Anda di halaman 1dari 2

1.

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Matematik merupakan mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Selain itu, Matematik juga merupakan mata pelajaran wajib bagi pelajarpelajar pengajian tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan. Seorang jurutera haruslah
mempunyai latar belakang yang baik dalam Matematik. Ini kerana Matematik
merupakan asas Sains dan Teknologi (Holtzapple & Reece, 2000). Kebanyakan kursus
yang ditawarkan di universiti juga banyak merangkumi unsur matematik. Setiap hari,
kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh lari
daripadanya sama ada kita suka atau pun tidak.

Semasa membeli-belah, kita

menggunakan matematik. Semasa memasak di dapur, kita menggunakan matematik


juga.

Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasilhasil seni dilukis dan dibina, antaranya yang dapat dilihat adalah pada bangunan
Berkembar Petronas yang tersergam indah di Kuala Lumpur. Tanpa kebijaksanaan
dalam matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteks yang berkaliber. Memandangkan
matematik sangat memainkan peranannya dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu
fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di
bawah. Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan

penguasaan matematik yang tinggi. Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik


sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang individu.
Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik dan
teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu.

Justeru itu, bolehlah dirumuskan bahawa matlamat pendidikan matematik adalah


untuk melahirkan warga yang bukan sahaja mampu untuk mengaplikasi pengetahuan
matematik mereka, tetapi juga menyelesai masalah baru. Dalam erti kata lain, individu
berliterasi matematik yang

Anda mungkin juga menyukai