Anda di halaman 1dari 20

AFEA2322

BUDAYA DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT INDIA


SELATAN

AGAMA DAN KEPERCAYAAN


TAMIL

ENCIK SIVAPALAN A/L GOVINDASAMY

WAN AFIQAH BINTI WAN MOHAMAD HAFIZ AEL150051


1.0 PENGENALAN

Agama Hindu berasal dari kepercayaan dan kebudayaan campuran etnik

kumpulan Dravida dan Aryan yang bertutur bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda dan

pengenalan kepada keturunan mereka di wilayah Tamil Nadu. Populasi masyarakat

Tamil di India khususnya di Tamil Nadu pada tahun 2017 mencecah lebih 79 juta

penduduk, dan termasuk antara tujuh tempat paling popular di India. Pada tahun 2011,

populasi masyarakat Tamil Nadu dianggarkan berjumlah lebih 72 juta penduduk dan

bertambah kepada lebih 73 juta pada tahun 2012 (Cencus of India, 2011).

Agama Hindu merangkumi badan sosio-agama yang luas dan kompleks

mencerminkan masyarakat India. Keindahan geografi, kepelbagaian bahasa dan dialek,

perbezaan kepercayaan dan kepelbagaian kaum telah membentuk agama Hindu dan

menjadikannya begitu heterogenik. Di wilayah Tamil Nadu khususnya, kawasan ini

sangat terkenal dengan kuil-kuil, sehingga turut digelar sebagai “land of the temples”.

Kuil-kuil yang dibina bukan sahaja untuk tujuan beribadat, akan tetapi turut digunakan

sebagai pusat mengadakan aktiviti sosial, ekonomi dan menjadi tempat ketenangan

spiritual kepada masyarakat.

Tiada sumber jelas mengenai pengasas agama Hindu. Namun begitu, ada

sumber yang menyatakan bahawa ia pada dasarnya adalah kebudayaan yang

berkembang di India, dan kemudiannya terbentuk sebagai sebuah agama yang hebat.

Pembentukan Hindu moden sebenarnya adalah campuran ajaran dari Veda dan

ditambah ajaran-ajaran kuno dari beberapa orang suci, adat istiadat dan tradisi. Bagi
sesetengah penganut agama ini, ada juga yang mengganggap bahawa Bhagavadgita

dan Thirukkural sebagai kitab suci. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai

Naayanmaar dan Aalvaar yang berperanan mengembangkan kepercayaan dan agama

Hindu.

Seperti masyarakat dunia lain, masyarakat Tamil turut mempunyai kepercayaan

yang tersendiri sebagai amaran dan petanda untuk setiap yang berlaku dan bakal

berlaku dalam kehidupan mereka. Kepercayaan mereka berbeza mengikut kawasan

dan bentuk muka bumi. Masyarakat Tamil sangat mengambil berat akan sebarang

pantang larang dan petanda yang berlaku sebagai langkah berjaga-jaga bagi

mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


2.0 TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN AGAMA

Agama Hindu mempunyai empat tahap perkembangan, iaitu Politheisme,

Henotheisme, Monotheisme, dan Monisme. Politheisme adalah kepercayaan kepada

banyak Tuhan ataupun dewa-dewa. Tujuan beragama dalam politeisme bukan hanya

untuk memberi persembahan kepada dewa-dewa itu, tetapi juga menyembah dan

berdoa kepada mereka untuk menjauhkan amarahnya dari sesebuah masyarakat

tertentu, khususnya penganutnya. penganut agama Hindu percaya kepada unsur-unsur

alam seperti api, awan, matahari, air, pokok, dan sebagainya. Mereka percaya bahawa

unsur-unsur alam inilah yang mempengaruhi segala tingkah laku mereka serta percaya

bahawa pemujaan yang teratur terhadap unsur-unsur ini akan membawa kebaikan

kepada mereka.

