Anda di halaman 1dari 30

Edisi 2019

PERATURAN
ALAM RIA
PASTI MALAYSIA

EDISI 2019
Edisi 2019

PERATURAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA

SYARAT UMUM SEMUA PESERTA

1.0 Pengundian

1.1. Undian bagi menentukan angka giliran untuk membuat persembahan akan
dibuat oleh Pengarah PASTI Negeri atau wakilnya di dalam mesyuarat ALP
atau mana-mana program PASTI Malaysia.
1.2. Sekiranya Pengarah atau wakilnya tiada, undian dibuat oleh Jawatankuasa
Pertandingan.

2.0 Pertandingan

2.1 Peserta dikehendaki hadir ke tempat pertandingan selewat-lewatnya 10 minit


sebelum masa pertandingan dijalankan.
2.2 Peserta hendaklah menghadirkan diri apabila tiba gilirannya dipanggil oleh
Pengerusi Majlis. Peserta yang gagal menghadirkan diri setelah 3 kali
panggilan dilakukan tanpa sebab yang munasabah dianggap telah menarik diri.
2.3 Peserta hendaklah bertanding dengan mematuhi semua syarat dan peraturan
pertandingan yang telah ditetapkan. Pengerusi pertandingan berhak untuk
membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang gagal berbuat demikian.
2.4 Peserta yang telah selesai gilirannya, tidak dibenarkan untuk meninggalkan
tempat / dewan pertandingan sehingga pertandingan selesai dijalankan.
2.5 Peserta dikehendaki berkelakuan baik dan menghormati kemurnian majlis
dengan bertanding secara rasional.
2.6 Keputusan pertandingan akan diumumkan pada waktu yang telah ditetapkan
oleh Jawatankuasa Penganjur.
2.7 Semua lagu dan sajak ciptaan yang dipertandingkan akan menjadi hak milik
PASTI Malaysia.
2.8 Juara Keseluruhan akan ditentukan menurut urutan berikut :
2.8.1 Bilangan Johan.
2.8.2 Bilangan Naib Johan.
2.8.3 Bilangan tempat ketiga.
2.8.4 Jika semua sama, keputusan akan ditentukan oleh Pengarah Bahagian
Kokurikulum.

3.0 Acara

3.1 Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu acara sahaja kecuali
dengan kebenaran khas PASTI Malaysia. Jika didapati ada peserta yang
menyertai 2 acara atau lebih tanpa kebenaran, pihak penganjur berhak / boleh
membatalkan semua penyertaan peserta tersebut.
Edisi 2019

1. PERTANDINGAN HAFAZAN

1.1 Kategori Pertandingan

1.1.1 Pelajar PASTI


1.1.1.1 Lelaki (4-6 tahun)
1.1.1.2 Perempuan (4-6 tahun)

1.2 Bilangan Peserta

1.2.1 Setiap negeri yang bertanding hanya dibenarkan menghantar seorang


peserta bagi setiap kategori.

1.3 Syarat-Syarat Penyertaan

1.3.1 Penyertaan mengikut kategori kepada semua pelajar lelaki dan perempuan
yang sedang belajar di PASTI Malaysia.

1.3.2 Peserta hendaklah menghafaz surah-surah yang telah ditetapkan oleh


Jawatankuasa Alam Ria PASTI Malaysia.

1.3.2.1 SURAH WAJIB

a) Al-Fatihah
b) Ayat Al-Qursi
c) Al-Mulk (dipecahkan kepada 2 bahagian)
a) Hafazan wajib
Ayat 1-5.
b) Hafazan pilihan
i) Ayat 6-8.
ii) Ayat 8-10
iii) Ayat 9-11.
iv) Ayat 10-12
v) Ayat 12-14
vi) Ayat 13-15
vii) Ayat 11-14

1.3.2.2 SURAH-SURAH PILIHAN

a) Al-Adiyat
b) Al-Qari’ah
c) At-Takathur
d) Al-Maun
e) Al-Humazah
f) Al-Kafirun
g) Al-Falaq
Edisi 2019

1.4 Bentuk Ujian

1.4.1 Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafazan lisan melalui surah-
surah wajib dan surah-surah pilihan yang telah ditetapkan dengan lancar
serta mengambil kira hukum-hukum tajwid.

1.4.2 Peserta dikehendaki menghafaz mengikut bacaan bertajwid secara tadwir


sahaja.

1.4.3 Bagi memulakan hafazan, Hakim Fateh hendaklah membaca sebahagian


ayat tersebut dan memberi arahan kepada peserta seperti berikut, “sila
ulang dan sambungkan bacaan”.

1.4.4 Sekiranya pelajar terhenti dengan sebab tidak mengingat ayat seterusnya,
Hakim Munabbih hendaklah memberitahu dengan mengingatkannya.

1.4.5 Sekiranya berulang kesalahan tersebut, Hakim Munabbih hendaklah


memberitahu kesalahan tersebut.

1.5 Undian Soalan Pilihan

1.5.1 Setiap peserta akan mengundi dengan memilih satu sampul surat yang
mengandungi surah wajib dan pilihan dari surah-surah yang ditetapkan dan
kemudian menyerahkannya kepada Hakim Fateh.

1.6 Masa Bacaan

1.6.1 Hakim Munabbih pada bila-bila masa boleh menamatkan bacaan peserta
setiap surah yang telah ditetapkan atau bacaan pada keseluruhannya jika
difikirkan perlu.

1.7 Pakaian Peserta

1.7.1 Lelaki
 Seragam rasmi PASTI atau
 Baju Kebangsaan sut persalinan lengkap (sampin & songkok/kopiah) atau
 Jubah dan berserban.

