Anda di halaman 1dari 11

1.

1 Pengenalan Agama Hindu

Agama Hindu dalam Bahasa Sanskrit dikenali sebagai Sanātana Dharma bermaksud
"Kebenaran Abadi", dan Vaidika-Dharma pula bererti "Pengetahuan Kebenaran". Agama Hindu
adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India. Agama Hindu merupakan lanjutan dari
agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini
diperkirakan muncul antara tahun 3000 SM sampai 1300 SM. Agama Hindu juga merupakan
agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini. Sejarah Agama Hindu diawali dari
kedatangan bangsa Arya dari Asia tengah (iran/persia/afganistan) pada tahun 1500 S.M. ke daerah
lembah sungai Indus dan mendesak penduduk asli yaitu suku Dravida. Bangsa /suku Arya bergerak
terus dan menyebar kearah tenggara dan memasuki daerah sungai Gangga dan Yamuna.di daerah
tersebut terjadilah asimilasi budaya yang akhirnya melahirkan kebudayaan Hindu/ sindu. Dalam
Bahasa Parsi, Kata Hindu berasal dari kata Sindhu (Bahasa Sanskrit). Sebelum kata Hindu dan
Hinduisme diterima pakai, penganut Hindu menyebut tradisi mereka sebagai Vadika Dharma.
Pada ketika munculnya agama Buddha, agama bernama Hinducsama skali belum muncul, yang
ada hanyalah sesuatu yang dikenali sebagai ajaran weda. Selain itu, pendiri Hinduisme tidak
diketahui dan titik awalnya merujuk pada masa pra-sejarah. Hinduisme juga merupakan tradisi
agama utama yang tertua. Menurut Yong Choon Kim, Hinduisme juga seringkali disebut sebagai
agama ahistoris dan nonhistoris, kerana tidak memiliki awal sejarah dan tidak ada pendiri tunggal.
Menurut tradisi, seseorang tidak dapat menjadi seorang Hindu kecuali ia dilahirkan dalam keluarga
Hindu. Di samping itu, menurut para sarjana, agama Hindu terbentuk dari campuran agam India
asli dengan agama atau kepercayaan bangsa Arya. Agama Hindu adalah salah satu agama yang
terbentuk secara evolusi dan merupakan kumpulan adat – istiadat serta kedudukan atau pangkat
kemasyarakatan yang lahir dari penyusunan bangsa Arya terhadap kehidupan mereka. Perubahan
ini terjadi dari satu generasi ke satu generasi yang lain setelah mereka berpindah ke India dan
menguasai penduduk aslinya serta membentuk suatu masyarakat tersendiri yang bebas dari
pengaruh tradisi penduduk tempatan.
2.0 Perbandingan Antara Agama Dari Segi Aspek Kepercayaan

2.1 Hindu

Terdapat 5 kepercayaan dalam agama Hindu yang disebut sebagai Pancasradha. Makna
Pancasradha adalah keyakinan dasar umat Hindu.

Antara keyakinan pertama adalah Widhi Tattwa iaitu kepercayaan kepada tuhan yang esa
dalam segala aspek. Tuhan dalam konteks agama Hindu disebut sebagai Brahman yang hanya
boleh dicapai menerusi hubungan (kesedaran) rohani. Brahman adalah penguasa tertinggi dalam
konsep ketuhanan Hindu. Brahman tidak berawal, tidak berakhir, tidak berwujud dalam bentuk
fizik, tidak terbatas (tidak berupa, beranggota, bertempat dan bermasa) dan menguasai segala
benda, ruang waktu serta alam semesta dan segala isi yand ada di dalamnya. Brahman adalah satu
realiti ketuhanan (Isvara) yang menyeluruh, yang nyata melalui tiga sifat (Trimurti) iaitu Brahma
(Pencipta), Vishnu ( Pemelihara) dan Shiva (Pemusnah).

Brahma

I. Fungsi : Pencipta
II. Isteri : Dewi Saraswati
III. Senjata : Busur
IV. Simbol : A
V. Warna : Merah

Brahma dan Dewi Saraswati Busur


Vishnu

I. Fungsi : Pemelihara
II. Isteri : Dewi Laksmi
III. Senjata : Cakaram
IV. Simbol : U
V. Warna : Hitam

Cakaram Vishnu Dewi Laksmi

Shiva

I. Fungsi : Pemusnah / Pelebur


II. Isteri : Parwati (Dewi Durga, Uma)
III. Senjata : Trisula
IV. Simbol : M
V. Warna : Pelbagai warna

Shiva dan Dewi Parwati Trisula


Apabila simbol dari ketiga-tiga dewa tersebut digabungkan, maka ia menjadi AUM yang disebut
“OM” yang merupakan simbol suci agama Hindu.

