Anda di halaman 1dari 2

Erti dan makna Hari Raya Deepavali

Perkataan Diwali, Divali atau Deepavali berasal dari perkataan Sanskrit di mana
‘dipa’ bermaksud lampu atau cahaya yang menyala dengan terang. Manakala, ‘avali’
bermaksud barisan yang berterusan. Maka, Deepavali bermaksud "barisan lampu
yang dinyalakan". Diwali biasanya diraikan selama lima hari pada bulan Kartika iaitu
bulan ketujuh di kalender Hindu setiap tahun. Divali biasanya didahului oleh
Navaratri yang akan berlangsung sepanjang sembilan malam. Diwali, adalah
perayaan yang melambangkan permulaan baru iaitu kemenangan cahaya atas
kegelapan dan kemenangan kebaikan atas kejahatan.

Menjelang perayaan Deepavali, penganut agama Hindu akan membersihkan


tempat kediaman mereka. Pada hari Deepavali pula, penganut Hindu akan bangun
sebelum matahari terbit untuk mandian minyak herbal dan memakai pakaian
baharu. Mereka akan ke kuil untuk bersembahyang. Seterusnya penganut agama
Hindu akan menghiaskan rumah dengan rangoli / kolam dan lampu minyak. Puja
akan ditawarkan kepada Dewi Lakshmi demi kehidupan yang penuh dengan
kemakmuran dan kekayaan. Bukan sahaja itu, mereka juga mengedarkan kuih muih
tradisional kepada jiran-jiran dan rakan-rakan.

Diwali diraikan oleh penganut Hindu untuk meraikan kemenangan Sri Rama
dalam pertempuran Lanka dan penobatannya sebagai maharaja negara Ayodhya.
Narak telah dipilih untuk memerintah kerajaan Pragjyotishapura. Setelah dinobatkan
sebagai raja, dia menjadi kuat dan sombog disebabkan kehausan kuasanya. Ini
menyebabkan Narak untuk mengembangkan kebencian dan kemarahannya. Dia
memerintah kerajaannya bertentangan dengan undang-undang Veda suci dan
perintah yang ditetapkan untuk seorang raja.

Pemujaan terhadap dewa Brahman telah dilarangkan. Setelah mendapat sifat-


sifat kejahatan dalam dirinya, dia dipanggil “Narakasura”. 16,000 wanita telah
diseksa dan kemudiannya disembelih oleh Narak. Sri Krishna, putera Dwaraka telah
membuat keputusan untuk menyelamatkan masyarakat dalam kerajaan tersebut. Sri
Krishna menyerang Pragjyotishapura dan membunuh Narakasura. Maka,
kemenangan Sri Krishna disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia setiap tahun
dengan menyalakan lampu minyak dan dengan mengadakan bunga api.

Anda mungkin juga menyukai