1.7.2 Perempuan
 Seragam rasmi PASTI atau
 Baju kurung dan bertudung sempurna atau
 Jubah dan bertudung sempurna.

1.7.3 Aksesori yang tidak melampau dibenarkan.


Edisi 2019

1.8 Cara Penghakiman

1.8.1 Penghakiman hafazan dibahagikan kepada empat bahagian.

BIL PERKARA MARKAH


1 Hafazan dan kelancaran 40
2 Tajwid 30
3 Fasohah 20
4 Fateh & Munabbih 10

1.8.2 Ujian hafazan dihakimi dengan Jemaah Hakim seramai 4 orang dengan
diketuai oleh seorang hakim yang dilantik

BIL PERKARA HAKIM


1 Hafazan dan kelancaran Semua hakim
2 Tajwid mengadili setiap
3 Fasohah bahagian
4 Fateh dan Munabbih

1.8.3 Jemaah Hakim ini dibantu oleh seorang jurukira.

1.9 Penentuan Pemenang.

1.9.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

1.9.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira sebagai
johan, manakala markah kedua tertinggi akan dikira sebagai naib johan dan
markah ketiga tertinggi sebagai pemenang tempat ketiga.

1.9.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah hafazan dan kelancaran. Markah tertinggi dalam hafazan dan
kelancaran akan dikira pemenang. Jika masih sama, maka akan dirujuk
kepada markah tajwid. Jika masih sama, maka akan dirujuk kepada markah
Fasohah. Jika markah masih sama lagi, maka keputusan akan dirujuk kepada
jemaah hakim.

1.9.4 Keputusan Jemaah Hakim pertandingan adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak
(dipotong 1 markah).
 Tertinggal / tertambah huruf / salah baris (dipotong
1 markah)
Hafazan dan  Tertinggal / tertambah kalimah (dipotong 2 markah)
(40
1. kelancaran  Salah sambung (dipotong 2 markah)
Markah)
 Melangkau (dipotong 2 markah)
 Bukan bacaan tadwir (dipotong 2 markah setelah
diperingatkan)
 Gagal menghabiskan bacaan ayat yang ditentukan,
setiap 10 saat diulang sekali (dipotong 1 markah).
 Makhraj huruf dan sifatnya.
 Hukum Nun sakinah (mati) (30
2. Tajwid
 Kadar dengung 2 harakat Markah)

 Hukum wakaf dan ibtida’.


 Cermat dalam melafazkan kalimah Al-Quran.
 Fasih dalam bacaan dan berlahjah Arab.
 Membunyikan huruf-huruf mati dan bertasdid.
 Terpelihara susunan kalimah-kalimah dan ayat Al-
Fasohah (20
3. Quran.
Markah)
 Ketepatan membunyikan baris atas, bawah dan
depan tanpa dialek kedaerahan.
 Kelancaran dan kelembutan dalam membaca
kalimah-kalimah dan ayat-ayat Al-Quran.
 Terpelihara daripada bernafas di dalam bacaan.
 Kelembutan suara.
 Suara licin dan bersih.
Fateh dan  Suara terang, lantang dan nyata. (10
4.
Munabbih  Suara tidak berubah. Markah)
 Gaya bacaan mengikut lahjah arab dari mula
hingga akhir bacaan.
Edisi 2019

2. PERTANDINGAN NASYID

2.1 Kategori pertandingan.

2.1.1 Pelajar PASTI

2.1.1.1 Lelaki dan Perempuan (4-6 tahun)

2.2 Bilangan Peserta

2.2.1 Setiap negeri yang bertanding dikehendaki menghantar satu kumpulan nasyid
yang dianggotai oleh 10 orang peserta sahaja termasuk pemain alatan muzik.

2.3 Syarat-syarat Penyertaan

2.3.1 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang
sedang belajar di PASTI Malaysia.

2.3.2 Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan dua buah lagu;


i) Lagu PERTAMA : Lagu ciptaan sendiri dan wajib dalam Bahasa Melayu
ii) Lagu KEDUA : Lagu berkaitan PdP PASTI ciptaan sendiri. Boleh
menggunakan bahasa selain Bahasa Melayu.

2.3.3 Alatan asas seperti kompang, gendang dan lain-lain dibenarkan kecuali
“minus one” dan alatan muzik bertali dan bertiup.

2.4 Masa

2.4.1 Masa yang diperuntukan untuk setiap kumpulan selama 7-10 minit.

2.4.2 Masa dikira apabila peserta memulakan nyanyian nasyid dan berakhir setelah
tamat nyanyian.

2.4.3 Persembahan yang melebihi masa tidak akan dikira.

2.4.4 Ketua Hakim berhak pada pada bila-bila masa untuk menamatkan
persembahan yang melebihi masa ditetapkan.

2.5 Pakaian Peserta

2.5.1 Peserta mestilah memakai pakaian sopan dan menutup aurat.

2.5.2 Aksesori yang tidak melampau dibenarkan.

2.6 Lirik Lagu

2.6.1 Dua salinan lirik lagu hendaklah diserahkan kepada urus setia pertandingan
semasa pendaftaran.
Edisi 2019

2.6.2 Lirik lagu akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian
lirik lagu akan dipotong sebanyak 5 markah sekiranya lirik lagu tidak
diserahkan kepada urus setia.
2.6.3 Lirik lagu hendaklah bertaip komputer, bersaiz 12 “font arial”, langkau sebaris.

2.6.4 Tiada pengenalan kumpulan di dalam lirik lagu. (Nama PASTI / negeri dan
sebagainya).

2.7 Cara Penghakiman

2.7.1 Penghakiman nasyid dibahagikan kepada empat bahagian.

BIL. PERKARA MARKAH


1. Kesepaduan suara dan solo 40
2. Lagu 25
3. Lirik lagu dan bahasa 20
4 Gaya Persembahan 15

2.7.2 Penghakiman nasyid dihakimi oleh Jemaah Hakim seramai 4 orang dengan
diketuai oleh seorang ketua hakim yang dilantik.

BIL PERKARA HAKIM


1 Kesepaduan suara dan solo Semua hakim
2 Lagu mengadili setiap
3 Lirik lagu dan bahasa bahagian
4 Gaya Persembahan

2.7.3 Jemaah Hakim ini dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang jurukira.

2.8 Penentuan Pemenang

2.8.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

2.8.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira sebagai
johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan dikira sebagai naib
johan dan pemenang tempat ketiga.

2.8.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah kesepaduan suara dan solo. Markah tertinggi dalam kesepaduan
suara akan dikira pemenang. Jika masih sama, maka akan dirujuk kepada
markah lagu. Jika masih sama, maka akan dirujuk kepada markah lirik lagu
dan bahasa. Jika masih sama, keputusan akan dirujuk kepada jemaah hakim.

2.8.4 Keputusan Jemaah Hakim pertandingan adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Kualiti ton yang sesuai
 Ketepatan pic, nada, tempo dan frasa
Kesepaduan suara
 Kejelasan sebutan setiap perkataan
1 dan solo (40 markah)
 Keseimbangan suara yang menarik dan
harmoni

 Keindahan lagu yang menghiburkan


 Kepelbagaian bentuk lagu
2 Lagu  Kesesuaian rentak, gubahan dan kreatitiviti (25 markah)
vokal yang menarik

 Menepati tema persembahan


 Kejelasan mesej
Lirik lagu dan  Kesinambungan isi
3 (20 markah)
bahasa  Penggunaan bahasa yang sesuai dan
menarik.

 Keserasian penampilan dan pergerakan


 Kelancaran nyanyian dan penggunaan
alatan muzik
4 Gaya Persembahan (15 markah)
 Ekspresi yang sesuai.
 Keberkesanan persembahan dan etika.

Jumlah 100
Edisi 2019

3. PERTANDINGAN BERCERITA

3.1 Kategori Pertandingan

3.1.1 Pelajar PASTI

3.1.1.1 Lelaki (4-6 tahun)

3.1.1.2 Perempuan (4-6 tahun)

3.2 Bilangan Peserta

3.2.1 Setiap negeri yang bertanding hanya dibenarkan menghantar seorang


peserta bagi setiap kategori.

3.3 Syarat-syarat Penyertaan

3.3.1 Penyertaan mengikut kategori kepada semua pelajar lelaki dan perempuan
yang sedang belajar di PASTI Malaysia.
3.3.2 Pemilihan tajuk bercerita :
Tajuk bercerita dalam Bahasa Melayu berdasarkan kisah dari Al-Quran.

3.4 Cara penyampaian

3.4.1 Setiap peserta dibenarkan membawa prop tidak melebihi 3 objek.

3.4.2 Peserta boleh bercerita dengan bersyair, bergurindam, bernasyid, bersajak,


berpantun atau gabungan cara-cara tersebut.

3.5 Masa Bercerita

3.5.1 Masa bagi tiap-tiap peserta menyampaikan cerita adalah 6 minit.

3.5.2 Masa yang melebihi 6 minit tidak diberikan markah.

3.5.3 Masa dikira apabila peserta memulakan bercakap.

3.5.4 Loceng pertama dibunyikan pada minit ke-5.

3.5.5 Loceng ke-2 dibunyikan 2 kali menandakan masa telah tamat.

3.5.6 Persembahan yang melebihi masa tidak akan dikira.

3.6 Pakaian Peserta

3.6.1 Peserta mestilah memakai pakaian sopan dan menutup aurat.

3.6.2 Aksesori yang tidak melampau dibenarkan.


Edisi 2019

3.7 Teks

3.7.1 Dua salinan teks hendaklah diserahkan kepada urus setia pertandingan
semasa pendaftaran.

3.7.2 Teks akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian isi
akan dipotong sebanyak 5 markah sekiranya teks tidak diserahkan kepada
urus setia.

3.7.3 Teks hendaklah bertaip komputer, bersaiz 12 “font arial”, langkau sebaris.

3.7.4 Tiada pengenalan kumpulan di dalam teks. (Nama PASTI / negeri dan
sebagainya).

3.8 Cara Penghakiman

3.8.1 Penghakiman bercerita dibahagikan kepada tiga bahagian.

BIL. PERKARA MARKAH


1. Isi 40
2. Penyampaian dan Prop 40
3. Bahasa 20

3.8.2 Pertandingan bercerita dihakimi oleh Jemaah Hakim seramai 3 orang dengan
diketuai oleh seorang ketua hakim yang dilantik.

BIL PERKARA HAKIM


1 Isi Semua hakim
2 Penyampaian dan Prop mengadili setiap
3 Bahasa bahagian

3.8.3 Jemaah Hakim ini dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang jurukira.

3.9 Tugas-tugas Jemaah Hakim

3.9.1 Tugas pengerusi Jemaah Hakim

3.9.1.1 Pengerusi Jemaah Hakim adalah ketua hakim untuk mengurus


penghakiman yang lengkap dan memastikan perjalanan penghakiman
yang amanah, jujur dan kerahsiaan.
3.9.1.2 Menyediakan :
a) Borang markah
b) Borang penghakiman yang disatukan (borang kelompok).
3.9.1.3 Menyediakan kertas undi giliran peserta.
3.9.1.4 Sentiasa berada ditempat penghakiman dan mengawasi kerja hakim
supaya perjalanan teratur dan lancar.
3.9.1.5 Mempengerusikan mesyuarat jemaah hakim mengenai perincian yang
ditekankan sebelum perjalanan penghakiman bercerita.
3.9.1.6 Menentu tugas setiap hakim dan melantik pengganti jika hakim tidak
hadir / uzur.
Edisi 2019

3.9.1.7 Mengesah dan menandatangani borang penghakiman dan keputusan


bercerita.

