Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN HAKIM PESTA PANTUN (SR)

HAKIM 1 : MENILAI SOALAN BERASASKAN TEMA


10 MARKAH

Fokus Hakim 1 ( hakim isi ): Pantun soal dan jawab

 10 MARKAH sahaja.
 Menilai baris ketiga dan keempat.
 Pemantun yang sama atau pemantun dalam pasukan atau pasukan lawan tidak
mengulang / meniru jawapan yang sama (peserta kurang kreatif) Markah diberi tidak
lebih daripada 2 markah.
 Soalan dan jawapan mesti jelas dan mudah difahami. Kiasan yang dibenarkan
hanya SIMILE dan METAFORA sahaja.
 Pemantun MESTI fokus pantun yang dijual dan menjawab soalan yang dijual
sahaja.
 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian.
 Pemantun prihatin ‘bentuk dan aras soalan’.
 0 markah bagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa.
 Pantun jawapan berbentuk nafi dengan alasan : 3 – 4 markah
 Pantunjawapan berbentuk nafi tanpa alasan : 0 markah

Contoh – contoh soalan pantun

Redup nyaman di kala senja,


undan di sawah terbang ke hilir;
hidup setaman tidak bersapa,
sahutan muhibah mengapa dipinggir? (Tema: Amalan Kejiranan )

9-10 Hidup setaman tiada bersapa,


SOALAN YANG JELAS Sahutan muhibah mengapa dipinggir ?
7-8 Hidup setaman tiada bersapa,
SOALAN YANG Dijurang sengketa mengapa terjadi?
MASIH BAIK ( tiada bersapa seolah – olah ada sengketa )

5-6 Hidup setaman tiada bersapa,


SOALAN SEDERHANA Tika bertemu mengapa membisu?
( tidak bersapa = membisu )
3-4
SOALAN Hidup setaman tiada bersapa,
LEMAH Bolehkah jiran usahakan damai?
Soalan : menunjukkan sudah ada jawapan
1-2 Hidup setaman tiada bersapa,
SOALAN SANGAT LEMAH Mengapakah sukan menjadi lesu.
0 Mengapa setaman tiada bersapa ?,
DUA SOALAN Tercuitkah hati ingin berdamai?
0 Hidup setaman tiada bersapa,
SOALAN PERNYATAAN Tika bertemu juga bermesra?
0 Budaya ilmu digarap indah,
PANTUN KUIZ Siapa ilmuan paling tersohor?

Contoh – contoh pantun jawapan

Duduk di dapur membakar bahulu,


untuk dibuat hidangan kenduri; Pantun jual
kawan ketawa ramai selalu, ( Tema: amalan kejiranan )
Pabila susah mengapa sendiri?

Berjaja meriah di pekan sari,


sirih dijual, serapah dibaca; Pantun beli
tika susah pasti sendiri, ( Tema: amalan kejiranan )
rakan ketawa tak sanggup berkorban.
HAKIM 2 : 10 markah
Pemilihan kata / Diksi dan Nilai Susila
Padat dan jitu : 5 markah mempunyai nilai susila : 5 markah

Fokus Hakim 2 ( hakim isi ):

 10 MARKAH ( padat dan jitu : 5 markah, nilai susila : 5 markah )


 Menilai pemilihan kata/frasa yang betul, tepat, indah dan berfungsi serta nilai susila
pada keseluruhan baris berasaskan tema
 Pemantun tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris pembayang atau baris
maksud.
 Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan ketara dan
memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2 /5 markah
, manakala pengulangan baris yang sama hakim berhak memberikan 1/5 markah
sahaja bagi markah padat dan jitu.

CONTOH PEMBERIAN MARKAH

PADAT & JITU NILAI SUSILA


CONTOH - CONTOH PANTUN
5 markah 5 markah
jangan diusik kerbau jalang Kata / frasa yang Mempunyai
jika digesel rebah juga; digunakan tepat nilai,yang
kalau nasib memang malang, menggambarkan
sudah jatuh ditimpa tangga. mood pantun