Pada peringkat kedua perkembangan agama Hindu, Henotheisme

merupakan satu kepercayaan bahawa hanya ada satu Tuhan atau dewa yang berkuasa

di dalam dunia tanpa meminggirkan kewujudan dewa-dewa lain. Ia menjadi tahap

pertengahan antara politheisme dan monotheisme. Dalam peringkat ini, penganut

agama Hindu hanya percaya kepada beberapa tuhan sahaja seperti Dewa Hujan, Dewa

Laut, Dewa Bumi, Dewa Matahari, dan sebagainya. Dewa-Dewa dipilih berdasarkan

kepada kepentingan dan kekuasaan mereka. Contohnya, golongan nelayan akan

menyembah Dewa Laut kerana dipercayai telah memberi rezeki kepada mereka seperti

mendapat hasil-hasil laut. Selain itu, ia juga disembah bagi menjamin keselamatan

mereka semasa berada di laut.


Peringkat seterusnya ialah Monotheisme. Monotheisme merupakan istilah

umum kepada agama, iaitu perbuatan mengaku dan mengagungkan satu Tuhan, dan

tiada Tuhan yang lain (Jann Assmann, 2004). Pada peringkat ini, penganut agama

Hindu mula mempercayai bahawa semua kuasa alam mempunyai sifat yang sama dan

berasal dari satu sumber yang sama, iaitu Tuhan. Seperti agama Islam, Kristian dan

Yahudi juga, mereka hanya percaya bahawa alam ini ditadbir oleh satu kuasa besar,

iaitu Tuhan.

Akhir sekali ialah kepercayaan yang kekal sehingga ke hari ini, iaitu Monisme.

Ketika ini, masyarakat beragama Hindu mula menyedari bahawa Tuhan bukanlah satu

entiti yang berbeza. Mereka menyedari bahawa setiap jasad di muka bumi ini memiliki

jiwa dan jiwa ini akan bersatu dengan tuhan apabila jasad menghadapi kematian. Pada

peringkat ini, mereka juga mula percaya kepada kelahiran semula.


3.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TAMIL

Dalam konteks agama dan kepercayaan ini, konsep penyembahan Tuhan oleh

masyarakat Tamil beragama Hindu berbeza-beza mengikut tempat masing-masing. Ia

bermaksud setiap masyarakat berlainan kawasan, mempunyai Tuhan yang khusus

untuk disembah. Terdapat lima jenis kawasan utama yang dihuni oleh masyarakat

Tamil, iaitu Kurinchi (kawasan pergunungan), Mullai (kawasan rumput), Marutham

(kawasan pertanian), Neythal (kawasan pantai) dan Paalai (kawasan padang pasir).

3.1 Kawasan Kurinchi

Kawasan Kurinchi merupakan sebuah kawasan pergunungan dengan bentuk

muka bumi yang serba menghijau dan sungguh indah. Nama Kurinchi diambil dari

nama sejenis bunga, iaitu Kurinji yang hanya berbunga sekali setiap 12 tahun. Pada

peringkat permulaan, orang-orang Tamil menganggap bahawa segala kerja yang

mereka lakukan sebagai pemujaan. Aktiviti utama bagi masyarakat di Kurinchi adalah

aktiviti perburuan binatang seperti rusa, arnab, burung dan lain-lain. Mereka juga

mengutip hasil-hasil hutan seperti madu, pucuk-pucuk daun, akar-akar kayu dan sejenis

padi ganjil yang boleh dimakan. Mereka memburu binatang menggunakan sejenis

lembing suci, di mana ia dianggap sebagai Tuhan kerana telah membantu mereka

untuk mendapatkan makanan.

Amalan masyarakat di Kurinchi, pada setiap malam purnama, mereka akan

sembahyang dan mengadu kepada Tuhan untuk menyelesaikan sebarang masalah. Di

sini, dewa Murugan disembah kerana ia menjadi lambang kepada keindahan alam
semulajadi. Mereka menyembah dewa ini dengan menggunakan beberapa jenis bunga

seperti bunga merah yang dikenali sebagai bunga Vetchi.

Murugan memberi makna keindahan dan rupa suci Dewa Murugan yang menjadi

tanda kebesaran sifat Tuhan mereka. Dewa ini digambarkan mempunyai rupa yang

kemerahan seperti api, berkepala enam, mempunyai 12 tangan, dan menggunakan

burung merak sebagai kenderaan. Burung merak dijadikan kenderaan kerana sifat

fizikalnya yang kuat, dapat terbang pada jarak yang jauh, dan dapat mengatasi

serangan ular-ular yang menandakan segala kejahatan.

