Anda di halaman 1dari 2

1.

Pertandingan terbuka kepada semua murid tahap 1 dan 2


2. Setiap rumah hanya boleh menghantar dua orang peserta sahaja untuk
bertanding bgi setiap kategori lelaki dan perempuan
3. Setiap peserta diberikan masa 7 minit
4. Loceng akan dibunyikan 2 kali. Satu kali 2 minit sebelum masa tamat.
Satu kali ketika masa tamat.
5. Setiap peserta diwajibkan membaca al-fatihah dan diikuti 3 soalan yang
seterusnya
6. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

Pemarkahan pertandingan adalah seperti berikut :


a. Tajwid (30 Markah)
 Mengikut hukum tajwid yang betul

b. Hafaz dan lancar (40 markah)


 Tidak berulang-ulang/terhenti-henti/teragak-agak
 Tidak tertinggal/tertambah huruf/salah baris
 Tidak salah sambung/langkau ayat
 Tidak gagal menghabiskan bacaan ayat yang ditentukan

c. fasohah (20 markah)


 makhraj huruf dan sifatnya
 hukum wakaf dan ibtida
 cermat dalam melafazkan kalimah al-quran
 fasih dalam bacaan dan berlahjah arab
 ketepatan membunyikan fathah, kasrah dan dhommah
 membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid

d. Suara dan gaya (10 markah)


 Kemerduan dan kelembutan suara
 Suara licin dan bersih
 Suara terang, lantang dan nyata
 Suara tidak berubah
 Gaya bacaan mengikut lahjah arab
7. Pakaian peserta
 Aulad :
- Baju melayu, bersongkok, bersampin

 Banat :
- Baju kurung dan bertudung labuh

Surah hafazan tahap 1:


 Surah al-fatihah hingga surah ad-dhuha

Surah hafazan tahap 2 :


 Surah al-lail hingga surah an-naba’

Anda mungkin juga menyukai