3.9.2 Tugas Hakim Isi (40 markah)

Mengadili bagi perkara-perkara di bawah:-


a) Isi bercerita berdasarkan fakta dan nas.
b) Kupasan isi dikaitkan dengan isu semasa umat Islam.
c) Nas Al-Quran atau hadis perlu dibaca menggunakan bahasa Arab. Hanya
1 markah diberi jika sekadar menyatakan terjemahan.
d) Bercerita hendaklah mengandungi tidak kurang dari 3 isi.
e) Tajuk dan isi bercerita adalah berkaitan dan berurutan.
f) Guru pembimbing / jurulatih dibenarkan membantu peserta dengan tidak
melebihi 2 kali.

3.9.3 Tugas Hakim Penyampaian dan Prop (40 markah)

Mengadili perkara-perkara di bawah:-


a) Penyampaian yang bersopan.
b) Gerak geri tidak keterlaluan.
c) Tidak dibenarkan membawa skrip tetapi boleh membawa nota kecil
sahaja.
d) Nada penyampaian bersesuaian dengan isi dan disampaikan dengan
yakin.
e) Penggunaan prop akan diberi markah sekiranya berkait dengan cerita dan
diguna sebagai mekanisma penarik bagi memahami perjalanan cerita.
f) Prop tidak boleh melebihi dari 3 dan mesti diguna, disentuh atau dikait
dengan cerita.
g) Penyampaian dimasukkan unsur penceritaan yang menarik seperti
pantun, sajak, nasyid atau syair.
h) Bercerita perlu mengandungi:-
i. Salam, muqaddimah, pembuka.
ii. Setiap isi mempunyai huraian, nas isu semasa dan pengajaran dan
boleh digabung jalin penyampaian asalkan bersesuaian.
iii. Penutup.

3.9.4 Tugas hakim Bahasa (20 markah)

Mengadili perkara perkara-perkara di bawah:-


a) Bahasa yang baik, jelas dan mudah.
b) Tidak mengguna bahasa dialek daerah.

3.9.5 Cara Penghakiman Am

3.9.5.1 Hanya isi yang menepati tajuk bercerita sahaja diberi markah.
3.9.5.2 Setiap kesilapan bahasa atau sebutan tidak tepat akan dipotong 1
markah dari bahagian yang ditetapkan tetapi tidak melebihi 5 markah
dari setiap bahagian yang dipertandingkan.
3.9.5.3 Peserta yang menamatkan persembahan sebelum cukup masa 5 minit
akan dipotong markah.
3.9.5.4 Peserta bagi penyampaian melebihi 6 minit tidak akan diberi markah
tambahan.
Edisi 2019

3.9.5.5 Guru / jurulatih yang membantu peserta melebihi 2 kali akan ditolak 2
markah setiap kali bantuan diberi.

3.10 Penentuan Pemenang

3.10.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

3.10.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira
sebagai johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan
dikira sebagai naib johan dan pemenang tempat ketiga.

3.10.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk


kepada markah isi. Markah tertinggi dalam isi akan dikira pemenang.
Jika masih sama juga, maka akan dirujuk kepada markah
penyampaian dan prop. Jika markah masih sama lagi, maka
keputusan akan dirujuk kepada jemaah hakim.

3.10.4 Keputusan jemaah hakim pertandingan adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Penyampaian isi cerita 3 isi.
27 - 40
 Isi cerita yang menarik.
 Penyampaian isi cerita 2 isi sahaja
1. Isi Cerita  Isi cerita yang berulang, dan kurang menarik. 14 - 26
( 40 Markah )  Penyampaian 0-1 isi cerita sahaja.
 Cerita yang tergantung dan tidak menarik. 0 - 13

1. Setiap isi yang tepat diberi 2 markah (6


markah penuh)
2. Setiap huraian yang tepat bagi setiap isi
diberi 4 markah ( 12 markah penuh)
Nota 3. Setiap isu semasa yang tepat sahaja diberi 2
markah (6 markah penuh)
4. Setiap isi yang disokong dalil diberi 2 markah
( 6 markah penuh).
5. Setiap pengajaran bertepatan diberi 2
markah ( 6 markah penuh).
2 Penyampaian Markah
& Prop 1. Kelancaran 7
(40 Markah) 2. Nada & Gaya 7
3. Penyampaian Bersopan 7
4. Persembahan meyakinkan 7
5. Prop yang menarik, tepat & digunakan 9
6. Bonus 3
 Bahasa yang mudah difahami dan tiada unsur
kritikan tidak bermoral
 Bahasa yang menarik dan penggunaan kosa 11 -20
kata yang indah.
Bahasa
3.
( 20 Markah )  Bahasa yang kurang difahami/ tidak
jelas.
 Bahasa yang kurang menarik dan tiada 0 - 10
penggunaan kosa kata yang indah.

Nota Markah dipotong kerana


1. Menggunakan bahasa atau
istilah yang kurang difahami.
2. Bahasa tidak lazim / dialek digunakan
3. Bahasa menyindir mana mana pihak
4. Tidak jelas sebutan perkataan atau ayat
5. Ayat tidak mengikut standark bahasa
yang diterima pakai

JUMLAH 100
Edisi 2019

4. PERTANDINGAN AZAN

4.1 Kategori Pertandingan

4.1.1 Pelajar PASTI

4.1.1.1 Lelaki (4-6 tahun)

4.2 Bilangan Peserta

4.2.1 Setiap negeri yang bertanding hanya dibenarkan menghantar seorang


peserta bagi setiap kategori.

4.3 Syarat-Syarat Penyertaan

4.3.1 Penyertaan terbuka kepada pelajar lelaki sahaja yang sedang belajar di
PASTI Malaysia.

4.4 Pemilihan Azan

4.4.1 Alunan azan subuh dan doa selepas azan.

4.5 Pakaian Peserta

4.5.1 Lelaki
 Baju seragam rasmi PASTI atau
 Baju kebangsaan sut persalinan lengkap (sampin & songkok / kopiah)
atau
 Jubah dan berserban.

4.6 Cara Penghakiman

4.6.1 Penghakiman azan dibahagikan kepada tiga bahagian.

BIL PERKARA MARKAH


1 Lagu. 30
2 Makhraj huruf dan tajwid. 30
3 Suara dan adab 40

4.6.2 Pertandingan azan dihakimi oleh Jemaah Hakim seramai 3 orang dengan
diketuai oleh seorang ketua hakim yang dilantik.