Terdapat amalan yang penting untuk dilakukan semasa menyembah dewa

Murugan. Ia dikenali dengan nama Veriyattu. Dalam upacara Veriyattu, penganut

agama ini akan berkumpul dan menyanyi sambil menari. Gerak tari yang dilakukan oleh

mereka terbahagi kepada dua jenis, iaitu Velan Veriyattu dan Koravai Kottu.

Semasa mengadakan upacara penyembahan ini, terdapat seorang penganut

yang akan menyembah bersungguh-sungguh Dewa Murugan. Mereka dikenali sebagai

Velan. Tujuan mereka berbuat demikian adalah dengan harapan supaya semangat

Dewa Murugan akan muncul dan memasuki diri mereka atau salah seorang penganut

di situ supaya dapat berbicara bagi membantu menyelesaikan sebarang masalah.

Sambil memegang lembing, mereka yang telah dimasuki semangat dewa Murugan tadi

akan berbicara memberikan penyelesaian. Amalan Velan ini lama kelamaan berubah

menjadi Murugan. Penganut yang menyembah dewa Murugan percaya dengan

mengadakan upacara ini, mereka akan sentiasa mendapat anugerah dari Tuhan.
Selain itu, gelaran Velan juga diberi kerana penganut tersebut memegang

lembing suci (vel) di tangannya. Velan amat dihormati dalam kalangan masyarakat

Tamil kerana dewa Murugan juga dikenali sebagai Velan yang disembah dalam bentuk

patung suci. Terdapat beberapa gelaran lain bagi dewa ini, iaitu Vadivelan, Saktivelan,

dan Nyanavelan.

Nyanavelan bermaksud dewa Murugan ini mempunyai kebijaksanaan dengan

pengetahuan kerohanian yang sempurna. Dikatakan dengan mempunyai kebijaksanaan

mampu menghapuskan kejahilan dalam diri seseorang. Vadivelan bermaksud Velan itu

kacak dan muda, manakala Saktivelan pula menunjukkan bahawa Velan itu mempunyai

kuasa sakti dan berkuasa.

Bahagian hujung vel yang tajam menjadi sombolik kepada pengetahuan

kerohanian yang paling sempurna atau tajam. Pada zaman klasik di Kurinchi, kuil-kuil

dibina di atas gunung. Para penganut akan membawa bahan-bahan untuk tujuan

penyembahan seperti susu, buah-buahan, air mawar dan sebagainya sebagai tanda

kesyukuran. Bahan-bahan yang dibawa mengikut hasil dari kawasan penganut masing-

masing. Oleh kerana tanah-tanah berbukit dan tidak rata, barang-barang itu tadi dibawa

dan dipikul mendaki bukit menggunakan kavadi. Hari kebesaran bagi dewa Murugan

dikenali sebagai Thaipusam kerana akan jatuh pada bulan Thai, iaitu pada hari bintang

Pusam dan perayaan ini disambut sehingga ke hari ni.


3.2 Kawasan Mullai

Di kawasan Mullai dipenuhi padang rumput yang sentiasa menghijau dan segar.

Pekerjaan majoriti penduduk di sini adalah sebagai seorang penternak dan

menghasilkan hasil ternakan seperti mentega, susu, keju dan sebagainya. Alat

memburu paling utama bagi mereka adalah lembing. Umumnya, kaum lelaki bekerja

sebagai pengembala haiwan manakala pekerjaan kaum wanita pula memerah susu

lembu untuk dibuat Tairu dan Moru dan dijual. Selain itu, ada kisah menceritakan

bahawa sementara kaum lelaki menunggu lembu-lembu meragut rumput, mereka akan

bermain seruling yang diperbuat dari buluh bagi mengisi waktu yang terluang. Ia

merupakan salah satu cara bagi mereka untuk berhibur.

