Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan

Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem
kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Perkataan "agama" berasal dari bahasa Sanskert, dimana āgama bermakna "tradisi" atau "A"
bermaksud tidak; dan "GAMA" bermaksud kacau. Maka agama dikatakan tidak kacau yang
membawa maksud, agama berfungsi mengatur kehidupan manusia dan menetapkan hukum-
hukum dalam kehidupan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi yang keempat, agama ditakrifkan
sebagai kepercayaan kepada Tuhan serta penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Dengan ini,
dapat disimpulkan bahawa agama merupakan aturan antara hubungan manusia dengan
Tuhan.

Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu.Dari segi
penyebarannya, sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu agama Universal dan
agama Foik. Agama Universal merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat
untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia. Sasaran agama jenis ini adalah
kesemua manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Contohnya, agama Hindu, Islam,
Buddha dan Kristian .Agama Folk merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat
dakwah seperti agama universal. Amalannya hanya terhad kepada etnik tertentu.
Contohnya: Agama Rakyat China/Taoismedan agama Sikh.

Agama yang saya menganuti ialah Agama Hindu. Agama


Hindu merupakan agama dominan di Asia Selatan terutama di India dan Nepal yang
mengandung aneka ragam tradisi. Kata Hindu (melalui bahasa Persia) berasal dari
kata Sindhu dalam bahasa Sanskerta, iaitu nama sebuah sungai di sebelah barat
daya subbenua India, yang dalam bahasa Inggeris disebut Indus. Agama Hindu disebut
sebagai "agama tertua" di dunia yang masih bertahan hingga kini, dan umat Hindu menyebut
agamanya sendiri sebagai Sanātana-dharma maknanya "darma abadi" atau "jalan abadi"
yang melampaui asal mula manusia.

Agama Hindu mempunyai dua mazhab yang penting iaitu Mazhab Saivisme dan
Mazhab Vaishnavisme. Mazhab yang saya menganuti adalah Mazhab Saivisme yang
mengagungkan Dewa Shiva sebagai manifestasi Tuhan Yang Mahakuasa dan Maha Esa.
Pengikut Saiwa menyembah Dewa Brahma sebagai Dewa Pencipta, Dewa Visnu sebagai
Dewa Pelindung, dan Dewa Shiva sebagai Dewa Pelebur atau Pembinasa. Ketiga dewa itu
diberi nama Tri Murti yang bermaksud Maha Kuasa.
2.0 Amalan Agama Yang Dianuti Dalam Rutin Harian

Masyarakat India mempunyai pelbagai jenis amalan agama yang perlu dihayati dan
dipatuhi dalam kehidupan seharian. Sebenarnya, perkara-perkara yang dikerjakan oleh
setiap umat Hindu adalah berkait dengan amalan itu sendiri secara tidak langsung. Setiap
amalan dan adat agama hindu mempunyai kaitan dengan saintifik. Antara amalan yang saya
anuti ialah bangun awal pagi iaitu pada waktu ‘Brahma Mogoortham’ iaitu 1 jam 36 minit
sebelum matahari terbit. Waktu ini sesuai untuk melakukan yoga, meditasi, beribadah dan
melakukan sebarang aktiviti keagamaan. Mengikut kepercayaan agama Hindu, waktu
‘Brahma Mogoortham’ amat istimewa dan khas bagi dewa-dewi dan sekiranya seseorang itu
bangun dalam lingkungan waktu tersebut dan memulakan kerja-kerja hariannya, dia akan
direstui oleh dewa-dewa serta dapat dikerjakan dengan lebih mudah. Oleh sebab itu, seorang
pelajar digalakkan mengulangkaji pada waktu 4 hingga 6 pagi .Ada juga masyarakat India
yang berkahwin pada waktu tersebut bagi dapat restu dewa-dewa supaya kehidupan baharu
mereka bermula dengan baik.