BIL PERKARA HAKIM


1 Lagu. Semua hakim
2 Makhraj huruf dan tajwid. mengadili
3 Suara dan adab setiap
bahagian
Edisi 2019

4.7 Penentuan Pemenang

4.7.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

4.7.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira sebagai
johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan dikira sebagai naib
johan dan pemenang tempat ketiga.

4.7.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah lagu. Markah tertinggi dalam suara dan lagu akan dikira pemenang.
Jika masih sama juga, maka akan dirujuk kepada markah makhraj huruf dan
tajwid. Sekiranya masih ada persamaan, maka keputusan akan dirujuk
kepada jemaah hakim.

4.7.4 Keputusan Jemaah Hakim adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Lagu yang merdu dan menepati lahjah Arab.
 Alunan lagu yang cukup. 16 - 30
 Nafas yang panjang.
Lagu
1.  Lagu yang tidak menepati lahjah Arab
( 30 Markah )
 Alunan lagu yang sumbang.
0 - 15
 Nafas yang pendek.

 Fasohah mengikut lahjah Arab


 Sebutan huruf yang betul. 20 - 30
 Alunan panjang dan dengung yang sempurna.
 Fasohah mengikut lahjah Arab.
2. Makhraj  Sebutan huruf bercampur antara betul dan 10 - 19
(sebutan) kurang tepat
huruf & tajwid  Alunan panjang dan dengung yang kurang
( 30 Markah ) sempurna.
 Tiada fasohah atau lahjah Melayu
 Sebutan huruf yang salah
0-9
 Alunan panjang dan dengung yang tidak
sempurna
 Alunan suara yang bersih dan fasohah.
 Alunan suara tenang dan nyata.
3. Suara  Alunan suara lantang dan lunak. 16 - 30
( 30 Markah )  Nada suara yang tidak sumbang.
 Suara yang menyentuh perasaan.
 Alunan suara yang tersekat-sekat.
 Alunan suara pecah dan serak
0 - 15
 Alunan suara sumbang & tidak menyentuh
perasaan.
 Suara mendatar : pada alunan pertama.
Nota
 Suara tinggi : pada alunan kedua.
 Suci daripada hadas.
 Berdiri dengan tertib.
 Meletak hujung jari ke dalam telinga ketika
azan.
 Menyebut “tarji’ secara perlahan sebelum
Adab
4. dialunkan secara lantang kalimah syahadatain. 10
( 10 Markah )
 Berpaling ke kanan ketika menyebut
“hayya ala solah” dan ke kiri ketika
menyebut “hayya ala falah”
 Menutup aurat dan berpakaian sopan.
 Dilarang bercakap semasa azan.
JUMLAH 100
Edisi 2019

5. PERTANDINGAN SAJAK

5.1 Kategori Pertandingan

5.1.1 Pelajar PASTI

5.1.1.1 Lelaki (4-6 tahun)

5.1.1.2 Perempuan (4-6 tahun)

5.2 Bilangan Peserta

5.2.1 Setiap negeri yang bertanding hanya dibenarkan menghantar seorang


peserta bagi setiap kategori.

5.3 Syarat-syarat Penyertaan

5.3.1 Penyertaan mengikut kategori kepada semua pelajar lelaki dan perempuan
yang sedang belajar di PASTI Malaysia.

5.3.2 Sajak mestilah ciptaan sendiri.

5.4 Pemilihan Tajuk Sajak

5.4.1 Tajuk sajak mestilah berkisarkan pendidikan dan dakwah.

5.5 Cara Penyampaian

5.5.1 Peserta tidak dibenarkan mengunakan alatan bantuan.

5.6 Masa

5.6.1 Masa bagi tiap-tiap peserta mendeklamasikan sajak adalah 5 minit.


5.6.2 Markah akan dikira dalam tempoh masa yang diberikan sahaja.
5.6.3 Masa dikira apabila peserta memulakan deklamasi sajak.
5.6.4 Loceng pertama dibunyikan pada minit ke-4
5.6.5 Loceng ke-2 dibunyikan 2 kali menandakan masa telah tamat.
5.6.6 Persembahan yang melebihi masa tidak akan dikira.

5.7 Pakaian Peserta

5.7.1 Berpakaian kemas dan menutup aurat.

5.7.2 Aksesori yang tidak melampau dibenarkan.

5.8 Teks

5.8.1 Dua salinan teks hendaklah diserahkan kepada urus setia pertandingan
semasa pendaftaran.
Edisi 2019

5.8.2 Teks sajak akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian
isi akan dipotong sebanyak 5 markah sekiranya teks tidak diserahkan kepada
urus setia.

5.8.3 Teks hendaklah bertaip komputer, bersaiz 12 “font arial”, langkau sebaris.

5.8.4 Tiada pengenalan kumpulan di dalam teks. (Nama PASTI / negeri dan
sebagainya).

5.9 Cara Penghakiman

5.9.1 Penghakiman deklamasi sajak dibahagikan kepada tiga bahagian.

BIL PERKARA MARKAH


1 Isi 40
2 Penyampaian (gaya, intonasi dan kelancaran) 30
3 Bahasa (pemilihan diksi) 30

5.9.2 Pertandingan deklamasi sajak dihakimi oleh Jemaah hakim seramai 3 orang
dengan diketuai oleh seorang ketua hakim yang dilantik.

BIL PERKARA HAKIM


1 Isi Semua hakim
2 Penyampaian mengadili setiap
3 Bahasa bahagian

5.9.3 Jemaah Hakim ini dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang jurukira.

5.10 Penentuan Pemenang

5.10.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

5.10.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira sebagai
johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan dikira sebagai naib
johan dan pemenang tempat ketiga.