Tairu merupakan susu masam atau dikenali sebagai yogurt hasil daripada susu

yang rosak. Apabila ia dicampur dengan air garam, ia akan berubah menjadi Moru atau

dadih. Secara saintifiknya, Tairu dan Moru dikatakan dapat membantu menambahkan

sel darah merah dan merendahkan kadar asid di dalam perut manusia.

Dewa yang disembah oleh penduduk di sini adalah Dewa Tirumal. Dewa ini

disembah dengan harapan agar padang rumput mereka kekal menghijau dan subur.

Dewa Tirumal juga dikatakan sering memakai kalungan bunga Tulasi.

3.3 Kawasan Marutham

Marutham merupakan sebuah kawasan yang sesuai untuk dijalankan aktiviti

pertanian kerana tanahnya yang subur dan lembap sesuai untuk tanaman padi. Selain

dari sawah padi, kawasan ini juga sesuai ditanam sayur-sayuran, buah-buahan dan

dibuat telaga. Di sini, sesuai dijadikan pusat pengumpulan hasil jualan atau barang dari
kawasan lain dan pusat perniagaan secara sistem barter. Antara yang terkenal di

Marutham adalah Angadi, ataupun pasar malam. Di pasar ini, pelbagai barangan lain

dibawa seperti wain, tembaga dan lain-lain. Barang dagangan utama adalah madu dan

wain tempatan tanpa alkohol. Ia dijadikan tonik ataupun Naravu. Kebanyakan penduduk

di sini meminum Todi untuk menyejukkan badan dan membantu masalah di dalam

perut serta masalah kewanitaan.

Penduduk Marutham menyembah Dewa Indiran kerana dikaitkan dengan

kekayaan dan berkebolehan untuk mengawal hujan. Dewa ini turut dikenali sebagai

Vendan yang berkuasa ke atas awan dan menurunkan hujan yang menjadi harapan

para petani. Vendan juga dirujuk sebagai pemerintah yang adil dan membawa

kesuburan kepada kawasan pertanian, yang menjadi sumber rezeki bagi penduduk di

sini.

3.4 Kawasan Neythal

Kawasan ini merupakan kawasan pantai berhampiran dengan laut, yang didiami

oleh golongan nelayan. Hasil tangkapan dan garam laut ditukar dengan penduduk di

kawasan perdagangan untuk ditukar bagi mendapatkan bekalan herba, buah-buahan

dan sayur-sayuran. Penduduk Neythal menyembah Dewa Varunan, iaitu Tuhan di

lautan. Mereka biasanya menanam tulang ikan yu dan menyembahnya. Hasil laut

digunakan dalam penyembahan dewa Varunan dan upacara mandi di lautan acapkali

dibuat sebagai simbolik kepada pembersihan diri.


3.5 Kawasan Paalai

Paalai merupakan sebuah kawasan padang pasir yang kering dan tandus.

Kegiatan yang kerap berlaku di sini adalah rompakan dan kecurian kerana penduduk di

situ kekurangan sumber air dan makanan bagi menjamin kelangsungan hidup. Ada

sesetengah daripada penduduk di sini berpindah ke tempat lain pada musim kering

selama 6 bulan. Melihat banyaknya rumah kosong, para perompak tidak melepaskan

kesempatan yang ada untuk merompak. Selain itu, kawasan yang lapang dan kering ini

menjadi laluan kepada para pedagang dan hal ini membuka peluang kepada perompak

untuk merompak barang-barang dagangan.

Dewi Kotravai kebiasaannya disembah oleh para perompak kerana dianggap

sebagai dewi kejayaan, iaitu kerana menyebabkan para perompak dan pencuri ini

berjaya mencuri dan merompak. Amalan ini juga dipercayai berpunca daripada

kebangkitan semula orang-orang Dravida yang menyembah Dewi Ibu. Dewi ini

dikatakan merupakan warisan dari amalan keagamaan Sungai Sindhu yang

berkonsepkan Dewi Ibu.


4.0 KEPERCAYAAN

Walaupun amalan kerohanian masyarakat Hindu di Tamil Nadu dilihat kompleks

dan kukuh, terdapat amalan kepercayaan yang diwarisi oleh mereka secara turun-

temurun. Amalan kepercayaan ini dilihat semakin kurang diamalkan, namun ia tidak

dapat dikikis terus dari kehidupan mereka dan masih berkembang sejajar dengan

perkembangan agama kerohanian.