Selain itu, mengamalkan Suryanamaskaram yang bermaksud penyembahan matahari


pada setiap pagi. Ia merupakan satu daripada aktiviti yoga yang membawa banyak kebaikan
kepada diri. Terdapat dua belas posisi dalam aktiviti ini, yang setiapnya bertumpu kepada
cakra-cakra dalam tubuh badan manusia. Terdapat tujuh cakra yang merupakan lingkaran
tenaga dalam tubuh badan manusia. Setiap posisi akan bermula dengan sebutan mantra-mantra
tertentu seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 menunjukkan posisi suryanamaskaram dan mantranya


Seterusnya, beribadah dua kali sehari sebelum matahari terbit dan benam dengan
menyala pelita. Ketika bersembayang, biasanya mantra-mantra, nyayian dewaram dan lagu
keagamaan yang ada dalam panjapuranam akan dibacakan mengikut hari. Selepas
bersembayang, pemberian prasaatam menjadi amalan agama hindu, iaitu sesuatu
penganugerahan Tuhan berbentuk thiruneer atau debu sucu berwarna putih, cendana
berwarna kuning dan kumkum merah bersama cendana dipakai pada dahi oleh umat hindu.
Thiruneer mengingatkan bahawa pada suatu hari nanti, manusia juga akan meninggal dunia
dan tubuhnya akan dibakar menjadi abu. Kepercayaan agama hindu menyatakan kumkum
merah sebagai simbol Dewi Shakti dan cendana menjadi simbol Dewa Shiva. Cara pemakai
thiruneer juga menunjukkan mazhab yang diikuti.

Rajah 2 menunujukkan cara pemakaian thiruneer oleh pengikut mazhab saivisime

Sebenarnya, Thiruneer mempunyai kebolehan untuk menyerap getaran baik, dan hal ini
dapat menjauhi manusia daripada kuasa jahat. Cendana pula menyejukkan badan dan jika
diletak di brahmantam di mana urat-urat tertentu berpusat, maka emosi dan mental
disejukkan. Bagi mencapai kemajuan dan kesedaran kerohanian ketenangan ini amat
diperlukan.
Rajah 3

Sebagai seorang wanita yang beragama Hindu, saya dikehendaki memakai pottu
yang merupakan suatu tanda berbentuk bulat yang diletak pada dahi iaitu di antara kening
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4. Kini, pottu mempunyai pelbagai bentuk dan warna.
Rajah 4 menunjukan pottu pada dahi

Pottu menandakan mata ketiga, iaitu mata kebijaksanaan. Membuka mata kebijaksanaan
merupakan salah satu motif kehidupan kerohanian yang harus dicapai oleh seseorang. Pusat
bagi cakra keenam terletak pada dahi dan dipercayai menjadi titik yang menghubungkan
manusia secara spiritual dengan Tuhan. Dewa Shiva digambarkan dewa bermata tiga. Ia
menandakan ilham yang tidak terbatas. Pottu juga dianggap sebagai tanda baik dan tuah.
Wanita yang bersuami diwajibkan memakai pottu kumkum merah manakala anak gadis pula
boleh memakai pottu warna hitam atau merah bukan jenis kumkum dan saiznya adalah kecil.
Selain itu, wanita juga perlu memakai barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti
subang, rantai dan mukkuthi (barang kemas yang dipakai di hidung) kerana wanita yang tidak
memakai barang kemas dianggap membawa sial.
3.0 Amalan Agama dalam Aktiviti Keluarga

Terdapat juga banyak amalan agama yang dilakukan dalam aktiviti keluarga.
Misalnya, pergi ke Kuil bersama ahli keluarga semingggu sekali ataupun dua kali. Dalam
keluarga saya, kami akan pergi ke kuil pada hari Jumaat kerana hari tersebut adalah hari
yang istimewa dan khas kepada Dewa-Dewi. Terdapat juga hari lain seperti, hari Selasa, hari
Khamis dan hari Sabtu. Ketika hari itu, semua ahli keluarga akan mengamalkan konsep
makanan sayur-sayuran dan konsep Ahimsa yang bererti menolak penyeksaan (himsa) serta
pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut, seorang itu tidak boleh membunuh binatang.
Ayat di bawah menjelaskan konsep ahimsa

“Apakah jalan yang baik? Itulah jalan yang merefleksikan pada bagaimana
menghindari pembunuhan makhluk apa pun”.- tirukural Ayat 324.

