Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN TEKNIKAL & PENGHAKIMAN

PESTA PANTUN
KARNIVAL KOKURIKULUM AKADEMIK

FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan Pusingan Pertama

A 1 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT
1 A

B 2 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT
2 B

C 3 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT
3 C

Pertandingan Pusingan Kedua

A 2 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT
2 A

B 3 MENJUAL 15 SAAT
3 B MEMBELI 60 SAAT

C 1 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT
1 C

1
Pertandingan Pusingan Ketiga (Mereka cipta)

A 3 (MEREKA CIPTA & MENJUAL- 60SAAT)


3 A (MEMBELI 60 SAAT)

B 1 (MEREKACIPTA & MENJUAL – 60 SAAT)


1 B (MEMBELI – 60 SAAT)

C 3 (MEREKACIPTA & MENJUAL – 60 SAAT)


3 C (MEMBELI – 60 SAAT)

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN


 Isi - 20 markah
 Bahasa - 20 markah
 Persembahan - 10 markah

 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang


hakim

 Bahagian Isi - 2 orang hakim


 Bahagian Bahasa - 2 orang hakim
 Bahagian Persembahan - 1 orang hakim

 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.


Sekiranya berlaku perbincangan,sebanyak 50 markah daripada jumlah
markah keseluruhan perlu dipotong.
 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan
pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak
mengganggu pihak lawan.
 Keputusan hakim adalah muktamad

2
PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

(Menghakimi Isi - Ketepatan soalan/belian/jawapan - Jelas dan sesuai


dengan tema (8/20)

ISI - JUMLAH MARKAH (8/20)

i. Ketepatan soalan/jawapan - jelas dan sesuai dengan tema

ii. Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas

iii. Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.

iv Jualan pantun yang merupakan pernyataan dan bukan soalan;


markah tidak diberikan.

v. Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang markah.
vi. Pantun yang berupa pelarian , yakni yang tidak menjawab soalan tidak
diberikan markah.

vii. Jawapan bagi soalan yang tidak diberikan markah ( ii,iii dan iv) di atas,
hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara hakim antara 4-
8 markah.

PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

(Menghakimi isi – Padat & jitu serta bernilai susila – 12/20 markah)

ISI - Jumlah Markah (12/20 )

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i. Padat dan jitu - 8 markah


ii. Mempunyai nilai susila - 4 markah

Padat dan jitu bermaksud:

 Pemilihan kosa kata yang indah


 Tanpa kesalahan bahasa
 Susunan kosa kata yang betul

Mempunyai nilai susila:-

Pantun dapat dijadikan panduan/pedoman dalam kehidupan seharian

3
PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA

Menghakimi Bahasa - Pola Rima & Suku kata (10/ 20 )


- Bahasa (10/20)

1. Pola Rima ‘ abab’

 Rima di hujung baris - 2 markah


 Rima di tengah - 2 markah
 Rima di pangkal - 1 markah

2. Suku kata dalam baris

 8 hingga 12 suku kata - 5 markah

PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEEMPAT

Menghakimi bahasa – pembayang maksud dan kesesuaian dengan


maksud ( 10 / 20 )

Pembayang maksud ( 2 markah )

a) Terdapat kesinambungan / hubungan dengan baris pertama dengan baris


kedua.

 Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta unsur alam


semula jadi dan kerenah manusia dalam baris pertama dengan
baris kedua.

b) Kesesuaian pembayang dengan maksud ( 3 markah )

 ( Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud ).

Pemilihan kata ( 5 markah )

a) Pembayang maksud dipetik daripada keindahan alam semesta unsure


alam semula jadi termasuk kerenah hati manusia. ( 3 markah )

b) Sebutan baku dan jelas. ( 2 markah )

4
PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi persembahan – gerak fizikal dan intonasi / jeda serta


kelancaran (10 markah)

a) Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( 4 markah )

 ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi


yang berlebihan, tiada markah yang diberikan ).

b) Intonasi dan jeda. ( 4 markah )

 ( Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap
baris ).

 Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan


pembayang maksud pantun.

c) Kelancaran. ( 2 markah )

 ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan ).

PEMANTUN YANG BAIK


 Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai.
 Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak
meleret-leret atau pengucapan yang mengada-ngada.
 Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.
 Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa,
dibuat-buat atau berlakon.
 Tidak banyak mengulang perkataan/frasa/rangkai kata yang sama
dalam setiap pantun yang dijual atau dibeli.
 Setiap jualan pantun jelas dan belian pantun tepat serta
bertepatan dengan tema.
 Pantun yang direka mengandungi perkataan, frasa dan istilah
bahasa yang indah dan mudah difahami.
 Pantun rekaan dan ciptaannya bernilai tinggi.

5
SENARAI SEMAK KEPERLUAN

 FAIL-FAIL HAKIM MENGIKUT SUSUNAN


(BORANG PENGHAKIMAN, ALATAN
MENULIS, KERTAS KOSONG)
 JAM RANDIK
 PAPAN TANDA HIJAU/MERAH- AKHIR
 MEJA PEMANTUN- BERTANDA ABC/123
 LOCENG
 KALKULATOR-PEMERIKSA KIRA-KIRA
 PENJAGA MASA TERLATIH
 TEMA-TEMA UNTUK PUSINGAN KETIGA
 JADUAL PERTANDINGAN
 JURUPANTUN YANG PETAH DAN TERLATIH
 HAKIM YANG FAHAM AKAN PANTUN

KEDUDUKAN SUSUN ATUR TEMPAT PERTANDINGAN PANTUN

Anda mungkin juga menyukai