Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Di Malaysia pendekatan kaunseling adalah berasaskan amalan kaunseling dari Amerika Ssyarikat yang
didapati kurang sesuai terhadap klien yang beragama Islam. Isu untuk mengkaji dan mengubahsuai
amalan kaunseling barat ini pernah dicetuskan Halim (1986). Hasan Langgulung (1990) menjelaskan
kaunseling barat tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana didapati banyak amalan yang bercanggah
dengan nilai budaya tempatan yang melibatkan soal akidah, sosial, hukum-hakam dan pendidikan
dikalangan masyarakat Islam. Berdasarkan pendekatan teori barat, jelas memperlihatkan pengisian
teorinya yang berbeza dengan konteks agama dan budaya masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-
teori tersebut banyak yang menyentuh tentang logik akal manusia yang langsung tidak menyentuh
tentang aspek kerohanian. Menurut Hassan Langgulung (1996) semua mazhab psikologi barat
sebenarnya tidak mengkaji jiwa tapi tingkah laku. Namun, dalam Islam istilah nafs merujuk pada jiwa.
Kata afs dalam Al-Quran menunjukkan zat dalam keseluruhan. Kata nafs terdapat dalam al-quran
sebanyak 367 kali. Menurut Hassan Langgulung (1996) berdasarkan teori psikoanalisis, bukan sahaja
unsur nafs malah akal roh dan qalb tidak kelihatan sama sekali. Ini disokong Halim Othman (1986)
yang mendakwa. Aspek kerohanian dalam teori Freud adalah suatu yang tidak dianggap penting.
Begitau juga dengan Malik Badri (1994) yang menyatakan bahawa aspek kerohanian tidak ditekankan
ahli psikologi barat barat kerana syarat yang tidak menghukum (non judgmental) klien, sebaliknya
kaunselor disyaratkan menerima klien tanpa syarat. Menurutnya lagi, syarat tidak menghukum klien
adalah punca aspek spiritual tidak menjadi penting dalam amalan kaunseling barat dan kadangkala
menimbulkan kekeliruan dikalangan kaunselor Islam khususnya. Hal ini perlu diperhatian dan menjadi
tugas utama kaunselor Islam untuk memikirkan sejauh mana konsep ini perlu diadaptasikan.

Anda mungkin juga menyukai