Agama Hindu melarang makan daging lembu kerana ia dianggap sebagai ibu atau Gomatha.
Makanan sayur-sayuran juga dikatakan lebih baik daripada daging dari segi kesihatan serta
emosi manusia. Makanan daging dipercayai akan menambahkan sifat-sifat kebinatangan
manakala makanan sayur-sayuran membawa ketenangan jiwa dan keseimbangan emosi.

Ketika pergi ke kuil, sebuah dulang yang berisi dengan kelapa, sirih, pinang,
kemenyan, kapur barus, buah-buahan, bunga-bunga dan botol susu akan dibawa. Di kuil,
‘archanai’ akan dibuat atas nama ahli keluarga dan mengelilingi kuil sebanyak tiga kali.
Selepas mengelilingi kuil, mantera-mantera akan dilafazkan dan sekiranya ahli keluarganya
mengetahui lagu-lagu ibadah, ia akan dinyayikan dengan penuh ikhlas hati. Selepas
bersembayang, prasaatam akan diberi. Pihak kuil akan menyediakan nasi ponggal atau nasi
puli (jawa) untuk mereka yang datang ke kuil. Ada juga sesetengah keluarga akan menderma
makanan kepada mereka yang datang ke kuil yang dikatakan annathanam sebagai tanda
terima kasih kepada Tuhan serta memberi peluang kepada orang yang tidak berdaya
merasakan serba.sedikit kegembiraan.
Rajah 5
menunjukkan
seorang
membawa
dulang
archanai dan
kanak-kanak
menyanyi lagu
ibadah

Seterusnya, penggunaan daun pisang ketika makan. Pada zaman kini, orang-orang
India tidak dapat menggunakan daun pisang setiap hari. Dalam keluarga saya, daun pisang
akan digunakan pada setiap hari Jumaat dan pada hari-hari kebesaran. Sebab daun pisang
digunakan ialah aspek kesihatan. Daun pisang adalah bersih kerana kekotoran tidak melekat
padanya serta mengandungi bahan yang dapat menghadamkan makanan dan mengelakkan
penyakit tertentu. Boleh dikatakan daun pisang merupakan sejenis bekas yang boleh dibuang
sebaik sahaja digunakan dan ia tidak membahayakan kesihatan.

Rajah 6

menunjukkan makanan yang dihidang atas talai valai ilai.


Setiap bahan makanan yang dipersembahkan kepada Tuhan diwajibkan dihidang
atas daun pisang. Hujung daun pisang yang dikenali sebagai talai(kepala) vaalai(pisang)
ilai(daun) menjadi pilihan. Bahagian ini dianggap sebagai kepala daun pisang yang menanda
keutamaan dan digunakan supaya segala yang dibuat membawa hasil yang baik. Apabila
tetamu datang ke rumah, kami akan memilih talai vaalai ilai untuk menghidang makanan. Ini
bererti tetamu tersebut diberi keutamaan. Menurut M. Rajantheran dan S. Manimaran (1994),
bahagian hujung daun pisang dianggap sempurna, dengan ini secara simbolik daun itu
digunakan untuk menunjukkan kesempurnaan dan kegembiraan apabila menghidangkan
bahan-bahan makanan dalam sembayang ataupun melayan tetamu.
4.0 Aktiviti Amalan Agama Selama Setahun

Masyarakat India yang beragama Hindu akan menyamput banyak perayaan dalam
setahun. Perayanan memberi peluang kepada para penganut Hindu untuk menyertai aktiviti
keagamaan dan memperkuatkan lagi imannya serta mengingatkan manusia tentang perlunya
Tuhan untuk mengatasi kejahilan dan menguatkan sifat-sifat murni. Dalam keluarga saya,
kami akan menyambut beberapa perayaan yang penting. Antaranya ialah Thai Ponggal,
Thaipusam, dan Deepavali.

