Anda di halaman 1dari 11

MODUL MUSABAQAH INTERNATIONAL

PERTANDINGAN HAFAZAN ANJURAN MY FUND ACTION


DAN ANNUR QURANIC CENTRE
1.0
Program Pertandingan Hafazan Kategori Terbuka Dan Khas(OKU)

Tarikh 10 -12 Disember 2021

Platform Zoom

Masa 8:00 am-5:30 pm

Anjuran My Fund Action dan Annur Quranic Center

Kategori Juzuk 1-15 (lelaki dan perempuan)


Pertandingan: Surah Pilihan (lelaki dan perempuan)

Yuran RM10

Anggaran bilangan peserta hafazan kategori biasa dan (OKU) : 140 peserta

- Juzuk 1-15 (L) : 25 peserta(terbuka)


- Juzuk 1-15 (L) : 10 peserta(OKU)
-Juzuk 1-15 (P) : 25 peserta(terbuka)
-Juzuk 1-15 (P) : 10 peserta(OKU)
-Surah Pilihan (L) : 25 peserta(terbuka)
-Surah Pilihan (L) : 10 peserta(OKU)
-Surah Pilihan (P) : 25 peserta(terbuka)
-Surah Pilihan (P) :10 peserta(OKU)

Anggaran masa setiap peserta : 15 minit


2.0 PERATURAN PERTANDINGAN HAFAZAN KATEGORI
TERBUKA DAN KHAS (OKU)
2.1 Peserta yang gagal hadir pada waktu yang ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya.
2.2 Pengundian giliran peserta akan ditetapkan oleh penganjur.
2.3 Cabutan soalan undian akan dibuat apabila tiba giliran peserta.
2.4 Peserta kategori khas perlu ditemani oleh penjaga Ketika acara sedang berlangsung.
2.5 Peserta hendaklah lancar dan mempunyai keupayaan membaca Al-Quran dengan jelas
dari segi makhraj
2.6 Surah-surah Hafazan untuk kategori surah pilihan:

BIL SURAH AYAT


1 AS -SAJDAH 1-30
2 YASSIN 1-83
3 AD- DUKHAN 1-59
4 AL-WAQIAH 1-96
5 AS-SAFF 1-14
6 AL-JUMUAH 1-11
7 AL-MULK 1-28
8 AL-INSAN 1-31
9 AR-RAHMAN 1-96
10 AL-QALAM 1-52
3.0 SYARAT-SYARAT PESERTA
3.1 Terbuka kepada pelajar sekolah dan mahasiswa kategori terbuka dan kategori khas
(OKU)
3.2 Peserta hendaklah menghafaz ayat-ayat lazim atau surah-surah yang telah ditetapkan

oleh Jawatankuasa.

4.0 BENTUK UJIAN


4.1 Setiap peserta diuji bacaan al-Quran secara hafaz dengan lisan melalui beberapa surah
daripada ayat Lazim dan surah-surah yang telah ditetapkan, dengan mengambil kira hukum
tajwid, fasohah dan suara.
4.2 Setiap peserta diwajibkan membaca surah al-Fatihah pada soalan pertama

Contoh soalan

I. Sila baca surah al-Fatihah.


II. Sila baca dari awal surah An-Nas
III. Sila sambung bacaan saya dari surah Yasin
IV. Sila ulang dan sambung bacaan saya dari surah al-mulk
V. Sila baca surah ad=dhuha dari awal hingga akhir (mengikut set soalan)

4.3 Sekiranya peserta gagal menyambung bacaan hakim Fatih/Munabih dalam kertas undi
yang pertama ia diberi peluang menghafaz surah/ayat pilihan hakim Fatih/Munabih itu
sekiranya masa belum tamat lapan minit. Sekiranya masa masih ada.

4.4 Sekiranya ia gagal juga meneruskan bacaan maka ujian kepadanya ditamatkan.
5.0 PEMILIHAN AYAT
5.1 Setiap peserta akan mengundi dengan memilih satu sampul surat dengan 2 set soalan
yang mengandungi ayat-ayat lazim atau potongan ayat yang ditetapkan.

6.0 MASA BACAAN


6.1 Setiap peserta dikehendaki menghafaz ayat-ayat lazim/surah yang ditentukan dalam
jangka masa sepuluh minit.
6.2 Hakim Fatih/Munabih boleh menamatkan bacaan peserta pada bila-bila masa bagi
setiap surah atau ayat.