Terdapat beberapa jenis kepercayaan masyarakat Hindu. Antaranya adalah

petanda (sagunam) dari segi manusia, objek, binatang, tumbuhan dan mimpi dan ilmu

menilik nasib seperti menilik daun lontar, numerology, palmistry (tilikan tapak tangan),

astrologi dan menilik menggunakan burung nuri.

4.1 Petanda (Sagunam)

4.1.1 Manusia

i) Penglihatan atau pandangan orang

Menurut masyarakat beragama Hindu, penglihatan dikatakan boleh

membawa kesan tertentu terhadap individu atau objek yang dipandangnya.

Sekiranya pandangan tersebut beserta dengan niat buruk, maka buruklah akibat

yang bakal diterima individu atau objek yang dipandang tadi. Begitu juga

sebaliknya. Kesan baik yang akan diterima dirujuk sebagai “nalla-paarvai” seperti

“arut-paarvai”, “nyanaap-paarvai” dan “dharishanam, manakala kesan buruk pula

dikenali sebagai “kanneru’, “kan-tirusti” dan “kan-padutal”.


ii) Mendengar bunyi loceng

Loceng kebiasaannya dibunyikan semasa upacara Arati atau pooja yang

dilakukan di kuil ataupun rumah. Dikatakan apabila masyarakat sedang

membincangkan sesuatu perkara dan tiba-tiba kedengaran bunyi loceng, maka ia

merupakan petunjuk bahawa Tuhan merestui perbincangan tersebut untuk

diteruskan dan menandakan bahawa perkara tersebut akan berjaya dan

membawa manfaat serta kebahagiaan.

iii) Thali terputus

Thali merupakan lambang perkahwinan yang dipakai di leher wanita setiap

masa selepas berkahwin. Thali ini dilumur dengan kunyit bagi memastikan

kesihatan seseorang wanita. Dipercayai sekiranya Thali ini terputus, maka ia

dianggap akan memberi keburukan kepada suami. Ia juga memberi makna

thalinya tidak akan kekal lama atau suaminya akan ditimpa nasib malang.

iv) Sari Disambar Api

Perkara ini kebiasaannya melibatkan pada hari perkahwinan atau upacara

keagamaan. Jika sari disambar api ketika upacara penting seperti perkahwinan

atau upacara keagamaan,maka perkara buruk akan berlaku seperti

malapetaka akan berlaku dalam keluarga tersebut. Oleh itu, sesuatu

upacara kebiasaannya dijalankan di kuil bagi mengelakkan malapetaka di samping

memohon restu Tuhan.


4.1.2 Objek

i) Kedudukan rumah

Menurut kepercayaan masyarakat Hindu, rumah yang terletak di simpang

jalan atau menghadap simpang dipercayai tidak sesuai untuk dihuni kerana

menjadi tempat penantian kuasa-kuasa halus yang akan cuba mengganggu

keluarga yang tinggal di situ. Kadang-kala setelah dibuat “arati”, bahan-bahan itu

akan dibuang di persimpangan kerana gelombang negatif didapati secara

berlebihan di persimpangan.

Kedudukan rumah yang menghadap ke timur lebih digemari kerana

berarah dengan terbitnya matahari. Kajian menunjukkan bahawa cahaya

matahari pada waktu pagi secara saintifiknya dipercayai baik untuk kesihatan

kerana cahayanya mengandungi vitamin D (Manila Jain Kaushal; Navneet

Magon, 2012). Selain itu, matahari yang baru terbit merupakan simbol positif

yang menunjukkan usaha baru dan kejayaan kerana kegelapan terhapus serta

cahaya tersebar. Penganut agama Hindu dikatakan wajib memberikan

penghormatan kepada matahari pada waktu pagi.

