Anda di halaman 1dari 3

) Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen Kanan
Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM, Puan Hajah
Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta muridmurid yang dikasihi sekalian.

2) Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.


3) Ceria wajah dalam majlis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.
4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman
Molek. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan
tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan
keamanan yang berpanjangan.
5) Anak-anak Molek,
6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru
dan anak-anak didik di sekolah ini bersam melangkah seiring menggenggam
iltizam menjadi warganegara yang patriotik.
7) Dengan tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara rasminya
menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke-57 , sekaligus
menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap,
berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
1) Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, hakikatnya menjadi
refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957. Justeru,
kita perlu mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan
negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi

pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya
golongan muda.
9) Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia, terutama
golongan muda inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia.
Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan
penting
untuk
mempertahankan
kemakmuran,
keharmonian,
dan
keselesaan, yang sedia ada sekarang.
10) Anak-anak molek,
11) Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang, lihatlah
anak remaja sekarang. Jika baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka
bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan jadi pada negara pada
zaman kalian menjadi dewasa kelak.
12) Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan dan teknologi
yang sedang kita lalui. Kita semestinya bersyukur dengan kemerdekaan
negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada sebarang
ancaman dan jajahan seperti Palestin.
13) Hadirin sekalian,
14) Sempena bulan kemerdekaan kali ke-57 ini, pihak penganjur program akan
menjalankan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan
itu majlis diteruskan dengan menjemput ....................................................
selaku penyelaras program bagi memberi penjelasan lebih lanjut.
15) Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Syed
Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek, sekaligus merasmikan
Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Dipersilakan....
16) Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.
17) Keris Melayu Lambang Pusaka,
Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.
Ayam Jantan Lawan Berlaga,
Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.
18) Hadirin sekalian,

19) Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita
nikmati dan kecapi sekarang ini akan terus berkekalan..Sama-samalah kita
berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus selamat dan terhindar
daripada sebarang bala bencana.
20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara
persembahan. Dipersilakan kumpulan koir ............................... dengan lagu
Parajurit
Tanah
Air
dan
Warisan,
diikuti
dengan
sajak ............................................ yang akan dibacakan oleh Siti Hazwany
binti Zaini.
21) Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi
sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan
Negaraku.
22) Mengakhiri majlis,
membacakan doa.

diminta

...................................................

untuk

23) Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon
maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus
merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar
dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus
dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.
24) Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai