Anda di halaman 1dari 2

AL-FARABI BIODATA Abu nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi Beliau lahir pada

hir pada tahun 874 (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki Meninggal di Damaskus pada tahun 339H/950M Dalam usia kurang lebih 80 tahun. Teks latin di abad pertengahan, dikenal dengan nama Alfarabius atau Avennasar. Sedang sebutan al-Farabi diambil dari nama kota kelahiran Farab Ia adalah salah seorang filsuf muslim (falsafah islam) paling terkemuka dan masyhur, di samping dikenal sebagai komentator Aristiteles dan sebagai tokoh pertama di bidang logika. Al-Farabi lebih dikenali dengan gelaran Muallim al-Sani di kalangan ahli-ahli Falsafah Islam.

LATAR BELAKANG Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn AlSariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum menerusakan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. SIFAT MAHMUDAH Al-Farabi terdidik dengan : Sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana Tidak gilakan harta Dan tidak cintakan dunia Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi.

KEMAHIRAN Mempunyai kemampuan untuk bermain muzik Beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. KAJIAN & KEPAKARAN Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta KEPAKARAN

Dalam kalangan ahli falsafah islam, beliau juga dikenali sebagai Aristolte kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah Negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Conficuis yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat heirarki yang tertinggi di dalam sistem

PEULISAN Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah pendidikan politik terkandung dalam karyanya yang berjudul Madinah al-Fadhilah Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman yunani dan falsafah plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya ihsa PERLUNYA MASYARAKAT Al-Farabi juga telah membahaskan tentang dalam satu pemerintahan, perlulah mempunyai masyarakat untuk memajukan sesebuah Negara tersebut. Hal ini kerana dalam kehidupan setiap individu, perlulah hidup bermasyarakat kerana kehidupan masyarakat adalah sangat penting dalam kehidupan seseorang. Al-Farabi berpegang kepada prinsip bahawa manusia semulajadi memerlukan kehidupan bermasyarakat. Menurutnya manusia memerlukan antara satu sama lain untuk memenuhi setiap keperluan hidup untuk membentuk kelompok-kelompok masyarakat yang pelbagai corak. Pegangan ini mempunyai keselarasan dengan pandangan Aristotle. Pembentukan kelompokkelompok ini tidak terhad kepada unit terkecil bagi sistem masyarakat sahaja, tetapi sebaliknya meluas kepada kawasan jalan, jiran tetangga, kampung dan Bandar. Oleh hal yang demikian, individu-individu akan mula berfikir akan meluaskan pula organisasi dan tugasnya atau khidmatnya ke luar Negara atau lebih kehadapan lagi. Apabila berada di peringkat ini, penduduk dalam sesebuah Negara dipanggil sebagai ummah. Untuk membezakan setiap Negara yang ada, bagi Al-Farabi, perbezaan tersebut boleh dilihat melalui sifat-sifat asasnya(natural character), keperibadian seseorang individu tersebut(temperament), kebiasaan dalam diri individu(habits) dan bahasa yang dituturkan oleh setiap individu tersebut(language). Selain daripada itu, sejajar dengan tokoh falsafah Plato, Aristotle dan Ibnu Ari Rabi, Al-Farabi berpendapat bahawa manusia adalah makhluk sosial yang mempunyai kecenderungan kepada alam untuk hidup bermasyarakat dan tidak mungkin mereka dapat memenuhi segala keperluan sendiri tanpa melibatkan bantuan dan kerjasama dari orang lain. Sesuatu kepimpinan itu dapat berdiri dengan maju kerana adanya keahlian dan keterlibatan oleh masyarakat untuk melahirkan nilai-nilai yang baik dan tindakan-tindakan yang mampu memelihara apa yang sudah mantap. Menurut beliau lagi, lebih besar sesebuah masyarakat itu, maka lebih banyak kemudahan-kemudahan yang dapat diwujudkan bagi memenuhi keperluan individu. Ini adalah berasaskan kepada andaian yang sama seperti andaian Plato bahawa setiap individu akan sentiasa memberikan khidmatnya yang terbaik untuk kebajikan am.

Anda mungkin juga menyukai