Anda di halaman 1dari 2

Hari Deepavali

SEVANESAN A/L ARUMUGAM

Hari Deepavali (Bahasa Hindi: , Bahasa Tamil: ) juga dikenali sebagai Diwali
dan Divali (Bahasa Hindi: ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan
perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan
Malaysia, [1 dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Cerita berkaitan Deepavali


Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:

Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja
Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun
hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja
syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan
untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India
Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih
dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India
Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya
menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.

Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari
Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa
Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja
Krishna (Maha Krishnan). Ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan)
Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya,
Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua
orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.

Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan
bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk
memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara
vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima
Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganutpenganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan
kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari
terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.

Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah
harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau
persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal
ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung
mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka
patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan
perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan
sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya
berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak
meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung.
Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai
perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya
mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun
tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang
diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.

Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali


dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali.
Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar
Ogos-September.

Anda mungkin juga menyukai