Thai Ponggal bermaksud iaitu Thai ialah bulan ke-10 menurut kalender Hindu dan
ponggal bererti meruap. Ponggal juga bermakna nasi manis yang dimasak dengan susu. Thai
Ponggal disifatkan sebagai pesta menuai dan disambut selama empat hari iaitu
bhogipponggal (sehari sebelumnya), suriappongal, maatuponggal dan kaanupponggal.
Separuh tahun pertama dikenali uttarayanna dan separuh tahun dikenali Dakshinayanam.
Sewaktu uttarayanna, matahari akan bergerak dari selatan ke utara, ia dianggap amat
bertuah. Hari tersebutlah permulaan sambutan Thai Ponggal. Pada hari bhogi iaitu pada akhir
Dakshinayanam, segala kekotoran dan sampah akan dibersih dan dibakar. Rumah akan
dibersihkan dan dihias dengan tebu, daun mangga dan pokok kunyit. Pada hari pertama
(suriaponggal), semua ahli keluarga akan memakai pakaian tradisional yang baru. Tapak
mengadakan ponggal akan dibersihkan dan dihiasi dengan ‘koolam’, iaitu lakaran dengan
tepung beras. Padi yang baru dituai akan dimasak dengan susu dan air dalam periuk liat.
Apabila susu meruap, setiap ahli keluarga akan melaung ‘ponggalo ponggal’. Upacara ini
diadakan pada awal pagi sebaik matahari terbit. Sekiranya masakan tadi meruap dengan
baik, maknanya bertuah. Setelah nasi ponggal dimasak, akan disajikan dengan kuih-muih
dan hasil bumi kepada Dewa Suria (matahari).

Hari Kedua ialah maatuponggal yang disambut untuk lembu yang membantu untuk
petani untuk menuai sebagai tanda berterima kasih. Pada hari tersebut lembu yang
dipelihara akan dimandi dan dihias. Tanduknya akan dicat berwarna-warni, dan dihiasi
dengan bunga-bunga. Bunga-bunga akan dikalung, dan loceng kecil akan diikat pada
lehernya. Ponggal diadakan seperti juga acara suriaponggal. Nasi ponggal akan
disembahkan kepada Tuhan lalu pooja khas diadakan sebagai menghormati jasa lembu
kepada manusia, dan nasi manis akan diberi kepada lembu. Hari ketiga pula, kaanupponggal
yang khas kepada anak dara. Para anak dara akan berkumpul di kuil untuk mengadakan
ponggal dan bersembayang beramai-ramai. Di sisi para pemuda pula melihat kemahiran
memasak ponggal serta kecantikan seseorang gadis tertentu. Para anak dara akan
mengadakan ponggal serta berdoa kepada Tuhan supaya mereka dapat jodoh yang baik.
Sekiranya seseorang pemuda suka akan seseorang gadis, dia akan melamar gadis itu
kemudiannya.

Rajah 7
menunjukkan bhogipponggal, suriappongal, maatuponggal dan kaanupponggal

Perayaan seterusnya ialah Thaipusam iaitu suatu perayaan yang disambut pada
malam hari bulan purnama bulan Thai. Sewaktu bulan purnama, ia melintasi bintang bersinar
yang bernama Pusam. Thaipusam khususnya disambut kepada Dewa Murugan. Menurut
karya kandapuranam, Dewa Murugan yang keluar daripada mata ketiga Dewa Shiva
menewas seorang raksaksa (asura) dengan vel (senjata) yang diberi oleh Dewi Parvati. Hari
pemberian vel kepada Dewa murugan serta penewasan kuasa jahat disambut sebagai hari
Thaipusam. Amalan dasar dalam menyambut Thaipusam ialah bernazar dan menunaikan
nazar. Sebagai menunai nazar beberapa perkara harus dilakukan iaitu pengambilan kaavadi
dan paal kudam, menderma serta mencukur kepala.

Rajah 8 menunjukkan paal kudam dan paal


kaavadi

Pakaian berwarna kuning, biasanya pakaian putih yang direndamkan dalam air
kunyit dipakai oleh mereka yang bernazar. Mereka akan berpuasa sekurang-kurang tiga hari
sebelum Thaipusam. Mereka yang berpuasa akan hanya makan sekali sehari dan
makanannya adalah jenis sayur-sayuran sahaja. Pada hari Thaipusam mereka akan
menyertai pooja khas yang istimewa dan ia dianggap penting kerana membawa rahmat.
Menunaikan nazar ialah tanda kesyukuran, kerana manusia tidak boleh membalas budi
terhadap kasih Tuhan.