Kepercayaan agama Hindu kedua termasuklah Punarbhawa.Makna Punarbhawa adalah


kelahiran semula ataupun reinkarnasi. Kelahiran semula terjadi kerana jiwa harus menanggung
dosa dari perbuatan kehidupan yang terdahulu. pabila manusia tidak sempat menikmati hasil
perbuatannya seumur hidup, maka mereka diberi kesempatan untuk menikmatinya pada kehidupan
selanjutnya. Maka dari itu, munculah proses reinkarnasi yang bertujuan agar jiwa dapat menikmati
hasil perbuatannya (baik atau buruk) yang belum sempat dinikmati. Proses reinkarnasi diakhiri
apabila seseorang mencapai kesadaran tertinggi (moksa). Ketiga adalah Karmaphala. Karmaphala
adalah daripada perkataan karma (perbuatan) dan pahala (buah hasil). Karma adalah akibat yang
ditanggung oleh seseorang dari tindakan yang telah dilakukan dalam kehidupan lampau, yang akan
menentukan nasib dalam kehidupan seterusnya. Konsep “Karma” menetapakn bahawa semua yang
dialami oleh manusia adalah hasil dari tindakan yang telah dilakukan dalam kehidupan masa lalu.
Dalam ajaran ini,setiap perbuatan manusia dinilai dari segi pahala dan juga dosa dimana setiap
perbuatan ada baik dan buruknya.

Keyakinan keempat adalah Atma Tattwa. Maksud Atma Tattwa adalah kepercayaan yang
terdapat dalam jiwa seseorang. Dalam ajaran Hinduisme, makhluk yang hidup merupakan percikan
daripada Tuhan yang di sebut sebagai Atman. Kelima adalah Mokhsa. Mokhsa adalah dimana
keadaan jiwa merasa sangat tenang dan menikmati kebahagiaan yang tidak terikat dengan berbagai
nafsu. Pada saat mencapai keadaan Moksa, jiwa terlepas dari siklus reinkarnasi sehingga jiwa tidak
bisa lagi menikmati suka-duka di dunia. Oleh kerana itu, Moksa menjadi tujuan akhir yang ingin
dicapai oleh umat Hindu.
3.0 Perbandingan Antara Agama Dari Segi Aspek Paribadatan

3.1 Hindu

Terdapat tiga bentuk pemujaan atau peribadatan dalam agama Hindu iaitu, Shaivisme,
Vaishnavavisme dan Shaktisme.

Shaivisme adalah pemujaan Dewa Shiva (Pemusuh) yang dikenali sebagai Mahadev atau
Maha Dewa. Selain itu, Vaishnavaisme adalah pemujaan Dewa Vishnu (Pemelihara).
Vaishnavaisme salah satu amalan yang paling popular di kalangan penganut Hindu. Dewa Vishnu
menjelma dalam bentuk manusia untuk membantu manusia lain. Tambahan pula, Dewa ini telah
melalui Sembilan kali kehidupan semula. Dua kelahiran yang paling utama adalah ketika dewa ini
muncul dalam bentuk manusia bernama Rama dan Krishna.

Sri Rama Krish

Seterusnya, Shaktisme adalah pemujaan Dewi Kali (pemusnah) iaitu Parwati / Uma.

Dewi Kali ( Avathar Dewi Parwati)


4.0 Perbandingan Antara Agama Dari Segi Aspek Perayaan

4.1 Hindu

4.1.1 Perayaan Ponggal

Perayaan pertama agama Hindu adalah perayaan Ponggal. Perayaan Ponggal diraikan oleh
kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari
menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan
acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Pada hari pertama perayaan Ponggal
ini bermula dengan Bhogi. Bhogi membawa maksud yang cukup signifikan menandakan
permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Seluruh rumah dibersihkan dan barang-
barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk. Bhogi juga secara tidak
langsung memberi penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan Hujan yang
menyuburkan tanah selepas hampir setahun bercucuk tanam. Pada hari kedua, Surya Ponggal
disambut dengan meriah di rumah masing-masing. Surya Ponggal memberi penghormatan kepada
tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Seawal pukul 5
pagi, penganut-penganut agama Hindu di Malaysia, India dan di serata dunia membuat persiapan
untuk memasak Ponggal dalam periuk tanah liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak
dara akan bangun awal untuk membentuk „kolam‟ menggunakan beras berwarna di halaman
rumah. Pintu rumah diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga daun
kunyit dan pewarna „kum kum‟ Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan petani.
Ia bukan sahaja merupakan hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk
memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar.

Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa
Tamil. Limpahan Ponggal bermaksud kehidupan yang serba baik. Ketika susu melimpah ungkapan
„Ponggal O Ponggal Ponggal O Ponggal Ponggal O Ponggal‟ disebut sebanyak tiga kali oleh
penganut agama Hindu. Seterusnya, susu ini dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga,
badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada
para penganut. Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-lembu
dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal
yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain. Lembu dianggap
sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan
memberi susu yang berkhasiat. Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.
Hari keempat Kanni Ponggal akan disambut. Kanni bermaksud anak dara dan seperti
namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada
di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak langsung menarik perhatian
ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.Penduduk di bahagian selatan Tamil
Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan Tahun Baru. Pelbagai acara seperti
pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia dan lembu) dan Selambam (seni
mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli dan Tanjavur. Sungguhpun permainan
ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal tetap disambut dengan penuh meriah mengikut
adat.

Bhogi Ponggal Surya Ponggal

Mattu (Lembu) Ponggal Kanni Ponggal


4.1.2 Hari Deepavali

Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India di Malaysia ialah perayaan
Deepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali,
Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad. Perayaan Deepavali merupakan sebuah perayaan
berwarna-warni yang dirayakan oleh masyakat India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk
dunia. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan ini biasanya disambut
pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November. Menurut kepercayaan penganut
Hindu, perayaan ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan sebagai „aippasi‟ Salah satu
amalan penting yang perlu dilakukan oleh masyarakat Hindu ketika perayaan Deepavali adalah
menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali. Amalan ini adalah untuk menyatakan kesyukuran
kepada Tuhan Hindu yang membawakan kegembiraan, pengetahuan, keamanan, dan kemewahan
kepada penganut agama ini.Masyarakat Hindu berpendapat juga bahawa Deepavali merupakan
satu perayaan penting yang perlu mereka sambut dalam setiap tahun. Perayaan Deepavali
menandakan permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Lunar. Perayaan Deepavali diharap dapat
memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan kepada seluruh pengganut agama Hindu di seluruh
dunia.
4.1.3 Perayaan Thaipusam

Perayaan seterusnya yang di sambut oleh masyarakat India adalah Hari Thaipusam.Hari
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh
dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa
Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan kesepuluh dalam
kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak
Cancer. Tujuan dan objektif sambutan ini sentiasa menjadi tanda tanya kaum-kaum lain. Hari
Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-
dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.
Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu
acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki
peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki
yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan
antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.Pada perayaan tersebut, mereka akan
membawa susu yang diisi dalam belanga kerana dalam agama merea susu itu dianggap paling suci
. Susu ini akan diisikedalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi
susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang.Kemudian belanga ini akan
dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua
penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran
Tuhan Murugan.Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan
mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan
menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini
merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang
sedih dan menanti hari-hari yang baikyang bakal menjelma.Bagi yang memohon ampun agar dosa
mereka diampunkan, "kavadi" akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi
ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan
dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-
bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-
kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa
kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang
diiringi dengan kumpulan muzik, mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain.
Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tanggatangga tertentu,berehat dan
diberi minum.Pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon
ampun. Antaranya ialah berjalan di ataskasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki
tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga
dalam kalangan pembayar nazar atau peminta ampun yang mencucuk panah besi pada lidah dan
pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang
mereka dengan puluhanmata pancing yang bersaiz 10 sentimeter. Perayaan ini bukan sahaja
melibatkan penganut agama Hindu di Malaysia, malah pelancong asing dari seantero dunia. Mata
pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Boleh dikatakan semua
pembayar nazar berada dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan
tertentu. Ada juga yang percaya, dewa yang memberi "kuasa" kepada mereka untuk berbuat
demikian dan mereka seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam keadaan separuh
sedar. Perayaan Thaipusam pada zaman dahulu disambut di ladang, kuil-kuil Hindu yang dibina
dengan pembiayaan beberapa orang penganut Hindu yang berkemampuan.

Anda mungkin juga menyukai