4 – 5 MARKAH 4 – 5 MARKAH
jangan dihalau kerbau jalang, Kata / frasa yang Nilai estetika yang
jika ditanduk jatuhlah juga; berulang. Kata agak longgar
kalau nasib sudahlah malang, tidak tepat
walaupun jatuh masih berbangga 3 MARKAH 3 MARKAH

jangan dibaling kerbau jalang, Kata / frasa yang Tidak mempunyai


ke hujung tanjung mengutip pegaga tidak tepat nilai estetika
kalau nasib sudahlah malang, dengan mood
walaupun jatuh bangunlah juga pantun

2 MARKAH 2 MARKAH
jangan dibaling kerbau jalang Kata yang tidak Tidak mempunyai
di pagi hari, dinginlah juga; tepat nilai estetika
kalau nasib sudahlah malang Kata/frasa yang Tiada kaitan antara
duduk di anjung makanlah juga dianggap tidak baris –
logik
1 MARKAH 1 MARKAH
HAKIM 3 : 10 markah
POLA RIMA DAN SUKU KATA
Rima tengah : 2 markah
Rima hujung : 3 markah
Suku kata : 5 markah
( 8 suku kata hingga 12 suku kata )

FOKUS HAKIM 3:

 Rima : 5 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah )


 Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi
 Rima hujung berasaskan suku kata.
 Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata )
 Lebih daripada 12 suku kata :3 markah suku kata sahaja.
 Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
 Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

Contoh – contoh pantun

Pulau karang jauh berjajar,


buih membusa di tepi – tepinya; rima tengah : 2 markah
kalau kurang menaruh sabar, rima akhir : 0 markah
boleh binasa semua jadinya. suku kata : 5 markah
Jumlah markah : 7

Bayu berlalu di teluk tenang,


Menerpa lembayung mengorak tingkah; rima tengah : 2 markah
Ilmu baru setampuk pinang, rima akhir : 3 markah
Kenapa gunung hendak dilangkah? suku kata : 5 markah
Jumlah markah : 10

Burung kedidi hinggap di dahan,


Turun ke tanahdi pinggir kota; rima tengah : 2 markah
Rosak budi runtunan kemajuan, rima akhir : 1.5 markah
Mengapa musnah maruah kerana harta? suku kata : 3 markah
Jumlah markah : 6.5

Pulau di balik Pulau Gosong,


Pandang di Jawa diranggungkan; rima tengah : 1 markah
Jangan kata terdorong – dorong, rima akhir : 0 markah
Badan dan nyawa menanggungkan. suku kata : 5 markah
Jumlah markah :6

Laksana teruna putera di Johor,


Bijak membilang ayam betina; rima tengah : 0 markah
Jasad menangis di pintu kubur, rima akhir : 0 markah
Hendak kembali ke alam dunia. suku kata : 5 markah
Jumlah markah : 5

CONTOH PEMBERIAN MARKAH RIMA TENGAH DAN RIMA AKHIR

SKALA PANGKAL TENGAH AKHIR


Markah Bunyi Bunyi Bunyi
Terbaik : 5 rang lar,
5 markah rima Tidak diambil kira sa na;
rang lar,
sa na.
2 markah 3 markah
Baik :3 lu lang,
3.5 markah rima Tidak diambil kira bung sah;
ru lang,
bung mah.
2 markah 1.5 markah
Sederhana 2 di rang,
2 markah rima Tidak diambil kira mah ti;
gi yang,
lah li.
2 markah 0 markah

Suku kata : antara 8-12 suku kata : layak mendapat 5 markah


Sekiranya, pemantun mengungkapkan rima syair ( rima akhir), Hakim 3 TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG MARKAH
UNTUK RIMA
HAKIM 4 : ( 10 markah )
PEMBAYANG MAKSUD ( 6 MARKAH )
KESESUAIAN DENGAN MAKSUD ( 4 MARKAH )

FOKUS HAKIM 4:

 10markah sahaja.
 Hubungan baris 1 dan baris 2 ( ada cerita, bertautan dan tiada kiasan) : 6 markah
 Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5 – 6 markah
 Ada cerita, MASIH ada tautan dan tiada kiasan : 3 – 4 markah
 Ada cerita, TIADA tautan , tiada kiasan : 2 markah
 Ada cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 – 2 markah
 TIADA cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 markah
 Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud : 4 markah
 Amat serasi 4 markah, serasi 3 markah , kurang serasi 2 markah,
tidak serasi 1 markah.