Hari Deepavali ialah perayaan orang India yang paling popular yang dikenali
sebagai pesta cahaya. Sebagaimana cahaya menerangi kegelapan, restu Tuhan akan
menghindari manusia daripada segala kejahilan dan kejahatan. Persediaan untuk
menyamput Deepavali dibuat dengan mengecat dan membersihkan rumah serta meghiasi
dengan koolam, pembelian pakainan baru serta menyediakan kuih-muih seperti kuih batu,
muruku dan lain-lain. Pada malam sebelumnya, upacara mengingati ahli-ahli keluarga yang
meninggal dunia diadakan. Pada hari deepavali semua ahli keluarga wajib bangun dan mandi
dengan minyak jarak dan minyak bijan sebelum matahari terbit. Setelah sahaja pakaian baru
dipakai oleh setiap orang, lampu sembayang akan dinyalakan dan pooja akan dimulakan
oleh ketua rumah sebagai tanda kesyukuran. Golongan muda akan mendapat restu dan
memohon maaf daripada golongan tua. Wang perbelanjaan juga akan diberi kepada anak-
anak dan ahli-ahli keluarga yang lain. Semua akan berkunjung ke rumah saudara-mara

Rajah 8 menunjukkan kanak-kanak mandi minyak.

5.0 Kepentingan Mengamalkan Amalan Agama Hindu

Agama telah menjadi pegangan dalam kehidupan setiap insan. Agama berperanan
meningkatkan penghayatan umat manusia terhadap nilai-nilai kehidupan yang tulus dan
murni. Amalan Agama Hindu membentuk insan yang soleh dan berkelakuan baik. Setiap
amalan Agama Hindu hanya membawa manusia ke landasan betul dan menghindarinya dari
kelakuan yang buruk. Apabila amalan-amalan ini diamalkan, nilai-nilai murni seperti tolong-
menolong, amanah, bertanggungjawab, berbudi-bahasa dan sebagainya dapat dipupuk
dalam jiwa manusia. Amalan agama Hindu juga memberi peringatan manusia supaya
mengelakkan diri daripada segala kejahatan dan pemikiran negatif yang dapat
menggelapkan hati manusia. Manusia dapat menjauhi diri daripada perkara yang tidak elok
seperti mencuri, membunuh, menzina, dan sebagainya, serta mengamalkan konsep Ahimsa
dan menyayangi ciptaan Tuhan. Dengan ini, manusia dapat mendisiplin diri dan dapat hidup
kehidupan sejahtera.

Seterusnya, amalan agama Hindu juga membawa seseorang individu ke kehidupan


yang sihat. Seperti nyatakan di atas, setiap amalan agama Hindu bersifat saintifik. Bahan
yang digunakan dalam upacara agama Hindu ataupun dalam kehidupan seharian akan
bersifat antibakteria atau bahan yang mencegah penyakit. Misalnya, kunyit yang sentiasa
digunakan dalam upacara agama Hindu merupakan sebuah bahan antibakteria. Selain,
amalan berpuasa juga dapat menjaga kesihatan. Amalan agama ini juga melindungi manusia
daripada kuasa jahat atau ilmu hitam. Dengan ini manuisa dapat hidup dengan aman dan
tenang. Amalan pemakanan dalam agama Hindu juga, melahirkan umat manusia yang sihat
dari fizikal dan mental. Makanan dan cara pemakanan orang Hindu amat berkhasiat dan
sentiasa menjaga tahap kesihatan manusia.

Selain itu, amalan agama Hindu juga penting dalam memupuk semangat kekitaan
dalam umat manusia. Agama Hindu merupakan salah satu faktor dalam pembentukkan
kelompok manusia. Hai ini demikian kerana sistem agama Hindu menimbulkan keseragaman
bukan sahaja dalam kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai
yang sama. Setiap upacara dalam agama Hindu memerlukan kerjasama penganutnya untuk
menjayakannya. Maka ketika mengadakan upacara atau perayaan agama Hindu,
penganutnya akan bersatu-padu serta bertolak ansur antara satu sama lain. Hal ini dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu serta bertoleransi dan ia akan mendorong kepada
kemajuan negara. Bukan sahaja negara maju malah negara akan aman dan damai.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, agama berperanan penting untuk melahirkan sifat terbuka di


kalangan umat manusia. Agama berupaya mengurangkan jurang perbezaan diantara setiap
individu dan mendorong penyatuan bangsa. Tambahannya pula, agama memberi peluang
kedua kepada sesuatu tamadun yang telahpun atau sedang mengalami keruntuhan.
Pembentukkan kerohanian turut dicapai dengan adanya pegangan agama. Setiap tamadun
berterusan atas agama yang berbeza dimana agama tersebut menjadi semangat atau spirit
untuk memastikan perkembangan sesebuah tamadun. Maka, ternyatalah agama
menggerakkan sesebuah tamadun sama ada dari segi intelek, fizikal, rohani dan sebagainya.

Refleksi

Bagi tugasan pendidikan moral, para mahasiswa telah ditugaskan menyiapkan sebuah esei
bertajuk “Bagaimana saya mengamalkan dan menghayati agama saya dalam kehidupan dan
kepentingannya kepada saya”. Saya menghadapi beberapa masalah ketika proses awal
menyiapkan tugasan ini. Ini disebabkan oleh saya tidak beberapa jelas dengan kehendak
soalan tugasan. Selain itu, saya juga kurang pemahaman tentang agama Hindu
memandangkan kekurangan bahan rujukan.

Sebagai jalan penyelesaian, saya dan rakan yang lain meminta bantuan daripada
pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu En. Asad Awang untuk menjelaskan satu-persatu
persoalan mengenai soalan tugasan ini. Beliau menerangkan kepada kami mengenai
kehendak soalan dan juga soalan-soalan yang perlu diselesaikan berdasarkan jenis agama.
Beliau juga memberikan maklumat tambahan dan juga mengadakan sesi perbincangan
secara terbuka mengenai sesebuah agama.

Beliau juga memberitahu tentang buku-buku dan bahan tertentu yang boleh digunakan
sebagai rujukan semasa membuat kerja kursus ini. Walaupun sesetengah buku tersebut tidak
dapat kami cari, namun dengan bantuan akses internet kami berjaya mencari kajian yang
dilakukan ke atas Agama Hindu. Dengan adanya bimbingan beliau, saya lebih faham tentang
apa yang perlu dibuat dalam kerja tugasan ini dan saya dapat memulakan tugasan ini
dengan baik.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini, saya telah
menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah
membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih
mengenali serta memahami tentang pendidikan moral dari segi kognitifnya dan sebagainya
yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga
merasakan kepentingan amalan agama hindu terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru,
kelak semua ilmu ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakan tugas harian sebagai guru
yang begitu mencabar pada masa sekarang.

Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa tugasan ini telah
menyumbangkan satu ilmu pengetahuan yang bermakna dan dapat meningkatkan
kefahaman tentang agama hindu. Saya telah mengetahui konsep dan amalan agama Hindu
dengan lebih mendalam dan juga nilai-nilai murni yang diajarkan kepada penganutnya.
Semua tugasan yang dibuat telah memberikan ilmu yang sangat bernilai kepada saya.

Kesimpulannya, kerja kursus ini telah memberikan suatu ilmu yang sangat berguna
kepada saya dan saya berharap ilmu ini akan saya aplikasikan apabila menjadi seorang guru
kelak. Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah
menghulurkan bantuan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Rujukan

Aris Kurniawan (2015). 3 Pengertian Agama Menurut Para Ahli Keagamaan. Dicapai
daripada http://www.gurupendidikan.com/3-pengertian-agama-menurut-para- ahli-
keagamaan/

Hajah Noresah Baharom (2007). Kamus Dewan Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mayled, J. (1987). Religious Beliefs. England: Wayland

Pengajian pmj (2014). Pengajian malaysia. Agama Hindu. Dicapai daripada


http://pmjpengajianmalaysia.blogspot.my/2014/08/agama-hindu.html

S. Rajantheran & S. Manimaran (1994). Adat dan Pantang Larang Orang India. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

S. Rajantheran & S. Manimaran (1994). Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam
menjalankan kerja kursus ini.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


Pendidikan Moral, En. Asad Awang kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak.
Kesudiaan anda amat saya hargai.

Anda mungkin juga menyukai