7.0 BENTUK BACAAN


7.1 Peserta dikehendaki menghafaz mengikut bacaan Tadwir sahaja.

8.0 PAKAIAN PESERTA


8.1 Peserta lelaki dikehendaki memakai pakaian menutup aurat yang lengkap (bersongkok

8.2 Peserta perempuan dikehendaki memakai pakaian menutup aurat bertudung yang sempurna.
9.0 CARA PENGHAKIMAN

9.1 Penghakiman Hafazan al-Quran untuk soalan 1 dan soalan 2 di bahagikan kepada tiga
bahagian dengan pecahan markah seperti berikut :

Bil Perkara Markah

1 Hafaz dan lancar 40

2
Tajwid dan Fasohah 50

Suara dan lagu


3 10

Jumlah 100

9.2 Penghakiman untuk soalan 3 di bahagikan kepada tiga bahagian dengan pecahan markah
seperti berikut :

Bil Perkara Markah

1 Analogi 20

2
Ayat Quran/Hadis 20

Pemahaman
3 30

4 Isi 30

Jumlah 100
11.0 TUGAS FATIH DAN MUNABIH
11.1 Membacakan soalan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
11.2 Memberi peluang kepada peserta untuk menghafaz ayat atau surah pilihan
Fatih sekiranya peserta gagal menghafaz ayat sekiranya masa masih ada.
11.3 Menegur peserta yang tersalah baca, sama ada baris, kalimah, ayat atau
terlangkau ayat.
11.4 Menegur peserta yang membaca tidak mengikut bentuk tadwir
11.5 Membaca sebahagian ayat kepada peserta yang terlupa atau ragu-ragu.

12.0 TUGAS HAKIM BAHAGIAN


12.1 Kelancaran dan hafaz.
12.1.1 Mempastikan peserta menghafaz ayat-ayat daripada surah-surah yang
Ditentukan.
12.1.2 Mengawasi dan menilai keseluruhan bacaan peserta dari awal hingga akhir.
12.1.3 Bacaan peserta mengikut riwayat hafaz secara tadwir
12.1.4 Bacaan hendaklah mengikut lahjah Arab.
12.1.5 Kelancaran bacaan peserta.
12.1.6 Bacaan tidak berulang, tidak terhenti-henti dan tidak teragak-agak.
12.1.7 Menyambung ayat-ayat dengan betul, tidak tertinggal satu huruf, satu kalimah
Atau satu ayat
12.1.8 Peserta menamatkan ayat-ayat yang telah ditentukan dalam masa 5 minit bagi
setiap soalan.
12.1.9 Ciri-ciri kesalahan
Kesalahan yang diambil kira dalam bahagian hafaz dan lancar seperti berikut :
BIL JENIS KESALAHAN KADAR PEMOTONGAN
MARKAH
1 Bacaan berulang-ulang.
2 Bacaan terhenti-henti

3 Bacaan teragak-agak
4 Bacaan tertinggal atau tertambah satu
huruf atau salah baris. Setiap kesalahan dipotong 1 markah
5 Gagal menghabiskan bacaan ayat setelah
diperingatkan
6 Bacaan tidak mengikut lahjah Arab

7 Bacaan tertinggal atau tertambah


kalimah.

8 Bacaan salah sambung. Setiap kesalahan dipotong 2 markah


9 Bacaan melangkau atau tersasul

10 Bukan bacaan tadwir diperingatkan, jika Setiap kesalahan dipotong 3 markah


masih tidak mengikut bacaan tadwir.
11 Gagal membaca surah al-Fatihah. Dipotong 4 markah
12 Gagal membaca setiap soalan Setiap kesalahan dipotong 15 markah

12.2 Tugas Hakim Tajwid dan Fasohah


12.2.1 Fasohah dan Penfertiannya
12.2.1.1 Fasohah ialah kesempurnaan tartil al-Quran.
12.2.1.2 Fasohah dalam bidang bacaan al-Quran adalah berbeza dari fasohah
dalam bahasa Arab, kerana ianya lebih tinggi dan lebih komplek
penilaiannya.
12.2.1.3 Kefasihan membaca al-quran, bererti kesempurnaan bacaan yang dapat
melahirkan seni bertajwid yang bertaraf mukjizat.

12.2.1.4 Oleh yang demikian ciri-ciri penilaian fasohah adalah memerlukan


kepakaran dan kemahiran yang secukupnya
12.2.2 Hakim Tajwid mengawasi dan menilai perkara berikut :
12.2.2.1 Sebutan makhraj huruf dan sifatnya.
12.2.2.2 Menjaga hukum waqaf dan Ibtida’.
12.2.2.3 Menjaga hukum-hukum mad
12.2.2.4 Ghunnah dengan kadar dua harkat
12.2.2.5 Bacaan tadwir mengikut riwayat Hafaz
12.2.3 Cara pemarkahan tajwid dan fasohah
12.2.3.1 Markah akan dikira bagi peserta yang dapat membaca secara
hafaz ayat-ayat lazim atau ayat-ayat dari surah yang ditentukan.
12.2.3.2 Setiap kesalahan tajwid dan fasohah dipotong 1 markah.
12.2.3.3 Setiap soalan yang gagal di baca dipotong 5 markah, empat
soalan di potong 20 markah.
12.2.3.4 Cermat dalam melafazkan kalimah-kalimah al-Quran
12.2.3.5 Fasih dalam sebutan huruf-huruf al-Quran
12.2.3.6 Terpelihara susunan kalimah-kalimah dan ayat-ayat al-Quran.
12.2.3.7 Kesempurnaan dan ketepatan wakaf Ibtida’.
12.2.3.8 Ketepatan membunyikan baris atas, baris bawah dan baris
Depan.
12.2.3.9 Kesederhanaan pada membunyikan huruf-huruf sukun dan
Huruf tasydid.

