Anda di halaman 1dari 6

Hari Deepavali

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Diwali/Deepavali
Juga Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta
dinamakan Cahaya
Secara keagamaan oleh penganut agam Hindu,
Diraikan oleh dan Jain. Orang India lain meraikan aspek-
aspek budayanya.
Jenis Kegamaan, India
Meraikan kemenangan terhadap kejahatan,
Keutamaan
dan penanggalan kegelapan rohani
Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan
Tarikh bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua
hari selepas hari itu
Menghiasi rumah dengan pelita, mercun,
Perayaan
mengagihan gula-gula dan hadiah.
Upacara sembahyang dan keagamaan (lihat
Amalan
puja, prasad)

Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली, bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai
Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua
manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka
yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar
berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar
 2 Kepentingan dalam agama Hindu
o 2.1 Cerita berkaitan Deepavali
o 2.2 Kepentingan esoterik
o 2.3 Lima hari Diwali
 3 Sambutan Deepavali di Malaysia
 4 Rujukan

 5 Pautan luar

[sunting] Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan
Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-
hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India,
namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada
versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak
bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini
yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari
empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama
bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di
India utara, Diwali jatih pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar
Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.

[sunting] Kepentingan dalam agama Hindu


Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta
penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya
semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam
Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan


kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot,
nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan
ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali,
maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
[sunting] Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:

 Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama,


Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah
14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama
membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala
pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab
Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi
bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih
awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir
kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar
Annakut.
 Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum
hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam
bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama,
isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini
dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta
rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu
Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya
berwarna-warni.
 Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan
bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan)
untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai
kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja
Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai
Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata
21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis
persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
 Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali.
Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah,
Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada
Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang
dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka
adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu
perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus
mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan
sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk
kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu.
Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat
Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan
lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui
keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai,
namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara
terperinci dalam Bhagavad Gita.
 Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana,
Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi
setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan
'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

[sunting] Kepentingan esoterik

Flowers are an integral part of Divali as are many decorations.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang
terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang
menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman.
Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya
Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan
(menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu
akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi,
tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang
sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa
kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan


sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun
intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti
yang mendasari segalanya (Brahman).

[sunting] Lima hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari
kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi


bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh
pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-
belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri
yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1]
2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura
dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan
(bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh
lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai
pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis
kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan
persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan
dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum
matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan
bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu
pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".
Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu.
Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari
secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita
dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari
ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan)
istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi
3. Lakshmi Puja: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali,
apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh
semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling
rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna
menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan
gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut
sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki
memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik
bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati:
Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan
keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari
ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan
mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut
kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

 Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada
subuh.
 Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan
Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.

[sunting] Sambutan Deepavali di Malaysia


Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan
cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas
upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang
dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan
diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan
"kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah
dilarang mengikutnya.

Anda mungkin juga menyukai