5.10.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah isi. Markah tertinggi dalam isi akan dikira pemenang. Jika masih
sama juga, maka akan dirujuk kepada markah Penyampaian. Sekiranya
masih ada persamaan, maka keputusan akan dirujuk kepada jemaah hakim.

5.10.4 Keputusan Jemaah Hakim pertandingan adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Mengikut tema yg telah diberikan (Pendidikan &
Dakwah)
 Ada kaitan plot cerita antara bait-bait sajak dan
1. Isi rima yang sekata. 40
 Olahan sajak dan isi yg menarik serta bersambung.
(Bonus bagi yang mengarang sendiri, Originaliti).

 Bunyi suara atau melahirkan atau membayangkan


sesuatu perasaan,sikap, aliran atau rentak puisi.
 Nada dalam deklamasi mengikut “mood” sesebuah
sajak.
2. Penyampaian 30
 Mengikut mood dan nada bagi setiap baris, bait
atau rangkap.
 Gaya bahasa badan mengikut isi sajak.

 Bahasa yang jelas dan mudah difahami.


 Bahasa yang menarik dan sopan.
3. Bahasa 30
 Pelbagai kosa kata yang menarik.

JUMLAH 100
Edisi 2019

6. PERTANDINGAN PIDATO

6.1 Kategori Pertandingan

6.1.1 Pelajar PASTI

6.1.1.1 Perempuan (4-6 tahun)

6.2 Bilangan Peserta

6.2.1 Setiap negeri yang bertanding hanya dibenarkan menghantar seorang


peserta bagi setiap kategori.

6.3 Syarat-Syarat Penyertaan

6.3.1 Penyertaan mengikut kategori kepada semua pelajar perempuan sahaja yang
sedang belajar di PASTI Malaysia.

6.4 Pemilihan Tajuk Pidato

6.4.1 Tajuk pidato mestilah berkisarkan perjuangan, pendidikan, pengorbanan


dan dakwah.

6.5 Cara Penyampaian

6.5.1 Menggunapakai format rasmi pidato dan disampaikan menggunakan Bahasa


Melayu baku.

6.6 Masa Pidato

6.6.1 Masa bagi tiap-tiap peserta berpidato adalah 6 minit.


6.6.2 Markah akan dikira dalam tempoh masa yang diberikan sahaja.
6.6.3 Masa dikira apabila peserta memulakan pidato.
6.6.4 Loceng pertama dibunyikan pada minit ke-5
6.6.5 Loceng ke-2 dibunyikan 2 kali menandakan masa telah tamat.
6.6.6 Persembahan yang melebihi masa tidak akan dikira.

6.7 Pakaian Peserta

6.7.1 Seragam rasmi PASTI atau


6.7.2 Sut Blazer.

6.8 Teks

6.8.1 Tiga salinan teks pidato hendaklah diserahkan kepada urus setia
pertandingan semasa pendaftaran.
6.8.2 Teks pidato akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian
isi akan dipotong sebanyak 5 markah sekiranya teks tidak diserahkan kepada
urus setia.
6.8.3 Teks pidato hendaklah bertaip komputer, bersaiz 12 “font arial”, langkau
sebaris.
Edisi 2019

6.8.4 Tiada pengenalan kumpulan di dalam teks pidato. (Nama PASTI / negeri dan
sebagainya).

6.9 Cara Penghakiman

6.9.1 Penghakiman pidato dibahagikan kepada tiga bahagian.

BIL. PERKARA MARKAH


1. Isi (4 isi) 40
2. Penyampaian dan penampilan 40
3. Bahasa 20

6.9.2 Pertandingan Pidato dihakimi oleh Jemaah Hakim seramai 3 orang dengan
diketuai oleh seorang ketua hakim yang dilantik.

BIL PERKARA HAKIM


1 Isi Semua hakim
2 Penyampaian dan penampilan mengadili setiap
3 Bahasa bahagian

6.9.3 Jemaah Hakim ini dibantu oleh seorang penjaga masa dan satu seorang
jurukira.

6.10 Penentuan Pemenang

6.10.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

6.10.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira sebagai
johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan dikira sebagai naib
johan dan pemenang tempat ketiga.

6.10.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah isi. Markah tertinggi dalam isi akan dikira pemenang. Jika masih
sama juga, maka akan dirujuk kepada markah penyampaian dan
penampilan. Jika markah masih sama lagi, maka keputusan akan dirujuk
kepada jemaah hakim.

6.10.4 Keputusan Jemaah Hakim pertandingan adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Pemidato akan diadili dari segi definisi tajuk,
isi.
 Mengikut tema ygyang telah diberikan
(Perjuangan, Pendidikan, Pengorbanan &
1. Isi 40
Dakwah)
 Ada kaitan plot cerita antara isi-isi pidato.
 Olahan pidato yg menarik dan tidak
tergantung.
 Setiap isi markah maksimumnya adalah 13
markah (5 markah isi, 4 markah huraian dan
4 markah bagi dalil /contoh / data yang tepat
Nota  (keutamaan dalil dari al-Quran dan hadith).
 markah
 (bagi definisi yang tepat dan rumusan yang
jelas serta isi tambahan).
 Cara penyampaian hendaklah jelas dan
lancar.
 Cara berdiri dan penampilan diri yang
bersesuaian.
Penyampaian
2.  Cara penyampaian hendaklah menarik dan 40
dan penampilan
 meyakinkan.
 Susunan isi yang menarik dan jelas.
 Perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan
atau tidak manis hendaklah dielakkan.
 Pemilihan kata, istilah dan susunan yang
tepat.
 Gaya bahasa yang menarik dan berkesan
serta tepat dengan mesej yang hendak
 disampaikan.
3. Bahasa  Penggunaan bahasa yang „standard‟. Dialek 20
daerah dan bahasa slanga tidak dibenarkan.
 Gaya persembahan, gerak badan yang
menarik dan sesuai
 Pelakuan/ adab yg sopan sebelum/semasa
persembahan .
JUMLAH 100
Edisi 2019

7. PERTANDINGAN KHUTBAH

7.1 Kategori Pertandingan

7.1.1 Pelajar PASTI

7.1.1.1 Lelaki (4-6 tahun)

7.2 Bilangan Peserta

7.2.1 Setiap negeri yang bertanding hanya dibenarkan menghantar seorang


peserta bagi setiap kategori.

7.3 Syarat-Syarat Penyertaan

7.3.1 Penyertaan mengikut kategori kepada semua pelajar lelaki sahaja yang
sedang belajar di PASTI Malaysia.

7.4 Pemilihan Tajuk Khutbah

7.4.1 Tajuk khutbah mestilah berkisarkan perjuangan, pendidikan, pengorbanan


dan dakwah.

7.5 Cara Penyampaian

7.5.1 Peserta hendaklah menyampaikan kedua-dua khutbah beserta rukunnya


dengan sempurna.

7.5.2 Peserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat bantu
untuk mengukuhkan persembahan kecuali tongkat sahaja.

7.5.3 Peserta yang tidak membaca teks khutbah semasa penyampaian dianggap
satu bonus.

7.5.4 Peserta dikehendaki segera berhenti apabila masa telah tamat.

7.6 Masa Berkhutbah

7.6.1 Masa bagi tiap-tiap peserta berkhutbah adalah 7 minit.


7.6.2 Markah akan dikira dalam tempoh masa yang diberikan sahaja.
7.6.3 Masa dikira apabila peserta memulakan khutbah.
7.6.4 Loceng pertama dibunyikan pada minit ke-6
7.6.5 Loceng ke-2 dibunyikan 2 kali menandakan masa telah tamat.
7.6.6 Khutbah yang melebihi masa tidak akan dikira.

7.7 Pakaian Peserta

7.7.1 Pakaian Peserta

 Jubah dan berserban.


Edisi 2019

7.8 Teks

7.8.1 Dua salinan teks khutbah hendaklah diserahkan kepada urus setia
pertandingan semasa pendaftaran.

7.8.2 Teks khutbah akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah
bahagian isi tidak akan dinilai sekiranya teks khutbah tidak diserahkan.

7.8.3 Teks khutbah hendaklah bertaip komputer, bersaiz 12 “font arial”, langkau
sebaris.

7.8.4 Tiada pengenalan kumpulan di dalam teks khutbah. (Nama PASTI / negeri
dan sebagainya)

7.9 Cara Penghakiman

7.9.1 Penghakiman khutbah dibahagikan kepada tiga bahagian.

BIL PERKARA MARKAH


1. Isi khutbah (4 isi) 40
2. Penyampaian (intonasi) 30
3. Bahasa dan Rukun 30

7.9.2 Pertandingan khutbah dihakimi oleh Jemaah Hakim seramai 3 orang dengan
diketuai oleh seorang ketua hakim yang dilantik.

BIL PERKARA HAKIM


1 Isi Khutbah Semua hakim
2 Penyampaian mengadili setiap
3 Bahasa dan Rukun bahagian

7.9.3 Jemaah hakim ini dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang jurukira.

7.10 Penentuan Pemenang

7.10.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

7.10.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira sebagai
johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan dikira sebagai naib
johan dan pemenang tempat ketiga.

7.10.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah isi khutbah. Markah tertinggi dalam isi khutbah akan dikira
pemenang. Jika masih sama juga, maka akan dirujuk kepada markah
penyampaian. Jika markah masih sama lagi, maka keputusan akan dirujuk
kepada Jemaah Hakim.

7.10.4 Keputusan Jemaah Hakim pertandingan adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Menepati tema yang telah ditetapkan
(Perjuangan, Pendidikan, Pengorbanan &
Dakwah) 30 – 40
 Susunan idea yang teratur.
 Hujah-hujah yang menyakinkan.
1. Isi ( 40 Markah )  Mengikut tema.
 Isi khutbah yang berulang dan kurang
15 – 29
menarik.

 Penyampaian isi khutbah sahaja


 Khutbah yang tergantung dan tidak menarik. 0 – 14

 Setiap isi markah maksimumnya adalah 10


markah, (4 markah isi, 3 markah huraian dan
Nota 3 markah bagi dalil /contoh / data yang tepat.
 (keutamaan dalil dari al-Quran dan hadith)
 Gerakan badan serta Intonasi suara yang
menarik dan sesuai.
 Kelancaran penyampaian, kematangan serta
keyakinan penampilan 16 – 30
 Penyampaian tanpa teks atau nota.
Penyampaian  Menarik perhatian pendengar.
2. dan penampilan
(30 Markah)  Gerakan badan yang kaku serta Intonasi suara
yang gementar.
 Penyampaian yang tersekat-sekat serta kurang
keyakinan. 0 – 15
 Penyampaian dengan teks atau nota
 Gagal menarik perhatian pendengar
 Bahasa yang jelas dan mudah difahami.
 Bahasa yang menarik dan sopan serta tidak 11-20
Bahasa menyinggung mana-mana pihak.
3.
(20 Markah)
 Bahasa yang kurang difahami / tidak jelas.
0-10
 Bahasa yang kurang menarik
1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Rukun khutbah 3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. 4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu 10
( 10 Markah )
dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada
khutbah kedua.
 Bacaan rukun khutbah hendaklah dengan
Nota tertib.
 Nas dibaca dengan betul.
JUMLAH 100
Edisi 2019

8. PERTANDINGAN KALAM JAMAIE

8.1 Kategori Pertandingan

8.1.1 Pelajar PASTI

8.1.1.1 Lelaki dan perempuan (4-6 tahun)

8.2 Bilangan Peserta

8.2.1 Setiap negeri yang bertanding dikehendaki menghantar satu kumpulan yang
dianggotai oleh lima belas (15) orang peserta sahaja termasuk konduktor.

