian seseorang
tetap kekal dalam hidupnya.
5 Ciri Utama Personaliti

1. Mempunyai sikap terbuka.


2. Mempunyai kesedaran.
3. Bersifat sosial/suka bergaul.
4. Senang mencapai kata sepakat.
5. Bersifat neurotik (emosi).
Personaliti dan Perbezaan Individu
1. Menerangkan dan menjelaskan cara seseorang
berbeza dan kesan atau akibat mempunyai
perbezaan ini.
2. Perbezaan yang membuatkan semua orang unik.
3. Penting untuk memahami individu yang berbeza di
tempat kerja kerana perbezaan ini boleh memberi
kesan pada teamwork, latihan, dan tindak balas
individu terhadap tekanan dan produktiviti.
Personaliti dan Perbezaan Individu
4. Personaliti seseorang, kebolehan, kecerdasan, latar
belakang, sikap, persepsi, motivasi, budaya, peranan,
jantina, bangsa dan hilang upaya adalah antara faktor
asas yang menjadikan individu itu berbeza antara satu
sama lain.
5. Perbezaan aspek personaliti seseorang menjadikan
mereka berbeza daripada orang lain.
6. Pengurus selalu berhadapan dengan cabaran untuk
bekerja dengan orang yang mempunyai pelbagai ciri
personaliti, jika pengurus memahami perbezaan ini
dengan lebih baik, kerjanya akan menjadi lebih
bermakna/mudah.
Faktor Yang Membezakan Individu

1. Kualiti peribadi (personal qualities)


2. Personaliti
3. Kepandaian (intelligence)
4. Nilai moral
5. Keadaan kesihatan
6. Bangsa
7. Kebudayaan
8. Jantina
9. Kepercayaan (beliefs)
10. Didikan, taraf perkahwinan dll.
Bagaimana Kesan Positif Dan Negatif Mempengaruhi
Tingkah Laku di Tempat Kerja

1. Kesan positif: Kecenderungan seseorang individu


untuk menyerlahkan aspek positif tentang dirinya,
orang lain dan dunia luar secara amnya.
 Mereka yang mempunyai kesan positif lebih cenderung untuk
membantu orang lain di tempat kerja dan juga lebih banyak
melibatkan diri dalam urusan organisasi.
2. Kesan negatif: Kecenderungan seseorang individu
untuk menonjolkan aspek-aspek negatif tentang
dirinya, orang lain dan dunia luar secara amnya.
 Individu yang negatif bukan sahaja menjejaskan prestasi
mereka, malah mereka lebih cenderung untuk mempunyai
tekanan kerja.
Perspektif Utama Teori Personaliti
1. Menggunakan pendekatan kemanusiaan, tingkah
laku, kognitif, jenis dan sifat.
2. Menggunakan teori formal atau tersirat (implicit)
terhadap keperibadian seseorang dalam membuat
penilaian atau pendapat tentang orang yang kita
jumpa dalam kehidupan seharian.
3. Berpunca daripada keperibadian dan penggabungan
sikap, kepercayaan, nilai budaya dan cara kita
membesar.
Personaliti & Teori Tidak Formal
(Informal theories of personality)

1. Berdasarkan perkembangan peribadi dan penggabungan sikap,


kepercayaan dan nilai budaya dimana individu dibesarkan.
2. Kita membuat penilaian terhadap seseorang/individu
berdasarkan kepada cara/apa yang kita lihat >> stereotype.
4. Selalu menjejaskan pertimbangan yang dibuat mengenai
personaliti seseorang kerana kebanyakan kita mempunyai
berbagai jangkaan/stereotaip tentang perbezaan jantina atau
cara budaya lain bertindak.
 Contoh: seorang kanak-kanak yang dibesarkan oleh beberapa ibu
bapa angkat yang berlainan dijangka berkelakuan berbeza
berbanding dengan kanak-kanak yang dibesarkan oleh sebuah
keluarga yang normal.
Teori Saintifik Personaliti

1. Melibatkan ukuran saintifik dan kaedah penilaian.


2. Mempengaruhi beberapa teori tersirat (implicit)
seperti “dia menafikan ketagihannya kepada
rokok/dadah “.
Pendekatan Kemanusiaan/ The Humanistic
Approach

Kesan Halo dan Horns:


a. Membuat penilaian yang baik (halo). Contoh: grad
sama universiti (penilaian: individu itu mempunyai
kebolehan yang bagus).
b. Membuat penilaian yang negatif (horns) iaitu
penilaian umum seseorang berdasarkan
penghakiman awal/maklumat terlebih dahulu.
Contoh: datang lewat interview (penilaian: malas).
Pendekatan Kemanusiaan/ The Humanistic Approach
1. Kita bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada
kita kerana kuasa ada dalam tangan kita. Kita bukan
sekadar didorong dan dikawal oleh kuasa jahat dalam
personaliti kita.
2. Personaliti memfokuskan kepada pengalaman semasa
dan zaman kanak-kanak yang tidak mempunyai kesan
yang besar pada personaliti kita.
3. Menekankan kepentingan perkembangan peribadi -
seseorang yang tidak berpuas hati dengan kemajuan
mereka pada masa sekarang perlu berusaha untuk
cuba maju ke arah matlamat yang lebih besar seperti
menjadi yang terbaik supaya mereka mencapai
kepuasan diri.
Kepuasan Diri/Self-actualization

1. Orang yang menerima diri mereka seadanya,


mengiktiraf kekuatan serta kelemahan mereka.
2. Mengekalkan rasa ingin tahu mereka daripada tertarik
dengan kegiatan luar.
3. Mereka melihat setiap hari sebagai perkembangan
yang menarik.
4. Mempunyai pengalaman yang paling baik di mana
mereka pernah mempunyai perasaan yang kuat atau
kuasa yang sangat besar. Pengalaman ini dikaitkan
dengan perkembangan peribadi. Mereka lebih spontan
dan lebih menghargai kehidupan (Maslow, 1970).
Self-actualization

https://www.youtube.com/watch?v=L5-E7R-0hvw

2.17
Credit: Munie Dahari (Nov 30, 2013).
The Video 1
Pendekatan Behaviorisme dan Kognitif -
Behaviorisme

1. Menekankan peranan pusat pembelajaran dalam


bentuk personaliti.
2. Dicipta oleh John Watson (1878-1958), berasaskan
kepada prinsip bahawa manusia dilahirkan sebagai
tabula rasa atau “tabung kosong”.
3. Ini bermakna semua tingkah laku dipelajari dari awal,
bukan secara semulajadi yang ditakdirkan untuk
berkelakuan dalam cara tertentu.
Pendekatan Behaviorisme

4. Pada pendekatan yang ekstrim, behaviorisme percaya


bahawa semua tingkah laku adalah disebabkan
keadaan disekeliling. Sifat (genetik dan firasat) tidak
memainkan bahagian.
5. Proses mental dalaman (pemikiran, penghakiman) dan
minda bawah sedar (pendekatan psychodynamic) telah
diabaikan dan tidak dikaji dalam pendekatan ini.
Kelemahan Pendekatan Behaviorisme

1. Membentuk tingkah laku dan keadaan untuk melakukan


sesuatu tanpa memikirkan akibatnya.
2. Contoh: jika seseorang telah beberapa kali dipenjarakan
kerana melakukan jenayah, dia percaya ia bukan suatu
jenayah yang berat, maka ada kemungkinan besar dia
akan mengulangi tindakan itu tanpa memikirkan akibat
dari tindakan beliau.
3. Pada tahap tertentu genetik membentuk kelakuan kita
(contohnya, jika seseorang yang mempunyai tahap yang
luar biasa tinggi testosteronnya, maka tingkah laku beliau
boleh menjadi lebih agresif daripada orang biasa).
Kelemahan….

4. Prinsip utama: manusia adalah agensi bebas, mereka


boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu,
bukannya tidak berdaya atau terperangkap dengan
keadaan sekeliling mereka.
5. Pelaziman operan dan klasik (operant and classical
conditioning) tidak dapat menjelaskan secara semulajadi
semua tingkah laku yang berlaku kepada manusia.
6. Banyak bukti kajian dalam pendekatan behaviorisme
(behaviorist approach) adalah hasil yang dibuat daripada
ujikaji haiwan yang tidak boleh diaplikasikan kepada
manusia yang jauh lebih kompleks (kucing dan burung
merpati).
Pelaziman Klasik dan Pelaziman Operan
(Classical Conditioning & Operant
Conditioning)
Pelaziman klasik/classical conditioning:
1. Rangsangan yang berpasangan yang menyebabkan
tindak balas bersyarat , dan rangsangan itu kehilangan
sikap neutral / berkecuali.
2. Ditemui oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936 ).
3. Dua rangsangan berkaitan untuk menghasilkan tindak
balas yang baru dipelajari oleh seseorang ataupun
haiwan.
Pelaziman Operan (Operant Conditioning)

1. Satu keadaan di mana manusia dan


haiwan belajar untuk bertindak dalam
apa jua cara untuk mendapatkan
ganjaran dan mengelakkan hukuman.
2. Ia juga nama bagi paradigma dalam
bidang percubaan psikologi di mana
pembelajaran dan proses tindakan
yang dipilih dikaji.
Operant Conditioning

https://www.youtube.com/watch?v=LSHJbIJK9TI

2.51
Credit: Dr. Mindy Rutherford (Dec 27, 2014)
The Video 2
Pendekatan Kognitif - Behaviorisme

1. Satu bentuk psikoterapi yang menekankan pentingnya


peranan berfikir, cara kita merasa dan apa yang kita
lakukan.
2. Melihat seseorang sebagai pelajar yang aktif dalam
memperolehi ilmu pengetahuan dan faham tentang
pendedahan terhadap situasi yang berlainan dan cara
menyelesaikan masalah.
3. Menggunakan kaedah perkembangan peribadi,
program latihan, bimbingan, mentor, prestasi dan
perbincangan kumpulan.
Jenis-jenis Pendekatan
Personaliti

1. Extrovert- berorientasikan kepada dunia luar dan


peristiwa. Dikaitkan dengan tahap kepuasan bekerja
yang lebih tinggi.
2. Introvert- berorientasikan kepada dunia dalaman
pemikiran dan idea.
3. Type A – suka/kuat kerja, sentiasa sibuk, agak tidak
sabar, suka bersaing, sering marah dan agresif.
Didorong oleh keinginan untuk berjaya dalam usaha
mereka untuk membuktikan diri sendiri.
Jenis-jenis Pendekatan Personaliti

4. Type B- lebih santai, mudah berurusan, tidak suka


bersaing. Mempunyai pandangan yang lebih objektif
terhadap isu di hadapan mereka.
5. Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)
a. Extroversion/Introversion
b. Intuition/Sensing
c. Thinking/Feeling
d. Judgement/Perception
Pendekatan Sifat
1. Mempunyai ciri yang berterusan. Contoh: emosi, tingkah
laku yang mempengaruhi cara seseorang dengan cara
yang tetap dan konsisten.
2. Teori Sifat: ciri asas yang memberi penerangan
bermakna terhadap personaliti seseorang dan mengukur
sifat mereka dengan menggunakan teknik psikometrik.
3. Faktor analisis adalah alat statistik yang utama yang
digunakan untuk memperbaiki model personaliti.
4. Penilaian personaliti di tempat kerja selalunya digunakan
dalam pemilihan pekerja iaitu dalam pengambilan dan
kenaikan pangkat, kaunseling, latihan, bimbingan
kerjaya, prestasi kumpulan dan kepimpinan.
Cara Menilai Pekerja (Assessment)

a) High validity/kaedah kesahihan


tinggi – berdasarkan tujuan
kajian. Contoh: pusat penilaian,
ujian kebolehan, soal selidik dan
inventori.
b) Low validity/kesahihan yang
rendah - lebih subjektif.
Contoh:berstruktur dan
temubual yang digunakan
berdasarkan sesuatu teknik.
Kepandaian/Intelligence

1. Kebolehan untuk menyelesaikan masalah. Kebolehan


untuk mendapatkan dan menggunakan pengetahuan
dan kemahiran yang ada untuk menyelesaikan
masalah.
2. Penting sebagai sebahagian personaliti seseorang
individu.
3. Melibatkan kebolehan seperti pemikiran,
perancangan, memahami idea yang kompleks,
memahami keadaan persekitaran dan memikirkan
apa yang perlu dilakukan.
Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)
1. John Mayer & Peter Salovey (1990, 1993)-
keupayaan untuk melihat, memahami, mengurus
dan menggunakan emosi supaya jelas akan situasi
sebenar.
2. Kebolehan untuk mengiktiraf perasaan sendiri dan
lain-lain (Goleman, 1995). 5 ciri model Goleman:
a. Kesedaran diri
b. Pengurusan emosi
c. Motivasi diri
d. Empati -keupayaan untuk faham tentang perasaan orang lain.
e. Mengendalikan hubungan seperti membina hubungan baik,
mencari kesesuaian yang sama, dan berhadapan dengan
konflik.
EI

https://www.youtube.com/watch?v=pcEFjUp88Ak

1.07
Credit: Six Seconds, The Emotional Intelligence Network (May 23, 2014).
Video 3
Kreativiti

1. Keupayaan untuk menghasilkan sudut pandangan


baru dan berbeza mengenai sesuatu perkara.
2. Keupayaan untuk tampil dengan pengetahuan baru
dan berbeza, idea yang berguna dan menyusun
semula pengetahuan tertentu untuk mendapatkan
maklumat baru.
Inovasi

1. Menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber


yang berbeza untuk mencipta penyelesaian yang
unik kepada masalah yang terjadi.
2. Contoh: penyesuaian produk atau proses baru dari
luar organisasi.
Soalan?

Anda mungkin juga menyukai