Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji

keperibadian dan proses individu lain yan menjadikan kita manusia. Antara definisi

seuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang

individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.

Personaliti merangkumi satu penyusunan di antara faktor-faktor seperti biologi,

psikologi dan sosiologi. Untuk peroses pergaulan (sosiolisasi) berlaku, seseorang itu

haruslah mempunyai personaliti.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi,

pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa.

Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang yang ingin menzahirkan

ciri-ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting

seseorang dari sudut pendangan luaran memainkan karektor diri. Sehubungan itu, saru

daripada penyelidikan mejelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh

dizahirkan pada luaran.

PERSPEKTIF KECENDERUNGAN INDIVIDU

TEORI GORDON ALLPORT DAN KONSEP ASAS

1) Sifat Semula Jadi Personaliti


Personaliti merupakan oganisasi yang dinamik dalam sistem psikofizikal yang

menentukan tingkah laku dan pemikiran yang mempunyai ciri-ciri Dinamik;

personaliti sentiasa berubah dan berkembang dengan cara yang berstruktur.

Psikofizikal; personaliti terdiri daripada minda dan tubuh badan yang berfungsi

bersama sebagai satu unit. Menentukan; semua aspek personaliti mengaktifkan atau

mendorong tingkah laku dan pemikiran spesifik. Mempunyai ciri-ciri; pemikiran dan

tingkah laku mempunyai ciri-ciri dan bersifat tipikal bagi setiap orang (unik)

2) Keturunan dan Persekitaran

Manusia menunjukkan kedua-dua keturunan dan persekitaran, keturunan atau

baka membekalkan personaliti dengan bahan mentah seperti; badan, kecerdasan dan

tingkah laku individu) yang mungkin dibentuk, dibesarkan atau dihadkan oleh

keadaan dalam persekitaran. Walau bagaimanapun, latar belakang genetik memainkan

tanggunggjawab utama dalam menentukan keunikan manusia. Hasil interaksi antara

asas genetik dengan persekitaran sosial menentukan personaliti yang unik.

3) Personaliti Berbeza

Personaliti adalah berasingan dan tidak berterusan bukan sahaja antara seorang

dengan seorang yang ain tetapi juga terpakai terhadap diri seseorang yang lalu dan

semasa. Personaliti tidak ada kontinum antara zaman kanak-kanak dengan dewasa.

Tingkah laku bayi didorong oleh refleks biologikal; Orang dewasa berfungsi secara

psikologikal. Manusia memiliki dua jenis personaliti: Personaliti semasa kanak-kanak

dan personaliti semasa dewasa. Allport menekankan kesedaran melebihi

ketidaksedaran, menekankan semasa dan masa depan melebihi lepas, menekankan


keunikan personaliti melebihi persamaan dan keluasan bagi kelompok yang besar

serta mengkaji individu normal daripada abnormal

4) Tret Personaliti

Kecenderungan untuk bertindak balas dengan cara yang sama terhadap

rangsangan yang berbeza. Tret adalah benar dan wujud dalam manusia. Bukan

konstruk teori atau label yang dibina. Tret menentukan atau menyebabkan tingkah

laku, dan bukan dijana untuk memberi respons terhadap rangsangan tertentu. Tret

memotivasikan kita untuk mencari rangsangan yang sesuai dan berinteraksi dengan

persekitaran dalam melahirkan tingkah laku. Tret boleh ditonjolkan secara empirikal.

Tingkah laku manusia dapat diperhatikan sepanjang masa untuk membuat kesimpulan

bahawa wujudnya konsistensi dalam cara bertindak balas terhadap rangsangan yang

sama. Tret adalah saling berkaitan dan bertindihan walaupun mereka lmungkin

mewakili ciri-ciri yang berbeza. Contoh: Agresif dan kebencian. Tret berbeza

mngikut situasi. Dua jenis tret personaliti: Tret umum (Common Traits). Dikongsi

bersama sebilangan manusia seperti ahli bagi sesuatu budaya di mana individu yang

berlainan budaya membawa tret yang berbeza. Tret umum akan berubah mengikut

masa apabila nilai dan standard sosial berubah.