8.3 Syarat-Syarat Penyertaan

8.3.1 Penyertaan mengikut kategori kepada semua pelajar lelaki dan perempuan
yang sedang belajar di PASTI Malaysia.

8.4 Pemilihan Tajuk Kalam Jamaie

8.4.1 Setiap kumpulan bebas memilih tajuk tetapi hendaklah berkisar tentang
pendidikan atau sukatan pelajaran Bahasa Arab PASTI.

8.5 Cara Penyampaian

8.5.1 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks semasa persembahan.

8.5.2 Setiap kumpulan tidak dibenarkan mengguna sebarang peralatan sokongan


semasa persembahan.

8.5.3 Cara persembahan :

a) Diketuai oleh seoarang konduktor.


b) Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan, bukan bernasyid atau
lakonan.
c) Mimik muka dan intonasi suara yang baik.
d) Pergerakkan sopan yang dibenarkan hanyalah dari paras pinggang ke
atas.
e) Kaki: Tidak boleh diangkat atau dihentak
f) Lutut : Tidak boleh dibengkokkan.
g) Badan : Dibenar memusingkan badan kekanan dan kekiri tanpa
menggerakkan kaki atau tunduk melebihi rukuk.
h) Tangan : Bebas digerakkan tetapi tidak melebihi paras kepala.
i) Kepala : Pegerakkan dibenarkan.

8.6 Bahasa

8.6.1 Penggunaan Bahasa Arab fushah yang terang dan jelas.

8.6.2 Penggunaan dialog amiah atau bahasa pasar tidak dibenarkan.

8.6.3 Istilah khas dibenarkan berdasarkan penggunaan di dalam buku teks.


Edisi 2019

8.7 Masa

8.7.1 Masa bagi tiap-tiap kumpulan untuk membuat persembahan adalah 5-8 minit.
8.7.2 Markah akan dikira dalam tempoh masa yang diberikan sahaja.
8.7.3 Masa dikira apabila kalam bermula.
8.7.4 Loceng pertama dibunyikan pada minit ke 6
8.7.5 Loceng ke-2 dibunyikan 2 kali menandakan masa telah tamat.
8.7.6 Persembahan yang melebihi masa tidak akan dikira.

8.8 Pakaian Peserta

8.8.1 Peserta mestilah memakai pakaian sopan dan menutup aurat.

8.8.2 Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili.

8.8.3 Aksesori yang tidak melampau dibenarkan.

8.9 Skrip

8.9.1 Dua salinan skrip hendaklah diserahkan kepada urus setia pertandingan
semasa pendaftaran.

8.9.2 Skrip akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian isi
tidak akan dinilai sekiranya skrip tidak diserahkan.

8.9.3 Skrip hendaklah bertaip komputer, bersaiz 20 “font Tradisional Arabic”,


langkau sebaris dan berbaris.

8.9.4 Isu-isu yang menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

8.9.5 Tiada pengenalan kumpulan di dalam skrip. (Nama PASTI / negeri dan
sebagainya).

8.10 Cara Penghakiman

8.10.1 Penghakiman Kalam Jamaie dibahagikan kepada tiga bahagian.

BIL. PERKARA MARKAH


1. Persembahan 40
2. Isi 30
3. Bahasa dan suara 30

8.10.2 Pertandingan Kalam Jamaie dihakimi oleh Jemaah Hakim seramai 3 orang
dengan diketuai oleh seorang ketua hakim yang dilantik.

BIL PERKARA HAKIM


1 Persembahan Semua hakim
2 Isi mengadili setiap
3 Bahasa dan suara bahagian

8.10.3 Jemaah Hakim ini dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang jurukira.
Edisi 2019

8.11 Penentuan Pemenang

8.11.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

8.11.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira sebagai
johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan dikira sebagai naib
johan dan pemenang tempat ketiga.

8.11.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah persembahan. Markah tertinggi dalam persembahan akan dikira
pemenang. Jika masih sama juga, maka akan dirujuk kepada markah isi. Jika
markah masih sama lagi, maka keputusan akan dirujuk kepada jemaah
hakim.

8.11.4 Keputusan Jemaah Hakim pertandingan adalah muktamad.


Edisi 2019

(Huraian kaedah penghakiman dan pemarkahan )

Bil. Perkara Huraian Markah


 Susun atur dan disiplin peserta yang teratur,
kemas dan tersusun.
 Keseragaman pergerakan dan kesesuaian
gerakan peserta. 21 – 40
 Pakaian yang sesuai dan menarik.
 Persembahan dan mimik muka peserta yang
Persembahan menyakinkan.
1.
( 40 Markah )  Susun atur dan disiplin peserta yang kurang
kemas dan tidak tersusun.
 Pergerakkan yang tidak seragam dan kurang
sesuai. 0 – 20
 Pakaian yang kurang menarik.
 Peserta kurang keyakinan semasa membuat
persembahan.
 Pengolahan isi yang mantap dan menarik.
 Idea persembahan yang tersusun dan kemas. 16 – 30
 Isi yang bersesuaian dan diolah dengan baik.
Isi
2.  Pengolahan isi yang kurang mantap dan tidak
(30 Markah)
menarik.
 Idea yang tidak tersusun dan tidak kemas. 0 – 15
 Isi yang tiada kaitan dan tidak sesuai.
 Penggunaan bahasa yang mudah difahami.
 Suara dan pengucapan yang jelas.
 Tatabahasa yang tepat dan gaya bahasa yang
16-30
menarik.
 Intonasi dan sebutan bahasa arab fushah.
Bahasa dan
 Keharmonian suara yang sekata dan seirama.
3. suara
( 30 Markah )  Suara dan pengucapan yang kurang jelas.
 Penggunaan tatabahasa yang kurang tepat.
 Gaya bahasa yang kurang menarik dengan
0-15
intonasi dan sebutan bahasa arab yang tidak
fushah.
 Suara yang tidak sekata.
JUMLAH 100

Anda mungkin juga menyukai