1. HUBUNGAN BARIS 1 dan BARIS 2 ( ada cerita , bertautan dan tiada kiasan :

6 MARKAH

Baik
(5 – 6 markah) Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, tempat tempua membuat sarang;
bertautan dan
tiada kiasan
Sederhana
(3 – 4 markah ) 1. Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, Hendak menebang membawa parang
masih ada tautan
dan tiada kiasan 2 Tinggi- tinggi si pohon sena,
si pohon sena di hujung kampung
(mengulang frasa : si pohon sena)

Lemah
( 2 markah) Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, sayang petani pergi ke bendang;
tiada tautan,
tiada kiasan
Lemah
(1 – 2 markah) Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, bayu menyapa di waktu petang; (PERSONIFIKASI)
tiada tautan
,ada kiasan

Amat lemah
1 markah Mentari pagi menyapa sena,
Tiada cerita,’ bayu berlalu membelai kalbu (PERSONIFIKASI)
Tiada tautan,
Ada kiasan
2. Hubungan PEMBAYANG MAKSUD dan kaitannya dengan MAKSUD ( 4 MARKAH)

Melati berserak tiada berguna,


bunga hiasan tiada pengganti;
pasti terjebak dadah durjana,
takwa dan iman tiada di hati.

4  berserak tiada berguna – baris 1


baik  terjebak dadah durjana – baris 3
ada kaitan  hiasan tiada pengganti - baris 2
 iman tiada di hati - baris 4
 dihias serasi – baris 1
3  mengganti tradisi - baris 3
masih baik  lelawang madah terakhir – baris 2
ada kaitan  pawang di era mutakhir - baris 4
 kenyalang sayup riang – baris 1 ( berasa gembira )
2  hidup dirintang reba - baris 3 ( berasa hiba )
sederhana  tampak berwarna kelabu – baris 2
kurang berkait  Akhlak memikat kalbu - baris 4

 terbilang melenggok seroja – baris 1


1  dijulang wawasan dipuja - baris 3
lemah  temu diruah redah - baris 2
 tercetuskah sudah - baris 4
1  sayang puteri duduk termenung – baris 1
lemah  kalau ilmu penuh setanjung - baris 3
 selepas puas tertidur lena - baris 2
 kalah dek petua lama - baris 4

Pantun dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian

Jangan diusik kerbau jalang,


Jika digesel rebah juga; contoh pantun Johor dan Melaka
kalau nasib memang malang, jalang menggambarkan malang
kalau jatuh ditimpa tangga. rebah menggambarkan jatuh

hilir berderap mudik berderap,


patah galah di dalam perahu; dinilai sangat beruntung,
tetapi tiada berguna

sungguh laksana bunga dedap,


cantik merah tiada berbau
patah galah dalam perahu menggambarkan keadaan yang
tidak menguntungkan =
cantik merah tiada berbau
HAKIM 5 : 10 MARKAH
GERAK FIZIKAL ( 3 markah )
INTONASI ( 3 markah )
KELANCARAN ( 2 markah )
BAKU ( 2 markah )

FOKUS HAKIM 5:

1. 10 markah sahaja.
2. Gerak fizikal / bahasa tubuh : 3 markah
3. Intonasi :3 markah
4. Kelancaran :2 markah
5. Sebutan baku : 2 markah
6. Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang

INTONASI / JEDA
SKALA GERAK – GERI 3 markah
3 markah KELANCARAN
2 markah
BAKU – 2 markah
 Menghayati pantun yang diucap  Jeda yang sesuai setiap baris/sekata
 Gerak geri tangan yang seimbang  Intonasi berasaskan ‘mood’ diksi
BAIK  Jelingan dan senyuman yang sesuai pantun
3 markah dengan diksi.  Berkeyakinan
 Berkeyakinan

 gerak- geri tangan yang dibuat – buat  intonasi suara yang melandai / sama
SEDERHANA  jelingan yang berlebihan / menghala  hentian jeda agak perlahan atau
2 markah setempat agak cepat
 senyuman yang seakan – akan dibuat  ada yang tersekat – sekat.
– buat  Tidak yakin

 Gerak – geri tangan berlebihan /  Tidak bijak mengawal intonasi
LEMAH kelihatan kaku.  Hentian jeda yang tidak kena pada
1 markah  Tampak agak tertekan. tempatnya
 Kurang yakin  Tersekat – sekat dan tergagap –
gagap.
 Suara: antara dengar dengan tidak

Anda mungkin juga menyukai