12.2.3.10 Kelancaran dan kelembutan pada membaca kalimah-kalimah


dan ayat-ayat al-Quran
12.2.3.11 Kesederhanaan dan keselarasan pada masa dan rentak bacaan
tanpa bercampur aduk antara tartil dan tadwir.

12.2.4 Ciri- ciri keistimewaan Fasohah


12.2.4.1 Bacaan berlahjah Arab.
12 2 4 2 Bacaan cermat.
12.2.4.3 Bacaan yang dapat mengikut kesesuaian ayat
12.2.4.4 Memilih wakaf Jibril

12.2.5 Ciri-ciri kesalahan dalam bidang fasohah

Bil Jenis Kesalahan Kadar Pemotongan Markah


1 Wakaf dan Ibtida’ yang tidak tepat

2 Bertukar baris atau tidak tepat membunyikan baris.


Setiap kesalahan dipotong
3 Bacaan yang tersekat atau teragak-agak 1 markah

4 Bacaan yang terputus nafas atau mencuri nafas.

5 Menambah atau mengurang kalimah.

6 Menambah atau mengurang huruf Setiap kesalahan dipotong 2


markah
7 Wakaf dan Ibtida’ yang merosakkan maksud ayat

8 Bertukar baris yang merosakkan maksud ayat.

9 Meninggal atau melangkau ayat penuh Setiap kesalahan dipotong 3


markah.
12.3 Tugas Hakim Suara dan lagu

12.3.1 Mengawasi dan menilai perkara-perkara berikut:


12.3.1.1 Kemanisan dan kelembutan suara.
12.3.1.2 Suara bersih dan licin
12.3.1.3 Terang dan lantang
12.3.1.4 Suara tidak berubah dari awal hingga akhir.
12.3.1.5 Gaya bacaan yang menarik.

12.3.2 Cara Pemarkahan.


12.3.2.1 Markah akan diberi kepada peserta-peserta yang mempunyai
kemerduan suara, bersih dan licin, terang dan lantang dan markah akan
diberi lebih bagi suara yang amat merdu dan dapat menghidupkan
rentak suara

13.0 KATEGORI SOALAN


12.1 Juzuk 1-15
13.1.1 Soalan pertama
13.1.2 Soalan kedua
13.1.3 Soalan ketiga terbuka
- Peserta akan diberi soalan dalam bentuk video/penyataan
dan peserta perlu membri ayat Al-Quran/hadis yang berkaitan dengan
soalan.

12.2 Surah Pilihan


13.1.1 Soalan pertama
13.1.2 Soalan kedua
13.1.3 Soalan ketiga terbuka
- Peserta akan diberi soalan dalam bentuk video/penyataan
dan peserta perlu membri ayat Al-Quran/hadis yang berkaitan dengan
soalan.
14.0 TENTATIF PROGRAM
10 Disember 2021- Pusingan 1 Hafazan kategori Juzuk 1-15 (Perempuan)

Masa Perkara Catatan

8:00 am Ketibaan para peserta kategori Juzuk 1-15,Surah pilihan serta


hakim masuk ke dalam platform yang disediakan mengikut
kategori dan Taklimat pendek oleh ahli jawatankuasa .

9:00am - Pertandingan bermula


5:00 pm
5:30 pm Pertandingan tamat majlis bersurai

11 Disember 2021- Pusingan 1 Hafazan kategori Juzuk 1-15 (Lelaki)

Masa Perkara

8:00 am Ketibaan para peserta kategori Juzuk 1-15,Surah Pilihan serta


hakim masuk ke dalam platform yang disediakan mengikut
kategori dan Taklimat pendek oleh ahli jawatankuasa

9:00 am- Pertandingan bermula


5:00 pm

5:30pm Pertandingan tamat majlis bersurai

12 Disember 2021 (Pusingan akhir)

Masa Perkara

2:00 pm Ketibaan para peserta dan hakim masuk ke dalam platform yang
disediakan mengikut kategori dan Taklimat pendek oleh ahli
jawatankuasa

2:30 pm Pertandingan bermula

5:00 pm Majlis penutup

Anda mungkin juga menyukai