Anda di halaman 1dari 5

PERANAN KAUNSELOR DAN KLIEN

Peranan Kaunselor

Corey (1982), telah menjelaskan bahawa peranan kaunselor dalam Terapi Realiti adalah
seperti berikut :

 Kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Kaunselor menerima klien secara
mesra, impati dan penuh perhatian.
 Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang dilakukan
mendatangkan faedah atau manfaat kepada klien?
 Membina struktur dan hd sesi kaunseling

E. Koswara (1988), menjelaskan bahawa:

 Kaunselor bertindak sebagai pembimbing yang akan membantu klien menilai tingkah
lakunya secara realiti
 Beranggapan bahawa klien mampu mewujudkan kebahagiannya sendiri dan
mendapatkannya melalui penerimaan tanggungjawab
 Kaunselor harus berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungan dengan klien

Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :

 Melibatkan diri secara mendalam dengan klien


 Menumpukan pada tingkah laku sekarang
 Memberi galakan, pujian dan alternatif kepada alternatif kepada klien.

Mohd Salleh Lebar (1993), telah menjelaskan tentang peranan kaunselor Terapi Realiti
seperti berikut:

 Memberikan galakan kepada klien


 Menumpukan kepada tingkah laku
 Menumpukan kepada satu Tindakan daripada perasaan.

Peranan Klien

 Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku, bukan kepada perasaan
dan sikapnya. Mereka diarahkan untuk menilai dan menilite tingkah laku sendiri bagi
menentukan tingkah laku itu membina atau menghalangnya untuk mencapai suatu
matlamat hidup mereka. Sekiranya mereka mengalami satu perasaan tertentu, mereka
akan disuruh mengkaji tingkah laku itu.
 Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi yang khusus untuk
mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah la]ku yang
baik.
 Di dalam usaha klien menilai dan mengkritik tingkah lakunya, ia juga haruslah
bersikap realistik serta tidak keterlaluan sehingga kecaman-kecaman itu menjadi
terlalu hebat dan berat baginya. Sekiranya situasi ini wujud maka, usaha-usaha klien
untuk mengubah tingkah lakunya akan gagal. Lebih relistik munasabah sekiranya
kecaman dan kritik itu dilakukan secara sederhana supaya tinglah laku yang tidak
seusai itu dapat diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang lebih sesuai.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Kelemahan: Arah hidup yang kurang berkesan

 Tahap 1 : Mengalah
 berlaku apabila seseorang itu gagal memenuhi keperluannya secara berkesan
 Tahap 2 : memilih Simptom Negatif
 Tindakan mengalah itu mungkin merupakan permulaan kepada tingkah laku
kurang berkesan atau symptom negative yang lain seperti pemikiran negative,
antisosial.
 Pemilihan negative dimanifestasikan melalui total behavior
 Tahap 3 : Ketagihan Negatif
 Individu mengalami kemerosotan melebihi symptom negative dan mengaggap
tingkah laku tidak berkesan sebagai suatu yang memnuhi keperluannya.
 Tingkah laku negative ini memberi tanggapan bahawa ianya dapat
membekalkan kepuasan serta merta.
 Ia membekalkan basic needs, tetapi Cuma untuk jangka masa yang singkat

Kekuatan : Arah kehidupan lebih berkesan

 Manusia juga mempunyai perkembangan personality sihat yang bergerak


bertentangan dengan identiti kegagalan
 Individu yang memilki identiti kekuatan memiliki kesungguhan dan kemahiran yang
diperlukan untuk mencapai kepuasan kendiri dalam basic needs
 Tahap 1 : Keinginan untuk Berubah
 Pada peringkat ini individu menunjukkan keinginan untuk berubah
 Tahap 2 : Simptom Posititif
 Peringkat ini merupakan lawan kepada symptom negative apabila individu
akan memnuhi keperluannya dengan cara yang positif
 Total behavior
 Tahap 3 :
 Pada tahap ini individu akan melaksanakan pilihan hidup yang meningkatkan
kualiti kehidupan.
 Ketagihan positif akan meningkatkan kesihatan mental dan sangat memberi
keuasan dan ianya juga akan meningkatkan harga kendiri dan semangat

PANDANGAN ISLAM BERKAITAN TEORI REALITI

Otak manusia sebagai satu system kawalan – mengawal keperluan asas

Jika keperluan ini tidak dipenuhi dengan kehidupannya

Keperluan psikologi dipenuhi dengan cara yang bertanggungjawab akan membentuk satu
identity yang bercirikan kejayaan dan konsep kendiri

Mempunyai daya keturunan diri yang sepenuhnya

Manusia mampu menguasai dan menentukan jalan hidupnya sendiri

Manusia membuat pilihan yang mengganggu kebebasan orang lain, tingkah laku tersebut
dianggap tidak bertanggungjawab

PENUTUP

Konstruk Utama

Manusia memilih tingkah laku yang mempunyai tujuan dan memnuhi lima asas utama iaitu
kelangsungan dan keseronokan, Motivasi bermula dari keinginan sekarang dan di sini untuk
memenuhi satu atau lebih daripada sumber-sumber tingkah laku. Motivasi yang paling pentng
ialah untuk mengekalkan serta membentuk perhubungan dengan manusia lain.
Matlamat

 Menggalakkan klien bermotivasi, bertanggungjawab terhadap rancangan tindaknnya


kea rah perubahan tingkah laku membina identity yang berjaya.
 Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan
kesedaran itu.
 Melaksanakan satu rancangan bagi membolehkan klien mengalami tingkah laku yang
bertanggungjawab yang membawa kepada kesejahteraan kendiri.
 Membantu klien mengkaji tingkah laku klien, kemudian menilai dan membuat
rancangan untuk perubahan. Hasilnya adalah perhubungan yang lebih bermakna.

Proses Perubahan

Perubahan berlaku apabila klien dihubungkaitkan dengan kaunselor dengan ahli terapi
apabila berlaku hubungan yang terapeutik. Klien mengalami satu perhubungan yang efektif
dan menyumbang kepada perubahan jika kaunselor berkemahiran dalam membantu klien
menjelaskan keinginan, menilai tingkah laku dan membuat perancangan efektif. Klien belajar
bahawa walau apa pun masalah yang dihadapi, mereka sentiasa ada pilihan.

Intervensi

Formula WDEP merumuskan pelbagai intervensi oleh kaunselor oleh ahli terapi. Mereka
membantu klien mengenal pasti dan menjelaskan keinginan spesifik, termasuk apa yag
mereka kehendaki dari proses kaunseling. Kaunselor atau ahli terapi membantu klien untuk
menjelaskan setiap aspek tingkah laku dan menilai kesesuaian keinginan dan keberkesanan
tingkah laku antara mereka. Mereka kemudian membantu klien formulasi rancangan yang
boleh dilakukan untuk memenuhi keinginan.

Limitasi

 Terapi ini cenderung memfokus kepada tingkah laku tanpa emosi, persepsi, kognitif,
deria dan sebagainya.
 Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini dan dalam
situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah
hidup klien.
 Terapi reality juga amat bergantung kepada Bahasa. Klien bersifat pendiam dan
lembam tidak sesuai untuk Terapi Realiti.
 Terapi ini telah digunakan dengan klien yang meminta bantuan membuat keputusan,
menghadapi isu-isu perkembangan, berhadapan dengan krisis diimplementasi.
Limitasi lain ialah Terapi Realiti kurang menekankan in-sight dalam masalah.

Anda mungkin juga menyukai