Anda di halaman 1dari 11

PESTA PANTUN

1.0 PENDAHULUAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi
puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan
pertandingan ini pada tahun 1989. Secara tidak langsung, para pelajar dapat menghayati dan berfikiran
kritis dalam hal ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Pelajar dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum mungkin

2.2 Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab pantun

2.3 Pelajar membina keyakinan diri dalam pertandingan

3.0 PENGELOLAAN

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.0 JENIS PERTANDINGAN

Kalah mati

5.0 PENYERTAAN

5.1 Pendaftaran peserta –5 (lima) orang.


5.2 Bilangan guru – seorang guru pengiring

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1.0 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun

empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris

maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan “abab”

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun yang terdiri daripada tiga pemantun dan dua orang
pemantun simpanan.

6.1.3 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang memperoleh markah isi tertinggi dikira sebagai pemenang.

6.1.6 Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa pula diambil kira.
6.1.7 Masa dikira berdasarkan arahan jurupantun. (Dari sekarang)

6.1.8 Masa dikira sebaik sahaja jurupantun mengarahkan penjualan pantun iaitu 15 saat untuk
pusingan pertama dan kedua. Manakala dalam pusingan ketiga, masa untuk mereka cipta pantun bagi
tema yang dipilih ialah 90 saat.

6.1.9 Masa untuk membeli pantun ialah 90 saat untuk ketiga-tiga pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang ditetapkan untuk jualan pantun
pusingan pertama dan kedua dan 90 saat bagi pusingan ketiga untuk mereka cipta dan jualan.

6.1.11 Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan membeli tiga rangkap pantun.

6.1 FORMAT PERTANDINGAN

6.1.1 Pertandingan pusingan pertama

A <——> 1 MENJUAL 15 SAAT

MEMBELI 90 SAAT

1 <——> A MENJUAL 15 SAAT

MEMBELI 90 SAAT

B <——> 2 MENJUAL 15 SAAT

MEMBELI 90 SAAT
2 <——> B MENJUAL 15 SAAT

MEMBELI 90 SAAT

C <——>3 MENJUAL 15 SAAT

MEMBELI 90 SAAT

3 <——> C MENJUAL 15 SAAT

MEMBELI 90 SAAT

6.1.2 Format Pusingan Kedua

A <——> 2 MENJUAL 15 SAAT

2 <——> A MEMBELI 90 SAAT

B <——> 3 MENJUAL 15 SAAT

3 <——> B MEMBELI 90 SAAT

C <——> 1 MENJUAL 15 SAAT

1 <——> C MEMBELI 90 SAAT

6.1.3 Format Pusingan Ketiga


(Pusingan Mereka cipta – Cabutan Undian Tajuk)

A <——> 3 (MEREKA CIPTA & MENJUAL – 90 SAAT)

3 <——> A (MEMBELI – 90 SAAT)

B <——> 1 (MEREKA CIPTA & MENJUAL – 90 SAAT)

1 <——> B (MEMBELI – 90 SAAT)

C <——> 2 (MEREKA CIPTA & MENJUAL – 90 SAAT)

2 <——> C (MEMBELI – 90 SAAT)

6.2 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Isi – 20 markah

Bahasa – 20 markah

Persembahan – 10 markah

Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim

Bahagian isi – 2 orang hakim

Bahagian Bahasa – 2 orang hakim

Bahagian Persembahan – 1 orang hakim

Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.


Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan perlu
dipotong.

Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan pasukannya semasa menyampaikan
pantun dengan syarat tidak mengganggu pihak lawan.

Keputusan hakim adalah muktamad.

6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

Menghakimi Isi – Ketepatan soalan / belian / jawapan – Jelas dan sesuai dengan tema – (10/20)

ISI – JUMLAH MARKAH (10/20)

i Ketepatan soalan / jawapan – jelas dan sesuai dengan tema

ii Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas.

iii Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.

iv Jualan pantun yang merupakan penyataan dan bukan soalan,

markah tidak diberikan.


v Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang

markah.

vi Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan

tidak diberikan markah.

vii Jawapan bagi soalan yang tidak diberikan markah ( ii, iii, dan iv ) di

atas, hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara

hakim antara 4 – 8 markah.

6.4 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

Menghakimi isi – Padat dan jitu serta bernilai susila – (10/20)

ISI – Jumlah Markah (10/20)

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-


i Padat dan jitu – 5 markah

ii Mempunyai nilai susila – 5 markah

Padat dan jitu bermaksud:

Pemilihan kosa kata yang indah

Tanpa kesalahan bahasa

Susunan kata yang betul

Mempunyai nilai susila:

Pantun dapat dijadikan panduan / pedoman dalam kehidupan seharian

6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA

Menghakimi Bahasa – Pola Rima dan Suku kata (10/20)

a. Pola Rima ‘abab’

Rima di hujung baris – 3 markah

Rima di tengah – 2 markah


b. Suku kata dalam baris

8 hingga 12 suku kata – 5 markah

6.6 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM 4:

Menghakimi bahasa – pembayang maksud dan kesesuaian dengan maksud (10/20)

Pembayang maksud (2 markah)

Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris pertama dengan baris kedua.

Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta unsur alam semula jadi dan karenah manusia
dalam baris pertama dengan baris kedua.

Kesesuaian pembayang dengan maksud (3 markah)


Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud

Pemilihan kata (5 markah)

Pembayang maksud dipetik daripada keindahan alam semesta, unsur alam semula jadi termasuk
karenah hati manusia (3 markah)

Sebutan baku dan jelas (2 markah)

6.7 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi persembahan – gerak fizikal dan intonasi / jeda serta kelancaran (10 markah)

a. Gerak geri yang seimbang dengan pantun – (4 markah)

(Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi yang berlebihan, tiada markah yang
diberikan)

b Intonasi dan jeda – (4 markah)

(Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris)

Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

Kelancaran – (2 markah)
(Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)

PEMANTUN YANG BAIK

Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai

Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak meleret-leret atau pengucapan yang
mengada-ngada.

Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.

Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa, dibuat-buat atau berlakon.

Tidak banyak mengulang perkataan / frasa/ rangkai kata yang sama dalam setiap pantun yang dijual
atau dibeli.

Setiap jualan dan belian pantun mestilah jelas dan tepat. Pantun yang dicipta mengandungi
perkataan, frasa dan istilah bahasa yang indah dan mudah difahami.

Pantun yang dicipta mestilah bernilai tinggi.

* MAKLUMAT INI DIPEROLEH KETIKA MENGHADIRI TAKLIMAT KEJURULATIHAN DAN PENGENDALIAN


PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH BALING SIK 2013 PADA 12 MAC 2013 BERTEMPAT DI SMK AGAMA
BALING.

Anda mungkin juga menyukai