Tret Peribadi (personal Dispositions) Ciri-ciri Individu yang unik Sifat

peribadi bagi setiap orang tidak mempunyai intensif dan kepentingan yang sama ia

terdiri daripada: Tret Kardinal (Cardinal Traits) Tret yang begitu berluasa dan

berpengaruh serta menyentuh setiap aspek hidup individu sebagai kuasa semangan

yang mendominasikan tingkah laku. Bukan smeua orang memiliki kuasa.


Tret umum tertakluk kepada pengaruh sosial, persekitaran, dan budaya

tersebut malah orang yang tidak semestinya mempamerkannya dalam setiap situasi

Tret Utama atau Pusat (Central Traits) 5-19 tema yang menggambarkan tingkah laku

seseorang dengan tepat ciri-ciri yang akan disebut semasa membincangkan personaliti

seseorang kurang mengawal tingkah laku tetapi penting Tret Sekunder (secondary

traits) wujud dengan kurang konsiste berbanding dengan tret kardinal dan pusat susah

untuk dinampak atau lemah sehingga hanya orang terdekat yang melihat kesannya

seperti kegemara minor terhadap makanan atau muzik.

5) Tabiat dan Sikap (Habits and Attitudes)

Tret dan sifat personal adalah berbeza dengan tabiat dan sikap walaupun

kedua-dua sifat ini juga mampu mendorong tingkah laku. Tabiat memberi impak yang

terhad kerana ia adalah kurang fleksibel secara relatifnya dan melibatkan respons

yang spesifik. Tret pula lebih luas kerana dibentuk daripada kombinasi tabiat akan

menentukan tret. Sikap mempunyai objek khusu sebagai rujukan, manakala tret tidak

mengarahkan mana-mana objek atau kategori objek. Sikap berbentuk positif atau

negatif terhadap sesuatu yang memimpin manusia untuk suka atau benci, terima atau

tolak dan mendekati atau mengelak. Sikap melibatkan pertimbangan dan penilaian.

6) Motivasi

Apa yang berlaku pada masa lalu telah lepas dan ia tidak lagi aktif dan tidak

menjelaskan tingkah laku semasa kecuali wujudnya sesuatu kuasa motivasi. Proses

kognitif sebagai niat dan perancangan yang sedar merupakan aspek yang oenting

dalam persnoliti niat yang disengajakan adalah bahagian penting dalam persnoliti.

Apa yan kita mahu dan kejarkan ialah kunci untuk memahami tingkah laku.
7) Autonomi Berfungsi atas Motif (Functional Autonomy of Motives)

Motif orang dewasa yang matang tidak berkaitan secara berfungsi dengan

pengalaman dulunya. Kuasa yang memotivasikan kita pada awal kehisupan menjadi

autonomi dan berdikari daripada keadaan asal. Manusia yang matang akan berdikari

daripada ibu bapa walaupun kita masih berkaitan dengan mereka tetapi tidak lagi

berfungsi dengan bergantungan. Tingkah laku yang berasal dari pengalaman dulu juga

tidak mengarah ke matlamat yang sama seperti dulu an motif itu telah menjadi bebas

daripada punca asalnya. Motif asal telah ditransformasikan kepada sesuatu yang

autonomi. Orang dewasa tidak dapat difaham dengan menerokai zaman kanak-

kanaknya. Autonomi bersungsi dibahagikan kepada dua tahap: Autonomi Berfungsi

Ptoprium berkekalan. Tahap yang lebih asas lebih penting untuk memahami mengenai

tingkah laku motivasi pada orang dewasa. Motif Proprium yang merupakan unik bagi

setiap individu di ketagihan dan pengulangan mana kita mengekalkan motif yang aksi

fizikal seperti kaedah akan meningkatkan harga diri dan pelaksanaan kerja secara imej

diri rutin. Tingkah laku ini ego yang menentukan motif mana yang akan dikekalkan

dan mana berkekalan secara dirinya yang akan dibuang tanpa ganjaran luaran.

TEORI BIG FIVE

Untuk menempatkan orang yang tepat pada suatu pekerjaan, kita perlu

memperhatikan sifat kepribadian orang tersebutt apakah sesuai dengan pekerjaan

yang akan diembannya. Ketidaksesuaian kepribadian seseorang terhadap pekerjaan

yang ditugaskan akan mengakibatkan kerugian bagi perusahaan ataupun karyawan itu

sendiri. Kerugian-kerugian tersebut dapat berupa rendahnya produktivitas kerja, k

Anda mungkin juga menyukai