Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Agama ialah suatu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang.Agama
merupakan pedoman untuk membimbing manusia kearah kehidupan yang sempurna. Setiap
masyarakat dalam agama mempunyai adat, kepercayaan dan amalan masing-masing yang
telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Masyarakat agama masing-masing
diwajibkan untuk mengamalkan dan menghayati amalan yang terdapat dalam agama
masing-masing untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup. Saya menganuti agama
Hindu dan mengamalkan amalan-amalan yang terdapat dalam agama saya dalam
kehidupan.Agma Hindu,yang juga dikenali sebagai Dharma Vaidika ialah satu agama atau
falsafah yang berasal dari Subbenua India dan kawasan sekeliling yang
berhampiran.Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia,dan tidak dapat
mengenalpasti pengasas-pengasasnya.Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan
berlangsung masa,banyak kitab yang lain juga termuncul. Istilah Hinduisme merangkumi
berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza.
2.0 Amalan Agama yang Dianuti Dalam Rutin Harian

Agama Hindu mempunyai pelbagai jenis amalan yang mesti dipatuhi atau dihayati oleh
setiap masyarakat India pada setiap hari.Kerja-kerja rutin yang dilakukan oleh seseorang
penganut Hindu mempunyai kaitan dengan amalan agama Hindu.Salah satunya ialah
mereka haruslah bangun awal pagi untuk memulakan kerja-kerja rutin harian
mereka.Mengikut agama Hindu,bangun awal pagi iaitu pukul 4 pagi hingga 6 pagi adalah
amat baik kepada seseorang manusia.Waktu tersebut dikatakan sebagai ‘Brahma
Mogoortham’.Waktu ini merupakan waktu yang sangat istimewa dan khas bagi dewa-dewa
dan kalau seseorang bangun dalam lingkungan waktu dan memulakan kerja-kerja
hariannya,dia akan direstui oleh dewa-dewa dan kerja harian mereka akan menjadi lebih
mudah.Ada juga masyarakat India yang berkahwin pada waktu tersebut untuk mendapat
restu dewa-dewa.

Selain itu,masyarakat India sembayang dua kali sehari.Mereka selalu menyalakan pelita
dan sembayang Tuhan sebelum matahari terbit dan terbenam iaitu sebanyak dua
kali.Semasa sembayang,mereka akan membaca mantra dan nyanyi nyanyian
dewata.Selepas sembayang,mereka akan meletakkan ‘vibhuti’ iaitu sebuk putih yang secara
simbolik mengingatkan si pemakai bahawa pada suatu hari nanti, dia juga akan meninggal
dunia dan tubuhnya akan dibakar menjadi abu.
Antara amalan agama Hindu yang dianuti dalam rutin harian ialah memakai
pottu.Golongan wanita dalam masyarakat India mesti mamakai pottu setiap hari.Gadis yang
berkahwin memakai pottu berwarna merah manakala gadis yang belum berkahwin memakai
pottu berwarna hitam.Amalan meletakkan pottu dalam kalangan masyarakat ini ada makna
simbolik berkaitan kerohanian dan minda yang menjadi pusat menerima, memproses serta
menghantar maklumat.Tubuh manusia dibahagikan kepada tujuh lingkaran tenaga yang
dinamakan cakra. Pusat bagi cakra keenam terletak pada dahi dan dipercayai menjadi titik
yang menghubungkan manusia secara spiritual dengan Tuhan. Titik yang terletak di tengah-
tengah antara kedua-dua kening juga dianggap sebagai “mata ketiga” atau mata minda
yang amat berkuasa. Lukisan Dewa Shiva biasanya menggambarkan dewa berkenaan
memiliki mata ketiga pada dahi.Masyarakat India juga meletakkan serbuk cendana atau
serbuk kunyit pada dahi.Hal ini kerana secara saintifik,serbuk kunyit mampu menyegarkan
otak, serta menyejukkan kepala dan seluruh tubuh.

Masyarakat India juga mengamalkan pantang larang dalam kehidupan seharian yang
dikenakan oleh orang-orang tua.Pantang larang yang dikenakan oleh orang-orang tua
bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa
kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian
pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.Antara pantang
larang ialah seseorang individu harus melangkah ke dalam rumah dengan kaki kanan
dulu.Selain itu,mereka tidak boleh membenarkan tetamu yang datang berkunjung ke rumah
pertama kali untuk melakukan apa-apa kerja dan melayan mereka dengan baik.Dalam
masyarakat India juga,pantang kalau bersiul pada waktu malam kerana dipercayai ular akan
masuk rumah.Pantang larang kematian dalam masyarakat India ialah gambar si mati tidak
boleh digantung secara formal tetapi terbalik.Ahli keluarga si mati perlu mengelilingi mayat
sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan dan juga harus menyuap sedikit
makanan berupa beras sebagai pemberian terakhir.
3.0 Amalan Agama dalam Aktiviti Keluarga

Kuil dipercayai akan mewujudkan suasana yang tenang dan aman kepada sesiapa
sahaja yang masuk ke kuil dengan penuh kepercayaan.Setiap keluarga masyarakat India
akan pergi ke kuil sekali atau dua kali dalam seminggu.Kebiasannya,mereka ke kuil pada
hari jumaat kerana ia merupakan hari yang istimewa dan khas untuk dewa-dewa agama
Hindu.Seseorang individu pergi ke kuil dengan keluarga masing-masing untuk mendapatkan
ketenangan minda dan hati bagi meneruskan kehidupan yang sejahtera.Mereka membawa
dulang yang berisi dengan kayu kemenyan,kapur barus,bunga-bunga dan botol susu ke
kuil.Di kuil,mereka akan membuat ‘archanai’ atas nama keluarga mereka dan mengelilingi
kuil sebanyak tiga kali.Selepas mengelilingi kuil,mereka akan melafazkan mantera-mantera
dengan penuh ikhlas hati.Pihak kuil akan menyediakan nasi ponggal untuk mereka yang
datang ke kuil.