ii) Pintu masuk rumah

Pintu hadapan dan belakang rumah tidak boleh berada dalam kedudukan

selari kerana dikaitkan dengan kebaikan dan kekayaan. Jika kedudukan pintu

selari, masyarakat Hindu percaya bahawa Dewi Laksmi (simbol kebahagiaan

dan kekayaan) yang masuk melalui pintu hadapan akan terus keluar melalui

pintu belakang. Ia bermakna kekayaan yang dikumpul keluarga ini tidak akan
berkekalan. Kepercayaan ini juga dapat dikaitkan dengan ilmu sihir. Jika pintu

hadapan dan belakang selari, maka ia mudah dikenakan “tuju”. Keadaan ini

dipercayai akan memecahbelahkan keluarga.

iii) Menghuni rumah baru

Bagi penganut agama Hindu, amalan yang biasa dilakukan sebelum

menghuni rumah baru ialah “Grahappivasam”, iaitu upacara merestui rumah dan

penghuninya. Upacara ini hanya boleh dilakukan dengan bantuan seseorang

yang bertauliah. Upacara ini penting bagi menghalau semangat-semangat jahat

dari menghuni dan mengganggu keluarga yang baru berpindah itu.

4.1.3 Binatang

i) Kucing Hitam

Dalam mana-mana masyarakat agama lain, kucing hitam seringkali

dikaitkan dengan petanda buruk. Dalam masyarakat Melayu misalnya, sekiranya

kucing hitam datang melompat ke atas mayat seseorang, dikatakan bahawa

mayat tersebut akan bangkit semula. Namun, sejauh mana mitos ini boleh

dipercayai masih lagi menjadi tanda Tanya.

Bagi masyarakat beragama Hindu pula, jika kucing hitam dilihat melintas

di hadapan seseorang semasa pergi ke sesuatu tempat atau melakukan

sesuatu, hendaklah ditangguhkan buat seketika. Hal ini demikian kerana

dipercayai kucing hitam membawa petanda buruk jika diteruskan.


iii) Cicak

Apabila cicak berbunyi ketika sedang berbincang tentang sesuatu isu, ia

menandakan bahawa isu tersebut adalah perkara yang betul. Cicak dikaitkan

dengan tuhan Shiva dan seolah-olah Tuhan Siva mengiakan perkara tersebut.

Berbeza pula jika ekor cicak terjatuh ke atas seseorang, ia membawa petanda

yang tidak baik.

4.1.4 Tumbuhan

Tumbuhan turut tidak terkecuali digunakan sebagai petunjuk kepada

manusia. Pada zaman dahulu, raja-raja menggunakan tumbuhan untuk melihat

sama ada rancangan mereka berjaya atau tidak. Contohnya, pokok “Unnam”

digunakan dengan melihat kesegarannya. Sekiranya pokok itu segar, bermakna

rancangan mereka akan berjaya dan sebaliknya.

4.1.5 Mimpi

Mimpi juga dipercayai dapat memberi petanda-petanda dalam kehidupan

seharian. Kebiasaannya, apa yang dilihat dalam mimpi bertentangan dengan apa

yang bakal dihadapi. Contohnya, jika mimpi mengenai kematian, satu kebaikan

atau kegembiraan akan berlaku, jika bermimpi badan telah menjadi gemuk, ia

bermakna kita akan menghadapi masalah kesihatan atau jatuh sakit, dan

sebagainya.
4.1.6 Ilmu Menilik Nasib

Ilmu ini menjadi satu seni yang dipelihara oleh orang India sejak 2500

tahun dahulu. Ia masih berkembang sehingga sekarang kerana sifat manusia

yang begitu ghairah untuk mengetahui masa depan atau apa yang akan berlaku

dan dilihat dapat mempengaruhi kehidupan orang India.

Amalan penilikan ini kebiasaannya dilakukan dalam upacara kelahiran,

perkahwinan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis ilmu penilikan seperti

menilik daun lontar, numerologi, palmistry (tilikan tapak tangan), astronomi, dan

menilik menggunakan burung nuri.

4.2 Larangan

i. Menyapu pada waktu malam

Perbuatan ini dilarang kerana dipercayai bahawa Dewi Laksmi (rezeki) akan

keluar dan sesuatu yang tidak baik seperti mudewi (kesusahan akan mengambil

tempat).

ii. Tidak mengosongkan bekas menyimpan makanan

Bekas makanan seperti bekas menyimpan beras, garam, bijirin, dan lain-lain

hendaklah sentiasa berisi kerana dipercayai bahawa “tarittariyam” akan

menguasai keluarga tersebut. Ia boleh mengakibatkan kesengsaraan dalam

keluarga dan menunjukkan bahawa keluarga itu tidak berupaya menjalankan

tugas.
iii. Membasuh kaki sebelum masuk rumah

Seseorang yang keluar dan pulang pada lewat malam hendaklah membasuh

kaki terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Ia bertujuan untuk kebersihan diri,

mengelakkan gangguan makhluk halus dan menghalang makhluk halus daripada

masuk ke dalam rumah serta mengganggu ahli keluarga.

iv. Nyalakan lampu sebelum gelap

Lampu hendaklah dinyalakan sebelum hari menjelang gelap. Jika lampu

dinyalakan selepas gelap dipercayai Dewi Laksmi akan meninggalkan rumah

dan membawa mudewi.

v. Menghalang pintu masuk

Perbuatan berdiri atau duduk di pintu rumah dilarang kerana dipercayai akan

membawa nasib malang kepada keluarga “tarittariyam”. Tujuan sebenar

larangan ini adalah untuk memudahkan pengudaraan.

vi. Menggoyang pintu

Perbuatan ini dilarang kerana boleh menyebabkan pergaduhan di antara ahli

keluarga. Sebenarnya ia mungkin kerana bunyi yang kurang menyenangkan

sewaktu ahli keluarga sedang berbincang.


5.0 KESIMPULAN

Seperti masyarakat dunia lain, masyarakat Tamil turut mempunyai kepercayaan

yang tersendiri sebagai amaran dan petanda untuk setiap yang berlaku dan bakal

berlaku dalam kehidupan mereka. Kepercayaan mereka berbeza mengikut kawasan

dan bentuk muka bumi. Mereka sangat mengambil berat akan sebarang pantang larang

dan petanda yang berlaku sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang

perkara yang tidak diingini berlaku. Kepercayaan dan pantang larang ini bukan terdapat

dalam masyarakat India sahaja, malah masyarakat lain juga mempunyai kepercayaan

dan pantang larang yang tersendiri. Bagi masyarakat Melayu dan Cina, ada sesetengah

pantang larang yang masih lagi diamalkan bagi mengelakkan nasib yang buruk

menimpa individu tersebut, masyarakat Tamil juga begitu.

Dapat dilihat manusia terutamanya daripada kumpulan masyarakat yang

beragama, masih lagi percaya akan ilmu-ilmu mistik dan pantang larang yang dilakukan

oleh nenek moyang mereka. Ia turut diamalkan oleh generasi cucu cicit mereka pada

masa sekarang. Walaupun dunia sekarang mengejar kemajuan teknologi ke arus

kemodenan, akan tetapi nilai-nilai agama dan kepercayaan yang dipupuk oleh generasi

terdahulu terhadap keturunan mereka masih lagi dipegang teguh agar ia tidak lapuk dek

zaman dan norma-norma agama yang diterapkan akan terus berkekalan sampai bila-

bila.
6.0 BIBLIOGRAFI

Iles Johnston, S. (2004). Religions of the Ancient World: A Guide (pp. 17-18). England:

The Belknap Press of Harvard University Press.

Smart, N. (2017). Polytheism. Encyclopædia Britannica. Retrieved 10 December 2017,

from https://www.britannica.com/topic/polytheism

(2017). Retrieved from http://majalahpendidikan.com/pengertian-animisme-dinamisme-

politeisme-monoteisme-dan-henoteisme/

Kaushal, M., & Magon, N. (2012). Vitamin D in midlife: The sunrise vitamin in the sunset

of life. Journal Of Mid-Life Health, 3(2), 97. http://dx.doi.org/10.4103/0976-7800.104473

Population Of Tamil Nadu 2017. (2017). Indiapopulation2017.in. Retrieved 10

December 2017, from http://indiapopulation2017.in/population-of-tamil-nadu-2017.html

Anda mungkin juga menyukai