Selain itu, masyarakat India juga sembayang bersama-sama keluarga mereka sekurang-
kurangnya sekali dalam seminggu.Mereka akan menyanyikan lagu-lagu pemujaan ketika
bersembayang di bilik sembayang.Dalam agama Hindu,masyarakat India digalakkan untuk
bersembayang secara beramai-ramai.Hal ini kerana,apabila bersembayang bersama-
sama,dipercayai bahawa mantera-mantera yang dilafazkan akan bertambah saktinya dan
tenaga positif yang dikelilingi seseorang individu akan bertambah kuat.Mengikut pendapat
T.L.Vaswani, apabila dua atau lebih orang berkumpul untuk melafazkan mantra-mantra dan
menyanyi lagu ‘Hari Raam’(lagu yang menceritakan kemuliaan Tuhan) akan menjana satu
tenaga positif yang akan membantu seseorang itu mendapatkan kesejahteraan dalam
kehidupan.
4.0 Aktiviti Amalan Agama Selama Setahun

Masyarakat India meraikan pelbagai perayaan sepanjang setahun.Antaranya ialah


perayaan Deepavali atau dikenali juga sebagai nama pesta cahaya.Seperti kemeriahan
lain,masyarakat India juga turut membuat persiapan bagi menyambut perayaan ini.Bagi
penganut Hindu,sambutan Deepavali kurang serinya jika kediaman mereka tidak dihiasai
dengan ‘kolam’.Kolam atau dikenali juga sebagai Rangoli adalah sejenis seni hiasan pintu
masuk kediaman semasa Deepavali.Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan,berwarna-warni
dan tanpa ada had dari segi saiz. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat
dinyalakan di rumah bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang
dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas
upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, mereka akan mengunjungi
kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Tambahan pula,Hari Thaipusam juga merupakan salah satu perayaan yang disambut
oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa
Hindu, iaitu Dewa Muruga. Perayaan ini disambut pada bulan Januari dalam kalendar Tamil
yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi masyarakat India, Thaipusam adalah hari untuk
menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Sebelum
menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk
tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan
sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum
menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Ciri utama perayaan
Thaipusam ini ialah penganut agama Hindu akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka
besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang
dijunjung atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada
Dewa Subramaniam.
Seterusnya,masyarakat India juga menyambut perayaan Ponggal. Ponggal merupakan
perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Perayaan Ponggal diraikan oleh
kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan
matahari menuju ke utara.Hari pertama Ponggal dikenali sebagai Bhogi.Pada hari tersebut,
seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi
menyingkirkan anasir-anasir buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi
penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan Hujan yang menyuburkan tanah
selepas hampir setahun bercucuk tanam. Surya Ponggal merupakan hari Ponggal yang
kedua yang bertujuan memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari
pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak
dara akan bangun awal untuk membentuk ‘kolam’ menggunakan beras berwarna di halaman
rumah. Pintu rumah diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga,
daun kunyit dan pewarna ‘kum kum’ bagi menceriakan lagi suasana. Ia bukan sahaja
merupakan hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk memasak
Ponggal sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah
dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. LIMPAHAN Ponggal bermaksud kehidupan
yang serba baik..Seterusnya,hari yang ketiga ialah Maatu Ponggal.Pada hari tersebut,
lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan
dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan
ternakan lain. Kaanum bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang sudah
mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di rumah atau beramai-
ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk
mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.
5.0 Kepentingan Mengamalkan Amalan Agama Hindu

Peranan agama sangat penting dalam kehidupan seharian.Kebanyakan manusia di


dunai ini mempunyai pegangan agamanya tersendiri seperti agama Islam,Buddha,Kristian
dan sebagainya.Terdapat juga manusia yang tidak berpegang kepada mana-mana agama
kerana bagi mereka agama adalah sesuatu yang mengaikat dan mereka tidak merasa
bebas.Tetapi agama sebenarnya merupakan landasan utama bagi manusia untuk menjadi
seorang manusia yang baik dan membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun.Tiada
satu pun agama di dunia ini mengajar dan menyuruh pengikutnya membuat perkara jahat.

Agama Hindu berperanan penting dalam menyeru pengikutnya menerapkan nilai-nilai


yang murni dalam kehidupan. Dalam kehidupan saat ini, peranan agama Hindu masih
diperlukan, ketika seseorang individu berhadapan dengan masalah-masalah ketuhanan dan
norma-norma atau nilai-nilai sosial kemasyarakatan. Jika manusia sudah tidak mengambil
kira nilai-nilai murni dalam kahidupan,perkara yang tidak elok seperti kes
rogol,bunuh,culik,rompak dan banyak lagi pasti berleluasa.Jika perkara ini berlaku,manusia
tidak akan berasa aman dan produktiviti kerja akan merudum sekaligus menyebabkan
kemajuan sesebuah negara akan terjejas.

Amalan agama Hindu berfungsi untuk memberi pandangan dunia kepada sesuatu
budaya manusia.Agama Hindu boleh dikatakan memberi pandangan dunia kepada manusia
kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia dan juga kedudukan manusia
di dunia.Penerangan bagi perkara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia
manusia,melainkan sedikit penerangan daripada falsafah.

Agama Hindu juga menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh
manusia.Sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang
tidak terjawab oleh akal manusia sendiri.Contohnya, soalan kehidupan selepas mati,
matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini
adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk
menjawab soalan-soalan ini.

Akhir sekali,agama Hindu juga memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
Agama Hindu merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah
kerana sistem agama Hindu menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang
sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.
6.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai